Monday 30 June 2014

PERTAHAN ASAS ISLAM, MELAYU DAN RAJA


Penulisan Datuk Ahmad Faris Abdul Halim menarik minat penulis yang amat riasau dengan masyarakat Islam dan Melayu yang `leka' sedikit' di dalam mempertahankan Islam, Melayu dan Raja sejak kebelakangan ini.

Beliau memberi amaran bahawa Pembangkang sedang merintis jalan menguasai kubu kuat UMNO di Johor. Johor, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak tidak kebal lagi dan `fixed deposit’ yang selamat lagi.

Ikuti penulisan beliau di bawah:-



SEMUA yang ada di dalam Perlembagaan Malaysia itu realitinya adalah kontrak sosial, yakni ikatan janji kemasyarakatan.

Jika itu pengertiannya, kita semua mesti mempertahankannya. Hak-hak istimewa dan khas orang Melayu/Bumiputera, hak raja (Perkara 38 dan 181), kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Perkara 159), kedudukan agama Islam dan lain-lain agama (Perkara 3), siapa itu Melayu di bawah Perkara 160 - semua ini dan lain-lain telah berakar umbi hampir 60 tahun.

Mentang-mentang anak bangsa yang pulang belajar dari Amerika, Asia Barat dan Eropah menggegarkan isu-isu berkaitan ‘nilai-nilai hak asasi’ sebagai gong politik mereka, maka kita pun khuatir dan takut. Kita segan dan mula tunduk.

Jangan lupa apabila pokok sudah condong, kura-kura pun naik - ular apatah lagi, biawak pun ikut.
Kenapa orang Melayu tidak bersatu dalam perjuangan agama, bangsa dan negara supaya kuasa politik mereka tetap kukuh dan berkuasa? Setiap orang bernama Melayu dan bumiputera harus memikirkan hal ini dan bertindak. Bila kita kuat, orang segan. Bila kita lembut, orang sudu.

UMNO, Melayu dan bumiputera harus jangan silu-segan mempelopori keutamaan perjuangannya, sekali pun berlainan agama. Justeru, fakta politik bilangan (politics of number) mesti dijuarakan. Iaitu, dengan kekuatan 60 peratus Melayu bumiputera di negara ini, di samping menghormati hak semua pihak, kita jangan takut memperjuangkan dan mengekalkan apa yang hakiki bagi kita.

Masyarakat bukan Melayu amat teguh budaya bangsa mereka sehingga memegang hampir 68 peratus kekayaan negara ini. Tetapi mereka bebas mengatakan pelbagai cercaan dan mendakwa mereka didiskriminasi, seolah-olah mereka menjadi warga nombor dua atau tiga. Padahal, kita mengetahui Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menjamin kesamarataan semua warga Malaysia.

Tetapi hak-hak keistimewaan seperti yang terjamin di bawah Perlembagaan 153 jangan dipolitikkan kerana hak-hak asas keistimewaan itu bukan sesuatu yang mencabul Perlembagaan negara. Memberi latihan, biasiswa, dermasiswa dan galakkan ekonomi kepada orang Melayu dan bumiputera adalah tuntutan Perlembagaan negara yang dipersetujui semua pihak pra 1957.

Itu sebabnya apabila Presiden UMNO yang pertama, Datuk Onn Jaafar mahu membuka penyertaan bukan Melayu ke dalam parti itu, tindakannya ditentang hebat oleh orang Melayu sendiri.
Dalam situasi sekarang, meskipun suasana politiknya berbeza, asas Melayunya tetap ada. Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, asas orang kampung kuat memihak kepada UMNO yang menunjangi BN. Maka, UMNO jangan sesekali lari daripada perjuangan orang kampung. Jangan nanti dikejar tidak dapat, yang dikendong keciciran.

Felda yang diuruskan dengan begitu baik oleh kerajaan sejak 57 tahun lalu membuktikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN. Anggotanya iaitu peneroka merupakan golongan yang sentiasa dimomokkan oleh pembangkang sebagai tidak berpelajaran, sedangkan hakikatnya telah menceriakan suasana politik semasa.
Kepada pembangkang dek kerana cemburu sokongan hebat peneroka Felda kepada BN, maka ‘janganlah memandang orang kampung dan Felda kononnya tidak tahu berpolitik’.

Felda bersama golongan profesional anak-anak Felda diharap terus memberi penjelasan dan penerangan supaya tiada golongan generasi pertama dan kedua terkeliru dengan isu yang dimainkan pembangkang. Jangan juga tertipu dengan ‘Melayu liberal.

Di sebalik semua ini, asas Melayu sebenar era 50-an inilah yang dilihat terus bertahan sehingga hari ini. Ketika sebahagian orang Melayu dalam politik kelihatan mengejar suatu yang belum pasti, sedar tak sedar kita hanya kurang tiga setengah tahun sahaja untuk berdepan PRU-14. Sedangkan pembangkang, terutama DAP sedang mengaut kerusi sedikit demi sedikit.

Barang diingatkan mengenai Perkara 2(a) Perlembagaan Persekutuan mengenai penerimaan masuk wilayah-wilayah baharu ke dalam Malaysia yang cukup dengan sekadar majoriti dua pertiga.

