Saturday 31 May 2014

BERITA PEMBEBASAN MANGSA CULIK `BUAH TANGAN' NAJIB KEPADA CHINA


Tahniah kepada PDRM Malaysia dan Polis Filipina di atas kejayaan menyelamatkan mangsa culik warga Cina dan Filipina semalam. Mangsa culik China sudah diterbangkan ke Kota Kinabalu dan berlepas ke China jam 6 pagi tadi. Kejadian penculikan berlaku 2 April 2014 yang lalu oleh sekumpulan lelaki berpakaian tentera. Alhamdulilah tiada kecederaan dan bayaran pampasan di buat.

YAB DS Najib yang sedang melakukan lawatan rasmi ke China amat bernasib baik kerana berita pembebasan mangsa culik adalah timely' untuk di jadikan `buah tangan' kepada Kerajaan dan rakyat China. Walaupun MH370 yang majoritinya rakyat China belum terjawab dan terungkai, berita pembebasan mangsa culik cukup mengembirakan mereka. Panda yang dipinjamkan kepada Malaysia akan dijaga dengan sebaik mungkin ibarat menjaga perhubungan erat kedua dua negara.

Semoga perhubungan erat dapat dipertingkatkan lagi untuk `mutual business relationship'.

Friday 30 May 2014

JDT KENA AWAS DENGAN PEMAIN GANAS PAHANG SAIFULNIZAM



Penulis menonton perlawaan pusingan pertama Pahang JDT di Stadium Larkin dengan keputusan seri 1-1.

Penulis, seorang pemain bolasepak kaki bangku, ingin menasihati pemain JDT1 agar berjaga jaga dengan pemain ganas Malaysia terkini, iaitu SAIFULNIZAM MISWAN, seorang pemain pertahanan Pahang. Jangan terkena dengan `makan' SaifulNizam. Rakan pasukan Pahang sendiri terkena `makan' beliau sehinggakan beliau di usung keluar.

Sebelum ini, penulis pernah menegur pemain Hafiz juga di Pahang yang mana di perlawanan tersebut juga hampir hampir menyebabkan pergaduhan kerana bertindak balas.

Biarlah bermain bersih berdasarkan kecekapan, kepantasan dan kebijaksanaan bermain bola sepak bukan kepandaian `makan' pihak lawan.

Ramalan penulis, JDTI   1    -    Pahang 0.

Thursday 29 May 2014

MENDIANG KARPAL SINGH BERBANDING AL MARHUM SULTAN AZLAN SHAH



Tahun 2014 banyak kemalangan dan kematian di Malaysia.

MH370 adalah satu salah kemalangan yang bersejarah dan mendapat perhatian dunia. Pesawat yang membawa penumpang dan kru tidak dapat dikesan di mana lokasi terakhirnya. Implikasi daripada kejadian ini amat banyak sekali. Rakyat terdedah kepada maklumat penerbangan dan bagaimana pesawat dikendalikan. Juga kelemahan pada pseawat itu sendiri di mana transponder boleh dimatikan dengan sengaja tanpa pengawasan. Ia menjadi perhubungan Malaysia dengan 26 negara lebih erat.

Kematian pun banyak berlaku 6 bulan pertama tahun 2014 ini. Ahli politik, artis dan Sultan selain sahabat handai pergi meninggalkan kita.
.
Terkini, Al Marhum Sultan Azlan  Muhibuddin Shah, Sultan Perak, mangkat pada hari Rabu 1.30 petang. Baginda mangkat ketika menerima rawatan di IJN. 

Sebelum iitu Mendiang Karpal Singh maut di dalam kemalangan jalanraya di Ipoh.

Ada beberapa peristiwa yang melibatkan Baginda dan Mendiang. Kedua dua berpelajaran undang undang dan amat dominan di dalam perundangan negara. Baginda bertemu Mendiang banyak kali di Mahkamah. Baginda, walaubagaimanapun, mempunyai minat sukan hoki yang mendalam.

Krisis Perak adalah kemuncak persengketaan Baginda dan Mendiang. Apabila berlaku `perlompatan' 3 ADUN PKR dan DAP kepada ADUN bebas menyokong BN, Kerajaan campuran DAP PAS dan PKR hilang majoriti dan terbubar. Sultan Perak, mengikut perlembagaan melucutkan jawatan MB Perak, Datuk Seri Nizar  dan berkenan wakil dari BN menerajui kerajaan. Karpal Singh telah mengkritik dan menghina Sultan Perak. DAP yang dominan di Perak  telah  membawa kes perlucutan jawatan manakala Kerajaan menfailkan saman terhadap Karpal atas dakwaan menghina Sultan.

Setelah beberapa tahun kes berjalan, akhirnya Karpal Singh di dapati bersalah dan didenda tetapi pihak Karpal Singh terus merayu di peringkat yang lebih tinggi.

Kes menghina Sultan Perak ini akan menjadi `precedent' kepada kes kes penghinaan Institusi Kesultanan akan datang.

Hoki amat sinomin dengan Sultan Perak. Piala Sultan Azlan adalah acara hoki bertaraf dunia. Di Ipoh juga, padang hoki bertaraf dunia. 

Akhirkata. Jasa Mendiang dan AlMarhum tetap di kenang..Al Fatehah 


Tuesday 27 May 2014

UMNO/BN BAHAGIAN TANGGABATU KHASNYA `JANGAN TIDUR LAGI'.


Penulis gembira Ahli Parlimen Tanggabatu, YB Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah dapat hadir ke Majlis Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru (PPTCB) yang di adakan pada 25 Mei 2014 jam 3-5petang di Balai Raya Cheng, Melaka. Alangkah lebih berseri jika ADUN Paya Rumput, YB Hj Sazali Muhd Din turut hadir, tetapi mungkin ada tugasan rasmi  yang lain.

