Monday, 3 March 2014

HIKMAH DI SEBALIK KEMARAU, KEMELUT DALAMAN PKR DAN PRK KAJANG, LANGAT 2 DITERUSKAN



Kerajaan Negeri Selangor akhirnya bersetuju melaksanakan Projek Logi Rawatan Air Langat 2 dengan termeterainya MOU Penstrukturan Bekalan Air Selangor pada 26Februari 2014 yang lalu. Projek ini telah dirancang sekian lama oleh Kerajaan Persekutuan sebelum Selangor ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Projek ini dilaksana kerana unjuran permintaan air bersih Lembah Klang dan Putrajaya tinggi selepas 2017.

Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor mewakili Selangor manakala Datuk Seri Dr Maximus Ongkali mewakili Kerajaan Persekutuan. MOU ini juga akan menyaksikan pensktrukturan  semula konsessi air di Selango di mana  Kerajaan Negeri melalui Kumpulan Darul Ehsan Berhad akan mengambilalih 4 dengan syarikat iaitu Syabas, Puncak Niaga, Korsotium Abbas dan Splash pada kos RM9.6 bilion. Melalui MOU ini juga Kerajaan Selangor akan memberikan kelulusan `Development Order’ Projek Langat 2 di dalam tempoh 30 hari selepas tarikh MOU tersebut. Kerajaan Persekutuan dikatakan akan memperuntukan RM2 bilion untuk membantu Kerajaan Selangor  membeli syarikat syarikat berkaitan air. MOU tersebut akan bersifat `irrevocable’ menyedari kemungkinan pertukaran jawatan di peringkat Kerajaan Negeri Selangor.

Alhamdulilah. Terbuka hati Tan Sri Khalid untuk mengenepikan sentiment politik diantara BN dan PR dan diantara pengurusan tertinggi PKR sendiri dan mengutamakan kebajikan rakyat, dengan mengadakan perundingan dengan Kerajaan Persekutuan dan bersetujuan dengan MOU perlaksanaan dan pengsktrukturan.

Antara faktor yang menjurus kepada terbuka hati Tan Sri Khalid ialah kemarau yang sedang di uji dan kurniaan ALLAH SWT.  Cuaca panas menyebabkan bekalan air di empangan di Selangor menurun dan mongering. Akibatnya catuan air terpaksa dilakukan dan rakyat tidak gembira dengan keadaan ini. Penulis percaya ujian kemarau yang di berikan di Selangor ini, mempercepatkan keinsafan dan mementingkan rakyat daripada perasaan dendam dan `business deal’.

Kemarau ini diburukkan lagi dengan nafsu bos Tan Sri Khalid, DS Anwar Ibrahim yang berhajat menjadi MB Selangor. Tan Sri Khalid pun tidak mahu diturunkan tanpa sebab yang munasabah. Sokongan rakyat Selangor mesti di tagih melalui memberikan bekalan air bersih dan tidak terganggu. Bagaimana hendak mempertahankan kerusi MBnya walaupun DS Anwar menang di Kajang (diandaikan DS Anwar bertanding di Kajang)? Tentu sekali rakyat, rakan rakan dari PAS dan DAP dan juga Sultan Selangor selain daripada pegawai awam. Rakan rakan politiknya gembira dengan Tan Sri Khalid kerana salah satu sebabnya ialah kenaikan gaji dan sikap penjimatnya.

Ramai yang berkata sebab DS Anwar hendak menjadi MB kerana ia mendekatkan lagi perjalanan menjadi PM dan menguasai Putrajaya. Walaupun DS Anwar menafikan hasratnya menjadi MB tetapi ingin meredakan pertelingkahan di antara YB Azmin Ali dan Tan Sri Khalid. Ada penganalisa politik berhujah yang DS Anwar juga tertarik dengan simpanan wang Kerajaan Negeri Selangor yang melebihi RM3 bilion. DS Anwar pernah menegur MB kerana kurang membelanjakan wang.

Salah satu lagi strategi Tan Sri Khalid ialah meng`cushion’ tekanan politik Anwar-Azmin dan nafsu DS Anwar Ibrahim ialah dengan menyakiti rakan karib sehidup semati DS Anwar Ibrahim iaitu YB Azmin Ali.  Jumaat lalu, Tan Sri Khalid telah mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada Pemilihan Parti pada Mei depan. Tentulah pencabar Tan Sri ialah YB Azmin Ali. Panjang akal juga politik Tan Sri Khalid. Minta minta jangan ada orang kata orang UMNO yang taja Tan Sri merebut jawatan Timbalan Presiden. Sebelum ini ada kata kata kurang manis yang orang UMNO bantu menyelesaikan masalah Tan Sri Khalid dengan Bank Islam. Datuk Zaid Ibrahim, yang bakal bertanding calon bebas di Kajang, menyokong Tan Sri Khalid meneruskan tugasnya sebagai MB Selangor. Datuk  Zaid telah mula di serang oleh bekas rakannya dari PKR, YB Rafizi. Kempen PRK Kajang dijangka panas perang diantara BN dan PR dan juga diantara puak puak di dalam PKR sendiri.