Kalau ini terjadi - diperkuatkan lagi dengan kenyataan pengasas Singapura moden, Lee Kuan Yew sebelum ini yang berulang kali menyatakan tidak mustahil Singapura akan bersatu dengan Malaysia dengan beberapa syarat - maka bayangkan ‘implikasinya’ dengan Singapura yang memiliki 87 kerusi Parlimen termasuk dimenangi PAP (81). Yakni, 87 kerusi Parlimen Singapura + 222 kerusi Parlimen negara. Apa akan jadi kepada orang Melayu?

Ini cara paling mudah untuk gabungan PAP-DAP yang mendominasi pakatan pembangkang di sini dengan 38 kerusi Parlimen masa ini untuk menguasai Malaysia.
Kerana itu, pemimpin BN terutama UMNO kena menjaga tingkah-laku seperti mana ditegaskan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa UMNO bukan hanya perlu kelihatan bersih tetapi mesti bersih.
UMNO dalam skop ini perlu berpijak di bumi nyata bahawa parti ini berasal daripada masyarakat bawahan. Jangan nanti terus alpa, akan dicap ‘UMNO ini dari golongan bangsawan yang dibesarkan dari istana kemewahan’. Berdasarkan senario politik semasa, kepimpinan Negara diperlukan lahir dari mereka yang dibesarkan dari keluarga orang kebanyakan kerana mereka yang boleh memahami apa permasalahan masyarakat bawahan (marhaen) ini.

Sebab itu UMNO perlu kuat. Dalam PRU lepas, ahli UMNO sewajarnya tersedak apabila Johor yang sekian lama menjadi kubu kebal parti sudah semakin ditembusi. Ini apabila DAP khususnya dapat menguasai kerusi-kerusi penting di negeri kelahiran UMNO itu. Ini semacam ‘red alarm’ kepada kepimpinan UMNO. Jangan ambil mudah perkara ini. Orang Johor jangan sekadar berbangga dengan semangat orang Johor mereka sekiranya DAP semakin menjalar di negeri tersebut.

Institusi raja merupakan tunjang kepada UMNO. Institusi ini perlu dipertahankan. Ini menjadi benteng kesinambungan UMNO. Hubungan rapat dua institusi ini perlu terus dibina. Jangan pula kita menjadi sebahagian daripada golongan yang merosakkan institusi ini.

Berdasarkan statistik, berapa sangatlah sekarang kawasan majoriti Melayu yang ada. UMNO menang 88 kerusi, Pas 21 dan sebahagian kerusi PKR ada kawasan yang diduduki pengundi Melayu. Katalah kira-kira 120 kerusi Melayu. Itu jumlah yang kecil untuk mempertahankan status quo.
Pada PRU-13, sungguhpun BN hilang tujuh kerusi Parlimen lagi, namun UMNO meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerusi kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.
Realitinya, kemenangan pilihan raya BN diperoleh hasil dua cara, iaitu melalui UMNO yang menang di kawasan majoriti tradisional Melayu di Semenanjung dan melalui parti komponen BN yang mendapat kerusi majoriti di Sarawak dan Sabah.

Kebanyakan yang masih menyokong BN terdiri dari pengundi Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak di mana BN memenangi 22 kerusi Parlimen daripada 25 yang dipertandingkan di Sabah dan 25 dari 31 kerusi Parlimen (Sarawak). Jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi oleh BN untuk dua negeri “deposit BN" ini adalah 47, mewakili 35 peratus daripada keseluruhan kerusi Parlimen yang dimenangi BN. Kalau dilihat dalam konteks PRU-13, negeri-negeri seperti Johor, Pahang, dan Melaka masih majoriti pengundi Melayu berpihak kepada BN dan untuk negeri-negeri lain di Semenanjung, peratusan kaum Melayu menjadi 50:50 di antara BN dan pakatan pembangkang.

Justeru pada PRU-14 nanti orang Melayu perlu memastikan seluruh kawasan ini berjaya dipertahan. Jangan sampai terlepas seperti mana nasib malang yang ditanggung bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang kalah di kerusi Parlimen Batu Pahat. Mohd. Puad yang ketara perjuangan kemelayuannya tewas kerana ahli parti di Johor tidak ‘membelanya’.

Kita harapkan UMNO sekarang dan beberapa tahun mendatang ini menampilkan ciri-ciri yang kental dan stabil. Melalui UMNO yang lahir daripada masyarakat bawahan, parti ini perlu kembali lebih serius untuk merasai keperitan masyarakat di sana.

Pertahankanlah asas-asas Melayu, Islam dan raja-raja Melayu. Marilah dengan semangat Ramadan ini sebagai permulaan perjuangan kita.

* DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah Penganalisis isu-isu semasa


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140630/re_02/Pertahan-asas-Islam-Melayu-dan-raja#ixzz365yaEExy
© Utusan Melayu (M) Bhd 

LANGKAH KANAN ATAU LANGKAH KAJANG:TAN SRI KHALID.


Itulah yang penulis maksudkan dengan satu lagi rombakan akan berlaku. Bukan di pihak BN tetapi di pihak Pakatan Rakyat. Tan Sri Khalid Ibrahim akan meletakkan jawatan atau diminta berbuat demikian untuk membolehkan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR atau YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR, di lantik sebagai MB Selangor yang baru.

Ramai ahli PR berkata Langkah Kajang itu suatu keperluan. Langkah untuk menjatuhkan MB Selangor telah di mulakan secara praktikal di Kajang. ADUNnya di okestra meletakkan jawatan untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi ADUN Kajang dan  wajar di lantik MB Selangor. Anwar Ibrahim adalah berjawatan Ketua Pembangkang di Parlimen tetapi ingin menjadi Ketua Kerajaan di Selangor.

