Saturday 30 November 2013

JAMBATAN DUMAI MELAKA BAIK UNTUK MALAYSIA DAN INDONESIA


Penulis berada di Pekan Baru 3 tahun dahulu kerana urusan projek pengkomposan tandan kelapa sawit. Dalam pada itu, penulis di pelawa ke pejabat gabenor dan ter  pandang pameran  jambatan Melaka Dumai serta raplika jambatan. Ini bermakna pihak Pekan Baru berhasrat projek ini dilaksanakan.


Melaka dibawah Datuk Seri Mohd Ali Rustam amat berminat dengan projek ini tetapi sumber kewangan tidak dapat di tetapkan. Projek sebegini seharusnya dilaksanakan oleh swasta dengan bantuan Kerajaan Pusat dan Negeri, juga Pemerintah Pekan Baru dan Jakarta.

Projek jambatan ini sedang dimuktamadkan sumber pembaiyaannya oleh sebuah syarikat beralamat Kelantan tetapi di jalankan oleh orang Melaka. Dikatakan syarikat dari China telah bersetuju untuk `finance’ projek tersebut. Semoga ia dipermudahkan oleh ALLAH SWT dan semua pihak mendapat menaafaatnya khasnya orang Islam.

Antara kebaikan jambatan ini ialah ia akan merapatkan lagi hubungan silaturahim orang Melayu di Nusantara.

Industri pembinaan di Melaka dan Dumai akan berkembang maju jika projek jambatan yang beranggaran RM44 bilion, dapat dilaksanakan. Pembekal batu kuari dan pasir akan mendapat kontrak. Kapal penyedut pasir laut dan kapal pengangkut akan mendapat kerja. Pembekal simen dan tar tidak ketinggalan membekal bahan mentah ke projek ini. Perkhidmatan professional seperti jurutera, jurukur, arkitek dan sebagainya diperlukan. Beratus ratus lori lori hantu dikehendaki di site ini.

Apabila jambatan Melaka Dumai beroperasi, projek ini akan merancakkan kegiatan ekonomi kedua dua negara. Kegiatan eksport dan import berjalan lancar. Indonesia mempunyai bahan mentah, contoh, produk pertanian seperti sayur sayuran, buah buahan, dll yang boleh di `export’ ke Malaysia atau diproses lanjut.  Bahan mentah boleh diperolehi dengan banyak, cepat (fresh) dan murah. Penghantaran melalui jalanraya akan membantu mencapai kos produksi yang lebih rendah. Pelabuhan Singapura akan terjejas dengan teruk.

Pekerja Indonesia yang seramai 1.5 juta di Malaysia akan senang berulang balik dari Malaysia ke Dumai terutamanya semasa Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Haji. Mungkin kos atau tambang pengangkutan akan lebih murah daripada tambang kapalterbang dan feri. Mungkin masa perjalanan akan lebih ringkas. Keluarga mereka mungkin lebih senang melawat suami, ibu, abang dan adik di Malaysia. Kedua dua negara akan mendapat keuntungan.

Pelancongan antara Indonesia dan Malaysia dijangka akan menyemarak. Adalah dijangkakan pelancong Malaysia – Indonesia akan diberikan peluang memilih kemasukan melalui laut, udara dan jalanraya. Mereka boleh memilih jalanraya semasa memasuki Malaysia dan balik Indonesia melalui udara, yang mana sesuai.

Pelancongan Kesihatan adalah salah satu sumber pendapatan Melaka. Pada masakini, pesakit Indonesia sekitar Pekan Baru dan Riau mendapatkan rawatan di Melaka. Mereka datang melalui feri atau kapal terbang. Dengan jambatan, pesakit akan lebih senang dan murah di bawa masuk.

Setiap projek mega membawa `economic spill effect’. Melaka secara amnya akan mendapat keuntungan ekonomi yang utama. Hartanah di luar Bandar seperti Pengkalan Balak atau Kuala Sungai baru, akan meningkat nilainya. Mungkin pembangunan ala Putrajaya atau ala Iskandar di Melaka. Tentunya orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat menafaatnya.


Penulis yakin dan percaya bahawa Melaka akan maju setaraf Jakarta dan Singapura dan Kuala Lumpur suatu masa nanti.

Friday 29 November 2013

PULAU PINANG MEMPUNYAI TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN YANG BARU




Presiden UMNO melakukan sedikit rombakan di dalam UMNO Pulau Pinang dengan melantik Datuk Seri Reezal Merican Maina Merican membantu Datuk Zainal Abidin. Beliau menggantikan Datuk Dr Helmi Yahya.

UMNO melakukan perubahan untuk mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran PRU14 dan DAP yang penulis rasakan kuat di Pulau Pinang. Sokongan Cina Pulau Pinang `menyombong’kan Lim Guan Eng dan Karpal Singh.

Gerakan mempunyai Presiden dan Ketua Pemuda yang baru. Keempat-empat komponen BN ini mesti bersatu untuk satu tujuan. UMNO mesti berbuat sesuatu untuk `maintain’ sokongan orang Melayu sedia ada. Cari strategi dan laksanakan `actions’ untuk menarik kaum Melayu dan Bumiputera yang terpengaruh dengan Pakatan Pembangkang. Tarik penyokong Melayu PKR dan PAS sebaik dan seramai mungkin.

Gerakan, MIC dan MCA mesti kerja keras untuk mengekalkan sokongan sedia ada kaum Cina dan India yang merupakan ahli parti komponen BN dan penyokong BN. Cabaran yang hebat ialah mengembalikan sokongan kaum Cina yang mengundi DAP, PKR dan PAS.

Memandangkan UMNO lebih dominan dan pemimpinnya lebih berpengalaman, UMNO wajar diberikan peranan menerajui BN Pulau Pinang. Perkara ini pernah di cadangkan di dalam penulisan yang lalu tetapi tidak menjadi kenyataan apabila PM, atas dasar prinsip BN, mengekalkan pimpinan Pengerusi BN Pulau Pinang kepada Gerakan.


Selama mana UMNO tidak diberikan peluang dan peranan di Pulau Pinang, sepenggal atau sehingga PRU14, DAP akan terus bertapak 100 tahun lagi atau selamanya. 


Setahu penulis Datuk Seri Reezal Maina Marican  seorang yang pandai berpiadato, berstrategi, bertenaga dan sokongan ramai.

Thursday 28 November 2013

YB KHAIRY `USIK’ TERENGGANU PULAK SELEPAS FAM.


Selepas `confrontation’ dengan FAM, YB Khairy Jamaluddin `mengusik’ Terengganu pulak.


Beliau memberikan komen dan cadangan untuk mengkaji Monsoon Cup yang diadakan setiap tahun di Pulau Duyong, Terengganu. Ekoran daripada itu, MB Terengganu sudah memutuskan untuk tidak menaja kejohanan Lumba Basikal LDT 2014.

