Saturday 30 March 2013

GEMPAR.. SESUATU BERLAKU DI MAJLIS MAKAN DENGAN PEMIMPIN DI TAMAN CHENG BARU,MELAKA




Alhamdullilah. Majlis Makan Malam Bersama Pemimpin dan Majlis Perasmian Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru, Melaka yang telah berlansung malam tadi 29hb Mac 2013 dengan jayanya serta mencapai matlamat awalnya.
Apa makna berjaya?

Penulis merasa gembira kerana kedatangan penduduk penduduk Taman Cheng Baru amat baik. Lebih membanggakan lagi penyertaan.kaum Cina yang sekian lama menjauhi program program seumpama ini. Mereka kelaziman bergaul diantara mereka dan menghadiri majlis anjuran kaum mereka sendiri seperti perkahwinan. Tetapi dengan susunan program untuk semua kaum seperti makanan beraneka jenis, hadiah saguhati kepada pelajar cemerlang, bayaran saguhati kepada kaum warga emas yang sakit, derma darah dan hadiah cabutan bertuah yang menarik, telah berjaya membawa penduduk Taman Cheng Baru ini turun padang. Permainan mercun, bak kata pengacara majlis Saudara Mazidul Sidek (pengendali 999), seperti Hari Kemerdekaan Malaysia. Ada kelas.

Keduanya, suasananya santai dan tidak hujan. Penduduk tunggu hingga akhir majlis.

Penulis harap penganjuran seterusnya akan menambah kemeriahan dan persahabatan antara kaum. Penganjuran kali pertama ini nampak dengan jelas Cina duduk dengan Cina dan Melayu duduk dengan Melayu. Tetapi tidak mengapa, ia adalah permulaan dan boleh disempurakan lagi. Penganjuran seterusnya, contoh sukan futsal, akan mensyaratkan komposisi pemain mencerminkan 1Malaysia (ada pemain Melayu, Cina dan India). Kita buat dia dan boleh dilakukan.

Majlis ini dirasmikan oleh YB Ir Idris Harun, Ahli Parlimen Tanggabatu. Taman Cheng Baru termasuk di dalam DUN Paya Rumput, manakala DUN Paya Rumput termasuk di dalam Parlimen Tanggabatu. YAB Ketua Menteri Melaka dikatakan berada di Pahang. Datuk Seri Mohd Ali menyampaikan salam dan maaf kerana tidak datang hadir. Penulis ada membuat ulasan bahawa YAB mungkin akan berkhidmat di Putrajaya. Sebenarnya YAB dapat tahu beliau akan kemana dan jika beliau hadir ke Majlis Taman Cheng Baru, tentu beliau akan didesak oleh orang ramai mengenai statusnya.

Penulis bersembang dengan kawan kawan di Majlis tersebut dan bergurau senda. YAB ke Pahang, mungkin Pekan, untuk bertemu dengan PM DS Najib untuk meminta beliau dikekalkan di Melaka. Heeeeeeeeeeeee.

Pada penulis, YB Ir Idris Harun berucap dengan baik malam tadi. Berinfomasi dan penuh nasihat. Diselang seli dengan keratan surah AlQuran. Bercakap dalam bahasa Malaysia dan Inggeris dan menyakinkan penduduk Taman Cheng Baru. YB Ir Idris sempat bergurau dalam ucapannya dan yang agak menarik juga bakat menyanyi. Pitching baik juga. YB Ir Idris boleh menerajui Melaka. Yang penulis tidak `sure’, boleh kah YB Ir Idris berkerja se `kuat’ dan se`gila’ YAB Datuk Seri Mohd Ali?. YB Ir Idris mesti `at par or better’ daripada YAB Datuk Seri.

YB Datuk Tahir Hassan, ADUN Paya Rumput `merungut’ bahawa beliau tidak sempat ke Selangor, Kedah, Kuala Lumpur dan tempat lain kerana kerja dan program pembangunan dan pembelaan rakyat di kawasan Paya Rumput terlalu banyak. YAB Datuk Seri seperti `headmaster’ dan meminta (supervise sekali) guru gurunya (YB YB) menjaga kawasan setiap masa. Setiap guru ada `report card’.YB YB ada KPInya. Tidak ada chance, YB YB di Melaka mengular. Inilah salah satu sebab mengapa Melaka maju dan bersih. Penulis rasa YB Melaka lain pun tidak sempat melawat luar negeri seperti YB Datuk Tahir.

Wahai para isteri bakal wakil rakyat di Melaka . Adakah puan bersedia merelakan suami puan berkhidmat sepenuhnya. Kena faham istilah `rakyat di dahulukan’. Bukan tidak sayang isteri dan anak.

Penulis berharap Majlis Makan Malam dengan Pemimpin atau program sewaktu dengannya, dapat di adakan setiap masa bukan bermusim.

Friday 29 March 2013

REKOD DAN SEJARAH SEDANG DILAKAR




Sinar Harian melaporkan Datin Wan Azizah Ismail, Presiden PKR dan isteri kepada Penasihat PKR dan ibu kepada YB Nurul Izzah, akan bertanding di Selangor di dalam PRU13 nanti. Kawasan yang hendak ditandingi belum dimuktamadkan lagi.
Apa implikasinya?
  1. Ada kemungkinan Datin Wan Azizah akan bertanding di Parlimen dan DUN Selangor untuk menyenangkan pecaturan politik serta strategi mempertahankan Selangor.
  2. Jika Pakatan Rakyat dan Datin Wan Azizah menang di Selangor, Datin boleh dijadikan MB Selangor. TS Khalid dan YB Azmin akan merasakan tekanan.
  3. Datin Wan Azizah boleh dilantik  salah seorang Jemaah Menteri Kerajaan Pakatan Rakyat.
  4. Melakar sejarah sebagai ahli keluarga yang teramai pada satu masa menjadi pengurusan atasan parti dan ADUN/Parlimen. Seorang lagi anak perempuan Nurul Hana dikatakan akan bertanding di Setiawangsa.

MAKAN MALAM DENGAN DATUK SERI MOHD ALI RUSTAM DAN SEMPENA PERASMIAN PERSATUAN PENDUDUK TAMAN CHENG BARU, MELAKA.




Malam ini 29hb Mac 2013,jam 8.30 pm, mencatitkan sejarah tersendiri bagi penduduk Taman Cheng Baru, Melaka dan Datuk Seri  Mohd Ali Rustam.

Penduduk Taman Cheng Baru akan berpeluang makan bersama Ketua Menteri Melaka dan pemimpin mereka. Kebanyakan mereka tidak ada bersempatan untuk berkenalan secara dekat kerana mereka tidak terlibat secara langsung di dalam politik. Majlis Makan Malam ini akan menjadi `avenue’ untuk merapatkan lagi hubungan rakyat dengan pemimpin.

Bagi Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru, ia adalah sesuatu yang membanggakan kerana dapat menganjurkan majlis seumpamanya kerana tanpa usaha gigih Pengerusi dan AJKnya, tidak mungkin penduduk ini di bersatukan. Amat sukar untuk menjemput penduduk berbilang bangsa menjadi ahli persatuan.

Taman Cheng Baru meliputi kawasan kediaman dan rumah kedai. Rumah Kediamannya dirasakan 50:50 peratus Melayu dan Cina. Dahulu masing masing dengan urusan mereka dan tidak ambil tahu jiran mereka. Dengan tertubuhnya Persatuan dan pengelolanya yang aktif, keadaan kejiranan bertambah baik.