Ucapan YB Ahli Parlimen amat santai dan penuh jenaka tetapi ada satu berita yang mengusarkan penulis. Beliau memberitakan yang DAP sudah memindahkan lebih kurang 2000 pengundi dari Kota laksamana, Kota Melaka dan Ayer Keroh ke DUN Paya Rumput. Tujuannya amat jelas iaitu untuk menang dengan cukup majoriti DUN. Bagaimana pula dengan PAS dan PKR?

Penulis harap jentera dan `think thank UMNO/BN' sedar apa yang berlaku dan seterusnya melakukan sesuatu. Setidak tidaknya melakukan perkara yang sama seperti DAP. Oleh kerana penulis tidak terlibat di dalam pengurusan UMNO/BN Tanggabatu malahan Melaka, penulis meramalkan mereka di UMNO/BN Tanggabatu dan Melaka masih tidur lagi, khayal dengan pembrokeran projek dan membetulkan kedudukan di dalam parti dan ekonomi (berebut menjadi seseorang di dalam GLC Melaka). Mereka sibuk berkerja mencari kekayaan peribadi bukan parti. Perjuangan parti menjadi `secondary'.

Terlalu ramai kroni kroni yang duduk di warong, Kopitiam dan Hotel berunding projek daripada kroni kroni menjadi `think thank' ini membantu melakukan permindahan tempat pengundi.

Penulis amat kagum dengan gerak kerja DAP dari segi publisiti, komunikasi dan strategi perang politik. Mereka berjaya memilih `ahli pak sanggup' yang berkerja dan tinggal di KL tetapi mendaftar di DUN paya Rumput. Semasa PRU, mereka berkorban drive ke Cheng dan mengundi. UMNO/BN gagal di dalam aspek ini.

Penulis cadangkan UMNO/BN memindah pendaftaran pengundi yang berada di kawasan majoriti Cina di Lembah Klang seperti Seputeh, Kepong, Bukit Bintang dll, berpindah ke DUN Paya Rumput. Kawasan kawasan Cina tadi amat sukar dimenangi oleh UMNO/BN dan adalah membazir jika masih mengundi di sana. 

Lupakan lupuk lupuk DAP itu dan UMNO/BN kena pertahankan kawasan UMNO/BN yang menang tipis dan seterusnya mempertahankan DUN tersebut di dalam PRU14.

Penulis rasa UMNO/BN berpengalaman dan tahu apa nak buat tetapi nampaknya ia tidak dijalankan dan dilaksanakan. Strategi menang perang mesti `brutal' banyak. 

Ayuh para think thank, ahli dan penyokong UMNO/BN, bangkit lah untuk berbuat sesuatu sebelum terlambat. Sesungguhnya penulis amat khuatir dengan prestasi  dan keseriusan YAB Datuk Seri Ir Idris Haron di dalam hal ini. Bukan kroni Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi lebih selesa beliau turut serta di dalam think thank ini. Singa yang luka lebih faham kesakitan daripada Singa yang senang lenang.

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN YANG HAMBAR...


Pada Ahad 25 Mei 2014, penulis menghadiri Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Persatuan Penduduk Taman Cheng Baru (PPTCB) yang di adakan di Balai Raya Cheng jam 3 petang hingga 5 petang. Mesyuarat ini di serikan dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen TanggaBatu, YB Datuk Dr Abu Bakar Mohd Diah, merangkap Timbalan Menteri MOSTI.

Banyak perkara yang boleh dipelajari dan di share kan oleh kita semua. Antara yang menarik perhatian penulis ialah:-

1. Ahli Parlimen menegur PPTCB mempunyai baki kewangan yang tinggi iaitu lebih kurang RM8,000 dan menyarankan ia nya dibelanjakan untuk aktiviti penduduk. Jangan takut berbelanja.
2. Beliau memberi contoh tambahan yang Masjid Cheng adalah salah satu penerima derma yang tinggi di Melaka Tengah iaitu lebih kurang RM10,000 sebulan. Tetapi banyak masjid tidak melakukan pembersihan tandas dan kemudahan lain, sebagai contoh. Beliau menyarankan berbelanja lah untuk kebersihan masjid.
3. Ahli Parlimen adalah seorang yang kuat bekerja dan gemar politik. Beliau baru pulang dari Jerman pada hari Sabtu dan menceritakan pengalaman melawat dan bersolat di Masjid di berlin. Masjid tersebut kecil tetapi sangat bersih. Kerajaan tidak memberikan sebarang bantuanan kewangan kepada Masjid tersebut
4. Ahli Parlimen kecewa Mesyuarat PPTCB tidak mendapat sambutan. Jumlah keahlian lebih kurang 116 orang tetapi kedatangan hanya 30-35 orang?. Keahlian ke 118, mengapa di Taman Rambai Jaya?
5. Beliau menyeru ahli ahli PPTCB membantu Kerajaan BN mengekalkan DUN Paya Rumput yang senantiasa memberikan bantuan kepada rakyat Paya Rumput dan TanggaBatu.
6. Beliau memberitahu DAP sudah memindahkan 2000 pengundi dari Kota Melaka atau Kota Laksamana ke DUN Paya Rumput. Tujuannya untuk memenangi kerusi DUN Paya Rumput.
7. Ahli Parlimen memberi bantuan RM2000 untuk memasang lampu di padang dan pembelian pasir untuk meratakan permukaan padang.

Selepas ucapan merasmikan mesyuarat PPTCB, Ahli  Parlimen bergegas ke acara lawatan beliau.

PPTBC meneruskan mesyuaratnya dengan pembubaran AJK2013/2014 dan perlantikan baru dan pengundian dijalankan. Tiada banyak perubahan dan penyandang lama dipilih semula mememang jawatan yang dipegang.

Penulis minat dengan cadangan usul dan pembentangannya.