Penulis rasa Datuk Ahmad Said tercepat sedikit di dalam tindak tanduknya. YB Khairy baru cadang mengkaji `ubah lokasi kejohanan’ dan belum membuat keputusan, tetapi MB Terengganu telah memberhentikan tajaan sukan Lumba Basikal.


Sikap `gentleman’ penganjur LTDL 2014 dialukan. Walaupun sedih, penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada Terengganu yang menaja RM2juta tahun lepas. Penganjur tidak berputus asa mencari penaja dan MAS Airlines bersetuju menaja jersi Putih. Laluan di Terengganu terpaksa di ubah ke Lembah Klang dan Putrajaya. Penulis rasa penajaan yang lalu adalah selaras dengan Kempen Tahun Melawat Terengganu 2013.

Penulis ingin menghuraikan beberapa cadangan dan gesaan:-
1.      Seperti yang penulis katakan, setiap kontrak mesti bertempoh. Dahulu penulis cadangkan kontrak Datuk K.Rajagopal ditetapkan 2 atau 3 tahun sahaja. Jika beliau berjaya membawa kejayaan atau sebaliknya, kontrak tetap tamat. Jadi tidak ada isu `aib’ dan `malu’ akan berulang. Begitu juga dengan Kejohanan Lumba Basikal atau Monsson Cup. Mesti ada tempoh supaya tiada siapa pun merasa kecil hati.
2.      Monsoon Cup diadakan di Terengganu kerana ia berkaitan dengan musim tengkujuh dan lautan bergelora yang diperlukan untuk kejohanan perahu layar. Jikalau lautan itu tidak bergelora, kejohanan tidak akan bermakna. Jesteru itu, Monsoon Cup sesuai di Terengganu. Melainkan di Johor pun mempunyai ciri yang sama dengan Terengganu, ia wajar dipertimbangkan di adakan di Johor juga.
3.      Melainkan sesebuah kejohanan merupakan rangkaian lokasi dan kemudahannya telah mendapat kelulusan badan sukan antarabangsa, ia wajar dikekalkan. Mengambil contoh Litar Sepang Antarabangsa yang menganjurkan FI dan GP Moto. Kita tidak boleh mengubah lokasi perlumbaan dari Sepang ke litar lain kerana ia juga merupakan rangkaian perlumbaan. Kalendar telah ditetapkan. Kontrak penganjuran pun ditetapkan 10 tahun (jika tidak silap) dan boleh diperbaharui. Andaikata Sepang tidak di`sambung penganjurannya’, kita sepatutnya tidak merasa kecewa.
4.      Pada prinsipnya, sesebuah kejohanan di Malaysia, wajar diadakan secara `rotation’ setiap 5 tahun contohnya. Ia memberikan peluang kepada bandar lain mengecapi limpahan ekonomi daripada kejohonan ini. Jika dahulu, kejohanan Lumba Basikal di adakan di Langkawi, ia di ubahsuai (namanya pun diubahsuai) melalui Terengganu ataupun Selatan Semenanjung. Jika Monsoon Cup memerlukan kemudahan khas dan pelaburan, dirasakan di dalam 5 tahun atau 5 kali penganjuran, pelaburan tersebut dapat pulangan nyata dan tidak nyata kepada sesebuah negeri.
5.      Penulis harap Menteri Belia dan Sukan tidak mengamalkan pilih kasih di dalam aktiviti kesukanan. Banyak juga kemudahan sukan dan penganjuran di Terengganu. Ramai yang kata Datuk Seri Ahmad Shabbery Cik, mantan Menteri Belia dan Sukan orang Terengganu. Mungkin kah selepas ini, Negeri Sembilan menjadi tumpuan pembangunan dan penganjuran sukan peringkat Malaysia dan antarabangsa. Veldorum Basikal berstatus pertandingan dikatakan akan dibina di Nilai, Negeri Sembilan.
6.      Sukan seharusnya dijadikan jambatan untuk merapatkan hubungan Kerajaan dengan rakyat, antara Sultan/Raja dengan rakyat dan politikus Kerajaan dengan pembangkang. Trend penglibatan Sultan/Raja dalam sukan di Malaysia sedang mekar segar. FAM diterajui Sultan Pahang, Hoki oleh Tuanku Mahkota Pahang (sebelum ini Sultan Perak), Presiden Persatuan Bolasepak Johor oleh Tengku Mahkota Johor. Ada juga sukan yang amat diminati oleh Sultan seperti Sultan Terengganu, Pahang dan Johor  yang amat minat sukan kuda dan Polo.
Penulis harap penglibatan semua pihak menaikkan mutu permainan dan industri sukan negara dan bukannya membantutkan kemajuan sukan.


Penulis juga harap YB Khairy Jamaluddin yang sedang membawakan variasi dan pembaruan di dalam apa jua bidang sukan dan belia (untuk kebaikan sukan Negara dan belia), ambillah pendekatan yang `soft’ sedikit. Salah satu caranya ialah berjumpa dan berbincang dengan pihak yang terbabit terlebih dahulu, contohnya, MB Terengganu, sebelum berbual dengan pemberita dan mencadangkan sesuatu. 

RUSUHAN DI THAILAND. YINGLUCK TIDAK ADA `LUCK’ UDAH…

.

Thailand sedang mengalami krisis. Ia adalah disebabkan presapsi pembangkang yang PM Thailand, Yingluck  Shinwatra menguruskan negara dengan penglibatan Taksin, abangnya yang juga PM yang diguling dan tinggal di dalam buangan.

Penunjuk perasaan semakin mengganas. Penunjuk perasaan antikerajaan mengepung empat lagi kementerian. Sebelum itu, mereka mengepung Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar.

Mereka bercadang mengadakan tunjuk perasaan selama 3 hari dan mendesak PM Thailand meletakkan jawatan. PM Thailand mengumumkan perintah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperluaskan ke seluruh Bangkok dan beberapa kawasan sehingga 31 Disember ini. Tindakan ini adalah untuk meredakan suasana dan semestinya tindakan provokasi terhadap penunjuk perasaan.

Thailand tidak bernasib baik. Sebelum ini Bangkok dan beberapa kawasan rendah di landa banjir besar. Beberapa pelabur dan pekilang gergasi telah membuat keputusan untuk memindahkan operasi di luar Thailand. Contohnya HONDA yang sedang membesarkan kilang di Melaka untuk mengambilalih opersai di Thailand.

Bagaimana dengan industri pelancongan di Bangkok? Ada kesan ke? Tentu sekali ia memberikan kesan yang buruk kepada kedatangan pelancong ke Thailand khasnya Bangkok.  



