Monday 29 October 2012

SELANGOR OH SELANGOR

Ketika GLC Kerajaan Pusat dan Negeri di bawah pemerintahan BN asyik mengenalpasti aset aset yang boleh dibeli sebagai pelaboran jangkapanjang, Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid dan Penasihatnya, DS Anwar, lain pula keutamaan mereka. Mereka sibok merancang menjual aset PKNS seperti Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi, Menara PKNS, Wisma Yakin dan Kon. Shah Alam yang diberitakan bernilai RM321 juta.
Seperti sedia maklum PNB dan KWSP sudah /sedang membeli aset strategik di London sebagai strategi meningkatkan hasil.
Tetapi, mengapakah Kerajaan Selandor ingin menjual aset tersebut? Kelazimannya, pemilik hartanah menjual aset mereka untuk meraih keuntungan. Ada juga yang menjualnya kerana berlakunya aliran wang tunai yang ketat.
Para politikus berpandangan lain. Ada yang berpendapat, Kerajaan Selangor ingin menjual aset aset kerana ingin mendapatkan lebihan (selepas tolak pinjaman bank) untuk kegunaan agenda pembangunan semasa dan sebelum PRU13. Wang lebihan boleh digunakan di dalam pelbagai bentuk untuk memenangkan hati pengundi khasnya rakyat Selangor yang puratnya bosan dengan Kerajaan sediada.
Ada pengulas kata, Kerajaan Selangor tidak perlu berbuat menjual aset kerana PKR adalah sebuah parti yang kaya hasil sumbangan Dana Asing khasnya Geogre Soros. Mereka menaja yuran bertanding di dalam PRU PRU. DS Anwar sendiri mempunyai dana yang besar dan memperuntukkan RMjuta untuk membeli Ahli Parlimen BN untuk membentuk Kerajaan. Ia selari dengan SD Dato Murad, bekas Timbalan Gabenor BNM.
Apabila keperluan kewangan tidak menjadi keutamaan PKR, mengapa Kerajaan Selangor masih ingin menjual aset. Ia bukan lagi `business decision' lagi tetapi lebih kepada `political decision'.
Ada yang mengulas Kerajaan Selangor tahu bahawa tempoh pemerintahan mereka akan tamat tidak lama lagi dan perlu `kosong'kan tabung kewangan kerajaan. Sumber sumber pendapatan negeri harus di sekat. Langkag ala sabotaj ini akan mengurangkan `kantong' perbendaharaan negeri. Apabila dana kurang, Kerajaan Selangor BN (insyALLAH selepas PRU13 ini) akan menghadapi masalah untuk merancang pembangunan. Apabila kurang pembangunan, rakyat Selangor akan marah. Projek PKNS seperti perumahan kos sederhana dan rendah tidak dapat digerakkan segara dan banyak kerana dana.
Apa apa pun BN harus waspada dengan strategi PKR Selangor ini. Jangan asyik `menyalak' sana sini minta penjelasan. Adat strategi orang berperang. PKR mesti merahsiakan tindakan mereka. BN harus melakukan sesuatu untuk melambatkan proses penjualan aset tersebut.
Ada kemungkinan ke PKR sedang memerangkap BN dengan menyuruh GLC Kerajaan Pusat/Negeri membeli aset aset tersebut. Sekurang kurangnya CLC BN terpaksa mengeluarkan duit dan PKR mendapat keuntungan. Strategi serampang dua mata PKR ini, jangan pula tidak diambil kira.


Saturday 27 October 2012

SUKAN SANA SINI

PM, DS Najib mengucapkan tahniah kepada Zulfahmi Khairuddin dan Datuk Lee Chong Wei diatas pencapaian mereka di dalam bidang yang mereka tandingi. Saudara Zulfahmi memecahkan rekod pelumba Malaysia dengan berjaya menduduki taempat kedua Grand Prix Moto di Sepang baru baru ini.