Kebanyakan penduduk Taman Cheng Baru berurusan dengan pekedai pekedai di Kedai Perniagaan. Majoriti pekedai adalah berbangsa Cina. Kebanyakan mereka berniaga di Taman Cheng Baru tetapi tinggal di luar Taman Cheng Baru. Persatuan Penduduk harus melakukan aktiviti kejiranan untuk memperbaiki perhubungan sesama penduduk. Setakat ini hubungan mereka adalah hubungan pembeli penjual.

Penulis berharap majlis ini dibuat bukan sempena PRU 13 menjelang tiba tetapi ia kena berterusan samada ada PRU atau tidak.

Bagi Datuk Seri Mohd Ali Rustam, ia mungkin makan malam bersama penduduk Taman Cheng Baru terakhir selepas ini selaku Ketua Menteri Melaka. Mungkin tidak jika beliau dikekalkan di Melaka. Desas desus kuat mengatakan yang beliau akan ke Putrajaya.

Makan Malam dan Majlis Perasmian Persatuan ini merupakan yang pertama selepas dipanggil ke Putrajaya petang Khamis 28hb Mac 2013, oleh Dato Sri Mohd Najib untuk membincangkan perihal nama calon BN Melaka dan jawatan KM sendiri untuk PRU13.

Penulis rasa Datuk Seri Mohd Ali sudah tahu kemana beliau akan berkhidmat selepas ini. Tentu sekali PM sudah membuat keputusan. Jika keputusan yang PM buat itu memgembirakan Datuk Seri Mohd Ali, kita boleh rasakan kemeriahan dan senyuman beliau malam ini.
7.50malam

Thursday 28 March 2013

BRIM2.0 UNTUK RAKYAT BERPENDAPATAN RM3,000 KEBAWAH, BRAIM (BANTUAN RAKYAT ANWAR IBRAHIM) UNTUK SIAPA?




DS Najib Tun Razak sibok menghulurkan BRIM2.0 kepada rakyat Malaysia yang berpendapatan RM3,000 kebawah. Bantuan Persekolahan RM100 untuk semua pelajar sekolah. Juga Baucher Buku RM250 untuk mahasisma dan siswi. Kedai Rakyat, Kedai kain, Kedai Buku dan Klinik 1Malaysia untuk rakyat mengurangkan kos saraan hidup. TRIMA untuk pengusaha teksi. Tabung Penyelenggaran 1 Malaysia diberikan kepada perumahan yang memerlukan penyelenggaran seperti cat dan baik pulih. Dan banyak lagi bantuan untuk rakyat Malaysia.

Dipihak lain pula, BRAIM di laksanakan dan digerakkan. Team Anwar Ibrahim sibok dengan skim BRAIM iaitu Bantuan Rakyat  Anwar Ibrahim. Mereka membantu rakyat rakyat tertentu sahaja. Salah seorang rakyat yang dibantu ialah Mendiang P.Balasubramaniam. PI Bala ini pernah membuat `Statutory Declaration no 1’ yang Najib dan Datin Rosmah terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. Esoknya Mendiang membuat `Statutory Declaration no 2 menyatakan bahawa  ’ Declaration no 1’ adalah silap dan dibuat di dalam keadaan tertekan. Mendiang PI Bala kemudiannya lari ke luar negara. Puak dan penyokong Anwar Ibrahim memainkan dan melaungkan `Statutory Declaration no 1’ sahaja di dalam peperangan mereka dengan BN. Lihatlah cara puak ini bermain. Kalau di Singapura, di mana undang undang dan penguatkuasanya amat kekat, puak ini sudah tentu tidak terlepas tindakan.
Di dalam kes Liwat Saiful-Anwar, bapa pengadu, Pak Azlan pun diberitakan menerima BRAIM. Diberitakan oleh blog blog, Pak Azlan telah meminta Saiful berpaling tadah tetapi Saiful tetap dengan pendirian dia. Bapanya meninggalkan rumah dan menyertai PKR. Pak Azlan membuat kenyataan kes Liwat Saiful Anwar adalah komplot orang tertentu.
Diberitakan juga Anwar Ibrahim berjaya me BRAIM secara professional dengan menjadikan bekas Peguam Cara   II, Mohd Yusof Zainal Abiden menjadi penasihat beliau di dalam kes Liwat Siaful–Anwar. Bekas Peguam Cara II itu baru sahaja bersara dan menubuhkan syarikat guaman sendiri dan atas dasar perniagaan dan `cari makan’, tawaran Anwar Ibrahim lumayan. Mohd Yusof ini terkenal dengan membenarkan Anwar Ibrahim meminta penanggohan berpuluh kali di dalam perbicaraan Liwat Saiful-Anwar.

Sekarang ini team Anwar Ibrahim amat sibok menjalankan aktiviti (kerana PRU13 menjelang tiba)  me BRIAM beberapa Pegawai Kanan Kehakiman, salah seorang Datuk Trio, bekas ADUN PKR yang berpaling tadah dahulu, peguam dan polis yang pernah mengendalikan pendakwaan  kes Anwar, supaya berpaling tadah dan membuat kenyataan yang BN, UMNO dan DS Najib berkomplot menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Pada masakini, banyak blog blog menulis mengenai penglibatan Anwar Ibrahim dan gengnya di dalam me BRAIM pengganas pengganas Kesultanan Sulu di Lahad Datu. Sultan Kiram III memang di ketahui tidak mempunyai sumber kewangan untuk membuat dialasis buah pinggang pun. Terdapat juga beberapa penulisan mengenai sms diantara Pengganas dengan penBRAIM yang berunding mengenai bantuan wang dan syaratnya.
Sebelum itu, Anwar Ibrahim ada BRAIM pendemostrasi BERSIH1.0, 2.0 dan 3.0.
Sesungguhnya, Anwar Ibrahim ini amat bernasib baik kerana walaupun ia berbuat sesuatu untuk menghancurkan negara, beliau masih bebas berjalan dan menabur fitnah dan janji kosong serta mendapat sokongan kuat penyokongnya.

KEMUNGKINAN KEMUNGKINAN ANWAR IBRAHIM AKAN LAKUKAN SEBELUM PRU13


Penulis ingin memanjangkan tulisan YB Datuk Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru mengenai 10 perkara yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim menjelang PRU13, kepada rakan rakan penulis. Ini adalah sebagai garis panduan kepada kita supaya berhati hati manakala pihak berkuasa harus berbuat suatu keatas perancangan halus Anwar Ibrahim itu.
Berikut adalah rumusan keseluruhan akan perkara-perkara yang mungkin dibuat Anwar dan kumpulannya menjelang PRU 13 yang disampaikan Zul Noordin melalui satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, 9 Mac lalu :

1. Menggunakan keluarga Saiful sendiri untuk melawan Saiful. Seperti yang dibincangkan di atas, ia sudah pun berlaku dan sedang berlaku.

2. Akan berlaku kejadian Anwar Ibrahim ditembak sewaktu kempen pilihan raya. Dia akan rancang suasana di mana kejadian tembakan berlaku ketika dia ada, peluru tidak kena pada dirinya, tetapi akan kena isteri atau anaknya… SELEPAS ITU, DIA AKAN KATA KERAJAAN UMNO ZALIM. Taktik raih simpati yang amat licik. Zul Noordin berkata, bunga-bunga ke arah kononnya hidup dia dalam bahaya sudah dimulakan apabila pengawal peribadi Anwar Ibrahim mencabut pistol ketika mengiringi Anwar Ibrahim dalam kereta ke satu lokasi tahun lepas.