Penulis cadangkan di adakan `post mortum' kenapa kehadiran mesyuarat amat mengecewakan. Kita mesti mengkaji `poor attendence' ini. kita semua perlu tahu perkara di bawah:-

1. Adakan ahli tidak diberitahu atau notis jemputan tidak di terima. Pada penulis, semasa penghantaran notis, tiada intereaksi dengan ahli. Notis di hantar tanpa perjumpaan dan rayuan untuk hadir.
2. Adakah hari Ahad 2 petang tiidak sesuai atau ahli merasakan tidak mahu ketinggalan menonton perlawanan akhir Piala Thomas 2014.
3. Adakan ahli ahli tidak minat berpersatuan? Adakan mereka tidak mahu hadir kerana takut di usul dilantik ke sesuatu jawatan. 
4. Adakan ahli merasa PPTCB tidak dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada mereka? Adakah AJKnya mesra penduduk atau tiada musuh di taman.
5. Adakah dengan tiadanya pengumuman  aktiviti makan minum dan cabutan bertuah menyebabkan penduduk menjuahi mesyuarat?
6. Adakah kita perlu memikirkan Persatuan Penduduk mengikut bangsa dan agama untuk ahli lebih aktif dan gemar berpersatuan?

Usul kedua penulis ialah mengenai dasar kewangan PPTCB. Penulis cadangkan kita ubah status pendapatan dan perbelanjaan. Melalui penyata kira kira 100 peratus pendapatan adalah daripada sumbangan (dari Mantan YAB Mohd Ali dan Wakil Rakyat). Sehinggakan pada hari mesyuarat tersebut, PPTCB memohon bantuan dan sumbangan. PPTCB mesti cuba mengubah pendapatan dari 100 peratus sumbangan kepada 50 peratus sumbangan dan 50 peratus perniagaan. Salah satunya ialah sewaan dari cadangan pasar malam.

Begitu juga dengan perbelanjaan, PPTCB mesti berbelanja untuk aktiviti kemasyarakatan secara `wisely' not wastefully'. Cakap cakap belakang seperti pembelian tiang gol tidak diluluskan mesti dielakkan dan jangan berulang. Duit yang ada untuk penduduk.

Penulis ingin mengulas mengenai Cadangan Pasar Malam di Taman Cheng Baru. Pengerusi memaklumkan yang beliau sudah berurusan dengan pegawai dan melalui jawabannya, penulis anggap sukar dilaksanakan. Alasanya pegawai (Majlis Bandaraya? Bila berurusan? Siapa AJK yang turut sama berurusan-macam Pengerusi kerja seorang) memerlukan jalan mati untuk Pasar malam di benarkan. Penulis suka memberi contoh Pasar Malam di Taman Cheng Perdana. Melalui penelitian ia adalah jalan besar dan jalan utama keluar masuk ke Taman Cheng Perdana serta `jalan hidup'. Alasan pegawai yang mahukan jalan mati tidak munasabah. Penulis sarankan jika hendak berurusan dengan pegawai, sila pergi berkumpulan. Dua kepala lebih baik satu kepala.

Lokasi Pasar Malam mesti di sepanjang jalan 7 elevan hingga Kedai Tayar Falken dan bukan di kawasan Recycle Furniture. Persyaitankan masalah sesak kepada mereka. Sesungguhnya bisnes mereka lah yang mensesakkan taman kita. Contohnya, kedai makanan Cina deratan 7 elevan. Pelanggan meletak kenderaan mereka kadangkala menyulitkan penduduk PPTCB. Mereka meletak kenderaan tanap dislipin dan timbang rasa kepada penduduk keluar masuk. Kedai tayar pun begitu.

Pasar Malam ini baik kerana ia boleh menjadikan sumber pendapatan kepada PPTCB tetapi ada lagi yang lebih mustahak. Pasar Malam begini boleh mewujudkan usahawan baru dari kalangan ahli PPTCb sendiri. Berilah peluang kepada ahli berniaga.

Usul Ketiga. Penulis juga berharap Bisnes yang dijalankan tidak memberikan implikasi buruk kepada penduduk Taman Cheng Baru. Sedikit sebanyak Cyber Cafe  dan Pusat Snoker telah menyebabkan minat anak muda membuang masa dan duit di cyber cafe. Andaikata kita ada aktiviti sukan dan kebudayaan, mungkin anak muda kurang ke cyber cafe.

Kerisauan penulis bertambah apabila sebuah hotel bajet sedang di dalam pembinaan. Di harap Cheng tidak menjadi pusat pelacuran dan maksiat di Melaka.

Menjadi adat dan tabiat majoriti manusia untuk tidak memberikan ide secara terang terutama di dalam majlis. Penulis cadangkan PPTCB merangka satu skim Peti Cadangan. Setiap ahli digalakkan memberi cadangan melalui borang (atau emel) dan setiap cadangan di beri hadiah RM1. Setiap ahli di galakakan memberi sebanyak cadangan yang boleh sepanjang tahun. Setiap cadangan akan dikumpul dan dibincang setiap bulan oleh AJK. Setiap cadangan yang baik akan diberi hadiah RM1. Jika ada 3 cadangan yang sama, RM1 tadi di bahagi kepada 3 pencadang. Akhir tahun pemenang akan diumumkan dan cadangannya akan diberitah stausnya seperti sudah dilaksanakan atau sedang dilaksanakan. Kriteria cadangan ialah ia mesti menefaatkan penduduk, mengurangkan kos, menambah kehormonian masyarakat dll (AJK kena duduk semeja menetapkan).

Saturday 24 May 2014

IBU RANGKA AHLI PARLIMEN `MEE SEGERA' UNTUK DYANA


Sejak Mak Cik Yammy Samad bergaul rapat dengan Lim Kit Sial dan Lim Guan Eng Tokong, beliau sudah pandai menjawab kritikan orang ramai termasuk Y Bhg Tun Dr Mahathir. Apabila Tun Dr Mahathir berpendapat yang DAP sedang melakukan `window dressing' untuk tujuan menarik undi Melayu, Mak Cik Yammy terasa hati dan menjawab secara sindiran atau secara realiti.