Datuk Lee Chong Wei menjuarai Denmark YONEX 2012 dengan menewaskan pemain China.
Pada minggu itu juga, Harimau Malaya (pemain bawah 21 tahun) kendelian Ong Kim Swee juga berjaya menjuarai Piala Newspaper di Vietnam.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei yang akan melansungkan perkahwinan dengan Wong Mei Choo pada 9 November 2012 ini.

KERAJAAN BN MEMBANTU RAKYAT MENGERJAKAN IBADAT HAJI.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.
Bersyukur kita kerana ALLAH yang Maha Esa telah mengizinkan Kerajaan BN memerintah Malaysia dan telah mengsubsidi perbelanjaan mengerjakan haji sejumlah RM125 juta tahun ini.
Kerajaan juga melalui 1MDB menaja 400 orang JKKK dan Iman mengerjakan haji sebagai balasan kepada mereka yang telah berkhidmat dengan penuh dedikasi tanpa mengira masa.
Kerajaan Negeri Johor turut menghantar pesara Kerajaan setiap tahun.
Amat jelas Kerajaan BN adalah sebuah Kerajaan yang suka membantu rakyatnya dan senantiasa memberikan ganjaran kepada mereka yang menjadi `jambatan' kepada Kerajaan dan rakyat jelata.
Ayuh rakyat Malaysia. Bantu dan sikonglah BN agar Kerajaan akan teruskan program memakmurkan negara dan mensejahteraankan rakyat.
Di dalam ruangan sebelum ini, penulis pernah mencadangkan perkhidmatan Tabung Haji kepada jemaah haji `wajar' diswastakan kepada UMNO. 

Thursday 11 October 2012

AHLI PAS LEBIH BERSIFAT DERMAWAN DARIPADA UMNO.? KELEMAHAN BAJET 2013

Selain daripada menulis pandangan di dalam blog, penulis dan rakan rakan turut menguruskan sebuah kelab bolasepak remaja  bawah 11, 12 dan 15 tahun. Kelab bernama SEPADU SOCCER mempunyai seramai hampir 70 orang pemain yang kesemuanya pelajar pelajar dari Gadek, Lesung Batu, Bukit Rambai, Tg Minyak dan Cheng, Melaka.
Menguruskan kelab ini memerlukan banyak dana untuk membeli keperluan kapital seperti Jersi, T Shirt latihan, peralatan latihan dan kos operasi seperti makan minum, vitamin, pengangkutan, yuran padang dan kejurulatihan. 
Pada masa ini kesemua perbelanjaan adalah di atas pengorbanan 7 orang jurulatih dan pengurusan SEPADU SOCCER dan juga sebilangan ibubapa perihatin.
Dukacitanya belum ada sumbangan sesenpun dari UMNO dan syarikat GLC Melaka. Permohonan sumbangan tidak berjawab. Kemungkinan, SEPADU SOCCER tidak pandai mencari `channel' yang sesuai, mungkin waktu akhir tahun, peruntukan habis, mungkin sumbangan kepada kelab bolasepak tidak seberat pahalanya berbanding dengan kegiatan keagamaan, mungkin orang politik tidak percaya bahawa sukan boleh mengekalkan sokongan politik mereka atau menyatupadukan masyarakat, malah kawan dan bekas kawan sepejabat juga tidak mahu menghulurkan bantuan. 
Penulis akan cuba mendapatkan sumbangan dari PR pulak jika usaha usaha ini tidak berjaya. Ahli PAS setakat ini terbukti lebih bersifat penderma berbanding dengan UMNO dan ia dibuktikan apabila parti PAS terus hidup tanpa peruntukan. DAP berjaya mengumpul dana khas nya dari kaum Cina. Kempen derma RM1 seorang ahli pun mendapat sambutan besar.
Syarikat besar seperti GLC Kerajaan dan swasta sibok dengan CSR mereka dan tidak memperdulikkan kelab kecilan seperti SEPADU SOCCER. Mereka mengutamakan program yang Perdana Menteri terlibat atau menghadir rasmikan program itu. Pada hal program sambutannya sahaja boleh membiayai kos kapital 5 hingga 10 kelab bolasepak kecilan.
Penulis rasa Bajet 2013 yang lalu tidak memberikan tumpuan kepada kelab bolasepak kecilan. Kerajaan harus mempertimbangkan pemberian geran permulaaan seperti penubuhan taska dan penubuhan persatuan penduduk sejumlah RM10K setiap satu.
Kerajaan harus menaja aktiviti sukan kerana ia aktiviti yang menyihatkan dan menambahkan kecergasan. Majlis jamuan dan kenduri kendara mesti dikurangkan tanpa mengurangkan sokongan rakyat kepada parti dan kerajaan. Jamuan hari Raya di merata tempat di sesebuah DUN telah menghabiskan peruntukan kawasan seperti DUN Paya Rumput. Cubalah dibuat analisa, berapa peratus peruntukan yang telah disalurkan kepada aktiviti berbentuak jamuan. Jamuan seperti ini selalunya di targetkan kepada orang dewasa dan remaja ditinggalkan.
RINGKASNYA, kelab bolasepak kecilan sukar diuruskan kerana kekurangan dana. Orang politik/korporat/orang perseorangan melihat bidang ini `tiada' keglamouran. Pahala menyumbang kearah kesukanan kurang berbanding dengan keagamaan. Peruntukan kemasyarakatan DUN/Parlimen, rasanya, tertumpu kepada jamuan dan kenduri kendara yang `mengemukkan'.