Disebalik kejadian tunjuk perasaan di Thailand, Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan Menterinya, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi perlu mengikuti perkembangan di Thailand. Penulis yakin ada pihak sedang `terowpong dengan dekat’ strategi tunjuk perasaan Thailand untuk menjatuhkan Kerajaan yang sah melalui rusuhan. Jika dipantau di pintu keluar Negara, mungkin terdapat orang Malaysia yang pergi ke Bangkok secara `direct’ ataupun `indirect’ (KLIA ke Singapura/Filipina ke Bangkok). Ambillah iktibar dan bertindak sebaik mungkin sebelum ia merebak ke Kuala Lumpur.

Wednesday 27 November 2013

PETUGAS PARKING MAJLIS PERBANDARAN MAIN `KAW TIM’ DENGAN TAUKEH KEDAI KERETA TERPAKAI KE?




Salam sejahtera Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang juga tinggal di kawasan Cheng, Melaka.

Kedai Kereta Terpakai tumbuh bagai cendawan termasuklah di Cheng, Melaka. Kebanyakan mereka menyewapajak tanah kosong dan rumah kedai lot tepi. Kesemuanya berhadapan dengan jalanraya besar dan sibok.

Terdapat sebuah kedai kereta terpakai di Taman Cheng Baru yang sebaris dengan MayBank, BSN dan PizzaHut Delivery di Cheng. Kedai ini menyewa kedai lot tepi. Kedai ini, selain daripada memamerkan kereta di dalam kedai, taukeh juga meletakkan kereta di lot lot letak kereta. Lot tersebut boleh membariskan 6 hingga 8 buah kereta.

Yang menjadi masalahnya, kedai kereta terpakai ini memborong habis lot letak kereta setiap hari sepanjang masa dan tahun tanpa pembayaran sepenuhnya (8 pagi hingga 6 petang).

Taukeh kedai akan meletakkan kertas parking ke kereta kereta apaila petugas
parking bermotor meroda kawasan tersebut. Mereka sepatutnya  datang meronda setiap jam tetapi melalui pemerhatian, petugas parking bermotor meronda setiap 2-4 jam sekali.

Penulis syorkan pihak Majlis tidak membenarkan kedai perniagaan menggunakan lot lot parking melainkan mewajibkan mereka membeli lot tersebut iaitu menjadikan lot lot tersebut rezab perniagaan dengan bayaran bulanan. Kebiasaannya perniagaan kedai tayar, aksesori kereta, kereta terpakai, restoran mamak dsb nya.


Pihak Majlis perlu mengambil tindakan segera kerana jika tidak masyarakat akan melabelkan petugas parking `pilih kasih’ dan membenarkan kerugian kepada Majlis Perbandaran dan seterusnya Kerajaan. Sebaiknya Majlis tidak membenarkan lot parking untuk perniagaan tetapi untuk kemudahan rakyat yang berurusan di kawasan tersebut.

JUALAN MURAH MYKAD PALSU



Malaysia sedang menghadapi masalah dengan MyKad. Pertamanya penggunaan dan penjualan MyKad PALSU oleh  PATI/rakyat tempatan kepada PATI. Keduanya kes kehilangan MyKad sejumlah 565,157 keping dikalangan rakyat.

Kes Bunuh dan Rompak Pegawai AmBank memberikan banyak hikmah. Antaranya ialah pembongkaran besaran penggunaan dan penjualan MyKad PALSU oleh PATI. Didapati pengawal keselamatan, seorang warganegara Indonesia membeli dan menggunakan MyKad palsu Malaysia yang membenarkan beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan bersenjata.

Ini bermakna MyKad Malaysia sedia ada masih boleh ditiru dan dipalsukan. Apabila PDRM melakukan Ops ID terhadap syarikat pengawal keselamatan dan pegawal di tempat pekerja, terlalu banyak kepincangan. Syarikat keselamatan tiada lessen, ada yang memajakkan lesen, melantik pegawal keselamatan PATI, melantik pegawal keselamatan bukan rakyat tempatan atau Nepal untuk pegawal bersenjata, penyamaran PATI menjadi warga Malaysia dan banyak lagi.

Penulis yakin Kerajaan dan PDRM sudah mempunyai pelan mengurangkan dan mengatasi masalah pemalsuan MyKad. Dalang yang melakukan pemalsuan juga sedang dikesan dan dijejaki. Penulis harap semua pihak membantu Kerajaan dan PDRM membenteras jenayah ini. Sebagai contoh, syarikat pengawal keselamatan mesti mempunyai `smartcard reader’ yang boleh memberitahu majikan identiti sebenarnya mereka ini. Bank, JPJ, Klinik Kesihatan dan KWSP adalah antara agensi yang boleh berperanan. Pihak bank pun kena `periksa’ pengawal keselamatan yang tugaskan oleh syarikat pengawal keselamatan. Bank kena minta MyKad mereka dan buat saringan tambahan. Tidak boleh harapkan syarikat keselamatan sahaja.

Yang menjadi masalah, syarikat keselamatan yang berkomplot dengan PATI. Ada syarikat `mencari jalan’ untuk PATI tadi membeli MyKad palsu. Saringan dibuat sambil lewa dan tidak mengikut standard.

Masalah keduanya ialah kes kehilangan MyKad. Dilaporkan di Parlimen oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, sehingga Oktober 2013, sebanyak 565,157 kes kehilangan MyKad. Penulis percaya 50 peratus daripada MyKad yang hilang tersebut dijual kepada PATI.Harga jualannya agak baik juga iaitu RM300-RM500 sekpeing. 

Suatu angka yang besar. Ini tidak termasuk MyKad yang tidak dituntut. Adakah mereka ini tidak memerlukan MyKad untuk transaksi harian.? Perlu ke Kerajaan melakukan Ops ID untuk memastikan setiap rakyat membawa MyKad.?

Persoalannya, betul ke kehilangan MyKad di lakukan dengan sengaja atau sebaliknya? Berapa kah bilangan MyKad yang di jual kepada PATI? Tidak ada sistem ke yang boleh mengesan status MyKad hilang apabila digunakan oleh orang lain.

Sebagai contoh, MyKad penulis hilang di Melaka. Penulis akan membuat laporan polis untuk mendapatkan MyKad baru. Penulis ingin tahu apa yang PDRM dan JPN  buat selepas menerima laporan dan mengeluaran kad baru? Jikalau agensi ini hanya `mengambil maklum tanpa tindakan’, maka MyKad lama penulis, jika tidak dikembalikan atau termusnah, akan diguna pakai oleh `pencuri’ tersebut.

Penulis yakin kedua agensi memaklumkan di dalam sistem sebanyak mungkin agensi berkaitan, akan kehilangan MyKad tadi seperti mana digunapakai secara meluas di negara barat.