Mak Cik kata beliau cuba didik anak menjadi Mukhriz. Ia memberi gambaran yang Mak Cik Yammy berhasrat untuk mendidik anak perempuan menjadi seorang pembesar negeri seperti Mukhriz (Datuk Seri). Tahniah kerana visi jangka panjang nya yang ingin menjadikan anak perempuan (anak lelaki ada tak?) menjadi seorang pemimpin politik besar. Mak Cik mencongnak yang jika Dyana bergiat di dalam UMNO, laluannya terlalu lama, mungkin tidak ada tempat langsung. Penulis harap Mak Cik Yammy berada di dalam UMNO BUKAN semata mata untuk mempromosi Dyana ke jawatan tinggi dalam UMNO. 

Di dalam aspek ini, jika betul andaian yang kenaikan pangkat dalam UMNO amat tipis dan lama, UMNO kena merangka polisi penyertaan ahli baru dalam UMNO. Polisi mudahcara menjadi ahli dan peranan. Job rotation untuk semua jawatan di peringkat bawahan dan atasan di `introduce'. Ramai ahli PKR dan PAS yang berminat dengan UMNO tetapi amalan sekatan dan cantas berlaku tanpa disedari atau sengaja. Tun Dr Mahathir pernah bersuara yang ramai Doktor berada di dalam PAS.

Kini, hasrat Mak Cik Yammy hampir tercapai. Dyana berpotensi menjadi Ahli Parlimen `mee segera' melalui DAP. DAP memang sedang mencari orang melayu menjadi ahli DAP untuk mengambarkan DAP sebuah parti bukan perkauman.

Penulis percaya Tun Dr Mahathir akan bersuara sedikit masa lagi untuk menjawab sindirian Mak Cik Yammy mengenai anak perempuannya yang dilihat anti Kerajaan dan Pro Pembangkang. Penulis juga ingin melihat jawaban atau teguran terhadap anak nya.

JANGAN GANGGU SKUAD PIALA THOMAS UNTUK MENANG.


Tahniah kepada Rashid Sidek dan para jurulatih, BAM  serta pemain skuad Piala Thomas kerana menewaskan Indonesia 3-0 didalam peringkat separuh akhir Piala Thomas 2014 yang berlangsung di New Delhi..

Tahniah kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir. Hanya satu halangan untuk mencipta sejarah selepas 12 tahun dahulu. 

Perlawanan akhir ini juga amat bersejarah kerana Jepun telah menyingkirkan China dengan 3-0. Tembok China telah runtuh dan secara langsung ia memberi peluang kepada Malaysia menjuarai Piala Thomas 2014.

Seruan penulis kepada rakyat Malaysia ialah doakan kejayaan pemain kita dan berilah sokongan moral kepada mereka melalui apa cara jua seperti sms, twitter dll.

Para Pengurusan BAM dan pihak lain diminta jangan menganggu kelancaran latihan yang sedang di atur oleh Rashid Sidek dan jurulatih. Jangan memandai mencampuri urusan mereka. Elakkan terbang ke New Delhi dan ajak makan makan sebelum pertandingan. Jangan disebabkan kita, pemain kena berhenti membuat latihan dan memberikan penghormatan kepada kita. Biarkan pemain dengan alam latihan yang keras. Kesemua ini boleh dilakukan selepas perlawanan akhir tamat.

Kepada Datuk Lee Chong Wei, sila mulakan perlawanan dengan kemenangan. Lawan anda Tago sedang menuncuk prestasinya. Kemenangan Datuk memberikan semangat kepada rakan lain. Buatlah yang terbaik.

Salam kejayaan buat skuad Piala Thomas Malaysia 2014.


Thursday 22 May 2014

PANDA JANTAN: GAY TUA MALAYSIA: PANDA BETINA CHINA DOLLS


Panda Persahabatan China Malaysia telah berada di Malaysia. Panda jantan dan betina di hadiahkan secara terpilih oleh Kerajaan China, kepada sesebuah negara yang akrab dengan mereka.

Namum puak pembangkang berpendapatan ia merupakan membaziran wang rakyat kerana kos mengurus panda panda tersebut agak tinggi. Kerajaan membelanjakan RM20 juta untuk bangunan atau zoo panda. Seterusnya dianggarkan RM20 juta lagi kos makanan, ubatan, pengangkutan dll.

Jika di lihat daripada angka, memang lah tinggi tetapi ini adalah sebahagian daripada kos pemasaran dan promosi untuk menarik pelabur datang melabur di Malaysia dan membeli barangan Malaysia. Nilai dagangan China Malaysia bernilai RM258 bilion. Kos RM40 juta tadi kurang satu peratus daripada nilai dagangan.

Panda panda ini juga ada signifikannya pada saat ini. Kedua dua Kerajaan sedang memainkan peranan `berbaik baik' kepada rakyat masing masing ekoran kehilangan pesawat MH370. Separuh daripada penumpang MH370 adalah rakyat China. Kemarahan rakyat perlu diredakan. Selain itu, tahun ini genap 40 tahun perhubungan Malaysia China terjalin.

Zoo Panda juga akan dibuka kepada orang ramai dan ramailah yang mendapat ilmu pengetahuan tentang panda serta habitatnya.

PM mengumumkan akan memberi nama baru untuk panda panda tersebut. Sudah ada cadangan nama panda jantan seperti Tuah, manakala panda betina Puteri Hang Li Po. Ada politikus ingin memberikan penghormatan kepada pemimpin politik. Penulis rasa elok ia diberi nama berkaitan dengan nama Cina juga seperti Sultan Melaka dan Puteri Hang Li Po. Ada juga cadangan menamakan Gay Tua (nama tidak diberitahu) untuk panda jantan dan China Doll untuk panda betina. Penulis rasa terhina jika Malaysia memberikan nama nama tersebut.

Tuesday 20 May 2014

TUN DR MAHATHIR. IBU DYANA SUDAH MENJAWAB.



TELUK INTAN: Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud menjawab tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad  kononnya beliau telah gagal mendidik anaknya sehingga mengkhianati perjuangan UMNO dan menyertai DAP.