Monday 8 October 2012

TUNKU AZIZ MENGULAS DAP, LIM GUAN ENG DAN PULAU PINANG

Penulis tertarik dengan wawacara Tunku Abdul Aziz Ibrahim dengan Utusan Malaysia dan disiarkan di Mingguan Malaysia, muka surat 7, Ahad 30 September 2012. Penulisan ini dibuat selari dengan penekanan penulis (di ruangan terdahulu) bahawa BN boleh merampas Pulau Pinang dari PR. Antara intipati wawacara tersebut ialah:-
1. DAP mendakwa mereka sebuah parti pelbagai kaum tetapi jauh tersasar.
2. Tunku hampir keluar DAP selepas 2 bulan menjadi ahli, tetapi pujukan Lim Kit Siang telah membatalkan hasrat beliau keluar parti.
3. Mengenai Anwar Ibrahim, Tunku tidak selesa dengan beliau dan tidak mahu berkenalan dengan nya.
4.DAP bukan sebuah parti yang demokratik malah tidak mengamalkan kebebasan bersuara.
5.Tunku keluar DAP kerana kenyataan Tunku tidak menyenangkan setengah pemimpin DAP. Apa kenyataannya? Tunku menegur DAP agar tidak terlibat dengan Bersih 2 dan Janji Bersih kerana ia melanggar undang undang dan mendatangkan kerosakan dan kemusnahan. 
6. Tunku berpandangan Lim Guan Eng seorang yang sombong, angguh dan suka pusing meusing fakta dan suka mengambil pujian atas hasil usaha orang lain. Lim Guan Eng kata Pulau Pinang maju kerana DAP dan beliau menjadi Ketua Menteri.
7.Lim Guan Eng suka mempolitikkan isu seperti cadangan menukar nama Lapangan Terbang sedia ada kepada  Lapangan Terbang P.Ramlee. Ini cubaan meredakan kemarahan rakyat Melayu Pulau Pinang.
8.Lim Kit Siang lebih berkuasa dan dominan dalam DAP.
Demikian yang dilaporkan.

SERENDAH AKAN `MENINGGI' SELEPAS KABINET BERSETUJU UiTM DIBANGUNKAN DI TANAH YBK

Bandar Serendah, salah sebuah bandar di Selangor akan dibangunkan dengan sebuah universiti, UiTM tidak lama lagi. Projek YBK-UiTM yang tertangguh oleh kerana tanah seluas 800 ekar itu di `rampas' dengan cara yang `kotor'.
Kabinet telah mengarahkan UiTM membuat kajian lanjut mengenai kos pembangunan kampus tersebut.