3. Seorang Pegawai kanan badan kehakiman akan mengeluarkan kenyataan bahawa kes liwat Saiful dan Azizan adalah rekaan semata-mata. Menurut Zul Noordin, beliau difahamkan bahawa usaha memujuk pegawai berkenaan sedang giat dijalankan.
***Kemampuan Anwar dari segi ini jangan dipandang rendah kerana bekas Peguam Cara Negara II, Mohd Yusof Zainal Abiden yang membuka firma guaman sendiri berjaya diyakinkan untuk mewakilinya dalam satu kes yang datang selepas kes liwat Saiful.

4. Anwar Ibrahim akan bersumpah dengan ayat tipu (Anwar Ibrahim akan bersumpah dengan tidak menepati kehendak syarie, DIA AKAN KATA ”Demi allah, saya tak buat apa yang UMNO tuduh“, MAKA PEMBANGKANG AKAN KATA “Tue dia, Anwar Ibrahim dah bersumpah menafikan dia meliwat Saiful. Sudah tentu penyokong dan cybertroper pembangkang yang selama ini hanya reti menggunakan istilah fitnah dan bodoh serta UMNOgkok untuk mempertahankan bos mereka mendapat peluru baru.”

5. Anwar Ibrahim akan keluarkan JAM OMEGA TIRUAN di saat-saat akhir sebelum hari mengundi. (Menurut pihak dalam pembangkang, mereka sebenarnya sudah pun membeli jam yang sama macam yang dijumpai oleh Datuk Eskay. Namun, Anwar Ibrahim dijangka tidak mahu keluarkan sekarang kerana pihak polis sempat untuk menyiasat ketulenan am berkenaan dan menunukkan jam sebenar, oleh itu di saat-saat akhir baru jam berkenaan dikeluarkan dan beliau akan kata “INI DIA JAM ITU, SAYA DIFITNAH SEBENARNYA..”

6. Memujuk ahli-ahli yang berhormat (ADUN dan Ahli Parlimen) PKR yang keluar parti supaya kembali ke dalam PKR. Mereka juga akan membuat kenyataan bahawa mereka keluar dahulu kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasuah mereka dengan wang ringgit. Menurut Zul Noordin, calon-calon tersebut kini tertekan kerana anak isteri mereka juga ditekan (diganggu) oleh pihak-pihak tertentu. Pada masa yang sama, mereka juga ditawarkan dengan bayaran yang lumayan yang tidak mampu ditolak.

***Kenyataan Zul Noordin yang ini mengingatkan penulis mengenai dakwaan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha di pihak Anwar untuk membayar rakannya (salah seorang Trio Datuk T), Datuk Eskay untuk menafikan video Anwar bersama pelacur China yang terbit tahun 2011 lalu. Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang yang keterlaluan. Banyak betul wang yang sedang berlegar di pihak pembangkang jika dakwaan itu betul.

7. Azmin Ali akan keluarkan video lakonan yang dia telah berbaik dengan emaknya. Sedangkan video tersebut telah diambil ketika Mak Tom pengsan dan tidak sedarkan diri. Azmin dikatakan datang membawa jurugambar untuk mengambil gambar konon dia cium tangan dan dahi mak dia dan dia akan kata yang dia dah balik sebenarnya.

***Perkara ini sudah pun diulas dan didedahkan Ummi Hafilda baru-baru ini. Klik Ummi Hafilda Dakwa Ini Gambar Lakonan Kasih Sayang Palsu Azmin

8. Peguam-peguam dan polis yang terlibat dalam kes Altantuya dipujuk supaya mengaku bahawa Najib terlibat dalam kes tersebut. Maklumat yang diterima Zul Noordin ialah berkemungkinan besar menunjukkan pembangkang sedang cuba memujuk para pegawai dari atasan sampai ke bawah yang menyiasat kes Altantuya dengan persediaan untuk membayar mereka supaya tampil membuat kenyataan memang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

9. Mereka akan hina dan fitnah Rosmah Mansur sebagai terlibat dengan skandal. Dipercayai seorang bekas pegawai Rosmah akan membuat akuan bahawa isteri PM terlibat dengan penyalahgunaan wang rakyat. Pegawai tersebut sedang dipujuk, sedang digoda, sedang ditawarkan habuan untuk keluar supaya buat kenyataan bahawa Rosmah terlibat dengan pelbagai skandal dan penyalahgunaan wang rakyat, wang negara).

***Ada sesiapa terperanjat ke yang Rosmah akan dijadikan sasaran? Memang itu taktik pembangkang dari dulu lagi. Zaman Pak Lah serang Khairy Jamaluddin (KJ)… taktik bagi panas hati orang dengan kisah-kisah kekayaan dan salah guna kuasa, selepas itu taktik yang sama digunakan cuma wataknya ditukar daripada KJ kepada Rosmah.

10. Setiap ahli PAS diminta bersumpah untuk mengundi Pakatan Pembangkang dalam PRU nanti. Mengikut maklumat yang diterima dari orang dalam Pas, bahawa setiap ahli PAS akan diminta bersumpah ”wallahi, wabillahi, watallahi, aku ahli Pas, bersumpah dengan nama Allah, dalam PRU-13, aku hanya akan mengundi calon DAP, PKR dan PAS, jika aku mengundi selain calon DAP, PKR dan PAS ……… ” (nauzubillah min zalik). Beginilah bagaimana PAS permainkan agama demi kuasa ke Putrajaya.)

Demi menuju ke Putrajaya, Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Penulis membaca penulisan YB Dato Zulkifli Noordin dengan penuh minat dan yakin ia dibuat berdasarkan penyelidikan yang mendalam dan amalan amalan terdahulu juga. Jika ia betul betul sudah atau akan berlaku, apa `think thank’ BN dan DS Najib hendak bertindak bertahan atau membalas atau menyerang?

Dalam kes Saiful, Anwar Ibrahim berjaya mempengaruhi bapa Saiful, Pak Azlan untuk menyatakan ia sesuatu komplot UMNO. Pak Azlan yang pada suatu ketika berhabisan membela Saiful, akhirnya tergolek di pangkuan Anwar Ibrahim. Tahniah kerana team Anwar Ibrahim yang terus menerus mencari jalan untuk memenangi kepercayaan penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat khasnya. Mengapa Pak Azlan berbuat demikian? Dengan maklumat yang amat terhad, penulis merasa Pak Azlan kecewa kerana BN, UMNO dan DS Najib tidak memberi perhatian yang serius atau tidak membantu dengan sekuat kuatnya. Penulis faham jikalau BN,UMNO dan DS Najib campur aduk, ia akan dilabelkan komplot. Nasib baik BN, UMNO dan DS Najib tidak `campur’ di dalam urusan `Liwat Saiful-Anwar’. Kalau tidak Pak Azlan akan membuat kenyataan bertulis lagi penglibatan DS Najib membela Saiful. Kerajaan berpendirian setiap warganegara Malaysia wajib dilindungi undang undang Malaysia. Ingat. Kawan hari ini mungkin lawan esok hari.lihat Pak Azlan. Semalam kawan Saiful, hari ini lawan Saiful.
Penulis harap Pak Azlan akan dapat mendampingi Anwar Ibrahim dan dengan izin Allah, Pak Azlan akan menasihati Anwar Ibrahim untuk memperbaiki tabiat buruk Anwar Ibrahim. Minta minta pada ALLAH, mungkin ini hikmahnya.
Pak Azlan juga boleh membuat `Sumpah Laknat’ yang beliau tidak menerima habuan dari Anwar Ibrahim dan perbuatan berpaling tadah ini adalah ikhlas atau tanpa paksaan.
Diberitakan juga Anwar Ibrahim berjaya menjadikan bekas Peguam Cara   II, Mohd Yusof Zainal Abiden menjadi penasihat beliau di dalam kes Liwat Siaful –Anwar. Bekas Peguam Cara II itu baru sahaja bersara dan menubuhkan syarikat guaman sendiri dan atas dasar perniagaan dan `cari makan’, tawaran Anwar Ibrahim lumayan. Mohd Yusof ini terkenal dengan membenarkan Anwar Ibrahim meminta penanggohan berpuluh kali di dalam perbicaraan Liwat Saiful-Anwar.