Dalam menjawab kenyataan Dr. Mahathir itu, Yammy Samad menunjukkan contoh bagaimana bekas Perdana Menteri itu mendidik anak-anaknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya,” kata Yammy kepada wartawan di sini, hari ini.


Penulis ada mengulas perkara ini di

 http://nasirwise.blogspot.com/2013/11/apakah-cabaran-paling-getir-buat-tun-dr.html

MELAKA ZOO & NIGHT SAFARI:. FROM BEST TO WORST


Penulis membaca Melaka Hari Ini bertarikh 19 Mei 2014 dan terlihat satu artikel mengenai Zoo Melaka tulisan Shazzuan Shah Mohd Saleh.

Sejak diswastakan kepada kawan taulan semasa Dinasti Datuk Seri Mohd Ali Rustam,  menurut facebook Saya Anak Melaka (SAM), para pengunjung Zoo Melaka, Zoo ini semakin lesu dan tidak bermaya. Semakin tidak terurus, binatang pun agak berkurangan. Harga makan semakin naik begitu juga dengan tiket masuk. Kelazimannya sesuatu perniagaan kerajaan di swasta supaya perkhidmatannya lebih baik, tetapi ia tidak berlaku di Zoo Melaka.

Pendirian dan pendapat penulis, selagi ia melibatkan si monopoli projek pelancongan di Melaka, Zoo Melaka Safari tidak akan membantu pelancongan Melaka malah akan menjahanamkan Melaka. Penulis mendoakan projek dan andaikata mereka  terlibat mereka terlibat menyalahgunakan kuasa, perniagaan nya akan mengalami kerugian dan para penganjurnya ditimpa kedukaan dan kesusahan. Amin.

Kerajaan Negeri dan KM Melaka yang baru mesti membatalkan penswastaan tersebut. Penulis kuatir sumpah penulis ini mendatang ke KM Datuk Seri Ir Idris Haron.

Sebelum ini, penulis pernah mengulas Zoo Melaka seperti di bawah:-

http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/zoo-melaka-night-safari-kematian-seekor.html

http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/akuarium-ikan-paus-terbesar-akan-berada.html


Monday 19 May 2014

DULU NURUL IZZAH, SEKARANG DYANA SOFYA LEBIH UMPH


Sebelum ini, fokus bualan di kedai kopi dan kopitiam ialah Nurul Izzah, anak perempuan sulung DS Anwar Ibrahim dan DS Dr Wan Azizah Ismail. Nurul Izzah menerima banyak sokongan dan dua kali menumpuskan Giant BN di Lembah Pantai iaitu DS Shahrizat Abdul Jalil dan Raja Nong Chik. Kedua Giant BN adalahberjawatan Menteri nanum populariti DS Awnar Ibrahim dan bantuan Pakatan Rakyat, kedua Giant BN tumpus. Nurul Izzah amat popular dengan kritikan dan idea sonsangnya.

Kini Nurul Izzah tidak sepopular Dyana Sofya Mohd Daud. Beliau anak Melayu berumur 27 tahun dan menjadi calon wanita Melayu DAP untuk Parlimen Teluk Intan. Betul tidak betual, Dyana berani dengan penampilannya. Tidak bertudung dan berbikini (Dyana menafikannya). Lantang menentang Hudud. Belum berkahwin tetapi `mungkin gossip' yang beliau bersekedudukan. Semua cerita betul dan tidak betul ini menaikkan kepopulariti Dyana.

BN PerakZambry Abdul Kadir mesti berbuat sesuatu memenangkan calon BN. Ini negeri Datuk Zambry. Penulis cadang jangan melakukan serangan peribadi terhadap Dyana kerana ia menambahkan kepopularitian Dyana sahaja.

Sesungguhnya Dyana Sofya sudah mengatasi kepopularitian Nurul Izzah. Mereka bakal berganding di dalam Dewan Rakyat.

Sunday 18 May 2014

DOAKAN DYANA SOFYA SEPERTI TUANKU AZIZ


Piliharaya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan akan berlangsung pada 31 Mei 2014 manakala hari penamaan calon pada 19 Mei 2014. BN menamakan Datuk Mah Siew Keong, Presiden GERAKAN dan DAP mencalonkan Cik Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon masing masing.

Seperti biasa, penulis menyifatkan BN akan menjadi `underdog' untuk mengurangkan majoriti undi DAP atau menang tipis. DAP meletakkan wanita, bangsa Melayu dan muda manakala BN meletakkan seorang lelaki Cina dan berusia. Seorang berpengalaman dalam pentadbiran Kerajaan manakala seorang lagi pentadbiran parti.

Ramai rakan rakan fb marah dan memperli Cik Dyana Sofya dipergunakan oleh DAP untuk menampakkan DAP sebuah parti  multinasional dan bukan parti bangsa Cina.

Penulis berpendirian Dyana bijak menampilkan diri di dalam politik. Beliau tidak perlu berkhidmat lama dalam parti politik untuk menjadi Ahli Parlimen. Hanya memilih `right vehicle at the right time'. Itu kebijaksanaan beliau. Dalam sekelip mata beliau sepopular ahli parlimen season.

Pada penulis, biarkan beliau bergelombongan dengan DAP seketika dan penulis yakin lama kelamaan, beliau akan tahu tabiat dan perjuangan sebenar DAP. Penulis berdoa beliau seperti Tuanku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim, mantan Naib Pengerusi DAP yang merasakan DAP berjuang `cakap tidak serupa bikin'. Marilah kita berdoa Dyana mencotohi Tuanku Aziz yang akan mencemplak balik DAP suatu hari nanti.

InsyAllah


Saturday 17 May 2014

ADA DESAKAN PENGARAH URUSAN DAN 2 PEGAWAI KANAN MAS LETAK JAWATAN

MAS BUKAN EMAS LAGI. 