Pencuri tersebut tidak mungkin akan mengaktifkan pengunaan MyKad curi kerana dikuatiri akan dikesan. Pencuri akan gunakan untuk pengenalan diri atau mencari kerja di sektor sektor tertentu seperti perkhidmatan (restoran dll), perladangan, keselamatan dan lain. Jarang digunakan untuk membeli kereta kerana prosesnya melibatkan menyemakan rekod kewangan, pekerjaan, penjamin dll. Sukar sedikit untuk menipu tetapi senang untuk dikesan penyelewengan.


Penulis yakin Kerajaan akan dapat mengawal kes kehilangan MyKad secara sengaja dan penjualan kepada pihak ketiga bagi tujuan jenayah.

Tuesday 26 November 2013

KHAIRY DAN FAM MASIH BELUM SEIRING JALAN.


Isnin yang lalu, Kementerian Belia dan Sukan mengadakan mesyuarat pengurusan Pelan Pembangunan Bolasepak. Yang `cantik’nya, wakil FAM tidak hadir. Secara sengaja atau tidak sengaja, wallahualam.

Penulis tidak pasti apa permainan kedua dua badan ini. Adakah satu badan ingin melihat satu lagi badan tidak dapat hadir dengan memberikan notis yang singkat?. Adakah satu badan memberikan alasan lambat terima undangan, atau perlu mendapatkan kelulusan badan bolasepak lain seperti AFC dan FIFA?. Adakah cukup dengan memberi alasan, mereka ada mesyuarat yang telah dirancang awal?. Ini semua alasan.

Pada penulis, YB Khairy dan FAM lebih selesa tidak bertemu sua di dalam satu mesyuarat. Biarkan KBS membuat keputusan, yang lain menyusul mengambil tindakan susulan. Laporan bertulis lebih selesa diantara mereka. Makluman melalui media massa menjadi amalan dan memadahi.

Bagaimana mutu permainan bolasepak Negara akan meningkat jika ibu bapanya berceramok dan bergaduh atau bermasam muka?


Teori penulis mengenai Pelan Pembangunan Bolasepak adalah `reasonable’ seperti di sini

PENGERTIAN MUTAKMAR PAS KE 59 PADA AHLI PAS, UMNO, `SUAMI SUAMI DALAM PAKATAN RAKYAT’ DAN ORANG MELAYU.



Mutakmar PAS ke 59 yang telah di adakan di Stadium Melawati, Selangor, membawakan banyak pengertian dan pengajaran kepada ahli PAS, UMNO,  orang Melayu dan `rakan rakan pembangkang’.

Antaranya ialah:-
1.      PAS selesa dengan `perkahwinan’ mereka dengan DAP dan PKR. Ini dibuktikan dengan ucapan Presiden PAS khasnya yang men`confirm’kan PAS tidak akan keluar daripada Pakatan Pembangkang. Sekali gus ucapan itu menjawab gesaan Ketua Ulamak PAS dan Majlis Ulama PAS yang meminta PAS mengkaji semula `perkahwinan’ tiga segi itu. Malah golongan ulama digelar `gila kuasa’.
2.      Golongan Anwarinas masih dominan dalam PAS dengan kemenangan Mat Sabu, Datuk Sallehuddin Ayub dan Datuk Husam yang memenangi jawatan penting dalam PAS.


3.      PAS inginkan gandingan professional seperti Datuk Sallehudin Ayub dan ulama (Tuan Man) di dalam Naib Presiden di dalam barisan PAS.
4.      Datuk Mahfuz tewas kepada Tuan Man di dalam perebutan Naib Presiden. Ramai ahli PAS tidak selesa dengan kegagalan beliau menerajui PAS Kedah dan PRK Sg Limau baru baru ini. Dikatakan penyokong dan perwakilan tegar Allahyarham Tan Sri Azizan Razak tidak memilih Datuk Mahfuz kerana mereka tidak berpuas hati dengan kempen mengantung replika  `patong tanpa kaki’.


5.      Perwakilan mempersoalkan kekalahan PAS di Kedah dan penurunan populariti  dan sokongan orang Melayu terhadap PAS. Para perwakilan tidak mahu PAS bergantung kepada DAP untuk mendapat undi kaum Cina.
6.      Kemenangan Mat Sabu keatas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah akan memberikan kemenangan kepada UMNO. Mat Sabu menghadapi banyak isu seperti moral, sempati fahaman komunis serta Mendiang Chin Peng, merestui fahaman Syiah dan keakraban keterlaluan dengan DAP dan PKR, berbanding dengan Datuk Amar. Satu hari nanti apabila Mat Sabu menjadi Presiden, Dasar Negara Islam dan Hudud tidak menjadi keutamaan. Sebaliknya, UMNO telah melaksanakan ciri dan sistem serta produk Islamik terlebih dahulu sebelum melaksanakan hukum Allah. Sebagai contoh, semakin ramai orang bukan Islam menggunakan perbankan Islam dan takaful Islam berbanding bank / insuran konvensenal.
7.      PAS tertekan dengan gesaan UMNO dan ahli ahli agar PAS melaksanakan hukum Hudud di negeri di bawah pembangkang terlebih dahulu sebelum dikembangkan ke negeri lain. PAS kena buktikan kelancarannya. Jangan dok baru hendak tubuh jawatankuasa bertindak.
8.      Pengaruh Datuk Nik Aziz menurun dan nasihatnya supaya para perwakilan memilih calon ulama tidak diendahkan ahli PAS.
9.      Pengurusan Mutakmar dan Pemilihan amat lemah dan memalukan. Ada nama calon tidak dicetak di kertas undi dan mengira undi kurang daripada 2000 orang mengambil 1 hari. PAS yang mengutuk UMNO tidak cekap mengendalikan Pemilihan UMNO November lalu, rupa rupanya PAS lebih teruk dan memalukan.
10. Kerjasama dan perkahwinan PAS+DAP+PKR menguntungkan UMNO kerana PAS terpaksa bersetuju dengan pengguguran matlamat Negara Islam, bersetuju Kalimah Allah digunakan kepada agama lain dan tidak berperanan `nahi mungkar’ di dalam isu LGBT. UMNO dan Kerajaan menentang habisan kemungkaran tersebut. Rakyat tentu sekali menyokong UMNO dan Kerajaan yang bersikap islamik.
11. PAS bersedia bermuzakarah dengan UMNO di dalam perlaksanaan pentadbiran Islam. Pada penulis, UMNO dan BN sedang pelbagai pentadbiran dan produk Islam seperti Bank Islam, Bank Muamalat, Takaful Islam, Universiti Islam dan banyak kolej Islam, membina masjid dan sekolah agama dan juga Sekolah Hafiz Al Quran, biasiswa untuk pengajian Islam, Radio dan TV Islam, Pajak Gadai Islam dan banyak lagi. Boleh ke PAS menguruskan sebaik Tabung Haji mengendalikan urusan jemaah haji ke  Mekah dan Madinah?
12. UMNO tahu PAS akan `dirosak’ semasa di dalam perkahwinan dengan DAP dan PKR.
13. Ada perwakilan PAS bercakap ramai Ahli PAS sudah mengamalkan sikap Mr Arrogant yang berfikiran `dia seorang yang betul, orang lain salah’.