Ada dua strategi yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Menjawat jawatan MB Selangor mengizinkan beliau berhubungan dengan Sultan Selangor (dalam Majlis mahupun urusan rasmi), PM dan MB lain di dalam mesyuarat Raja Raja (memungkinkan Anwar berinteraksi dengan Sultan dan Raja) dan akhirnya dengan pegawai Kerajaan.Ini akan `short cut' perjalanannya ke Putrajaya.

Malangnya usaha itu terbantut kerana Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat bekas pembantunya dan hilang kelayakan. Rupa rupanya ia short cut ke Sg Buluh. Serta merta, Anwar Ibrahim mencadangkan dan mengarahkan isteri beliau dan juga Presiden PKR menjadi calon di DUN Kajang. PKR menang dengan majoriti yang baik tetapi menurun.

MB Selangor macam tidak faham dengan `body language' pimpinan atas PKR. Azmin Ali ditugaskan memberikan cabaran dan tekanan kepada MB Selangor tetapi MB membalasnya dengan turut bersaing di dalam Pemilihan Jawatan Timbalan Presiden. Saingan agak sengit tetapi Azmin Ali sedang mendahului saingan.

Seterusnya kedudukan MB terus bergoyang apabila MB tewas di dalam perebutan jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor. Beliau kalah kepada bekar Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam. Ini suatu yang memalukan di dalam sejarah politik tanah air.

Jangka hayat MB semakin hampir. Anwar Ibrahim yang menganggap Tan Sri Ibrahim seorang pentadbir dan ahli perniagaan yang terbaik di Malaysia, kini adalah seorang yang lemah pengurusannya dan tidak popular di kalangan ahli PR dan rakyat Selangor. Rakyat Selangor benci Tan Sri Khalid kerana krisis air teruk di Selangor.

Anwar Ibrahim sudah bersuara, jawatan MB bukan hak peribadi. Pemimpin DAP menyalahkan MB di atas kemelut krisis air di Selangor. Azmin Ali, Rafizi dan lain lain tumpang semangkok menyelar dan mengutuk MB. PAS complain Tan Sri kerap membelakangkan PR di dalam keputusannya. Keadaan semakin tenat dan talian hayat sudah habis di gunakan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. 

Kemungkinan rombakan jawatan MB Selangor akan berlaku.


Sunday 29 June 2014

SALAM RAMADHAN UMAT ISLAM MALAYSIA


Marhaban ya Ramadhan.

Mohon maaf zahir dan batin


Mari sucikan hati, fikiran, dan lisan kita



Sambut Ramadhan dengan penuh suka cita.

Saturday 28 June 2014

TAHNIAH. DOLLAH SALLEH KERANA DIPILIH JADI JURULATIH HARIMAU MALAYA

Siapa paling layak?

Penulis mengucapkan tahniah kerana Dollah Salleh di atas pemilihan beliau sebagai Jurulatih Harimau Malaya. Penulis pernah mengulas (Februari 2014) dan mencadang nama beliau kerana berprestasi baik ketika mengetuai Pahang dan PDRM dan memenangi Piala dan kejuaraan masing masing.


http://nasirwise.blogspot.com/2014/02/dollah-salleh-wajar-di-pertimbang.html


Pertama,gesaan penulis supaya melantik jurulatih tempatan adalah kerana jurulatih berkenaan tahu kekuatan dan kelemahan pemain dari setiap negeri. Jurulatih luar negara akan menghadapi masalah mengenalpasti pemain yang sesuai pada pandangan beliau. Jurulatih luarnegara mesti berada di Malaysia 6 bulan sekurang kurangnya dan aktif berada di padang perlawanan mencari pemain.


Kedua. Gesaan penulis ialah kontrak jurulatih baru mesti ditetapkan tempohnya iaitu 3 atau 5 tahun. Walau sebaik manapun jurulatih tersebut, kontrak tetap tamat dan tiada penyambungan. Ini adalah untuk mengelakkan keaiban berlaku seperti yang berlaku pada Datuk Rajagopal. 


http://nasirwise.blogspot.com/2013/11/kontrak-raja-tidak-disambung.html


Selain daripada itu, jurulatih baru mempunyai pemikiran yang berbeza mengenai pemain yang layak. Favoritism tidak akan berlaku.


FAM pula kena membuat keputusan dengan pantas. Sejak penghabisan kontrak November 2013 yang lalu sehingga Julai 2014, FAM mengambil 8 bulan membuat keputusan pemilihan. Ini boleh membantutkan latihan untuk kejohonan AFC November ini.


Selamat maju jaya.

KING LINK COMPANIES (KLC) CEBURI HARTANAH MEMBANTU RAKYAT BUMIPUTERA


PADA 26 JUN 2014, PENULIS MENGULAS PENGERUSI REDHA MELAKA, SEMASA BERUCAP DI PAMERAN HARTANAH MELAKA DI MITC, YANG MEREKA MENGHADAPI KESUKARAN MENJUAL HARTANAH LOT BUMI DAN MEMOHON KERJASAMA KERAJAAN MELAKA MELULUSKAN PENUKARAN STATUS LOT BUMIPUTERA KEPADA LOT BEBAS. PENUKARAN STATUS AKAN MEMBANTU PEMAJU MENJUAL STOK HARTANAH TERSEBUT DENGAN LEBIH MUDAH.