CEO Penerbangan Malaysia atau MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah mengumumkan kerugian bersih RM1.2 bilion tahun 2013 berbanding dengan keuntungan RM234juta tahun 2102. Walaubagaimana pun pendapatan MAS telah meningkat sebanyak 2 peratus kepada RM13 .8 bilion. Pengumuman itu membawa kepada banyak reaksi. Komen penulis adalah seperti berikut:-

Kerugian adalah `Industry Pattern’?
MAS telah melalui pelbagai cabaran krisis ekonomi dan kewangan. Di dalam hayatnya, tiga suku hidupnya adalah di dalam keadaan sakit (kerugian) dan hanya suku sahaja berkeadaan sihat (untung). Adakah ini `industry pattern’?

Pelbagai keadaan pengurusan telah di cuba.  Dari `government owned enterprise’ kepada `private enterprise with Government having golden share’ dan sekarang kembali kepada Kerajaan melalui Khazanah Nasional. Apabila management style bertukar, CEO atau MDnya pun bertukar. Setakat ini, MAS masih berdakwat merah (rugi) dan semakin pekat merahnya. Dakwat hitam (untung) sekali sekala. 

Siapa Tukang Umum?
Pengumuman kerugian selalunya dibuat oleh CEO. Tetapi jika ada keuntungan besar, mungkin Pengarah Urusan Khasanah Nasional atau mungkin Menteri Kewangan II berbesar hati mengumumnya.

Bukan Emas Sudah
Tajuknya MAS bukan  EMAS lagi. Ia bermaksud status anak emas kian hilang. Penulis harap rakan rakan faham erti emas. Jika di dalam Sukan, para atlet mengejar pingat emas. Selain itu, emas pun ada maruahnya. Jika pingat emas di perolehi di Sukan Olimpik, emas tersebut lebih tinggi nilainya. Jesteru itu, MAS atau Penerbangan Malaysia berada di liga mana? SUKMA? Sukan SEA? Sukan Olimpik? Penulis rasa Emas ini telah jatuh menukar kepada Perak atau Gangsa buat sementara sahaja. Penulis tidak pasti bila ia kembali menyinar kilauan emasnya. Yang penulis amat takut ialah daripada Gangsa ia terus menjadi besi buruk, jika tidak diambil perhatian pengurusan.

Personaliti
Sejak dulukala lagi, apabila MAS diperkatakan di dada akhbar dan kaca TV, aka nada dua personaliti akan bersuara atau diminta komen. Mereka adalah bekas ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong dan Tan Sri Aziz Abdul Rahman, bekas Pengarah Urusan MAS di awal penubuhannya.

Wee Choo Keong amat kritis terhadap MAS dan Air Asia. Terkini, beliau membidas  MAS kerana mengunjurkan keuntungan pada 2017 walhal kerugian terkumpul 2013 MAS mencecah RM2.5 bilion. Mana mungkin dengan beberapa 3 hingga 4 tahun, MAS  boleh beroleh keuntungan, tanya Choo Keong. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Pengarah Urusan MAS ialah keuntungan operasi tahunan.

Ada kah zaman Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman di katakan zaman kecemerlangan MAS? Adakah strategi yang sama boleh di gunapakai di zaman ini? TV3 selalu meminta pandangan beliau apabila berbincang pasal MAS. Pada penulis zaman sudah berubah.

Kos operasi MAS lebih tinggi daripada `industry average’
Adakah kos operasinya `industry average’ bagi sektor penerbangan dunia?
Globalisasi dunia yang berlaku tidak berjaya di menefaatkan oleh MAS. Jumlah anggota pekerja masih ramai manakala produktiviti ditahap yang sama. Apabila kesatuan pekerja kuat sangat, Pengurusan terpaksa memikul biawak hidup. Kesatuan Pekerja menyumbang kepada kerugian MAS. Melindungi pekerja mestilah bertempat. Syarikat rugi tetapi minta bonus. MAS kena buat banyak VSS. Yang tua tua kena beri peluang kepada orang muda dengan skim gaji yang lebih murah. MAS kena galakkan pekerja bersara awal dan berniaga. MAS perlu membantu memberikan mereka latihan seperti anggota tentera. Hantar mereka kursus perniagaan. Banyak paip bocor kena dibaiki. Bleedling has to be stopped.

Di dalam kes `manpower issue’, penulis respect Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor yang bertegas dengan pertindihan dan pembaziran manpower. Beliau menamatkan perkhidmatan beberapa anggota pekerja PKNS yang pada pandangan beliau bertindih. Penamatan pekhidmatan beberapa individu itu menjimatkan PKNS RM7juta setahun. MAS kena berani `bersara’kan pekerja yang tidak produktif. Kita kena `buang’ 1000 orang untuk membantu 30,000 pekerja yang lain menguruskan MAS. Yang 1000 orang ini yang diberikan latihan perniagaan.

Pelbagai suntikan kewangan telah diberikan. Banyak pertolongan dan perlindongan seperti penerbangan wajib untuk kakitangan awam, masih diteruskan. CEO demi CEO dilantik. Berbagai konsultan telah di `engage’ untuk memperbaiki prestasi kewangannya. Kata kata peransang PM pun sudah banyak kali. Ejekan dan perli dari pelbagai badan korporat, pesaing dan NGO telah dilemparkan namum MAS masih belum boleh berdiri di atas kaki sendiri. Selain faktor kenaikan kos bahan api, persaingan, komitmen warga MAS yang lebih baik, MAS mesti berbuat untung. 

 Penjimatan yang boleh dilakukan
Secara teorinya, untuk mencatitkan keuntungan, `reduce cost and increase revenue’. Apa kah kos kos yang perlu dikurangkan? Macamana caranya nak di kurangkan? Mungkin kos bahan api dan kos kewangan sukar di bendong. Jika kos minyak naik, semua airline pun akan naikkan tambang. Yang masalahnya kos bahan api naik, tambang tak naik. Mestilah rugi. Apabila MAS terlalu fikirkan  kebajikan penumpang, itu yang rugi. Penulis tak pasti jumlah penumpang dalam negara dan luar negara. Sebenarnya MAS ada kelebihan kerana ada penerbangan tambang murah FireFly. Jika penumpang rasa tambang terlalu mahal, mereka terbang dengan FireFly. MAS akan untung jika penumpang termasuk ke dalam bakul MAS dan FireFly dan tidak meleleh ke bakul Air Asia. MAS rugi kerana Air Asia berjaya mengawal sector tambang murah dan beberapa peratus penumpang MAS.