Sebenarnya banyak lagi kerosakan yang boleh diperkatakan tetapi kita bincang di lain lambaran.

NUR JAZLAN SESUAI KEAHLIAN MKPN BUKAN MT UMNO



YB Nur Jazlan Mohamed, ahli parlimen Pulai mencetuskan kontroversi lagi. Kali ini beliau mengatakan `sesuatu yang kurang enak’ kepada 145,000 perwakilan UMNO kerana tidak memilih beliau menganggotai Majlis Tertinggi UMNO. Ia seumpama memperkecilkan ahli UMNO kerana tidak pandai memilih calon yang baik untuk MT.

Beliau menyatakan demikian kerana beliau merasakan beliau seorang yang layak menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Umum tahu yang seramai 64 calon menawarkan diri supaya dipilih menganggotai MT tetapi hanya 25 orang yang dipilih. Ini bermakna 39 calon yang tewas. Mereka yang tewas itu walau bagaimana tidak berkecil hati dan reda dengan kehendak ahli UMNO. Nama besar yang tewas dan penyandang termasuklah Datuk Saifuddin Adullah, Raja Nong Chik dan ramai lagi penyandang yang VIP yang tewas.

Datuk Saifuddin, pada pendapat penulis, seorang yang bijak berhujah dan ianya terserlah apabila berwancana dengan para pembangkang. Beliau boleh  `handle’ floor walaupun berdiskusi dengan di dalam keadaan `handicapped’. Kadang kadang ahli panel yang tidak `balance’ bilangannya termasuklah dengan moderator yang pro pembangkang.

Pendapat Datuk Saifuddin kadang kadang berlainan dengan arus perdana UMNO terutamanya AUKU. Ahli UMNO pulak yang merasa pandangan beliau `pro pembangkang’. Beliau telah menerima padahnya apabila para perwakilan tidak memilihnya sebagai ahli MT. Penulis yakin ramai juga ahli UMNO yang tidak mengundi beliau semasa PRU13 yang lalu yang menyebabkan beliau tewas Parlimen Temerloh.

Adakah YB Nur Jazlan sedang memberikan tekanan kepada PM supaya melantik beliau menganggotai MT? Tekanan diberikan melalui memberikan komen komen yang sinis dan `menyakitkan hati’ ahli UMNO.

Seikhlasnya, penulis merasa PM memberikan jawatan Pengerusi PAC kepada YB Nur Jazlan kerana ingin `meredakan’ atau `menjinakkan ‘ YB NurJazlan dan bukan atas dasar kebijaksanaan. Mungkin dengan kelulusannya ia boleh membantu menjala
nkan tugas di PAC. Bising sangat dan kuat mengkritik.

Apabila dilantik menjadi PAC, beliau mengumumkan bahawa PAC akan memanggil beberapa GLC atau Kementerian untuk soal jawab. Ia seakan membalas dendam terhadap seseorang personaliti mahupun Kementerian dan syrikat GLC.

Penulis pernah menulis tentang YB Nur Jazlan seperti di sini.

Cadang Ahli UMNO `matikan air’ YB NurJazlan buat seketika supaya ia belajar daripada sikap menekan dan mengkritik orang lain tidak mengira tempat.  

MALAYSIA TEWAS DENGAN QATAR. PERCAKARAN MULUT PEMIMPIN SUKAN DENGAN PEMAIN DAN PEMINAT `MENJAUHKAN’ PENYOKONG DARI STADIUM SHAH ALAM.



Malaysia tewas tipis 0-1 dengan Qatar di Pusingan Kelayakan Piala Asia 2015 yang bakal diadakan di Australia. Kalah menang adat permainan. Bola itu bulat. Yang lebih mengecewakan ialah hanya lebih kurang 4000 penyokong memberikan sokongan kepada team Malaysia. Dari segi sokongan pun, Malaysia sudah kalah.

Keadaan ini amat berlainan semasa Perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Kelantan dan Pahang pada 4 November lalu. Stadium Shah Alam yang berkapasiti 80,000 orang (jika tidak silap) dipenuhi lautan manusia penyokong jersi merah dan kuning.

Salah satu sebab penyokong tidak memberikan sokongan ialah publisiti buruk tentang bolasepak negara yang diwarnakan oleh semua pihak termasuklah Menteri, FAM, MSN, pemain dan peminat. Faktor lain seperti harga tiket RM30 juga diambilkira. Cuti sekolah sepatutnya menarik remaja dan ibubapa beriadah di Stadium.

Teguran Menteri Belia dan Sukan kepada FAM mengenai pistol wajar dengan andaian pistol tersebut di jumpai di dalam tandas yang berada di dalam Stadium Shah Alam. Beliau bimbang tentang keselamatan orang ramai. Walaupun baik sebagai teguran mahupun nasihat atau amaran, namum apa implikasinya?. Ia mendedahkan kepada isu kelemahan pengurusan keselamatan kepada peminat sukan. Mengetahui kelemahan pihak FAM dan mungkin PDRM atau RELA, peminat, mungkin, merasa ketakutan untuk membanjiri Stadium Shah Alam.

Teguran mahupun nasihat ini terus dikomen ramai orang termasuklah penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang memberikan pendapat beliau mengenai `menegur’ tadi. Tulisan beliau dilihat `menghentam’ Menteri. Apa lagi, peminat beliau pun menghentam Menteri. Peminat dan penyokong Menteri pun berbalas `bahasa kasar’. Semua ini ada implikasinya kepada industri bolasepak.

Pengarah MSN juga tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap team Malaysia, walaupun beliau berkata ia tidak bermaksud demikian. Jika orang yang berprofil tinggi di dalam sukan turut `tidak confident’, penyokong membuat andaian berdasarkan percakapan Pengarah MSN tadi, sebagai benar.  Apa dah jadi.? Komen atau nasihat atau amaran telah mencetuskan `perang mulut’ pemain dengan MSN. Percakapan mereka, tanpa mengira pihak yang betul dan salah, mempengaruhi penyokong untuk datang ke Stadium.

Mungkin juga, ada baiknya segala komen dan nasihat dibuat secara `direct` dan bukan melalui media. Mungkin media mensensasikan terus sesuatu isu sehingga melemahkan semangat pemain, jurulatih dan penyokong.