Alhamduliliah hak anak yatim dipelihara oleh ALLAH di mana Kerajaan Selangor PKR diarah memulangkannya kepada yang berhak.

Kes ini mesti menjadi pengajaran besar kepada Kerajaan Selangor dan kemenganan moral yang bermakna kepada BN untuk merampas terus Selangor.

KABINET BAYANGAN PAKATAN RAKYAT

Mengikut sumber blog papagomo.com dan disiarkan oleh Utusan Malaysia muka surat 9, 4 hb Oktober 2012, berikut adalah pandangan penulis:-
1. PKR akan menerajui jumlah jawatan menteri iaitu seramai 13 orang, PAS 10 jawatan manakala DAP 8 orang. Penulis rasa pembahagian ini akan menjadi sumber perbalahan kerana DAP dikatakan sebuah parti yang dominan di dalam PR.

2.Di dapati kronisma berlaku di dalam kabinet bayangan ini. Bapa menjadi PM, isteri menjadi Menteri diJPM (bukan hendak menjadi menteri sebenar tetapi untuk memastikan PM tidak pergi ke tempat lain) dan anaknya di Kementerian Wilayah Persekutuan.

3.Lim Guan Eng akan dilantik sebagai TPM11 dan siapa akan menjadi KM Pulau Pinang yang amat panas itu?

Semoga ia tidak mendapat kenyataan.

AHLI DAN PENYOKONG DAP BERTINDAK `MAFIA' TERHADAP KETUA PEMUDA BN

Ekoran daripada tindakan BN Pulau Pinang mengkritik, mencabar dan berusaha membeli tanah Taman Manggis daripada KerajaanDAP Pulau Pinang, terdapat ahli dan penyokong DAP dan PR bertindak diluar batasan dengan menyembah cat merah keatas kenderaan Ketua Pemuda BN tersebut. Nampak sangat DAP tertekan sejak kebelakangan ini.
 
Betul juga kata kata para bekas pemimpin DAP yang mengatakan DAP sudah ramai ahli mafia.
 
Rakyat Pulau Pinang harus tahu sikap sebenar DAP yang selalu `resort' kepada keganasan dan saman untuk menutup penyelewaangan mereka.

