Saturday 24 May 2014

JANGAN GANGGU SKUAD PIALA THOMAS UNTUK MENANG.


Tahniah kepada Rashid Sidek dan para jurulatih, BAM  serta pemain skuad Piala Thomas kerana menewaskan Indonesia 3-0 didalam peringkat separuh akhir Piala Thomas 2014 yang berlangsung di New Delhi..

Tahniah kerana berjaya melangkah ke peringkat akhir. Hanya satu halangan untuk mencipta sejarah selepas 12 tahun dahulu. 

Perlawanan akhir ini juga amat bersejarah kerana Jepun telah menyingkirkan China dengan 3-0. Tembok China telah runtuh dan secara langsung ia memberi peluang kepada Malaysia menjuarai Piala Thomas 2014.

Seruan penulis kepada rakyat Malaysia ialah doakan kejayaan pemain kita dan berilah sokongan moral kepada mereka melalui apa cara jua seperti sms, twitter dll.

Para Pengurusan BAM dan pihak lain diminta jangan menganggu kelancaran latihan yang sedang di atur oleh Rashid Sidek dan jurulatih. Jangan memandai mencampuri urusan mereka. Elakkan terbang ke New Delhi dan ajak makan makan sebelum pertandingan. Jangan disebabkan kita, pemain kena berhenti membuat latihan dan memberikan penghormatan kepada kita. Biarkan pemain dengan alam latihan yang keras. Kesemua ini boleh dilakukan selepas perlawanan akhir tamat.

Kepada Datuk Lee Chong Wei, sila mulakan perlawanan dengan kemenangan. Lawan anda Tago sedang menuncuk prestasinya. Kemenangan Datuk memberikan semangat kepada rakan lain. Buatlah yang terbaik.

Salam kejayaan buat skuad Piala Thomas Malaysia 2014.


No comments:

Post a Comment