Dengan hal yang demikian, penulis cadangan pelan pembangunan bolasepak harus di perincikan keadah mengatasi `crisis management’ supaya semua pihak yang terlibat tidak memburukkan keadaan lagi. SOP `nasihat dan komen atau amaran’ perlu diadakan supaya semua `grievances’ disalurkan dengan betul. Media harus diberikan peranan mempromosikan sukan dan menarik penyokong bukan mengulas keterlaluan kelemahan sesuatu keadaan.

Di negara lain, pelan pembangunan bolasepak  hanya mengariskan visi dan strategi serta perbelanjaan dan `target’nya sahaja tanpa elemen di atas.


Di Malaysia, pelan pembangunan bolasepak terpaksa memasukkan elemen di atas kerana pegawai dan rakyat Malaysia belum boleh menerima sesuatu teguran, nasihat dan amaran yang diberikan. 

Monday 25 November 2013

KONTRAK RAJA TIDAK DISAMBUNG



FAM menetapkan untuk tidak menyambung kontrak jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagopal di dalam mesyuaratnya pada Ahad yang lalu.

Ramai peminat dan pengulas sukan sudah meramalkan yang jurulatih ini akan menerima nasibnya kerana ia bergantung kepada prestasi atau KPI. KPI yang telah ditetapkan oleh FAM ialah melayakkan diri ke Pusingan Kelayakan Piala Asia yang bakla di adakan di Australia 2015.

Datuk K. Rajagopal amat popular dengan `cubaan gandingan’ sepanjang masa tetapi berjaya melahirkan beberapa pemain yang baik. Beliau dikritik kerana meminggirkan beberapa pemain seperti Piya dari Kelantan sebagai contoh. Bersopan dan `relax’ apabila dihujani kritikan.

Peminat sukan Malaysia kelazimannya akan menanjung jurulatih yang membawa kejayaan dan `mengutuk’ jurulatih yang gagal meraih kejayaan. Datuk K.Rajagopal pernah disanjung dan kini di cemuh dan di `pecat’. Datuk Ong Kim Swee kini sedang di sanjung dan tidak mustahil, Datuk Ong akan di `cemoh’ suatu hari ini.


Penulis cadang FAM menetapkan sesuatu ketetapan tentang kontrak jurulatih ini. Penulis merasakan Ketua Jurulatih diberikan tugasan dan kontrak untuk TEMPOH YANG TETAP seperti 2 tahun atau 3 tahun. Kontrak tersebut akan tamat samada Ketua Jurulatih tersebut berjaya membawa Malaysia ke persada kejayaan demi kejayaan atau sebaliknya. Terma begini akan mengelakkan Ketua Jurulatih dari keaiban atau malu. 

Penulis mahu ingatkan para jurulatih bahawa bayaran gaji yang lumayan atau sederhana itu sebenarnya dibayar untuk menerima keaiban apabila di tamatkan kontrak. Dah bayar sekali gus selain daripada ilmu dan pengalaman yang dicurahkan. 

PDRM/JABATAN PENJARA/TV1/TV3, TOLONG JANGAN TERUS AIBKAN BEKAS KP IMIGRESEN.


Bekas KP Imigesen, Datuk Wahid Md Don didapati bersalah menerima rasuah dan didenda RM300,000 serta dipenjarakan 6 tahun. Beliau dipenjarakan sebelum kes rayuan menanggohkan hukumannya didengar. Jumaat yang lalu. Beliau dibawa ke mahkamah memakai uniform lokap oren, digari dan BERKAKI AYAM. TV1/TV3 menayangkan di Buletin Berita dan Berita Nasional sebentar tadi,  kehadiran beliau dengan  berkaki ayam.

Pada pandangan penulis, tindakan atau prosedur berkaki ayam untuk kes kolor biru, keterlaluan dan mengaibkan. Penulis bayangkan bapa penulis. Apa rasa Isteri dan anak anak Datuk Wahid. Saudara maranya. Musuh musuh memang bertepuk tangan. Untuk makluman, penulis tidak pernah mengenali beliau mahupun berurusan dengan Jabatan Imigesen.

Penulis rasa tidak selesa dengan prosedur tersebut. PDRM atau Jabatan Penjara perlu memberikan kebenaran untuk memakai selipar ke Mahkamah. Bekas KP ini salah seorang pegawai tinggi di Malaysia. Tiada keperluan untuk terus mengaibkan beliau. Undang undang sudah menghukum beliau. TV1 dan TV3 tidak perlu turut menghukum beliau. Beliau sudah dihukum dan sedang menjalani hukuman di penjara.


Penulis akan pasti menerima reaksi positif atau negative daripada rakan rakan fb. 

Saturday 23 November 2013

NAJIB DAN BN TIDAK SE`GILA’ DAN BODOH ITU UNTUK MENGIMPOT 40,000 BANGLADESH UNTUK MENANG PRU13 YANG LALU




Penulis menulis untuk menghuraikan persediaan yang perlu di buat oleh Datuk Sri Najib dan BN untuk `mengimpot’ 40,000 pengundi warga Bangla. Umum tahu pengimpotan ini bertujuan untuk memberikan kemenangan kepada BN di dalam PRU13 yang lalu.

Untuk tujuan ini, penulis andaikan 20,000 pengundi Bangla yang berada di Malaysia dan 20,000 lagi yang `fresh’ dari Bangladesh. Sebenarnya BN perlu mengimport 200,000 pengundi hantu untuk menang undi popular yang dibanggakan oleh Pakatan Pembangkang.

