MH17 dan MH370 sama besar cabarannya.
MH370 hilang secara misteri. Pesawatnya hilang entah di mana walaupun dengan bantuan 26 negara dengan teknologi canggih di gunakan. Fasa pertama menggunakan pinger locator kemudian Bluefin apabila signal Black Box tidak dikeluar selepas 40-50 hari. Sebelum ini, kecanggihan radar dan satelit di gunakan dan perjalanan di katakan berakhir di Lautan Hindi. MH370 menjadi sejarah dunia kerana secanggih pesawat BOEING yang bernilai jutaan ringgit, mudah di manipulasi melalui memadamkan transponder dan komunikasi secara manual. Sehingga hari ini, lebih 4 bulan, pesawat MH370 belum di jumpai. Cabarannya lautannya dalam dan meluas serta gelap.
MH17 juga bercabaran. MH17 di tembak jatuh oleh Pemberontak Pro Rusia di Ukraine (belum 100 peratus sahih) walaupun laluan dan ketinggian di dalam makluman ICAO, badan pengawas ruang udara. Yang masalahnya, kita tahu pesawat di tembak dan lokasi pesawat terhempas, tetapi kawasan tersebut tidak boleh di masuki kerana di kawal oleh pemberontak. Pasukan Penyelamat dan Penyiasatan menghadapi kesukaran untuk menjalankan tugasnya. Mungkin ada lagi mayat yang belum terurus. Kita tidak tahu keadaan mayat. Blackbox yang amat kritikal mungkin di manupulasi oleh pihak ProRusia untuk menghilangkan bukti.
Kita tahu kawasan ini di bawah pihak Pemberontak dan mereka di sokong peralatan ketenteraan oleh Rusia. Ukraine pula mendapat sokongan Amerika Syarikat. Masing masing mempunyai kepentingan di dalam konflik ini. Masing masing menuding jari satu sama lain. Rakaman percakapan komunikasi oleh Perisik Ukraine menunjukkan Pro Rusia mengaku menembak pesawat MH17.
http://www.youtube.com/watch?v=WdQOnQuTGWg
Kedua dua insiden ini melakar sejarah dunia dalam banyak segi. Malaysia malah dunia mendapat pengajaran berguna walaupun banyak nyawa terkorban dan aset negara musnah.
Doa restu rakyat Malaysia di pohon supaya kedua dua insiden ini dapat di selesai kan segera.
No comments:
Post a Comment