KETIDAKTENTUAN AIR ASIA PADA MALAYSIA, `BUSINESS OPPORTUNITY' KEPADA MALINDO AIR

Air Asia bermula dengan sebuah syarikat penerbangan yang kecil di Malaysia berkonsepkan tambang murah. Pada mulanya rakyat tidak biasa dengan industri penerbangan yang mengutamakan `self service' dan makanan berbayar. Rakyat tidak biasa dengan `online ticket purchase' dan tiket cetakan komputer A4. Kekekangan ekonomi memaksa banyak airline termasuk Air Asia mengurangkan kos operasinya.
Hari ini, Air Asia sudah menjadi syarikat penerbangan yang besar dan terbaik di dalam kategorinya. Anugerah demi anugerah diterima. Tan Sri Tony juga tersenarai di dalam orang terkaya di Malaysia. Air Asia berkembang dari Malaysia ke Indonesia, Thailand dan sebaginya. Air Asia berkembang ke sektor ekonomi lain. Mereka menceburi industri perhotelan (Tune Hotel), komunikasi (Tune Mobile), sukan bolasepak (QPR) dan pemotoran (Lotus). Ini kesemuanya hasil daripada keuntungan perniagaan dan kepercayaan institusi perbankan terhadap Air Asia.
Air Asia juga terkenal dengan sikap tegasnya di dalam amalan perniagaan. Sering kali kita mendengar Air Asia `bertegang leher' dengan MAHB mengenai isu `airport tax'. KLIA2 dibina sebahagian besarnya kerana ingin menampong `trafficflow' penumpang Air Asia. Semasa di dalam pembinaan, Air Asia pernah memberikan gambaran yang Air Asia mungkin tidak menggunakan KLIA2 sebagai pusta operasinya. Dulu Air Asia ingin menjadikan Melaka sebagai base penerbangannya ke Indonesia tetapi tidak menjadi. Kerajaan Melaka sedih apabila perancangannya tergendala.
Air Asia tidak berhenti disitu. Kerajaan melalui Khazanah Malaysia cuba `mengAIR ASIAkan MAS dan berlakulah pertukaran saham Air Asia dengan MAS. Walaubagaimanpun penukaran tersebut dibatalkan kerana bantahan bantahan dari dalaman MAS dan sebahagian rakyat.
Air Asia terus menghangatkan industri ini dengan mengumumkan Jakarta sebagai ibupejabat Air Asia untuk Asia region. Suka tidak suka, rakyat Malaysia dan Kerajaan terkilan dan kecewa dengan `business decision' Air Asia tersebut.
Ketidaktentuan Air Asia kepada Malaysia telah menyaksikan suara suara halus mendesak Kerajaan meluluskan beberapa lesen penerbangan lagi di Malaysia untuk mengimbangi Air Asia. MAS diarahkan mempergiatkan firefly, MASWing pula perlu aktif dan meperkerapkan penerbangan di Sabah dan Sarawak.
MALINDO Air ditubuhkan untuk memainkan peranannya. Usahasama NADI dan LION dijangka mewarna warni industri penerbangan Malaysia. MALINDO Air akan beroperasi mulai Mei 2013 dan penulis ingin melihat prestasi kedua dua syarikat penerbangan ini. MALINDO diharap akan dapat beropersai setaraf atau baik daripada Air Asia khasnya dari segi waktu berlepas yang selalu kelewatan. Air Asia diharap akan dapat mempertahankan kedudukan dan aliran wang tunai mereka.
Penulis rasa untuk mengimbangi Air Asia, bukan sahaja MALINDO Air diberikan lesen, malah syarikat kecil lain juga perlu diberi ruang. Melaka Air dan Silverfly (Perak). Penulis mengalu alukan jika ada pelabur yang ingin menjadi macam Air Asia, melaburlah dalam Silverfly. Penulis akan memberikan maklumat jika ada yang berminat.

KESESUAIAN DIRI DENGAN JAWATAN KABINET

Penulis berpandangan bahawa jawatan yang dipegang di dalam jemaah menteri harus bersesuaian dengan perwatakan, stail dan diri sendiri.
Menteri Kesihatan seorang yang segak dan kelihatan sihat serta tidak merokok. Tetapi, maaf dikata, Timbalannya, Datuk Rosnah, tidak sesuai dengan di Kementerian Kesihatan yang mempromosikan kecergasan dan pemakanan yang baik. Datuk Rosnah terlalu `sihat' (bukan beliau tidak `perform' dalam perkhidmatannya) dan amat tidak sesuai dengan kempen obesiti oleh Kementerian.
Begitu juga dengan Dato Hisham. Beliau seorang yang peramah, mudah mesra, berwatak dan beraut keanakan dan berpendidikan undang undang, dikatakan lebih sesuai tidak ditempatkan di dalam KDN. KDN memerlukan seseorang yang berwatak yang garang.
Usia dan watak mesti disesuaikan dengan jawatan. Seseorang yang berusia tidak boleh menerajui Belia dan Sukan.
Menteri Pengajian Tinggi seharusnya seorang yang berpendidikan tinggi untuk mendapatkan penghormatan di samping sifat `outing' dengan golongan muda siswa. Wanita menguasi bilangan pelajar di IPTA dan IPTS. Harus ada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi wanita.
Kementerian Kemajuan Luar Bandar bermakna `kampong dan pendalaman'. Seorang yang sudah mencapai status kayaraya dan bukan berasal dari perkampongan dan pendalaman tidak sesuai dilantik menerajui Kementerian mahupun agensinya.
Wallahualam

