Sunday, 20 July 2014

KEKAWAN `GAY TUA' SEDIH DAN TAKUT.


Tradegi MH17 merupakan tindakan kerakusan manusia yang tidak berhati perut, tidak bertamadun dan kejam. Sebuah pesawat komersial pun di tembak jatuh demi mendapatkan perhatian atau membalas dendam keatas kononnya kezaliman orang lain terhadap kumpulannya. Pemberontak atau pemisah Pro Rusia diberitakan bertanggonjawab di dalam tradegi ini.

Pesawat ini mengorban kesemua 295 penumpang dan anak kapal termasuklah beberapa pakar penyelidik HIV/AID, Dr Joep Lange. Kempulan penyelidik ini telah menjalankan banyak kajian dan penyelidikan tentang HIV/AID dan diberitakan berada di peringkat memberansangkan. 

Penulis merasa sedih kerana wabak HIV/AID akan terus merebak kerana para penyelidik akan `start all over again' untuk mencari ubat untuk HIV/AID mahaupun keadah pencegahannya. Mungkin akan mengambil masa sedikit, jika tidak bernasib baik.


Kekawan Gay Tua merupakan golongan yang paling sedih dan takut. Sedih kerana mereka terpaksa membataskan aktiviti mereka kerana wabak ini belum di ketemui ubatnya. Mereka kurang gembira kerana terpaksa`ber riadah' secara berhati hati dan bukan neutral. Dengan terbatasnya aktiviti songsang LGBT ini, bilangan ahli kumpulan mungkin akan `static'. Takut kerana mereka yang sudah dijangkit HIV/AID seakan akan sudah confirm akan mati tidak lama lagi. 

Saturday, 19 July 2014

MH17 PUN SEBESAR CABARAN MH370


MH17 dan MH370 sama besar cabarannya.

MH370 hilang secara misteri. Pesawatnya hilang entah di mana walaupun dengan bantuan 26 negara dengan teknologi canggih di gunakan. Fasa pertama menggunakan pinger locator kemudian Bluefin apabila signal Black Box tidak dikeluar selepas 40-50 hari. Sebelum ini, kecanggihan radar dan satelit di gunakan dan perjalanan di katakan berakhir di Lautan Hindi. MH370 menjadi sejarah dunia kerana secanggih pesawat BOEING yang bernilai jutaan ringgit, mudah di manipulasi melalui memadamkan transponder dan komunikasi secara manual. Sehingga hari ini, lebih 4 bulan, pesawat MH370 belum di jumpai. Cabarannya lautannya dalam dan meluas serta gelap.

MH17 juga bercabaran. MH17 di tembak jatuh oleh Pemberontak Pro Rusia di Ukraine (belum 100 peratus sahih) walaupun laluan dan ketinggian di dalam makluman ICAO, badan pengawas ruang udara. Yang masalahnya, kita tahu pesawat di tembak dan lokasi pesawat terhempas, tetapi kawasan tersebut tidak boleh di masuki kerana di kawal oleh pemberontak. Pasukan Penyelamat dan Penyiasatan menghadapi kesukaran untuk menjalankan tugasnya. Mungkin ada lagi mayat yang belum terurus. Kita tidak tahu keadaan mayat. Blackbox yang amat kritikal mungkin di manupulasi oleh pihak ProRusia untuk menghilangkan bukti.

Kita tahu kawasan ini di bawah pihak Pemberontak dan mereka di sokong peralatan ketenteraan oleh Rusia. Ukraine pula mendapat sokongan Amerika Syarikat. Masing masing mempunyai kepentingan di dalam konflik ini. Masing masing menuding jari satu sama lain. Rakaman percakapan komunikasi oleh Perisik Ukraine menunjukkan Pro Rusia mengaku menembak pesawat MH17.

http://www.youtube.com/watch?v=WdQOnQuTGWg

Kedua dua insiden ini melakar sejarah dunia dalam banyak segi. Malaysia malah dunia  mendapat pengajaran berguna walaupun banyak nyawa terkorban dan aset negara musnah. 

Doa restu rakyat Malaysia di pohon supaya kedua dua insiden ini dapat di selesai kan segera.