Antara persediaan yang perlu di atur oleh BN ialah:-

1.      Menentukan kawasan Parlimen atau DUN dan seterusnya Negeri yang perlu BN menang. Adalah tidak berbaloi meletakkan pengundi Bangla seramai 40,000 di Parlimen Seputeh mahupun Parlimen Kepong yang mempunyai pengundi dan penyokong DAP yang tinggi. BN kalah di Seputeh dan Kepong, tidak rugi. Pembahagian bilangan pengundi di kawasan pun boleh memeningkan think tank dan warga war room.
2.      BN perlu  logik didalam tindakannya. Sebagai contoh,  Parlimen Kota Melaka mempunyai pengundi Cina yang tinggi. Tidak logik, BN mengarahkan pengundi Bangla yang berkulit gelap mengundi di Parlimen Kota Melaka.
3.      Dengan andaian rancangan mengimpot warga Bangla dilakukan 6 bulan sebelum PRU, BN perlu menjalankan temuduga setiap orang. Temuduga di Dhaka dan di KL. Temuduga perlu dan wajib untuk memilih warga Bangla yang wajahnya keMelayuan atau keCinaan. KeIndiaan tidak diperlukan kerana pengundi India hanya beberapa ratus daripada 13 juta pengundi berdaftar. Bayangkan petugas BN hendak berjumpa dengan warga Bangla seramai 20,000 di Dhaka dan 20,000  di KL. Berapa ramai kah jumlah petugas dan kemudahan yang diperlukan?.
4.      Selepas dipilih, warga Bangla perlu diberikan kursus Bahasa Malaysia, mungkin 2 minggu. Warga Bangla akan di `test’ dengan soalan lazim seperti pengetahuan am. Selain itu, cara cara mengundi perlu diberikan kursus intensif dan latihan tubi. Membazir nanti jika berlaku undi rosak.
5.      BN perlu memilih warga Bangla yang setia kepada BN. BN harus memastikan warga Bangla tidak belot dengan membuat Akuan Bersumpah yang mereka di `suruh’ atau `upah’ oleh BN. Rosak imej BN. Boleh ke BN menjamin kesemua 40,000 pengundi ini setia dan tidak membelot?. Penulis kata tiada jaminan. Teringat kepada gelagat mendiang PI Balasundram yang mempermainkan SD untuk kepentingan diri dan rakan nya.
6.      BN kena bersetuju untuk mengupah warga Bangla kerana mengundi untuk BN. Setiap kerja ada upah. Katakan setiap warga Bangla dijanjikan RM100 seorang kerana mengundi BN, ia bermakna RM4,000,000. Sesuatu kos yang tinggi. Ini tidak termasuk kos penerbangan dari Dhaka ke Kuala Lumpur ke Dhaka atau ( kos pengangkutan dari Kuala Lumpur ke Parlimen atau DUN yang telah ditetapkan), penginapan dan makan minum. Juta juga belanjanya.
7.      Bak kata PM Bangladesh, untuk mengundi di Malaysia, warga Bangla kena menjadi warganegara Malaysia. Ia bermakna BN kena memproses permohonan 40,000 permohonan menjadi warganegara Malaysia. Tidak kah sukar untuk BN mempertimbangkan permohonan di dalam masa sesingkat 6 bulan?. Penulis pernah difahamkan seorang warga Indonesia yang sudah beranak pinak dan tinggal disini melebihi 20 tahun, baru dipertimbang dan diluluskan permohonan kewargaannya. Kakitangan Kerajaan di dalam KDN dan JPN, yang pro pembangkang, akan membocorkan rahsia usaha BN ini.
8.      Selepas kelulusan diberikan, warga Bangla sudah menjadi warga Malaysia dan perlu diberikan MyKad. Sekali lagi, `Bangsa Bangla warga Malaysia’  ini perlu di bawa ke Pejabat Pendaftaran Negara untuk mendapatkan MyKad. Bayangkan 40,000 orang memohon MyKad di dalam tempoh 6 bulan atau kurang. Di cawangan Pejabat Pendaftaran Negara  mana hendak dibuat? Logistiknya?.
9.      Warga Bangla ini perlu berada di Malaysia sekurang kurangnya 3 bulan sebelum PRU 13. Ini adalah untuk urusan permohonan kewarganegaraan, urusan membuat MyKad dan selepas itu, mereka ini mesti didaftarkan di SPR. Jika tidak didaftarkan, mereka yang dipilih ini tidak boleh mengundi pulak. Sekali lagi 40,000 orang mendaftar di SPR. Penginapan dan makam minumnya untuk 3 bulan, macamana?
10. Penulis merasa Tabung Haji adalah sebuah organisasi yang berpengalaman di dalam pengurusan mengerjakan haji. Setiap tahun Tabung Haji menguruskan jemaah haji seramai 23,000 hingga 28,000 orang. Dengan jumlah sebanyak itu pun, Tabung Haji di `terlalu sibokkan’ dan di `kelamkabutkan’, ini kan pulak 40,000 `jemaah Bangladesh’.


Ini adalah sebahagian daripada kerja kerja dan belanjawan yang perlu diadakan oleh Datuk Sri Najib dan BN untuk memungkinkan warga Bangladesh menjadi bangsa Bangla warga Malaysia. Tidak mungkin Datuk Sri Najib segila itu ingin mengimport 40,000 Bangladesh untuk menewaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan gengnya.

DATUK SRI NAJIB MEMIMPIN MCA UNTUK SATUKAN PUAK BERSENGKETA DAN MENANG PRU14.




Sejak zaman Tun Dr Ling Liong Sik menjadi Presiden MCA sehingga kini,  MCA senantiasa bergolak. Penulis tidak nampak penyelesaiannya walaupun pemilihan MCA diadakan setiap penggal. Reda sebentar dan bergolak beberapa bulan kemudian. Ini adalah kerana penyokong Presiden dan Timbalan Presiden lebih kurang sama. Yang ada hanya `simple majority’.

Mengikut analisis penulis, ada 3 rumusan tentang pengseketaan MCA ini.

Pertamannya, Perselisehan faham adalah diantara Presiden MCA dengan Timbalan Presiden MCA.

Sekarang di antara Datuk Dr Chua Soi Lek dengan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Sebelum itu, Datuk Ong Tee Kiat juga bermasam muka dengan Datuk Seri Dr Chua. Tan Sri Ong Ka Ting dengan Tan Sri Chan Kong Choy. Tun Ling Liong Sek bersaing dengan Tan Sri Lim Ah Lek.


Keduanya Timbalan Presiden MCA biasanya dari Pahang. Tan Sri Lim Ah Lek, Tan Sri Chan Kong Choy dan kini Datuk Seri Liow Tiong Lai kesemuanya dari Pahang.

Ketiganya, Kelazimannya perwakilan MCA mengambil pendirian selamat dengan meminta kedua dua pemimpin letak jawatan dan diangkat muka baru dari kedua dua kem.

Tun Ghafar Baba pernah dilantik oleh Tun Dr Mahathir, menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut MCA. Ini bermakna kemungkinan orang luar dari MCA yang boleh meredakan suasana getir dan perebutan kuasa.

Penulis cadangkan para perwakilan mengusulkan EGM untuk melantik Pengerusi BN dan PM, menjadi `Ketua Umum MCA’ untuk buat seketika sehingga PRU14. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden di bekukan atau ditiadakan buat sementara. PRU14 sudah hampir (dijangka 2017) dan MCA mesti berkempen dari sekarang.

Mengapa `Ketua Umum’ digunakan dan Pengerusi BN dan PM dijadikan `orang tengah’?

Nama `Ketua Umum’ dicadangkan dari peranan Ketua Umum PKR yang tidak perlu dipilih tetapi dilantik. Jika didapati tidak sesuai, ia boleh di ubahsuai.

PM dirasakan pemimpin yang boleh mengendalikan MCA. Lagi pun, PM seorang yang adil dan memberikan perhatian kepada semua kaum. Malah orang Melayu terguris juga hatinya apabila PM memberikan banyak bantuan kepada kaum Cina sebelum PRU13 yang lalu.

Apabila PM menjadi `Ketua Umum MCA’, beliau boleh menyatupadukan pihak yang bersengketa. Apabila ahli MCA bersatu, MCA akan menjadi lebih kuat. MCA perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan rakyat dan pengundi Cina khasnya.