Saturday 6 October 2012

KM MELAKA DISIASAT DALAM KES PENGANJURAN MAJLIS PERKAHWINAN

Diberitakan oleh SINAR HARIAN dan TV3, Lim Kit Siang telah meminta SPRM menyiasat KM Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam (DAR), yang menganjurkan majlis perkahwian anak lelaki beliau baru baru ini. Majlis ini direkodkan di dalam `Malaysia Book of records" sebagai kehadiran tetamu yang paling ramai iaitu 130,000 tetamu.
SPRM telah memberikan respon bahawa SPRM akan menyiasat secara menyeluruh termasuk meneliti kos penanjuran dan siapa yang membayar.
Secara amnya, DAR memang seorang yang popular di Melaka. Beliau akan hadir ke majlis perkahwinan di merata tempat jika di jemput. Jikalau tidak dapat datang pada masa yang tepat, beliau akan mewakilkan sesaorang dan beliau akan menyusul.
Tentulah setelah sekian lama menjai KM, beliau telah menghadiri ribuan jemputan oleh rakyat jelata dan rakyat jelata tentu sekali akan membalas jemputan itu sebagai tanda hormat.
Penanjuran besar besaran juga kemungkinan juga kerana anak lelaki sulung pula, tetapi tidak berniat menjadikan `event of the year'.
Penulis risau majlis yang ingin `mendirikan mesjid' untuk anaknya dan secara tidk langsung menunjukkan sokongan rakyat terhadap KM Melaka, akan membawa musibah kepada KM, keluarganya dan BN/UMNO.
Penganjuran ini melibatkan kedatangan rakyat jelata yang ramai dan tentulah melibatkan kos yang tinggi (tidak setinggi dengan kos sekepala jika dibandingkan dengan perkahwinan artis), tentu sekali menimbulkan rasa `was was' atau elemen rasuah berlaku.
Penulis harap KM Melaka dan AJKnya sudah sedia maklum akibat daripada penganjuran ini dan bersedia dengan fakta dan data meningkis tohmahan dan fitnah.
Penulis juga selalu menasihati pemimpin UMNO agar berhati hati di dalam segala tindak tanuknya kerana pilihanraya kian menjelang.
bersambung di ruang lain.

KEMELUT TANAH TAMAN MANGGIS DAN LIM GUAN ENG

DAP terus menunjukkan watak dan sifat sebenar CINA DAP apabila berkuasa. Gaya, stail, pendirian LLim Guan Eng sungguh berlainan, penuh dendam kesumat, tidak rasional, kreatif tidak bertempat dan kemungkinan menjahanamkan negara.
Di dalam kes Taman Manggis, Lim Guan Eng sebenarnya telah bertekad menjual tanah tersebut kepada syarikat swasta untuk projek komersil. Untuk menghalalkan penjualan kepada syarikat swasta tersebut, Lim Guan Eng terus membuat helah dengan mencabar BN membeli tanah tersebut pada harga RM22juta.
BN bersetuju menerima tawaran tersenut dengan membayar 1 peratus `earnest money' daripada kos pembelian. Wlaupun berlaku kekecohan untuk menerima bayaran 1 peratus tadi, BN berjaya mendepositkan ke dalam akaun penbendaharaan Kerajaan Pulau Pinang. 
Petang Jumaat, Lim Guan Eng mengeluarkan syarat pembelian iaitu baki harga pembelian mesti dibayar di dalam tempoh 30 hari.Ini berlainan dengan syarat yang dikenakan kepada syarikat swasta iaitu 5 tahun. Tindkan ini bukan sahaja bert sebelah tetapi tidak mengikut prosedur amalan jual beli.
Kelazimnya, selepas 1 peratus, pembeli kena bayar 10 peratus sebagai deposit, dan bakinya 3 hingga 6 bulan.
Kenapa 30 hari dan bukan 3-6 bulan?
1. Kerana pilihanraya dijangka akan berlaku di dalam tempoh terdekat dan Kerajaan Pulau Pinang mahu duit tersebut berada di dalam penbendaharan negeri. Mungkin boleh digunakan semasa pilihanraya.
2. Untuk mengaggalkan urus niaga jual beli tanah tersebut supaya Kerajaan Pulau Pinang DAP dapat menjual kepada syarikat swsta.
Rakyat wajid `meninggalkan DAP, Lim Guan Eng dan PR kerana cara pemerintahannya mengutamakan kelas atasan, perumahan kos tinggi dan suka menggunakan keadah undang undang untuk menutup penyelewangan.
BN Pulau Pinang terajuan Gerakan dan UMNO menggasak DAP di dalm kes Taman Manggis. MCA melalui Biro Professionalnya menekan Kerajaan Selangor di dalam kes Talamgate. GPRS pula bertindak keatas Kerajaan Selangor dalam kes air percuma dan Langat2.