Ringkasnya, PRK N25 Kajang, kemelut PKR dan kemarau di Malaysia mencetuskan penyelesaian krisis air di Selangor. 

Sunday, 2 March 2014

MUNGKINKAH JDT MENJADI KELAB POPULAR SEPERTI MANCHESTER UNITED?


JDT BORONG HABIS  PEMAIN DAN JURULATIH BOLASEPAK KELANTAN

KELAB TAKRAW JDT, KELAB BADMINTON JDT DAN KELAB HOKI JDT DI DALAM PERANCANGAN?

Sah. Bojan Hodak, bekas Jurulatih Kelantan dilantik menjadi Pengurus Pasukan JDT.  Jawatan Ketua Jurulatih Cesar F. Jimenez berkontrovarsi dikekalkan. Seramai 6 pemain utama Kelantan telah berhijrah ke JDT.

Penulis berpendapat JDT mempunyai perancangan besar industri bolasepak negeri. JDT sanggup membelanjakan mungkin jutaan ringgit untuk meningkatkan mutu bolasepak Johor dan juga minat penonton Johor. JDT mempunyai pemimpin yang boleh mencetuskan minat melampau dan dana yang cukup. Para pemain terbaik negara amat berminat bermain dengan JDT bukan kerana gaji semata mata, tetapi peluang meningkatkan mutu permainan kerana terdapat pemain pemain dan jurulatih yang amat berpengalaman.

Penulis percaya selepas  JDT1  (satu) diperkukuh dan diperhebatkan, JDT11 (dua) akan menyusul tidak lama lagi. JDT 11 akan dibarisi dengan pemain terbaik juga tidak lama lagi. JDT sudah berkemampuan untuk membentuk JDT 12 tahun, JDT 14 tahun, JDT 19 tahun dan JDT 21 tahun jika terdapat ramai pemain remaja di johor dan negeri lain serta luar negara.


Seperti yang penulis pernah tuliskan bahawa atas minat yang mendalam Presiden PBNJ, Tuanku Ismail Tuanku Ibrahim, misi ini dijayakan. Tuanku Ismail mungkin menggunakan wang simpanan sendiri untuk menarik dan membeli pemain  luar negeri dan dalam negeri. PBNJ tidak mempunyai dana sebesar itu. Tanpa jaminan daripada seseorang yang betul betul mempunyai dana yang besar, jurulatih dan pemain tidak berminat ke JDT. Penulis yakin tentu ada arrangement antara Tuanku dengan PBNJ tetapi tidak diketahui.

Semalam Rabu 26 Februari, bekas pemain Perancis dan juga Kapten pasukan, Marcel Dessally  telah menawarkan perkhidmatan melatih pasukan Harimau Malaya. FAM diberitakan, bersedia memberikan pertimbangan. Begitu juga dengan bekas Pengurus Chelsea yang dipecat,  Andre Villas Boas.

Penulis syorkan Tuanku Ismail dan PBNJ berunding dengan kedua dua pengurus dari luar negara itu untuk memberikan perkhidmatan di Johor. Pembangunan bolasepak perlu dijalankan juga. JDT perlu mempersiapkan diri untuk menyertai Piala AFC yang pada masa ini Kelantan dan Selangor menyertainya. JDT perlu ke Liga Australia dan Negara lain.

JDT dan Tuanku Ismail wajar melantik penasihat korporatnya pulak untuk menjadi Kelab Professional yang setaraf dengan Manchester United, Barcelona atau Real Madrid dan pertama di Malaysia. Jenama harus dibina dan diangkat dan boleh di komersilkan. Mungkin boleh di apungkan di Bursa Malaysia di dalam masa 5 tahun. Tuanku Ismail boleh meminta nasihat pakar kewangan dan pemasaran untuk membentuk `business model’nya.

Cuba kita bayangkan suasana sukan di Johor jika Tuanku Ismail melakukan perubahan drastik dalam sukan Sepak Takraw. Tuanku boleh mengajikan pemain terbaik dari Thailand, Korea Selatan atau Myamnar untuk bermain Kelab Takraw JDT?`.

Bagaimana agaknya suasana jika Tuanku Ismail mencorakkan semula pasukan hoki Johor dengan membeli pemain handalan German, New Zealand atau Belanda untuk bermain di Kelab Hoki JDT. ?

Bagaimana keadaannya jika Lin Dan dan Chen Long dibeli untuk bermain di Kelab Badminton JDT?


Bagaimana sambutan penonton jika kesemua sukan teras di Johor di pimpin oleh Tuanku Ismail yang `gila’ sukan dan mempunyai dana. Rakyat Johor tentu akan gembira dengan Tuanku Ismail kerana meningkatkan mutu sukan dan mertabat pemain sukan di Johor dan Malaysia. Sukan telah merapatkan hubungan rakyat dengan Sultan Johor. Rezeki yang ada di gunakan untuk tujuan yang baik.