PENULIS MENULIS MENYERU KERAJAAN NEGERI MELAKA SUPAYA TIDAK MELULUSKAN PERMOHONAN TERSEBUT ATAS SEBAB EKONOMI MELAYU, SOSIAL DAN POLITIK. SALAH SEORANG RAKAN FB MENCADANGKAN SEPERTI BERIKUT:-

Jebon Jenglot27 June 2014 01:14
Cadangan saya..majlis raja raja atau sultan/raja disetiap negeri membeli semua kuota rumah bumiputra yg x terjual..sultan/raja beli dan simpan rumah tersebut..menjual semula rumah tersebut kpd bumiputra yg mampu bila tiba masanya pada harga asal dibeli..jadi dengan ini pemilikkan rumah bumiputra tersebut tidak akn terlepas kpd bukan bumiputra

SAYA AMAT BERSETUJU DENGAN CADANGAN JEBON YANG MENCADANGAN SYARIKAT BERKAITAN SULTAN ATAU KING LINK COAMPANIES (KLC) MEMBELI RUMAH ATAU HARTANAH YANG TIDAK TERBELI OLEH PEMBELI BUMIPUTERA. ALANGKAH BAIKNYA JIKA SETIAP SULTAN MENCARUM RM10 JUTA DAN MELABUR DALAM  HARTANAH. KOSORTIUM SULTAN INI DI URUSKAN OLEH PROFESSIONAL HARTANAH.

SELAIN KLC, GLC NASIONAL DAN NEGERI MEMPERUNTUKAN SEBAHAGIAN DARIPADA DANANYA MEMBELI HARTANAH TERMASUK TANAH STRATEGIK. PUSAT ZAKAT DAN BAITULMAL JUGA PERLU TURUT SERTA MEMAINKAN PERANAN MEMBANTU BUMIPUTERA. SELAIN SIMPAN DALAM FD, PELABURAN HARTANAH BIASANYA BERBALOI JUGA.

DISAMPING PENGLIBATAN KLC, GLC DAN PUSAT ZAKAT/BAITULMAL, PEMAJU HARTANAH PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB DI DALAM PEMBANGUNAN HARTANAHNYA. KELULUSAN PEMBANGUNAN BIASANYA DIBERIKAN SETELAH PEMAJU MENEPATI KUOTA BUMI DAN BUKAN BUMI. KELAZIMANNYA PEMAJU AKAN MEMINTA KELULUSAN KERAJAAN NEGERI UNTUK MENUKAR STATUS BUMI KEPADA BUKAN BUMI. ADA PEMAJU MEMANG BERSTRATEGI MAHU MENUKAR STATUS DI MASA AKAN DATANG.

PENULIS CADANG PEMAJU DI KENAKAN TINDAKAN DENGAN MENURUNKAN HARGA JUALAN KEPADA HARGA KOS PEMBINAAN + 5 PERATUS KEUNTUNGAN KERANA KESALAHAN `MENIPU'. PEMAJU SUDAH MEMBUAT KAJIAN PEMASARAN DAN  SEPATUTNYA ADA PERMINTAAN DARI  PEMBELI BUMIPUTERA.

Friday 27 June 2014

PRESIDEN PETRONAS KENA LETAK JAWATAN

LikeJika benar bagai di tulis oleh rakan fb Jawa Bernam, yang Presiden PETRONAS mengaku yang dia adalah ahli Cabang Shah Alam dan mengundi calon PR semasa PRU13 yang lalu, adalah wajib Presiden PETRONAS itu meletakkan jawatan dengan serta merta. 
Nampak sangat PM tidak kisah dengan keadaan `duri dalam daging' ini dan nampaknya `political intelligence' UMNO/BN tidak buat kerja dan malas atau khainat pada parti.
Andaikata Presiden PETRONAS ini tidak meletakkan jawatan, penulis cadang YAB Perdana Menteri DS Mohd Najib Tun Razak sahaja yang meletakkan jawatan. Kesalahannya cuai kerana tidak bertindak kepada Presiden PETRONAS yang berlainan ideologi politik.
Saranan penulis yang keadaan atau iklim politik masakini, memerlukan seorang PM setegas dan seberani Tun Dr Mahathir. Mantan Tun Dr Mahathir melucut jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan ayuh DS Najib, lucut jawatan Presiden PETRONAS.



Thursday 26 June 2014

PEMAJU SUKAR JUAL KUOTA BUMIPUTERA

Pemaju sukar jual kuota bumiputera

Apabila pembangunan dirancang, kajian pemasaran sudah dilakukan oleh pemaju yang padaparas harga tersebut pembeli Bumiputera Melaka akan berkemampuan membelinya. Jesteru itu, itu masalah pemaju bukan pembeli dan ia tidak boleh di tukar statusnya. Kerajaan Negeri tidak boleh mempertimbangkan pertukaran status lot Bumiputera kepada Lot Bukan Bumiputera untuk selamanya. Itu pengkhianatan.

Apa yang boleh dibuat ialah di kurangkan harga serendah bukan supaya pembeli Bumiputera mampu membeli. Strategi `reduce loss' perlu diamalkan oleh pemaju.

