Tuduhan Israel Satu Ugutan Agar Malaysia Berdiam Diri - Created by admin - In category: Nasional - Tagged with: - KLxpress - Real News Real Time
Penulisan sebelum ini memperincikan kemungkinan kemungkinan yang Israel menuduh Malaysia sebagai tempat memberi latihan kepada pejuang Al Qassam.
CELAKO ISRAEL CELAKO AMERIKA
Perisikan Israel dan media Israel melaporkan Malaysia melatih tentara Al Qassam.
Penulis rasa perikisan mereka dan dengan bantuan kawan sekutunya di ASEAN, amat senang menuduh Malaysia melatih tentara Al Qassam kerana tiga faktor.
1. Di Malaysia sedang hot cerita `jihadist' yang berjihad di Syria. Memang berlaku penjihadan oleh rakyat Malaysia. PDRM pun memang ada melakukan beberapa pengangkapan ali kumpulan jihad.
2. Seorang rakyat Malaysia di Sabah sedang di dakwa di Mahkamah kerana di dapati melatih beberapa orang `jihadist' di ladang kelapa sawitnya.
3. Malaysia memang aktif membantu Palestin sejak zaman Yasser Arafat lagi secara konsisten.
Kesemua insiden ini dilaporkan di media tempatan dan luar negara. Malaysia harus menafikan segera penglibatan Malaysia di dalam memberikan latihan ketenteraan.
Saturday, 2 August 2014
JIKA DUN SELANGOR DI BUBAR, TS KHALID IBRAHIM PASTI DI PECAT
JIKA `SEKADAR PANDANGAN’ ORANG SELANGOR, SIAPA PILIHAN MB?…
Saya mahu TS Khalid Ibrahim kekal sebagai MB, sekurang kurangnya, sehingga akhir penggal 2018 kerana MB baru mungkin akan batalkan atau mengkaji semula perjanjian penstrukturan Air Selangor. Jika TS Khalid masih berkuasa, projek Langat 2 dan penjanjian Air telah berjalan lancar.
Isu Konsensi Air ini pada `sekadar pandangan’ adalah alat atau bahan perundingan dengan Kerajaan BN. Boleh di jadikan tekanan kepada Kerajaan BN dan rakyat sebagai `hukuman’ kerana memenjarakan Pemimpin mereka, juga melepaskan atau meringankan hukuman jenayah atau mendapatkan harga yang lebih baik daripada harga pasaran.
JIKA DUN BUBAR, APA IMPLIKASI KEPADA BN DAN PR?
BN sedang sibok dengan masalah MH17 dan MH370. BN/UMNO Selangor masih cedera akibat kekalahan PRU13 yang lalu dan belum sihat sepenuhnya.. Kepimpinan peringkat negeri dipersoalkan. Pada `sekadar pandangan’, tidak kira orang lama mahupun muka baru atau muda, BN akan mengadapi rintangan untuk merampas Selangor daripada PR. Peluru (krisis air, sampah sarap dll) banyak tetapi mungkin sukar di gunakan atau manipulasikan.
Apabila Tan Sri Khalid bubarkan DUN, PKR akan mengambil tindakan disilpin. Tan Sri Khalid akan dipecat dari PKR kerana menyebabkan keruntuhan sebuah Kerajaan. Jika tiada tindakan di ambil, Tan Sri Khalid Ibrahim mungkin tidak akan di calonkan. Jika tidak dicalonkan, TS Khalid Ibrahim akan bertanding atas tiket PAS, kemungkinan besar atau UMNO, kemungkianan kecil. Jika di calonkan juga, Tan Sri Khalid Ibrahim, mungkin menang atau mungkin juga kalah (seperti pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor). Jikalau menang atas tiket PKR, jawatan MB telah diberikan kepada orang lain juga. Jika tidak dicalonkan atau kalah, Selangor akan dapat MB baru.
Nasib Tan Sri Khalid Ibrahim dan BN mungkin berubah jika PAS menarik diri daripada PR. PAS mempunyai 3 pilihan. (1) Bersendirian (2) Bersendirian Pro PR dan (3) Bersendirian Pro BN.
`Sekadar Pandangan’ percaya PAS tidak akan bermusuhan dgn PR dan akan berstatus Pro PR didalam tindak tanduknya. PAS akan berdiri sendirian atau bersama UMNO di dalam hal hal Islam dan Raja sahaja. Kes Kalimah Allah, mereka bersama PR. Penyokong akan lebih selesa jika bersikap demikian.
Subscribe to:
Posts (Atom)

