Seperti biasa lah jika Negarawan Tun DrMahathir memuji
kepimpinan DS Najib, berita atau isu ini tidak menjadi `viral’ di media social.
Akan tetapi teguran Tun DrMahathir terhadap DS Najib baru baru ini, ia menjadi
berita hangat dan heboh di bahaskan oleh puak pembangkang dan rakyat yang
kurang selesa dengan DS Najib. Ada pihak yang jadikan modal untuk menghentam UMNO
dan jadikan `barang kes’ di dalam perbicaraan maya.
Memang DS Najib ada kelemahan tersendiri. Pada saya,
kelemahan itu ialah kelembutan peribadinya sendiri.Sifat kesian dan suka
membantu orang lain memakan diri. DS Najib cuba memuaskan hati semua pihak atau
memberikan segala apa yang rakyatnya meminta. Ini termasuklah tuntutan puak
pembangkang yang hendak ISA dan EO di mansuhkan. Kini Akta Hasutan 1946 pula
didesak pemansuhannya. NGO Pendidikan Cina mahukan Sekolah SJKC
menerima dana yang lebih besar. Peruntukan perbelanjaan operasi sekolah
yang lebih serta kuota kemasukan pelajar Cina dan biasiswa yang bertambah
sehingga ia melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak keistimewaan
Melayu.
Tun DrMahathir tidak mahu Akta Hasutan di mansuhkan. Begitu
juga dengan beberapa personaliti. Atas desakan Majlis Peguam dan puak
pembangkang, DS Najib cuba memenuhi permintaan mereka tetapi di dalam bentuk
baru. Ini yang menyebabkan kurang keselesaan kepada Tun DrMahathir. Negarawan
ini mesti mendesak seperti Majlis Peguam dan NGO juga. Juga Majlis Peguam dan
NGO mendesak atau mengugut akan mengadakan demonstrasi atau memberikan undi
kepada parti pembangkang, Tun Dr Mahathir ada cara desakan tersendiri, iaitu
dengan melontarkan teguran atau kritikan serta menarik balik sokongan terhadap
DSNajib.
Di zaman Pak Lah menerajui Kerajaan, Tun DrMahathir
melakukan desakan halus terhadap Pak Lah melalui tindakan keluar daripada UMNO.
Ini di lakukan untuk member mesej terang tentang stail pentadbiran seseorang.
Tun berada di pentas pembangkang di
dalam beberapa perhimpuan. Cuba bandingkan bentuk teguran di zaman Pak Lah dan
zaman DS Najib.
TunDrMahathir bertindak memberikan teguran keras berdasarkan
`sikap kelembutan dan cuba memenuhi segala permintaan’ dan bukan kerana isu pembangunan,
pentadbiran atau rasuah semata mata.
TunDrMahathir kurang setuju dengan BRIM tetapi saya bersama
DS Najib yang rakyat harus di bantu untuk di ringankan bebanan hidup mereka.
Mungkin TunDrMahathir kurang setuju dengan cara perlaksanaannya atau banyak
penyelewengan permohonan tetapi niat Kerajaan ialah membantu iaitu bantuan subsidi bersasar.
Diberitakan lebih 17,000 penerima BRIM telah menolak bantuan kerana mereka
merasa taraf pendapatan mereka sudah meningkat dan sikap murni iaitu ada orang
lain yang lebih memerlukannya. Alhamdulilah. Mungkin BRIM yang sedikit jumlah
tadi telah berjaya melancarkan perniagaan dan pendapatan setengah tengah
rakyat.
Pada saya teguran adalah baik lebih lebih lagi dari mantan
Perdana Menteri yang lama menguruskan Negara. Teguran boleh diertikan sebagai
ingat kasih sayang terhadap seseorang. Beliau mengegur kepada sayangkan negara.
Sebaliknya TunDrMahathir pernah mengecam ahli politik
seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Mendiang Karpal
Singh. Kecaman adalah berbeza dengan teguran. Ianya teguran tanpa kasih
sayang. Kadang kadang kecaman boleh membawa kepada kesialan dan kehancuran pada
mereka berkenaan manakala teguran membawa kepada kasih sayang dan hormat
menghormati.
Coretan Sya di Mingguan Malaysia 19 Oktober 2014 adalah
berkaitan
No comments:
Post a Comment