Friday 29 March 2013

MAKAN MALAM DENGAN DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM DAN SEMPENA PERASMIAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN CHENG BARU, MELAKA.




Malam ini 29hb Mac 2013,jam 8.30 pm, mencatitkan sejarah tersendiri bagi penduduk Taman Cheng Baru, Melaka dan Datuk Seri  Mohd Ali Rustam.

Penduduk Taman Cheng Baru akan berpeluang makan bersama Ketua Menteri Melaka dan pemimpin mereka. Kebanyakan mereka tidak ada bersempatan untuk berkenalan secara dekat kerana mereka tidak terlibat secara langsung di dalam politik. Majlis Makan Malam ini akan menjadi `avenue’ untuk merapatkan lagi hubungan rakyat dengan pemimpin.

Bagi Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru, ia adalah sesuatu yang membanggakan kerana dapat menganjurkan majlis seumpamanya kerana tanpa usaha gigih Pengerusi dan AJKnya, tidak mungkin penduduk ini di bersatukan. Amat sukar untuk menjemput penduduk berbilang bangsa menjadi ahli persatuan.

Taman Cheng Baru meliputi kawasan kediaman dan rumah kedai. Rumah Kediamannya dirasakan 50:50 peratus Melayu dan Cina. Dahulu masing masing dengan urusan mereka dan tidak ambil tahu jiran mereka. Dengan tertubuhnya Persatuan dan pengelolanya yang aktif, keadaan kejiranan bertambah baik.

Kebanyakan penduduk Taman Cheng Baru berurusan dengan pekedai pekedai di Kedai Perniagaan. Majoriti pekedai adalah berbangsa Cina. Kebanyakan mereka berniaga di Taman Cheng Baru tetapi tinggal di luar Taman Cheng Baru. Persatuan Penduduk harus melakukan aktiviti kejiranan untuk memperbaiki perhubungan sesama penduduk. Setakat ini hubungan mereka adalah hubungan pembeli penjual.

Penulis berharap majlis ini dibuat bukan sempena PRU 13 menjelang tiba tetapi ia kena berterusan samada ada PRU atau tidak.

Bagi Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ia mungkin makan malam bersama penduduk Taman Cheng Baru terakhir selepas ini selaku Ketua Menteri Melaka. Mungkin tidak jika beliau dikekalkan di Melaka. Desas desus kuat mengatakan yang beliau akan ke Putrajaya.

Makan Malam dan Majlis Perasmian Persatuan ini merupakan yang pertama selepas dipanggil ke Putrajaya petang Khamis 28hb Mac 2013, oleh Dato Sri Mohd Najib untuk membincangkan perihal nama calon BN Melaka dan jawatan KM sendiri untuk PRU13.

Penulis rasa Datuk Seri Mohd Ali sudah tahu kemana beliau akan berkhidmat selepas ini. Tentu sekali PM sudah membuat keputusan. Jika keputusan yang PM buat itu memgembirakan Datuk Seri Mohd Ali, kita boleh rasakan kemeriahan dan senyuman beliau malam ini.
7.50malam

No comments:

Post a Comment