TUN DrM SUDAH NASIHAT SULTAN PASAL BISNES. PASAL SUKAN BILA LAGI???


Sejak kebelakangan ini, isu penglibatan Sultan dan Raja di dalam bisnes dan sukan negara mencuri tumpunan rakyat termasuklah politikus. Sebenarnya sebelum bidang bisnes, Sultan sudah terlibat di dalam sukan sejak sekian lama. Sultan Ahmad Shah adalah Presiden FAM sejak 30 tahun yang lalu. Pemilihan tahun 2014 ini menyaksikan anakanda Baginda Tuanku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih menjadi Presiden FAM, menewaskan seorang Kerabat DiRaja juga, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim, Tuanku Mahota Johor. 

Tuanku Abdullah sekarang menerajui sukan Hoki dan Bolasepak. Adakah ia baik kepada pembangunan sukan negara? Menteri Belia dan Sukan perlu melihat dan mengkaji keberkesanannya dan prestasi sukan tersebut. Penulis cadangkan Tuanku Abdullah borong sekali Persatuan SepakTakraw Malaysia, yang bermasalah juga. 

Alharhum Sultan Azlan Shah, seorang aktivis dan pengemar sukan hoki.

Sebelum ini, bolasepak negara agak suram tetapi dengan kehadiran Tuanku Mahkota Johor, ia telah secara tidak langsung menghidupkan dan menghangatkan sukan bolasepak di Johor khasnya dan Malaysia amnya.

Potensi pemain bolasepak negara di `highlight' kan dan kerjaya seorang pemain mulai mendapat pengiktirafan. Jika dahulu, gaji pemain sekitar RM5000 - RM10,000 sebulan, kini ramai pemain kebangsaan yang bermain di JDT, meraih gaji RM20,000-RM50,000 sebulan atau lebih.

Keberanian TMJ membayar gaji yang lebih baik menyebabkan ramai pemain kebangsaan dari Kelantan khasnya berhijrah ke JDT. Ada kesan baik dan buruk. Pasukan JDT seolah olah pasukan Harimau Malaya atau pasukan Harimau Muda dan di campur dengan 3 orang pemain import yang dibenarkan. FAM perlu ada limitation pemain kebangsaan di dalam sesebuah pasukan. Jika tidak, pasukan yang kaya, akan membeli semua pemain terbaik negara.

Penglibatan TMJ khasnya menyemarakkan semangat penyokong untuk bertandang ke Stadium menyaksikan perlawanan secara `live'. Bilangan kehadirannya bertambah baik. Ini adalah kerana dengan pembelian pemain berpengalaman, terbaik dan standard antarabangsa, ia menyakinkan penonton yang mereka akan dapat menonton perlawanan yang baik setimpal dengan bayaran tiket di bayar.

Penglibatan Sultan menarik penaja memperuntukkan sebahagian keuntungan mereka kepada Persatuan Bolasepak masing masing. Ada kedengaran cerita, beberapa penaja yang lokek atau tidak mempercayai bolasepak, telah di paksa menaja kos operasi sesebuah pasukan. Jika seorang pegawai Kerajaan yang menerajui Persatuan, tidak mungkin Persatuan menerima layanan daripada penaja.

Penglibatan Sultan di dalam sukan seperti FAM dan JDT pun berisiko. FAM telah dan sedang di kritik kerana dasar nya tidak dapat melahirkan pasukan Harimau Malaya dan Harimau Muda dan pelapis yang membanggakan. Kedudukan Malaysia di dunia jauh di tangga 150-160 kaki tangga.Ini menimbulkan kemarahan peminat dan penyokong dan Presiden tidak terlepas di maki hamun. Kedudukan yang mulia tadi telah tercemar. 

Ada ketika, pengurusan FAM tidak menzahirkan `argument' yang tepat dan terang kepada Presidennya atas dasar hormat. Akibatnya prestasi pasukan negara merundum jatuh.

Dr Mahathir sudah bersuara menasihati Sultan dan Raja supaya jangan terlibat di dalam bisnes kerana ia boleh di salahgunakan. Sila baca penulisan Tun Dr Mahathir. 
http://nasirwise.blogspot.com/2014/06/tun-drmahathir-nasihat-raja-raja-dan.html

Mungkinkah penglibatan Sultan dan Raja di dalam sukan memberikan impak negatif kepada pembangunan sukan negara. Penulis harap Tun Dr Mahathir dapat memberikan pendapat beliau tidak lama lagi.

Tahniah PDRM di atas kejuaraan Piala Perdana 2014. Juga setinggi terima kasih dan tahniah kepada JDT kerana menjuarai Piala Liga Super 2014. Yang tewas, jangan risau, teruskan usaha untuk maju kehadapan.

Wednesday 25 June 2014

DI TAKDIRKAN LIM KIT SIANG KENA KANSER, DAP AKAN BERI SOKONGAN MORAL JUGA?


Penulis merujuk kepada blog Selangor Chronicle mengenai kematian ADUN Bukit Assek, Sibu, Sarawak, YB WONG HO LENG, kos rawatannya, sokongan moral DAP Pusat dan kenyataan Balu Wong Ho Leng. Mengembarkan.