PM juga boleh menyatupadukan sokongan kaum Cina yang tidak berparti supaya menyokong BN dan PM.

Ahli MCA dan penyokong serta pengundi MCA/BN mesti dikekalkan dan diberikan keyakinan yang mereka menyokong sebuah gagasan yang betul dan baik.  Secara tidak langsung, para perwakilan akan bersatu padu. Selain itu, PM dan MCA boleh merangka strategi untuk mengembalikan sokongan orang Cina terhadap MCA.


Mudah mudahan Datuk Sri Najib dapat mempertimbangkan proposal ini demi kejayaan dan kelangsungan serta `survival’ MCA dan BN

QUEEN PARK RANGERS (AIR ASIA) versus CARDIFF CITY (BERJAYA)




Malaysia turut berbangga dengan dua kelab bolasepak yang bersaing di Liga Inggeris. Kelab yang di maksudkan ialah Cardif City dan Queens Park Rangers. Kedua kelab adalah dimiliki oleh usahawan Malaysia.iaitu Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Tony Fernandes. Secara am, Tan Sri Vincent terlibat di dalam peruncitan (termasuk makanan segera) manakala Tan Sri Tony di dalam industri penerbangan, perhotelan  dan sukan.

Kedua dua kelab mengalami perjalanan yang berbeza. Di UK, Cardiff City bermula di Divisyen 2 tetapi berprestasi baik dan di angkat ke Liga Perdana di musim baru ini. Queens Park Rangers pula bermula dari Liga Perdana tetapi terpaksa di `relegate’ ke Divisyen 2.

Di kalangan peminat sukan bolasepak remaja, Cardiff City lebih di kenali kerana terlibat secara langsung dengan pembangunan sukan. Cardiff City menganjurkan kejohanan Liga IMCC untuk kategori 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun. IMCC di adakan di seluruh negara. Queens Park Rangers pula belum aktif di persada bolasepak tempatan. Mungkin di masa terdekat.

QPR membelanjakan RM410 juta untuk memperkuatkan pasukannya tetapi Cardiff City kurang berbelanja. Musim lepas, tanpa melihat Penyata Kewangan Kelab QPR dan berdasarkan laporan NST, QPR di jangka mencatitkan kerugian RM410juta. Besar tu.

Berita berita negatif seumpama ini memberikan implikasi kewangan kepada Tan Sri Tony dan Air Asia. Kelazimannya `financial rating’ beliau dan Air Asia akan terjejas sedikit. TheSun juga melaporkan keuntungan menjatuh serta saham menurun sebanyak 8 peratus berbanding tahun lepas. Thai Air Asia ada kemajuan manakala Philipines Air Asia kerugian. Dilaporkan juga Air Asia X mengalami kerugian lebih kurang RM18 juta untuk Suku Ketiga (Q3) 2013. Ini menyumbang kepada pengerakan saham semasa.


Penulis percaya dan yakin bahawa sebagai usahawan yang `season’ dan `midas touch’ di dalam industri penerbangan kos rendah, beliau akan berniaga dengan lebih aktif dan membuat keuntungan. Secara tidak langsung, beliau akan menyokong Kelab QPR. Di peringkat Kelab QPR pula, pihak pengurusan termasuk Pengurus QPR, Harry,  akan berbuat sesuatu untuk lakukan `financial turnaround’ dan `football performance turnaround’.

Friday 22 November 2013

KETUA `TUHAN HARUN’ DI TANGKAP DI TANGKAK. . KENAPA TANGKAK?

,


Ketua Kumpulan `Tuhan Harun’ atau Harun Mat Saat, 47 tahun, ditangkap di Tangkak, Johor semalam rasanya, hasil kerjasama rakyat setempat dan PDRM. Seperti filem `The Enemy of the State’ yang dibintangi oleh Will Smith, kecanggihan teknologi boleh mengesan seseorang melalui talian telefon, penggunaan kad kredit dan selainnya digunakan untuk menangkap `Tuhan Harun’.

Sebelum ini penulis mencadangkan Bank bank menerajui teknologi `anti theft technology’ untuk mengesan kereta kereta yang tidak berbayar ansurannya melalui `automatic engine off’. Bank bank boleh mengesan kereta walaupun di sorok. Teknologi ini diharap mengantikan profession penarik kereta yang kelazimanan berkait rapat dengan gangsterism.

Berbalik kepada `Tuhan Harun’, PDRM mungkin menggunakan rangkaian penarik kereta untuk mengesan kenderaan yang di gunapakai oleh `Tuhan Harun dan pengikutnya.

Beliau ditangkap selepas anaknya di berkas. Mungkin hasil soal siasat (mengikut filem Ingeris, jika enggan berkerjasama, tahanan diberikan sedikit tekanan fisikal), anaknya mendedahkan tempat pensembunyian `Tuhan Harun’.

`Tuhan Harun’ sedang disiasat oleh Jabatan Agama Islam Pahang kerana mengamalkan ajaran sesat. Beliau mengaku beliau adalah Tuhan. Beliau dan 21 pengikutnya (terlupa angka sebenarnya) telah di dakwa di Mahkamah Syariah tetapi diberitakan tidak hadir ke Mahkamah sebanyak 2 kali.

Di dalam pada itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIP, Allahyarham Ahmad Raffli  ditembak mati di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan minggu lepas. Allahyarham didatangi 3 orang lelaki berkereta warna putih dimana seorang daripada mereka berserban dan memberi salam sebelum menembak Allahyarham. PDRM inginkan kerjasama `Tuhan Harun’ dan pengikutnya untuk menyelesaikan siasatan kes bunuh tadi.

Mengapakah `Tuhan Harun’ memilih Tangkak untuk tempat bersembunyi?

1.    Mungkin ada pengikut atau saudara mara ajaran `Tuhan Harun’ di Tangkak.
2.    Mungkin Tangkak berhampiran dengan Gunung Ledang yang ada orang menjadikan tempat bertapa (kelazimannya bercanggah dengan ajaran Islam).
3.    Mungkin Tangkak berada dilokasi strategik iaitu berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan, berhampiran dengan Kuantan melalui Segamat dan berada di luar kesibukan Bandar seperti Kuala Lumpur dan Melaka.
4.    Mungkin `Tuhan Harun’ menganggap penduduk Tangkak tidak perihatin dengan kes kes semasa dan bersikap `tidak menjaga tepi kain orang’.
5.    Mungkin `Tuhan Harun’ ingat warga PDRM di Tangkak khasnya tidak cekap dan tidak peka di sekelilingnya.

Penulis harap pihak berwajib dapat mengawal selia penyebaran ajaran sesat kerana ia menjurus kepada pergerakan militan. Malaysia  tidak memerlukan suasana `militan’.