Sekarang ada gerakan licik oleh Anwar Ibrahim untuk `meBRIM’ Pegawai Kanan Kehakiman, Datuk Eskay, salah seorang Datuk Trio, ADUN PKR yang berpaling tadah dahulu, peguam dan polis yang pernah mengendalikan pendakwaan  kes Anwar, berpaling tadah dan membuat kenyataan yang BN, UMNO dan DS Najib berkomplot menjatuhkan Anwar Ibrahim.
Apa yang dikesali ialah apabila  rakyat menerima BRIM2.0, tindakan rakyat yang berpusu pusu beratur dan berkumpul, diibaratkan seperti haiwan, mereka mereka yang menerima `BRAIM’ (BANTUAN RAKYAT  ANWAR IBRAHIM) ini, nak disifatkan sebagai apa?
Penulis berdoa kepada ALLAH SWT agar persegerakan apa jua balasan baik atau tidak baik kepada mereka yang membangunkan atau yang menghancurkan negara Malaysia tercinta. Kami rakyat Malaysia tidak larat dengan `malapetaka politik’ yang sedang berlangsung di Malaysia.

Wednesday 27 March 2013

ROMBAKAN KABINET MEMPERLENGKAPKAN KEKUATAN BN DAN DS NAJIB.



Tun Daim berpendapat BN dan DS Najib boleh menang PRU13 nanti jika ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan. Jika dilihat dari situasi politik semasa, komponen komponen parti dalam BN, suasananya tenteram dan tiada pertenglikahan sesama mereka. Hubungan mereka baik dan harmoni. Penulis tidak pasti pulak apabila nama calon diumumkan kelak. Harap mereka yang tidak terpilih, jangan terasa kecil hati dan kecewa. Musuh sebenar kita bukan wakil yang dipilih oleh PM tetapi wakil DAP-PKR-PAS atau geng Anwar Ibrahim. Musuh ini mesti ditewaskan secara demokratik. Ayoh rakan rakan dan rakyat Malaysia yang cintakan pembangunan, kestabilan, kemakmuran Negara dan hidup bersatu serta dihormati dunia, marilah kita UNDI BN, once foreall,
DS Najib dinasihati oleh Tun Daim supaya merombak anggota kabinetnya.  Dikatakan anggota kabinetnya ramai yang `tarikh luput’. Persoalannya bila masa yang tepat untuk mengumumkan atau melakukannya?
Contohnya DS XXXX adalah salah seorang ahli jemaah menteri selama 1-3 penggal. Dan dirasakan DS XXXX harus di bersara kan. DS Najib boleh membuat keputusan untuk tidak mencalonkan DS XXXX menjadi calon di PRU13 akan datang. Tindakan ini secara tidak langsung memberitahu DS XXXX dan rakyat bahawa DS XXXX tidak akan menjadi Menteri lagi.
Selain daripada itu DS Najib boleh mencalonkan semula DS XXXX sebagai calon wakil rakyat tetapi apabila BN memenangi PRU13, DS XXXX tidak dilantik sebagai Menteri. Tindakan ini boleh mengelirukan rakyat yang inginkan muka baru di dalam barisan Kabinet. Rakyat boleh mengundi atau tidak mengundi BN.
Ataupun atas mengenang jasa dan masih mampu menjadi `winnable candidate’ di kawasan tersebut, DS Najib boleh buat pengumuman sebelum PRU13 berlangsung, bahawa DS XXXX dipilih menjadi wakil rakyat tetapi tidak akan dilantik mengangotai Kabinet. Jadi rakyat faham dan boleh terima. Rakyat kena faham seseorang yang telah bekerja 15 jam setiap hari, akan merasa kekok jika tidak diberikan tugas.
DS Najib harus memikirkan juga peranan yang boleh pesara Menteri atau Timbalan Menteri atau Ahli Parlimen atau Ahli DUN mainkan selepas bersara.DS XXXX boleh dilantik ahli pengarah atau mengetuai sebuah GLC diperingkat Nasional. Ahli DUN boleh menganggotai GLC Negeri. Selain daripada pencen sebagai Menteri atau Timbalan Menteri atau Ahli Parlimen atau Ahli DUN, pesara boleh mendapat elaun.
Penulis mencadangkan `alternative’ ini kerana mantan ADUN biasa menceburi bidang perniagaan semasa menjadi wakil rakyat ( berjawatan exco tidak dibenarkan berniaga) dan jika tidak dipilih semula, pesara sudah boleh cari makan.
Penulis melihat sesaorang ahli politik dilantik memegang 2 atau lebih jawatan pengarah di dalam GLC nasional mahupun Negeri. Jangkamasa menjadi pengarah pun ditetapkan 5 tahun atau kurang. Di Melaka, terdapat lebih daripada 15 syarikat GLC yang menjalankan perniagaan dan pesara politik boleh menguruskan GLC tersebut.
Penulis ada mengulas mengenai kriteria wakil rakyat selain daripada bersih dan winnable candidate. Ia termasuklah restu dan kefahaman oleh isteri bakal calon wakil rakyat. Para isteri kena faham bahawa mereka turut menjadi macam wakil rakyat. Rakyat tidak mahu para isteri masam muka, sombong,tidak mesra, tidak mahu menyambut rakyat datang ke rumah, kadang kadang kena buat teh, kurang masa untuk shopping, suami akan sibok sepanjang masa dan balik lewat. Apabila isteri asyik kacau suami menjalankan tugas, si suami wakil rakyat akan berfungsi teruk.
Berbalik kepada ahli jemaah menteri yang tarikh luput seperti yang dimaksudkan oleh Tun Daim, siapa para menteri dan timbalan menteri yang sudi dan berani mengundurkan diri.? Sukar bagi mereka. Pada penulis, DS Najib terpaksa melaksanakan `step’ pertama iaitu mempraktikkan `theory of elimination’. Para Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan Ahli DUN yang `rasuah’ atau kelihatan melakukan rasuah, bermasalah moral dan keluarga yang teruk, berumur, menghadapi masalah kesihatan, terkenal dengan mutu perkhidmatan yang lemah,  terlalu lama menjadi wakil rakyat, wajib di klasifikasi sebagai `tarikh luput’. DS Najib perlu berjumpa dan berunding dengan para menterinya supaya undur diri. Biarlah ia dilakukan dengan sopan dan tertib dan di dalam suasana kekeluargaan. Wakil rakyat yang di pilih untuk bersara, sebenarnya wira wirawati Negara politik seperti anggota keselamatan di Lahad Datu. Sekali lagi majority memberikan perkhidmatan yang baik dan cemerlang, Cuma DS Najib perlukan muka baru seperti apa denyutan rakyat berkata.
Penulis harap dengan produk produk 1 Malaysia seperti BRIM2.0, transformasi ekonomi, politik dan sosial serta senarai muka baru 40-50 peratus Ahli Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen dan ADUN, BN akan berjaya dengan cemerlang di dalam PRU13 ini nanti.