Balu Wong, Puan Irene Chang menyuarakan penyesalan dan kemarahan beliau terhadap terhadap Lim Guan Eng dan DAP Pusat. Mereka hanya memberikan sokongan moral sahaja walhal keluarga ini perlukan juga bantuan dana untuk pembiayaan kos rawatan kanser suaminya  di Singapura,

Yang lebih menyedihkan, Puan Irene Chang berkata DAP Sibu Sarawak berjaya mengutip dana sejumlah RM10juta dari ahli perniagaan Foo Chow dan sahabat handai termasuk penyokong untuk parti. DAP Sarawak membelanjakan hanya RM4 juta dan selebihnya di transfer to Ibu pejabat. Tetapi sesen pun wang disalurkan untuk membantu kos rawatan Wong. Pada penulis, walaupun wang sumbangan adalah untuk urusan parti, DAP dan Lim Guan Eng boleh memohon kelulusan pengurusan teringgi DAP untuk membantu keluarga Wong. Di beritakan sejumlah RM700,000 wang simpanan Wong telah dibelanjakan untuk kos rawatan.

Lebih mengemparkan, menurut  blog tersebut KM Sarawak dan Kerajaan Negeri membantu RM1 juta membaiyai kos rawatan Wong. Mungkin dengan kelayakan ADUN,  Kerajaan Negeri membantu.

Moral Story
1.    Segala pengorbanan masa dan duit ADUN Bukit Assek tidak mendapat pengiktirafan dan pembalasan setimpalnya. ADUN  DAP lain perlu bersedia menghadapinya di masa hadapan.
2.   BN tetap membantu ADUN DAP atas dasar peri kemanusiaan walaupun BN boleh mengelak atau menyusahkan prosedur. Penulis tidak yakin jika ADUN BN di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor di timpa keuzuran, akan menerima layanan seperti Tan Sri Adenan Satim dan Kerajaan Sarawak.
3.  Masyarakat perniaga Foo Chow adalah penyokong kuat DAP. Dengan perniagaan seperti perladangan kelapa sawit, peniaga Cina Foo Chow menjadi kayaraya, tetapi membalas Kerajaan BN dengan mengundi DAP. Dasar perniagaan Sarawak perlu perubahan sedikit.
4.   Penyakit kanser amat merbahaya, mahal kos rawatan  dan membawa maut. Penyakit HIV (hasil daripada aktiviti hubungan seks songsang atau lain) membawa maut juga tetapi kos rawatannya tidak semahal kanser. Minta Allah jauhi penyakit penyakit bahaya menimpa kita dan keluarga kita.
5.    Kemelut keluarga Wong dengan  DAP membuka minda pengundi dan penyokong DAP bahawa perjuangan DAP hanya untuk menang pilihanraya tanpa pengisisan. Masa senang berkawan masa susah menjauhkan diri. Padan muka aku, rakyat Sibu
6.  BN perlu mempelawa Puan Irene Chang menjadi sebahagian daripada BN dan jika sesuai menjadi calon BN menentang calon DAP di PRU14 nanti. Biar tembelang DAP pecah teruk dan membusuk di Sibu dan Sarawak amnya.
7.   Andaikata Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng dikesan berpenyakit kanser, apakan dasar bantuan DAP kali ini.? Adakan mereka akan memberikan sokongan moral juga? Penulis tidak yakin.


 Penulisan tersebut boleh di baca di http://selangorchronicle.blogspot.com/2014/06/balu-wong-ho-leng-maki-hamun-guan-eng.html ataupun seperti tertera di bawah:-


Lim Guan Eng bukan sahaja gagal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi juga sebagai Setiausaha Agung DAP, dia merupakan antara penyangak paling besar dalam parti tersebut. Ramai yang sudah memperkatakan tentang Lim Guan Eng, dan yang terbaru adalah balu mendiang Wong Ho Leng, ADUN Bukit Asek.

Irene Chang, mencemuh partinya sendiri kerana gagal memberikan atau mewujudkan sebarang sokongan kewangan kepada suaminya sepanjang suaminya menderita penyakit ketumbuhan di dalam otak. Irene Chang berang apabila Lim Guan Eng pada 13 Januari menerusi kenyataan medianya sendiri menyatakan, DAP akan memberikan sokongan moral kepada Wong Ho Leng yang sedang menderita kesakitan.

Bagaimanapun, selepas menggunakan kesemua wang simpanan bagi tujuan rawatan kimoterapi dan radioterapi di Singapura selain penginapan dan perbelanjaan-perbelanjaan yang lain, tidak ada satu sen pun bantuan diberikan oleh DAP. Sebaliknya Kerajaan Negeri Sarawak menerusi Ketua Menterinya, Adenan Satem pula yang mengeluarkan perbelanjaan bantuan sebanyak RM1 juta kepada ADUN Bukit Asek itu. 

Irene kesal kerana suaminya hanya berusia 53 tahun dan mereka mempunyai lima orang anak dengan 4 daripada mereka masih bersekolah, belajar di kolej dan universiti, malah sumber pendapatan mereka juga sangat terjejas.

Sebagai seorang peguam, Wong Ho Leng tidak dapat meneruskan kerjayanya itu apabila dia dipilih sebagai Ahli Parlimen Sibu memandangkan dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada amalan guamannya, sedangkan kerjaya sebagai peguam itulah yang menjadi punca pendapatan mereka seisi keluarga. Dan sebagai Ahli Parlimen DAP, Wong Ho Leng perlu menyerahkan sebahagian daripada elaunnya kepada parti, sedangkan elaun itu sendiri tidak mampu melunaskan banyak perbelanjaan berkaitan dengan khidmat masyarakat sebagai Ahli Parlimen.