MAS mengunapakai strategi membeli kapal terbang baru yang `green’ dan jimat minyak. Perjalanan jarak jauh tanpa henti mengelakkan bayaran pendaratan di Lapangan Terbang Transit.

Kenaikan gaji wajar dibekukan. Juruterbang baru harus dilantik manakala juruterbang yang berpengalaman terlalu mahal gajinya. Kajian semula laluan perlu dibuat setiap 6 bulan. Kekerapan destinasi popular mesti ditingkatkan. Promosi seperti tambang murah perlu diteruskan. Rundingan harga kapal terbang perlu berjalan. Kos kewangan menyewapajak perlu di halusi. Integrasi MAS, FireFly dan MasKargo perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk memaksimumkan keuntungan hasil daripada economy of scale.

Cadangan melantik Tan Sri Ali Hashim menjadi CEO
Kepada seluruh warga MAS, buatlah yang terbaik untuk MAS agar dapatlah pelabur dan pekerja dapat keuntungan bersama. Anggaplah MAS itu sebagai bisnes sendiri yang mengutamakan kualiti perkhidmatan yang tinggi. Kerajaan melalui Khazanah Malaysia beroleh pengurangan kerugian (untung menjelang)  manakala warga MAS dapat bergantung hidup. Bantulah Kerajaan dengan melakukan penjimatan mana perlu. Senang lah sedikit Kerajaan menepis serangan pembangkang.

Penulis meminta Khazanah Nasional melantik Tan Sri Ali Hashim untuk menguruskan MAS. Lantikan kontrak 5 tahun boleh menampakkan sesuatu strategi bisnes menjadi atau ke laut. Tan Sri Ali berpengalaman menguruskan ramai pekerja, terlibat di dalam `hospitality’ seperti Puteri Pan Pacific, Selesa Hotel, Kumpulan Perubatan Johor, KFC berbanding dengan Ahmad Jauhari Yahya yang bertugas di Malakof sebelum ini. Penulis akan menyentuh mengenai latihan pekerja untuk berniaga. Tan Sri Ali terlibat melahirkan ribuan intraprenuer dan entrepreneur. Jumlah pekerja yang tidak produktif harus bersara tetapi platform bisnes dibantu. Sebagai contoh, Mana mungkin jika seorang penari di dalam sebuah Kumpulan tarian Kebudayaan mengandong dan hanya datang melihat rakan rakan mereka berlatih menari. Kan boleh penari yang mengandong itu di tukar ke seksyen lain. Di Dalam MAS terlalu ramai yang di dalam kategori ini.

Mungkin MAS boleh mewujudkan bisnes kedai jahitan dimana semua pekerja termasuk juruterbang dan pramugara menempah pakaian di `MAS Tailor’. Kalau di KPJ, urusan dobi dikendalikan oleh syarikat intrapreneuernya sendiri. Terlalu banyak `inter subsidiary bisnesses’ dari sebesar penyelenggaran pesawat’ hinggalah sekecil percetakan mahupun dobi. Jika dikumpulkan keuntungan bisnes subsidiary ini, ia akan dikembalikan kepada MAS. Tan Sri Ali ada pengalaman itu tetapi Ahmad Jauhari tiada.

Apabila subsidiari ini ditubuhkan, target bisnes ialah MAS 100 peratus di tahun 1 dan 2. Di tahun 3 dan 4, dengan pengalaman yang meluas, bisnes ini perlukan customer base MAS 70% dan swasta 30%. Sebaiknya kearah 50% market MAS dan 50% market swasta.

Penulis berkata demikian berdasarkan pengalaman menjadi `turnaround manager’ keatas kumpulan syarikat yang di`kawal’ oleh seorang Ketua Menteri. Bisnes hotel dan travel agentnya sangat sibok sehinggakan pengurusnya tidak mempunyai masa mencari bisnes luar daripada Kerajaan. Apabila Ketua Menteri tersebut bersara politik, kedua dua bisnes nya merundum.


Semoga penulisan ini boleh menyumbang kepada pembangunan dan keuntungan MAS di masa hadapan.  

Friday 16 May 2014

MAJLIS KESYUKURAN PERKAHWINAN ANAK AHMAD SAID AKAN MENCIPTA REKOD BARU?



Krisis Terengganu berlaku dan alhamdulillah berjaya di diselesaikan segera. Pengajaran daripada kemelut itu ialah UMNO tiada `seni politik' menguruskan pertukaran MB. Penulis setuju jika `tindakan' seumpama itu di kenakan atau dilakukan terhadap PKR, DAP dan PAS serta komponen BN yang kurang ajar. Buat lah.

Salah satu berlakunya kemelut ialah kommunikasi yang kurang baik diantara PM dan MB dan diburukkan oleh tindakan tidak professional oleh SU dan SU Kerja. Andaikata Terengganu terlepas ke PAS hari itu, inilah manusia yang perlu bertanggungjawab. Kommunikasi mengenai majlis perkahwinan anak Datuk Ahmad Said yang dijadual berlangsung pada 17 Mei 2014 ini. Datuk Ahmad minta pertukaran berlaku selepas hari tersebut tetapi tidak dipersetujui kerana seni kommunikasi tadi.

Selepas bermaafan di antara mereka, PM mengumumkan yang beliau akan hadir ke Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anak Datuk Ahmad Said di Kemaman pada 17 Mei 2014. Majlis ini akan menjadi perhatian ahli UMNO dan seluruh rakyat Malaysia termasuklah media asing.

Bolehkah Majlis Kesyukuran Perkahwinan Anak Datuk Ahmad Said ini menerima kedatangan tetamu mengatasi Malaysia Book of Records yang dianugerahkan kepada mantan KM Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.?