Tuesday 26 March 2013

ANTARA ANWAR DAN NAJIB, SIAPA PILIHAN ANDA?



Tun Mahathir telah turun padang di merata tempat untuk membantu mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan BN dan DS Najib / TS  Muhyiddin. Selain daripada berceramah atas pentas, beliau juga banyak menulis di akhbar akhbar dan juga blog. Blog Chedet mempunyai banyak pengikut dan pembaca. Ia membantu pembaca samada penyokong BN atau PR, membuat keputusan setelah membaca  `argument argument’ Tun Mahathir yang bernas  mengenai satu satu isu. Penulis amat teruja jawaban Tun Mahathir kepada Tok Guru Nik Aziz mengenai UMNO memperjuangkan bangsa melayu, selain agama dan Negara. Kaw kaw Tok Guru Nik Aziz kena belasah. Tidak terjawab langsung.
Minggunan Malaysia edisi Ahad 25hb Mac 2013, Tun Mahathir menulis tentang apa perlunya orang Melayu membenci Melayu. Beliau memulakan penulisan mengenai pejuang Merdeka mahu memastikan jumlah orang Melayu mesti melebihi jumlah pen duduk bukan Melayu. Dengan kemasukan Singapura, ia telah menurunkan jumlah orang Melayu. Salah satu sebab itu, Tuanku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia.
UMNO yang mengepalai Kerajaan sejak 50 tahun dahulu, senantiasa berkeupayaan mempertahankan hak orang Melayu tanpa mengambil hak bukan melayu, walaupun kuasa politik dikongsi bersama bangsa lain.
Tun Mahathir terus mengatakan ada usaha untuk orang Melayu (dalam PAS, PKR dan DAP) membenci kemelayuan mereka. Amat jelas sekali pendekatan DS Anwar Ibrahim  yang sedang menyemai kebencian orang Melayu kepada orang Melayu berbeza. Anwar mendakap ketaksuban kepada kebebasan akal fikiran oleh Barat. Anwar mengerilukan masyarakat Melayu (disamping menarik minat kaum bukan Melayu) dengan memperjuangkan aneka jenis kebebasan tanpa had. Apa itu kebebasan tanpa had?. Ia adalah seperti kebebasan berkahwin sejenis, kebebasan berugama di kalangan orang Islam sendiri, kebebasan menggunakan kalimah Allah oleh agama lain, kesamarataan dalam agama Islam dengan agama lain.
Anwar terus menyemai kebencian kepada produk DEB seperti Tan Sri Syed Mokhtar, seorang bilionair Melayu daripada berpuluh bilonair bukan Melayu, sebagai kroni UMNO. Sebenarnya bilionair Malaysia Melayu dan bukan Melayu menerima bantuan dan lesen (seperti permit import gula dan tepong selama 60 tahun) daripada Kerajaan dan salah satu sebab mereka menjadi kayaraya. kerana  Orang Melayu yang kaya ini mesti dibenci kerana mereka adalah kroni.
Pendirian Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim adalah nyata iaitu Tun Mahathir amat membenci nya kerana Anwar ingin menghancurkan Malaysia dan kesatuan orang Melayu. Apabila Malaysia hancur dan orang Melayu lemah, Anwar Ibrahim senang menjadi PM. Matlamat menghalalkan cara. Tidak perlu lagi kita berbincang pasal isu moralnya dan tabiat buruknya, kerana penyokong tegarnya akan marah dan mungkin kita kena saman. Jadi Tun Mahathir memilih Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Anda macamana?
Tun Daim juga memilih Dato Sri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana Anwar bukan calon yang tepat untuk menjadi Perdana Menteri. Kenapa dan apa yang tidak tepat itu? Salah satunya kerana Anwar Ibrahim bukan seorang ekonomis dan akan selalu meminta pendapat orang lain. Yang buruknya pendapat dan nasihat datang dari IMF, Bank Dunia dan Amerika yang `pi mai tang tu’ ada kaitan dengan Israel dan Yahudi.
Betul juga alasan Tun Daim. Kalau Anwar Ibrahim begitu baik menguruskan ekonomi, Selangor dah melongak jauh dan tinggi dari segi pembangunan. Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang pun tidak memerlukan perkhidmatannya.
Tun Daim kata dan rayu `Uji Beliau (Najib ). Berikan Beliau Mandat.’
Sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri 4 tahun dahulu, DS Najib membawa banyak perubahan kepada Malaysia. Pelbagai Program Transformasi sudah dilaksanakan. Rakyat sangat gembira dengan produk produk 1Malaysia sehinggakan rakan rakan Pakatan Rakyat GOYANG GRUDI.

Penulis akan mengulas kenyataan Tun Daim seperti dibawah:-

`Tun Daim berkata beliau akan menyokong Dato Sri Mohd Najib tetapi perdana menteri perlu berusaha memerangi rasuah dan jenayah, memperkukuhkan keselamatan negara dan menyemak semula sistem pendidikan.Beliau berkata Najib juga perlu merombak Kabinet.

“Bawa masuk muka-muka baharu. Rakyat berpendapat beliau mengekalkan terlalu banyak “orang lama” dalam Kabinet. Kebanyakan mereka sudah melepasi “tarikh luput”,” katanya.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang, Tun Daim, yang ramalannya sering menjadi perhatian, berkata BN boleh menang tetapi perlu ada perpaduan dalam kalangan parti gabungan.’

di ruangan lain. Sangat menarik dan diharap sesiapa yang membaca cadangan penulis akan bersabar dan menerima kenyataan demi kemakmuran Negara dan bangsa Melayu dan agama Islam.

TREND TERBARU DAP DI PRU 13?