Friday 5 October 2012

BN PULAU PINANG BELI TANAH TAMAN MANGGIS DENGAN HARGA RM22JUTA

Katkala pemerintahan BN dahulu, tanah Taman Manggis ini dicadangkan dibangunkan dengan perumahan kos rendah 18 tingkat. Apabila DAP memerintah Pulau Pinang, mereka melupakan perumahan kos rendah dan bercadang menjualnya kepada syarikat swasta untuk pembangunan komersil termasuk perhotelan dan hospital pakar.
Apabila BN membantah langkah DAP tersebut, KM terus mencabar BN agar membeli tanah tersebut pada harga RM22juta sebagaimana yang ditawarkan kepada pihak swasta. KM berharap dengan cabaran tersebut, BN tidak akan dapat meneruskan bantahan tersebut.
Pemuda BN Pulau Pinang sebaliknya manyahut cabaran tersebut. Mereka mengambil langkah menubuhkan syarikat SPV dan mengumpul wang. Mereka datang dengan `earnest money' sejumlah 1 peratus ataupun RM220,000.
Kekecohan berlaku apabila usaha untuk membayarnya menimbulkan masalah. BN datang dengan bayaran tunai tetapi tidak diterima oleh pegawai bertugas. Lalu mereka mendepositkan wang tunai ke dalam akaun perbendaharan dan resitnya dilampirkan bersama dengan surat tawaran.
Rakyat Pulau Pinang harus memuji langkah BN ini yang mengutamakan perumahan kos rendah di lokasi strategik. Ringkasnya BN mementingkan rakyat daripada keuntungan semata mata.
Di dalam aspek lain, gambar tanah kosong Taman Manggis disiarkan berulang kali, dan secara tidak langsung mengiklankan TUNE HOTEL secara percuma.

Wednesday 3 October 2012

`TAK NAK' PAKATAN RAKYAT DI SELANGOR DAN MALAYSIA

Alhamdulilah, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah memutuskan Kerajaan Selangor terajuan PKR tidak berhak untuk melucutkan hakmilik tanah milikan YBK dan diarah memulangkan kesemua tanah kepada YBK. Sebelum ini Kerajaan Selangor telah `merampas' tanah tersebut dengan cara tidak menerima bayaran cukai tanah. Mahkamah menolak `alasan' Kerajaan Selangor yang YBK membayar cukai melalui pihak ketiga serta memulangkan bayaran cukai tanpa alasan.

Tanah seluas 800 ekar itu yang terletak di Serendah, telah dikenalpasti untuk pembangunan sebuah Universiti. Signifikannya pembangunan ini ialah ia akan membantu peningkatan nilai tanah tanah di sekeliling pembangunan ini. Kebanyakkannya pemilik tanah Melayu. Seperkara lagi, pembangunan ini boleh menjana pendapatan untuk YBK untuk membiayai aktiviti pembasmian kemiskinan di negeri Selangor khasnya.

Inilah satu lagi kekilafan dan kebodohan Kerajaan Selangor di dalam membuat keputusan.Apabila sesebuah keputusan berlandaskan poliltik semata mata, ia tidak membawa keuntungan kepada negeri. Melaka telah berjaya membawa UiTM ke Merlimau.

Tan Dri Khalid ingin menjadi Pengerusi YBK tetapi tidak dipersetujui oleh lembaga pengarah dan beliau bertindak `merampas' tanah secara `kotor'.

Semoga rakyat Selangor `menghukum' Kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat dengan mengundi BN dan kata `TAK NAK PAKATAN RAYKAT'.