Dengan publisiti hebat akhir ini, penulis yakin ramai ahli UMNO dari seluruh negara akan hadir. Ia seumpama majlis perpisahan sebagai MB Terengganu. Selain itu ramai pembodek akan berbaris di jalanan untuk menunjukkan diri mereka berada di majlis yang PM hadiri.

Datuk Ahmad Said kena bersedia dengan bekalan makanan yang cukup. Beliau kena bersedia dengan kata kata dan alasan yang akan diperkatakan pada PM. Kalau ada projek bersara pun boleh diutarakan atau bisik bisik pada PM.

Thursday 15 May 2014

KES TOK MAT SAID `TENGGELAM'KAN CERITA MH370 BUAT SEKETIKA


Alhamdulilah. Kerajaan Australia bersetuju menanggong  kos pencarian sebanyak RM272 juta (mungkin sebahagian daripada angka yang besar) yang sepatutnya di tanggong oleh MAS dan Kerajaan Malaysia.

Strategi berbaik baik dengan jiran dan negara luar telah membantu Malaysia di dalam banyak aspek pencarian pesawat MH370. Dasar DS najib dan di realisasikan oleh YB Anifah Aman dan para pegawainya membantu Malaysia.

Seperti sedia maklum, kos operasi kapal seperti OCEAN SHIELD menjangkau RM1.6juta sehari. 

Penulis berdoa pesawat atau kotak hitam berkenaan segara dijumpai dan selesailah pencarian MH370.

TABIAT BURUK AHLI UMNO


Penulis menulis dengan panjang lebar mengenai tabiat buruk ahli UMNO yang telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan kebencian rakyat kepada ahlinya.

Di dalam kes Terengganu, Pengurusan Atasan UMNO perlu berhati hati di dalam tindakan pertukaran MB Terengganu. Seni diplomasi perlu di amalkan walaupun terdapat perjanjian di antara merekar setahun lagi. Buat lah pertukaran secara terhormat. Buat pengumuman disusuli dengan jamuan ala Jasamu Di Kenang atau perhimpuan perpisahan jawatan. Biasanya selepas jawatan tertinggi peringkat negeri, beliau akan di angkat ke peringkat nasional. Umpamanya menjadi Duta atau Pengerusi GLC, Pengerusi Agensi Kerajaan dan sebagainya sebagai tanda penghormatan. Lakukan lah secara terhormat. Inilah tabiat BURUK ahli UMNO iaitu tidak tahu atau mengambil kira perasaan orang lain.

Dari sudut lain pula, Datuk Ahmad Said jua mempunyai tabiat buruk. Jangan terlalu panas baran hingga hilang pertimbangan dengan keluar parti UMNO. Banyak bersabar dan bertawakal. Dont spoil the soup. Jangan pengaruh ADUN lain ikut serta keluar parti. Atau jika ADUN berhasrat membodek beliau dengan keluar parti, Datuk Ahmad mesti menasihati ADUN lain jangan berbuat demikian. Apa jua masalah, parti UMNO mesti di sanjung dan tidak diganggu gugat.

Walaupun PM dan mantan MB dan ADUN bermaafan, penulis tidak yakin Pengurusan Atasan UMNO akan membariskan semula merekka ini di dalam PRU14 nanti. Ini adalah kerana kekentalan mereka sudah tiada. Boleh menyusuhkan parti di masa hadapan. Bermaafan di hadapan tetapi dalam hati masih berdendam. Ini salah satu tabiat buruk ahli UMNO.

Di peringkat bawahan pula, ada kontraktor tidak dapat kontrak merajuk. Anak tidak dapat tempat belajar di IPTA, mula menyepi dari parti, Ada yang tidak dapat kerja Kerajaaan, mula bermusuh dengan KM. BRIM3 ditolak menyebabkan mereka mengamuk sakan. Dan pelbagai ragam. Kadang kadang ahli UMNO atau anak mereka yang tidak layak, tetapi tetap salahkan UMNO.

Semoga ia menjadi pelajaran yang berguna untuk semua.


Tuesday 13 May 2014

DATUK AHMAD SAID YANG BERJASA....UMNO DAN KINI MUNGKIN PAS


Penulis senantiasa mengikuti perkembangan Datuk Ahmad Said dari dahulu hinggalah sekarang. Antara komen dan teguran yang penulis lontarkan adalah seperti di bawah:-

Datuk Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai MB Terengganu. Kemudian beliau keluar UMNO bersama seorang pengikut setia, YB Ghazali. Mungkin seorang dua tiga lagi yang mengikut jejak langkah beliau. Pada satu sudut, ia baik untuk menyedarkan Presiden dan Pengurusan Atasan UMNO. Peluang untuk generasi baru di bahagian meniti tingga yang lebih tinggi pun terbuka luas. Datuk ahmad Said dalam kenangan...

Datuk Ahmad Said seorang yang tegas dan cepat terasa. Beliau di usik oleh YB Khairy dan dibalas segera melalui pembatalan penajaan sukan lumba basikal. ada baik dan buruk bersifat demikian Datuk Ahmad Said.....

Datuk Ahmad Said sangat komitted untuk membangunakan Tasik Kenyer sebagai sebuah pusat pelancongan yang terbaik di Terengganu. Dan beliau berjaya....

Datuk Ahmad Said seorang yang perihatin. Selepas ditegur, beliau segera mengambil tindakan. Cepat dulu beliau bertindak....
Penulis ada menegur pihak UNIZA yang memulakan pendekatan menerima pelajar Nigeria di Terengganu. Penulis mohon jaga jaga dan hati hati. Jangan pentingkan enrolmen sampai kebudayaan Terengganu terhakis dan terganggu....
Datuk Ahmad Said cukup marah dengan FAM sehingga berlakunya cabar mencabar...

Selain memusuhi FAM, beliau juga tidak selesa dengan JDT.
Datuk Ahmad Said seorang yang berjiwa sukan dan jika pasukan Terengganu di `usik', beliau akan bersuara.