Tuesday, 13 January 2015

DI SEBALIK NAMA AIR ASIA YANG HARUM


AIR ASIA adalah sebuah nama yang terkenal di dalam industry penerbangan. AIR ASIA bergerak global dan amat berkaitan rapat dengan penerbangan tambang murah terbaik dunia. Saya mempercayainya, mungkin anda juga.
Saya telah membuat tempahan penerbangan pada 26 Hb Disember, 2 hari selepas AIR ASIA QZ8501 terhempas di Lautan Jawa. Jika belum di booking, kemungkinan business trip ini di batalkan atau menggunakan MAS.

Namum ia tidak seindah cerita dan kenyataan..

Penerbangan saya ke Chennai AK13 pada 5 Januari yang lalu membuktikan sesuatu yang tambangnya tidak semestinya  murah dan perkhidmatannya tidak semestinya terbaik.

Para penumpang kena bijak merencana perjalanan. Hand Lubbage mesti 7 kg kebawah tetapi oleh kerana saiznya melebihi , saya di kenakan RM105 untuk dijadikan check in baggage. Ini pengajaran pertama.

AIR ASIA berangkat ke Chennai mengikut jadual. Tahniah. Tepat masanya dan tiada delay. Lazimnya penerbangan terakhir dari Sibu Kuala Lumpur terlewat. Uniknya penerbangan ini ialah ia di pandu oleh 2 pilot wanita, Nadira dan Sarah. Tiada perbezaan pilot lelaki mahupun wanita. Seperkara lagi mungkin penumpang akan merasa risau jika di beritahu pilotnya seorang wanita. Persepsi ` pemandu kereta wanita  kurang cekap’  senantiasa di minda pemandu di Malaysia.

Setelah berterbangan hampir hamper 4.30 jam, pesawat sampai Chennai waktu 5.30 petang waktu Chennai. Tetapi malangnya, luggage saya dan 48-50 penumpang lain tidak berada di dalam pesawat ini. Maka berlakulah kekecohan yang amat besar dan panic kerana ada penumpang akan meneruskan perjalanannya ke Abu Dhabi, Mumbai dan destinasi lain.

Di sini nampak SOP luggage hilang tidak di praktikkan atau di latihkan oleh kakitangan Chennai  atau tiada SOP langsung. Kakitangan AIR ASIA yang beruniform hitam, tidak dapat menjawab pertanyaan. Jam 5.30 petang mendarat di Chennnai, jam 10 malam tidak selesai merekod nama penumpang dan keterangan tentang luggage seperti warna, brandname, isi kandungan, no telefon dan sebagainya.

Kami semua di maklumkan yang luggage luggage tersebut akan diterbangkan penerbangan esok paginya Selasa. Setiap kami akan di maklumkan dan luggage akan di hantar ke alamat dan destinasi yang tertulis di Borang Aduan Luggage.

Sekali lagi AIR ASIA di Chennai gagal berbuat demikan. Numbor telefon yang dibekalkan kadang kala di angkat kadangkala tidak berangkat. Daripada 4 kali panggilan, hanya 2 kali berangkat. Kakitangan AIR ASIA berjanji untuk menelefon kembali tetapi janji kosong. Ramai penumpang yang `transit’ di Chennai untuk perjalanan selanjutnya ke Mumbai termasuklah Abu Dhabi. Staf AIRASIA berjanji menghantar luggage ke destinasi masing masing.

Saya dan rakan niaga dari Chennai mengambil keputusan untuk pergi ke Airport dan menuntut bagassi pada keesokan petang kerana tiada maklumat tertentu diberikan kepada saya .  Alhamdulilah, bagasse tersusun di Setor Baggassi. Saya pergi ke kaunter  crew AIRASIA dan di bawa ke Tingkat 2 atau tingkat 2 Pejabat Operasi untuk mengisi borang atau tuntutan kali kedua. Selesai itu, kami turun semula ke ground floor ke Setor Luggage untuk mengutip luggage kita.

Ada dua anak muda India yang bertugas. Kami bekal surat pelepasan dan dikeluarkan luggage yang tersimpan. Prosedurnya, luggage perlu mendapat tandatangan 2 pegawai Kastam. Kedua pekeja setor seakan seakan mahu duit pelincir daripada saya. Oleh kerana tidak melayan `body language’ mereka, meminta saya pergi mendapatkan cop dan tandatangan pegawai kastam.  Mereka tidak bantu langsung. Saya meninggikan suara dan salah seorang kakitangan Setor Luggage mengadu pada pegawai kastam. Pegawai kastam meminta saya minta maaf kepada beliau kerana `mengugut’.  Saya menjawab mereka tidak membantu dan minta wang dan mengapa harus minta maaf. Apabila saya berlakon hendak menelefon kawan tempatan, mereka memberikan kerjasama dan luggage dapat di bawa keluar.

Pada 10 Januari adalah hari penerbangan balik. Flight AK10 sepatutnya berlepas 8 pagi tetapi tertanggoh berlepas jam 9.35 pagi. Saya ada menerima sms dari AIRASIA awal pagi. Mula mula gate 18 kemudian tukar gate 11. Jarak antara satu gate hampir 20 minit berjalan kaki.












Inilah AIRASIA yang dikatakan penerbangaan  tambang murah termurah dan perkhidmatan terbaik. 

No comments:

Post a Comment