Friday 9 August 2013

CIRI CIRI IDAMAN NAIB PRESIDEN UMNO



CIRI CIRI IDAMAN NAIB PRESIDEN UMNO

Ciri ciri utama Naib Presiden mestilah seorang yang agamaan, popular di akar umbi, bijak, bersih, kuat berkerja, sihat tubuh badan, setia kepada parti dan mampu bekerjasama dengan Presiden dan Timbalan Presiden.

Walaupun begitu, marilah kita melihat gelagat 148,000 perwakilan UMNO yang akan memilih pemimpinnya. Pakej yang macam mana menjadi pilihan ahli UMNO?. Dahulu jawatan ini ditentukan oleh lebih kurang 2500 perwakilan. Senang dan mudah mempengaruhi perwakilan. Penulis idamkan akan ada 6 calon yang betul betul layak bertanding jawatan Naib Presiden kali ini.

Untuk calon Naib Presiden, calon calon selalunya pemimpin kanan UMNO dan seorang bertaraf Menteri dan mengetuai sebuah Kementerian. Melalui kepimpinan, ahli UMNO dapat menilai gaya pimpinan dan pembaruan polisi yang baik diperkenalkan.  Sebagai contoh, Datuk Hisham yang mengepalai KDN dahulu, apa yang Datuk Hisham berjaya laksanakan. Adakah beliau seorang yang tegas? Rata rata rakyat dan ahli UMNO kurang senang dengan `kelembutan’ Datuk Hisham. DS Zahid lebih berani di dalam tindakannya. Rakyat gembira apabila PDRM mengambil tindakan seperti menahan dan mendakwa peserta perhimpunan haram. DS Shafie Afdal pula dinilai melalui tahap kepuasan hati penduduk luar bandar mengenai pembangunan luar Bandar yang dibawanya. Adakah rakyat merasa kenikmatan yang dibawa oleh Menteri Pembangunan dan Kemajuan Luar Bandar?.

Ketiga tiga Naib Presiden telah mengumunkan akan mempertahankan jawatan mereka. Mengikut bilangan bahagian  UMNO, ketiga tiga negeri Sabah, Perak dan Johor, mempunyai bilangan yang tinggi. Komposisinya cantik. Ada wakil dari Utara Semenangung, Selatan Semenangung dan Sabah. 

Penulis berpendapat Johor mesti menampilkan calon calon muda berpotensi selain daripada Datuk Hisham di kalangan ahli MT. Ahli MT dari Johor pun berkedudukan yang tidak baik. Datuk Seri Khalid Nordin harus memberikan perhatian kepada pentadbiran negeri Johor dan kekurangan masa menjelajah negara. Ahli MT Johor Datuk Dr Puad Sarkasi kalah di dalam PRU13 yang lalu. Boleh kah UMNO Johor menaikkan Datuk Razali Ibrahim Datuk Azlina dan Datuk Halimah ke peringkat yang lebih tinggi? Ahli DUN Johor seperti YB Mohamed Ismail dan YB Ir Hasni Mohamed kena mengambil peranan nasional sedikit. TS Muhyiddin harus bantu mengaktifkan peranan mereka dan diiktiraf di peringkat nasional.

Lihat Melaka. Dari sekarang Melaka cuba menampilkan Ketua Puteri YB Mas bertanding Ketua Puteri Pusat dan YB Datuk Wira Idris Haron pun berkedudukan baik di dalam MT selepas Datuk Mustapha. Jika benar DW Ir Idris bertanding Ketua Pemuda dan DS Mohd Ali Rustam bersaing di Naib Presiden, dan diandaikan ketiga tiga berjaya, Melaka akan diwakil oleh 3 pemimpin di dalam pengurusan Atasan UMNO. YB Khairy Jamaluddin dijangka akan mempertahankan jawatannya (melainkan ada orang yang akan spin melampau mengenai buku AWAKENING oleh Tun Abdullah Ahmad Badawai-menghentam Kerajaan dan Tun Mahathir) dan saingannya hanyalah DW Ir Idris. Walaupun kalah, DW Ir Idris akan dilantik ke MT berdasarkan kedudukan beliau.

Penulis harap beberapa pemimpin kanan UMNO akan bertanding merebut jawatan Naib Presiden. Ramai yang mengharapkan Datuk Mustapha Mohamed menawarkan perkhidmatan. Tetapi beliau seorang yang sangat pemalu dan rendah diri. DS Mohd Ali Rustam juga seorang pemimpin yang kuat bekerja dan popular di luar Melaka. Dalam Melaka, kepopularitinya 50:50. Masalahnya beliau pernah bertanding di peringkat Timbalan Presiden dan sekarang kena bertanding Naib Presiden pulak. Sukar perjalanannya jika beliau cuba merebut jawatan Timbalan Presiden dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

No comments:

Post a Comment