Menurut Irene, setiap bulan, mereka terpaksa mencari sekurang-kurangnya RM10,000 untuk menampung perbelanjaan tambahan untuk rakyat yang diwakili serta membiayai pusat khidmat yang ditubuhkan. 


Sepanjang PRK Sibu dan Pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun 2011, menurut Irene, mereka telah menggunakan hampir kesemua simpanan peribadi berjumlah RM700,000 untuk perbelanjaan kempen dan ibu pejabat DAP pula tidak banyak membantu. Ini membuatkan Wong Ho Leng terpaksa meminta bantuan daripada ahli-ahli perniagaan Foo Chow dan mereka berjaya memperolehi lebih RM10 juta daripada rakan-rakan, saudara-mara dan para penyokong.

Tuesday 24 June 2014

TUN DrMAHATHIR NASIHAT RAJA RAJA DAN KRONI BAGINDA.


Penulis berpendapat Sultan dan Raja boleh berniaga tetapi di dalam bentuk yang berbeza dan syarat tertentu.

1. Sebaiknya Sultan Sultan melabur seperti rakyat melabur dengan PNB atau ASM atau ASN dan yang seumpamanya. Juga melabur di dalam syarikat syarikat yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia. Sultan Sultan adalah Pelabur jangka masa panjang dan bukan spekulasi. Pelaburan saham di dalam syarikat peladangan seperti Tabung Haji dan FELDA adalah bidang pelaburan  teramat sesuai. Ini akan mengelakkan Sultan Sultan membuang masa mengurus syarikat atau mencampuri urusniaga perniagaan. Urusan Ketua Negeri dan Agama sudah cukup meletihkan.

2. `Core business' syarikat atau mesti menepati ketetapan Syariah. Bisnes yang `unislamic' seperti Judi dan Arak, tidak di benarkan langsung sesuai dengan status Ketua Agama.

3. Urusniaga dengan Kerajaan hendaklah pada kaedah `arm length' atau `win win condition'. Urusniaga mesti menjauhi keadah `perentah' atau diskriminasi. Tanah yang hendak dibeli daripada Kerajaan hendaklah harga pasaran. Harga tender yang munasabah. Standard atau mutu pembinaan mengikut piawaian. Cukai tanah adalah mengikut kelaziman. Sultan Sultan tidak boleh memeningkan atau menggangu pentadbiran Kerajaan Negeri.

4. Seperti prinsip bisnes JCorp, sebaik mungkin, Sultan Sultan tidak bersaing dengan peniaga Bumiputera tetapi `complement' dengan mereka. Elakkan `management buy over' syarikat Bumiputera. Kriteria perniagaan ialah export oriented, high technology and minimum IRR of 12%.

6. Perniagaan yang hendak diceburi sewajarnya berteknologi tinggi, menjaga alam sekitar dan export oriented.  Bisnes IPP memerlukan modal yang tinggi dan kemungkinan besar , usahawan Bumiputera tidak berkemampuan kewangan.

5. Sultan Sultann di galakkan berusahasama dengan GLC GLC seperti KWSP, Petronas, Tabung Haji, FELDA dimana pengurusan adalah oleh GLC tersebut.

Tun Dr Mahathir bersuara ketika diwawacara oleh The MOLE baru baru ini yang diantara isi kandungannya 

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad says Malay Rulers should not be involved in business deals as they are not only going to get favourable treatment, but there is a possibility of them being taken advantage of by certain quarters.

The former Prime Minister said there ws a need to speak out to put a stop on Rulers’ participation in such deals, saying the practice would not only be detrimental to the nation, but also to prevent the Rulers from being taken advantage of.

http://www.mole.my/content/ignore-constitution-and-people-may-ignore-provision-malay-rulers-says-dr-mahathir

Sunday 22 June 2014

MENGAPA AKU PILIH UMNO PADA KACAMATA SHIDA SALLEH


Penulis tertarik dengan penulisan berfakta mengenai pendirian rakan fb Norshaida Salleh Shida Salleh seperti di bawah (tanpa edit)