Semua parti yang akan bertanding di PRU13 nanti, sedang sibok berunding dengan kekawan mengenai pembahagian kerusi mengikut parti. BN dan parti parti komponen diberitakan telah memutakmatkan kerusi. Ia akan berdasarkan kepada pembahagian terdahulu dengan sedikit perubahan. Ada parti yang meminta kerusi tersebut, ada yang menyerahkan kepada parti komponen lain berdasarkan keputusan PRU12 yang lalu.
Yang lebih kritikal ceritanya mengenai `perpindahan kerusi bertanding’ oleh seseorang pemimpin tertinggi parti. Didapati DS Najib dan TS Muhyiddin dan majoriti pemimpin BN (jika dipilih semula) bertanding di tempat lama. DS Najib di Pekan dan Muhyiddin di Pagoh.
TS Rafidah Aziz, DS Khalid Azmi, DS Radzi Sheikh Ahmad, TS Ong Ka Ting, TS Syed Hamid Albar, Datuk Azhar Ibrahim, Tuanku Azlan Jerantut dan beberapa pemimpin BN telah menyuarakan hasrat mereka untuk bersara atau memberi laluan. Kemungkinan besar Tun Abdullah pun akan melepaskan kerusi Kepala Batas. Syabas dan hormat kepada mereka. Penulis harap ramai lagi penyandang jawatan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri dan ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan, memberikan laluan kepada muka baru secara sukarela. Penulis ada mencadangkan 50 peratus daripada jumlah penyandang sediada bersara. BN Pulau Pinang mengumumkan 40 peratus calon adalah muka baru. Syabas. Ini akan memudahkan DS Najib membuat percaturan. Mereka yang mempunyai masalah moral, prestasi kerja yang lemah, terlibat di dalam rasuah dan menghadapi masalah kesihatan, agar cepat cepat memberitahu DS Najib hasrat supaya tidak dilantik semula. Jangan tunggu di bersara kan. Pada penulis, mereka yang bersara bukan kerana mereka tidak `perform’, tetapi lebih kepada memberi peluang kepada orang lain.
Pakatan Rakyat juga sedang sibok menyusun wakilnya. Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah. Mengapa Lim Kit Siang berpindah  ke Gelang Patah? Persoalan ini sudah dijawab di lembaran sebelum ini. Ipoh Timur dikatakan akan ditandingi oleh Anwar Ibrahim kerana ia tempat selamat untuk Anwar Ibrahim kerana pengundi Cina adalah 80 peratus. Penulis merasa Pakatan Rakyat mengambil langkah selamat dengan andaian jika Pakatan Rakyat menang PRU13, DS Anwar Ibrahim boleh dilantik menjadi PM. Bertanding di Permatang Pauh adalah 50 : 50. Peluang menjadi PM terlepas jika DS Anwar Ibrahim kalah di Permatang Pauh dan Pakatan Rakyat menang majoriti Parlimen.
Naib Presiden PAS Salehudin Ayub berhasrat balik dan bertanding di Pontian atau Pulai.. Nampak memang ada usaha Pakatan Rakyat hendak berbuat sesuatu di Johor, kubu kuat UMNO dan BN. Mengapa mereka merasa nak bertanding di Johor?. BN Johor tidak kuat lagi ke? Atau mereka nampak ada peluang memecahkan kubu kuat UMNO dan BN.
Mengapa DS Anwar meninggalkan Pulau Pinang? Adakah Pakatan Rakyat terlalu `confident’ untuk mempertahankan Pulau Pinang. Lim Guan Eng dan geng boleh berdiri sendiri tanpa DS Anwar bertanding di Permatang Pauh. Begitu juga dengan Perak. Mungkin DAP boleh bersaing dengan BN tanpa keberadaan Lim Kit Siang di Ipoh Timur. Ataupun DAP tidak selesa dengan kemarahan dan kebangkitan rakyat Pulau Pinang terhadap Lim Guan Eng dan DAP.
Rafizi Ramli dikatakan akan bertanding di Parlimen Pandan manakala Setiausaha Agong PKR, Dato Saifuddin akan ke Kulim Bandar Baru (berhajat untuk bertanding dengan Datuk Zulkifli Nordin, jika beliau ingin bertanding). Ustaz Nasha hampir pasti tidak akan dipilih bertanding di Bachok, Kelantan. Setakat hari ini, tidak diketahui nasib Ustaz Nasha. Diharap beliau akan bertanding bebas tetapi `BN friendly”. Perbincangan mengenai kerjasama BN dengan wakil rakyat bebas `friendly BN’ serta kerusi yang ditandingi akan di perincikan atau dibahas di ruangan lain.
Menurut The Sun edisi Isnin 25hb Mac 2013, beberapa pemimpin DAP akan bertukar kawasan dan bertanding  di Johor. Dikatakan Teo Nie Ching (Serdang), Fong Po Kuan (Batu Gajah) dan M.Kulasegaran (Ipoh Barat) akan bertanding di Johor. DAP berhasrat besar menawan kawasan yang majoritinya pengundi Cina seperti Tanjung Piai, Gelang Patah, Labis, Kulai, Kluang dan Bakri. PKR mengfokuskan kawasan seperti Pasir Gudang, Tebrau, Johor Bahru, Batu Pahat, Muar, Ledang dan Semberong. PAS berangankan pontian dan Pulai.
Penulis harap DS Najib, TS Muhyiddin dan Dato Ghani Othman mesti memikirkan strategi terhadap cadangan PKR-DAP-PAS menambah pengaruh di Johor.Kenapa Johor? Negeri yang kaya masulnya? Atau lokasi dekat dengan Singapura? Tidak mungkin tiada ahli DAP tempatan yang boleh bertanding di Johor. Apa nak jadi di Perak? Adakan DAP mahu meletakkan calon yang kurang terkenal di Perak?
Polisi BN simple. Kalau boleh wakil rakyat mesti orang tempatan. BN tidak selesa dengan wakil rakyat payung terjun. Ia lebih menyusahkan dan akan berlakunya sabotaj oleh ahli parti. BN ingin memastikan setiap wakil rakyat berkerja keras di kawasan masing masing.
Pada penulis, biarlah mereka buat pelbagai percaturan termasuk tukar kawasan atau kesukaan DAP dimana setiap orang bertanding di Parlimen dan DUN. Mungkin penyokong dan pensempati Pakatan Rakyat tidak kisah dengan wakil rakyat yang bertanding di Gelang Patah tetapi tinggal di Ipoh Barat. Pengundi DAP khasnya orang Cina tidak kisah jikalau tidak ada pembangunan di kawasan mereka asalkan wakil rakyat mereka orang Cina dan DAP. Rakyat Kelantan khasnya penyokong PAS pun selasa dengan bekalan air yang kotor, jalanraya yang kurang baik, pembalakan haram berluasa dan  bersyukur kerana pelabur Singapura dan asing memajak jangkapanjang ribuan hektar tanah di Kelantan. Penyokong Cina DAP ini akan hanya sokong Kerajaan jika bisnes mereka bermasalah ataupun kaum Cina ketinggalan di dalam ekonomi.. Ataupun apabila Melayu PAS dan PKR dan DAP bersatu semula.  BN wajib susun strategi dan mengambilkira pandangan veteran UMNO seperti Tun Mahathir dan Tun Daim. Nasihat tokoh politik ini akan di ulas di ruangan lain.

Monday 25 March 2013

GOYANG JUGA ANWAR IBRAHIM, TOK GURU HADI AWANG DAN LIM GUAN ENG.



