Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor telah memuktamadkan perjanian penstrukturan air Selangor beberapa hari yang lalu. Majlis kali ini di tandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ia di saksikan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Dr Ongkali Maximus.
Mengapa TSKI tidak menandatangani perjanjian ini?
Saya berpendapat ia adalah langkah berjaga jaga oleh kedua pihak agar Perjanjian ini tidak boleh di sanggah atau contest di mahkamah. Seorang pemimpin PKR ada menuduh yang perjanjian tersebut tidak sah kerana Tan Sri Khalid adalah MB Sementara. Walaupun Penasihat Undang Undang Selangor sudah menjelaskan bahawa TSKI masih MB yang sah, kedua dua pihak mengambil langkah berjaga.
Kini perjanjian air
di `legalise’ oleh `politik’ (MB Selangor)
dan kerajaan (Setiausaha Kerajaan dan Ketua Setiausaha Kementerian).
Perjanjian ini semakin kuat dan sukar di contest.
Perjanjian ini
berjaya di tandatangani kerana kemelut MB Selangor. Sultan Selangor wajar di
berikan pujian kerana Baginda mengambil masa untuk berfikir secara mendalam
pemilihan calon MB. PKR dan DAP juga menyumbang kepada termeterainya
perjanjian. Kederhakaan kepada Baginda melewatkan lagi keputusan melantik MB
dan member ruang TSKI dan Kerajaan Persekutuan meng `sah’kan perjanjian.
Inilah salah satu
hikmahNya
No comments:
Post a Comment