Norshahida Salleh Shida Salleh Tq Rahmah Abu Azin...sy sokong umno krn dr sy lahir smpi hr ni cma umno yg brjsa pd sy..wkt sy dlm perut umno sdiakn klinik kesihatan unt ibu mngandung..sy d lahirkn d hospital krjn dgn slamat scara prcma..ckup umur sy msuk sek rendah kebgsn dididik n dbri buku prcuma..kmdn sy ke sek men kebgsn dgn baju n buku dpt bantuan drp krjn jgk. lps tu sy smbg blajar ke prgkt yg lbh tinggi jg dgn sokongn n bantuan umno klu tdk mgkn sy xmampu krn ayh sy cma sorg pesawah..slps kawin pn sy ulang blk apa yg dh dlalui mak sy dlu..kini sy rsa tnp umno siapa la sy..sy syg umno wlu pmimpin silih brganti dgn cra msing2..wlu kdg sy rsa puas hti n trkadang sakit hati tp sy tetap brsma umno.. Insya-Allah umno akn truskn prjuangn unt mmbela agm, bgsa n ngra smpi kiamat
LikeLike ·  · 
  • Honey Alia Hahahah...sampai kiamat tuu..
  • Norshahida Salleh Shida Salleh Terima kasih Sekadar Pandangan..itu adalh luahan ikhlas drp hati..sy tulis apa yg sy rasa..tq krn kongsi komen sy.
    12 hours ago · Like · 6
  • Sekadar Pandangan Saya ingin menambah. Selepas tamat pengajian, bertugas di Johor corporation buat sekian lama. Selepas 15 tahun berkhidmat dan ada sedikit pengalaman, berhenti kerja untuk berniaga. Modal tiada. Alhamdullilah, syarikat penulis mendapat bantuan geran RM2...See More
    12 hours ago · Like · 4
  • Norshahida Salleh Shida Salleh Krjn bn xpnah zalim kpd rkyt xkira wlu dr parti mna skalipn..krjn xpnah lps pndg wlupn slps kita tamat mlanjutkn pelajaran d menara gading tp sbaliknya krjn sntiasa brusha tgkt taraf hdp org2 mlayu dgn mmprkenalkn plbgai bentuk pinjamn unt usahawan muda mcmSekadar Pandangan..cma trserah kpd kita mcm mna cra kita nk memajukn diri..krn itu trletak kpd kebolehan serta kmampuan kita sndri jgn smua nk brgantg kpd krjn.
    12 hours ago · Like · 3
  • Rizal Rahim kerajaan dan UMNO tak bersalah... yang salah cuma terdapatnya pemimpin yang menyalahgunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi... tu yang patut dicantas....
    8 hrs · Unlike · 4
  • Kamaruszaman Rus Saya setuju dengan pandangan dari Norshahida Salleh bahawa umno tidak pernah zalim dan memberikan bantuan tanpa mengira parti.
    8 hrs · Like · 3
  • Razlan Ahmad Nasib baik lahir kt Malaysia....kalau lahir kt Brunai entah jd apa agaknya....
    4 hrs · Like · 1
  • Rose Zaidi Pembangkang selalu kata itu sudah kewajipan UMNO beri segala kepada Sekadar Pandangan. Jadi tak lah zalim kan heheh
    3 hrs · Like · 1
  • Zainal Mat Zain Norshahida Salleh Shida Salleh.....dah jadi tanggung jawab kerajaan yg dipilih oleh majoriti rakyat Umno wajib laksanakan apa saja kemudahan dan infrastruktur utk rakyat sepertimana Shida sebutkan....di negara Jepun juga semua kemudahan kpd rakyat ker...See More
    3 hrs · Like · 1
  • Razlan Ahmad Org klu suka sgt, kentut pun wangi....tak perasan kurap bertepek kt badan...
    3 hrs · Like · 1
  • Sekadar Pandangan Jika saya keBrunei, tidak bermasalah kot sebab saya tidak amalkan liwat. Saudara Razlan (Gay Tua) mungkin gerun sikit.
    3 hrs · Edited · Like · 1
  • Sekadar Pandangan DiKelantan best. Tidak perlu pembangunan. Pembinaan dan penyelenggaran Jalanraya atau bekalan air yang menjadi tanggungjawab Kerajaan tidak menjadi tanggungjawab Kerajaan PAS. Di Selangor begitu juga, tanggungjawab mereka ialahpertumbuhan pusat urut dan pub.
    3 hrs · Like · 1
  • Sekadar Pandangan DiMalaysia, perbelanjaan infrastruktur oleh Kerajaan melaui pungutan cukai. Apabila GST di syorkan, berdemo dan guling guling. Teruk betul kau orang.
    3 hrs · Like · 1
  • Kite Debab   
    3 hrs · Edited · Like · 1
  • Sekadar Pandangan Untuk pengetahuan Rose dan Rizal, Kerajaan melalui MOSTI dan Malaysian Biotech Corp memberi geran atau seed fund untuk usahawan melaksanakan projek berteknologi tinggi dan export oriented. No kawtin atau kawan atau political application. So technology ...See More
    3 hrs · Like
  • Sekadar Pandangan Untuk pengetahuan Rose dan Rizal, Kerajaan melalui MOSTI dan Malaysian Biotech Corp memberi geran atau seed fund untuk usahawan melaksanakan projek berteknologi tinggi dan export oriented. No kawtin atau kawan atau political application. So technology ...See More
    2 hrs · Like
  • Norshahida Salleh Shida Salleh Dh nma pn pmbgkg jd mmg keja diorg ni mmbangkang..tp korang kna ingt dlm ssetengh prkra trutama brkaitan agm islam pmbgkg xblh kompromi dgn kafir harbi yg terang2 jd musuh islam!! ada akai pkai ada bijak jgn gadai..
    2 hrs · Like
  • Zainal Mat Zain Norshahida Salleh Shida Salleh....dah nama pun pembangkang jadi memang kerja di orang ini membangkang....saya setuju dengan Shida.....samalah juga dengan Umno yang jadi pembangkang di Selangor, P.Pinang dan Kelantan kerja mereka asyik membangkang aje apa yg kerajaan negeri kemukakan dasar dan pembangunan negeri.....
    2 hrs · Like
  • Kamaruszaman Rus Zainal Mat Zain..
    Cuba kamu lihat diSelangor, pelbagai isu yang melibatkan kerajaan negeri gagal ditunaikan malah tertangguh sehingga kerajaan memerintah campur tangan..Ini membuktikan bahawa kerajaan pusat dibawah Umno masih relevan dan berusaha untuk
    ...See More
    1 hr · Like