Hari Selasa 19 Mac yang lalu, PM berjumpa dengan anggota pekerja Telekom Malaysia. Sebelum itu 18hb Mac Isnin, beliau beramah mesra dengan pekerja Permodalan Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. Sebelah malam, beliau hadir  makan malam bersama Imam Masjid dan JKKK seramai 800 orang yang bakal menegerjakan Haji tajaan IMDB. DS Najib juga ke Sime Darby bertanya khabar dengan pengurusan dan pekerjanya..Sambutan pengurusan dan pekerja GLC GLC tersebut amat memberangsangkan dan mengembirakan DS Najib. Program 1 Million Purple Walk melibatkan 400,000 wanita di Putrajaya sahaja dan selebihnya 600,000 wanita di seluruh Negara cukup mengembirakan rakyat Malaysia lain. Minggu lepas juga DS Najib bersua dengan bekas panglima tentera dan anggota keselamatan. Rakyat Sabah khasnya berterima kasih kepada DS Najib dan kerajaan yang berjaya menghapuskan penceroboh pengganas Sulu. Anggota keselamatan terus mendapat penghormatan dan pengiktirafan DS Najib, Kerajaan dan rakyat.
Penulis amat bersetuju dengan agenda bertemu dengan GLC GLC kerana pekerja dan pengurusan amat ramai. Disamping memperkenalkan dasar dasar baru kerajaan, DS Najib merayu para pendengar agar menyokong Kerajaan sekarang demi kesejahteraan rakyat. Dengan andaian pada minggu lepas dan minggu ini sahaja, DS Najib bertemu dan bercakap dengan 1 juta orang dari pelbagai GLC dan golongan wanita. Jika setiap orang menjadi duta mengundi BN kepada keluarga dan adik beradik serta saudara terdekat, alangkah baik Negara Malaysia.
Sebelum itu beliau bertemu dengan pegawai pentadbiran awam dan seterusnya mengumumkan kenaikan pangkat, penyelarasan gaji dan kenaikan gaji.   

Semalam 23hb Mac 2013, PM berada di Kuantan, Pahang. DS Najib merasmikan  merasmikan Rimbunan Kasih, sebuah projek perumahan. DS Najib juga merasmikan majlis penutupan Jelajah Janji Ditepati. Juga bersama sama dengan 10,000 masyarakat Cina di Majlis Makan Malam dan Pertunjukan Amal untuk Mengutip Dana Membina Bangunan Sekolah Menengah Cina Chung Hwa. Pelakon Antarabangsa Jackie Chan turut hadir.
Pagi tadi 24hb Mac 2013, DS Najib menyertai Program Jom Ceria bersama PM di mana  20000 rakyat hadir di Putrajaya. Sebelah malamnya, TS Muhyiddin bersama 70,000 wargakota di dalam Majlis Malam Cinta Rasul. Majlis ini di serikan dengan kehadiran pendakwah dan Qasidah  terkenal Indonesia Habib Syech As Seggaf dan Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid.
Tidak ketinggalan TS Muhyiddin berada di Marang Terengganu untuk melancarkan Gelombang Biru. Marang adalah kubu kuat dan kawasan Tok Guru Hadi Awang.
PM juga bertemu dengan pemandu teksi dan menganugerahkan 1000 permit teksi secara individu. Petang Ahad 24 hb Mac, sejumlah 299 permit diserahkan kepada yang layak. Tidak cukup dengan itu, PM beri geran RM5000 untuk pemandu teksi membeli PROTON EXORA yang PM berpendapat ia lebih sesuai dari segi keluasan dan keselesaan. Bantuan Tayar TriMA 2.0 akan diberikan tidak lama lagi.
Aktiviti sukan turut membawa nasib dan kepopulariti DS Najib dan Kerajaan. Harimau Malaya berjaya melakarkan kejayaan 2-1 keatas Yemen di dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.
Petang Ahad, di Sepang International Circuit, Grand Prix Formula One Petronas Malaysia berlangsung dengan selamat dan meriah. Penonton semakin bertambah seakan akan ia mengikuti rapat kepopulariti PM. Peluma Red Bull mendapat tempat pertama dan kedua manakala Mercedes (tajaan Petronas) menduduki tempat ke3 dan ke 4. Petronas berjaya mengharumkan nama Malaysia dan PM.
Pagi ini 26hb Mac, DS Najib akan berada di Majlis Sambutan Hari PDRM di Jalan Semarak, Kuala Lumpur yang dijangka dihadiri puluhan ribu warga keselamatan dan rakyat jelata.
Sambutan baik rakyat terhadap DS Najib Tun Razak amat nyata dan jika 80 peratus kehadiran tersebut menjadi undi kepada BN, maka GOYANG lah pakatan rakyat.

SELAMAT HARI POLIS



Selamat menyambut Hari POLIS pada 26 hb Mac 2013.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengulas bahawa terdapat 3 cabaran besar PDRM buat ketika ini.
1.      Pencerobohan penganas `Kesultanan DiRaja’ Sulu di Lahad Datu, Sabah.
2.      Peningkatan aktiviti teknologi  siber yang menjaja fitnah dan kesalahan kolor biru dan putih
3.      Menjaga ketenteraman semasa PRU13 yang akan berlaku tidak lama lagi.
DS Najib dikatakan akan membuat pengumunan khas mengenai Ops Daulat dan penglibatan anggota keselamatan di Sabah.

Sunday 24 March 2013

AWAS. JANGAN BIARKAN MEREKA MEMERINTAH NEGERI ANDA. BERAT SUNGGUH BAHANA NYA. CUBA RENUNGKAN MASALAH DI PULAU PINANG, SELANGOR, KEDAH DAN KELANTAN..



Wahai kawan kawan. Tahu tidak anda semua bahawa dasar Kerajaan Pakatan Rakyat (PAS di Kelantan dan Kedah, DAP di Perak (selama 9 bulan) dan Pulau Pinang dan PKR di Selangor) adalah pemerintahan permusuhan dengan lawan politiknya, mungkir janji, balas dendam, kekerasan, kedegilan dan tidak telus.
Mereka selalu mengatakan mereka akan mengamalkan dasar kebebasan akhbar tetapi sebenarnya ia sebaliknya atau lebih teruk daripada BN. Kerajaan Pulau Pinang dan Kelantan telah mengharamkan  media-media seperti Utusan Malaysia dan NSTdaripada menghadiri sidang DUN masing masing. Lim Guan Eng cukup sinomin dengan saman. Lim Guan Eng sudah mengikuti jejak langkah DS Anwar Ibrahim. Bukan saja musuh politiknya yang akan dan telah disaman, malah wartawan yang bertanya pun, jika `ulang I saman’ atau `Can We Get The Guard?’.
Rakyat mahukan perumahan mampu milik, mereka buat sebaliknya, bangunkan perumahan kos tinggi. Tanah Taman Maggis yang sepatutnya untuk perumahan kos rendah dan mampu milik, di rampas dan dijual untuk pembangunan komersil.Tanah tanah rizab perkuburan di tukar kategori, peniaga Bumiputera terus di tindas, gerai mereka di robohkan.
Lim Guan Eng seorang yang degil, angkuh dan tidak menjaga sensiviti penganut agama Islam. Setiausaha Agong DAP ini mencadangkan Kalimah ALLAH digunapakai di dalam kitab Injil versi Bahasa Malaysia. Lim Guan Eng buat tak kisah dan tidak takut dan hormat langsung dengan orang Islam. Dia teruskan juga usaha yang kotor itu, mungkin dengan restu Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.
Ingatlah wahai kawan kawan. Parti Dinasti Lim ini parti satu kaum. Sila baca Mingguan Malaysia pada 24hb Mac 2013 mengenai percakapan bekas ahli DAP India dan Melayu.
DAP sebuah parti yang tidak demokratik langsung. Keputusan dibuat oleh beberapa kerat pemimpin dan tidakboleh dicabar. Kira undi pun tidak pandai.
Wahai kawan kawan. Ini ke sifat pemimpin yang kita mahukan untuk anak, isteri, keluarga kita dan rakyat Malaysia?
Kerajaan Selangor lagi teruk gelagatnya. Pembangunan seperti Langat 2 di `sabotaj’ dengan menghalang pembangunannya walaupun ia akan mendatangkan kesusahan kepada rakyat di masa akan datang. Mereka sibok bermain politik dalam krisis air. Sibok nak beli syarikat air SYABAS pulak. Nak beli ada duit atau tidak? Negeri lain termasuk Pulau Pinang pun sudah menjual konsesi air kepada Pengurusan Aset Air yang dikendalikan oleh Kerajaan Persekutuan. Diberitakan lebih kurang 100 syarikat yang ingin melabur di Selangor, menanggohkan rancangan mereka kerana mereka kuatir dengan bekalan air. Rugi Selangor kerana peluang pekerjaan 100,000 orang.
Talamgate adalah salah satu penyelewangan terbesar kerajaan Selangor. Pembongkaran demi pembongkaran dibuat oleh Biro Professional Muda MCA. Perdebatan terbuka di atur tetapi MB Selangor tidak datang. Hantar wakil aje. Lantak lah kau. Ada sahaja jawabannya. Yang benar dituduh tidak betul. Yang menyeleweng dikatakan Nabi. Sampai sekarang apa pengakhirannya? Ada yang kena dakwa? Ada yang minta maaf? Ada  Laporan kepada tindakan tindakan yang diambil oleh Kerajaan Selangor?
Pembangunan UiTM di Serendah pun begitu. Pembangunan Yayasan Basmi Kemiskinan yang dihalang dan terpaksa di pindahkan ke Melaka. Mereka sanggup rugi pembangunan fisikal asalkan objektif politik kotor mereka tercapai. Mereka tidak pandang kenaikan nilai tanah di Serendah, peluang niaga untuk rakyat Selangor dan banyak menafaat lain lagi.
Manifesto PRU pada mereka bukan ikatan atau perjanjian. `mamposlah kau rakyat Selangor, Kerajaan aku tidak akan bayar’. Bantahan dan demonstrasi rakyat tidak membawa erti dan kesan politik kepada TS Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat. Pada mereka mungkir janji itu dihalalkan. Mereka tidak malu betul, mahu keluar manifesto baru lagi sempena PRU13 nanti. Mereka tidak rasa risau dengan saman saman oleh rakyat Selangor kerana mereka mempunyai barisan peguam yang pandai pandai.
Yang paling jijik pada matakaca penulis ialah sikap `kurang ajar’ dengan Sultan Selangor. Ada sahaja perkara  konfrontasi dengan Sultan Selangor. Bermula dengan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, berlanjutan sampailah pengikraran larangan berpolitik dalam masjid, campurtangan TS Khalid dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Selangor yang membenteras aktiviti murtad  dikalangan orang Islam dan sebagainya, Kalau penulis lah menjadi MB Selangor, amatlah malu kerana asyik kena tegur aje dengan Sultan Selangor. Tak malu ke.
Tadi mengenai pentadbiran Kerajaan. Bagaimana pula dengan isu moral pemimpin mereka. Bagaimana dengan kesetiaan mereka kepada Negara dan anggota keselamatan.?
Wahai kawan kawan. Ini ke sifat pemimpin yang kita mahukan untuk anak, isteri, keluarga kita dan rakyat Malaysia?
Kedah dibawah PAS mengalami kemerosotan pelaburan yang teruk. Pendapatan negeri terjejas. Terpaksa melaksanakan skim pembalakan di sepanjang Tasik Pedu untuk menjana pendapatan. Malangnya pendapatan dari hasil balak tidak dapat menampong perbelanjaan negeri. Pembesihan kawasan tidak terlaksana, parit parit tidak terurus, samaph tidak berkutip dan sebagainya. Apabila banjir melanda, Kerajaan Negeri tengok sahaja. Padi rosak, rakyat tidak dibantu oleh Kerajaan negeri.
Kolej Universiti Insaniah (KUIN) juga menjadi pasar malam. Pentadbiran kucar kacir. Bilangan pelajar menurun menyebabkan kos pengurusan sepelajar meningkat. Gaji tidak dapat dibayar. Potongan berkanun dibuat tetapi tidak di bayar ke KWSP dan sebagainya. Pentadbiran terpaksa mengambil pelajar diluar kelayakan dan berhadapan dengan denda RM270,000. Kerajaan Negeri diambang muflis.
MB Kedah dan exconya tidak sehaluan. Penyokong dan Ahli PAS ramai yang sudah hilang keyakinan dengan parti Pas dan keluar parti. Hari hari kedengaran ahli keluar parti.
Wahai kawan kawan. Ini ke sifat pemimpin yang kita mahukan untuk anak, isteri, keluarga kita dan rakyat Malaysia?

KERAJAAN PAS KELANTAN, KEJAM DAN ZALIM

Tok Guru Nik Aziz sedang uzur pada masa ini. Diberitakan sakit perut. Semoga beliau segera sembuh kerana banyak urusan yang tidak diselesaikan oleh Tok Guru Nik Aziz dan PAS.  Rakyat Kelantan rata rata mahu TUKAR dari PAS kepada BN.
Rakyat Kelantan telah terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan PAS.

Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz yang dianggap ‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama PAS Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan PAS yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh PAS di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi Mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagai manakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing?

Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu. Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin???

Kalau itulah pendekatan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

 Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang menganggap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan.

 Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan’.

Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya. Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan PAS Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada PAS yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!! Sumber: Taiping Mali

Kes pembekalan air bersih dan pembalakan haram terus bermasalah di Kelantan. Pelabur Asing yang besar terus menjauhi Kelantan

Wednesday 20 March 2013

DS NAJIB PUKUL HABIS..



Hari Selasa, PM berjumpa dengan anggota pekerja Telekom Malaysia. Sebelum itu Isnin lalu, beliau beramah mesra dengan pekerja Permodalan Nasional Berhad dan Tenaga Nasional Berhad. Sebelah malam, beliau hadir  makan malam bersama Imam Masjid dan JKKK seramai 800 orang yang bakal menegerjakan Haji tajaan IMDB. DS Najib juga ke Sime Darby bertanya khabar dengan pengurusan dan pekerjanya..Sambutan pengurusan dan pekerja GLC GLC tersebut amat memberangsangkan dan mengembirakan DS Najib. Program 1 Million Purple Walk melibatkan 400,000 wanita di Putrajaya sahaja dan selebihnya 600,000 wanita di seluruh Negara cukup mengembirakan rakyat Malaysia lain. Minggu lepas juga DS Najib bersua dengan bekas panglima tentera dan anggota keselamatan. Rakyat Sabah khasnya berterima kasih kepada DS Najib dan kerajaan yang berjaya menghapuskan penceroboh pengganas Sulu. Anggota keselamatan terus mendapat penghormatan dan pengiktirafan DS Najib, Kerajaan dan rakyat.
Penulis amat bersetuju dengan agenda bertemu dengan GLC GLC kerana pekerja dan pengurusan amat ramai. Disamping memperkenalkan dasar dasar baru kerajaan, DS Najib merayu para pendengar agar menyokong Kerajaan sekarang demi kesejahteraan rakyat. Dengan andaian pada minggu lepas dan minggu ini sahaja, DS Najib bertemu dan bercakap dengan 1 juta orang dari pelbagai GLC dan golongan wanita. Jika setiap orang menjadi duta mengundi BN kepada keluarga dan adik beradik serta saudara terdekat, alangkah baik Negara Malaysia.
Sebelum itu beliau bertemu dengan pegawai pentadbiran awam dan seterusnya mengumumkan kenaikan pangkat, penyelarasan gaji dan kenaikan gaji.   
    bersambung....