Wednesday, 16 July 2014

4 JAHANAM PENGKHIANAT ISLAM.


Sultan Selangor murka dengan Ahli Parlimen Shah Alam yang mahukan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor di hapuskan. Ada blog mengatakan di kurangkan. Petang tadi Selasa, ketika bertitah di satu majlis di Sepang, Sultan Selangor sifatkan Khalid Samad, seorang bukan anak Selangor yang jahil dan biadap. Sebenarnya ada 3 lagi YB PAS dari Selangor yang menyokong saran Khalid Samad. Penulis tidak sanggup menyebutnya.

Mereka ini marah dengan MAIS di dalam kes rampasan Bible di dalam Bahasa Malaysia. Peguam Negara sudah memutuskan tiada tindakan lanjut. Pihak Gereja meminta ia di kembalikan tetapi MAIS enggan. Sepatutnya ia di musnahkan. Berlakulah balas membalas kenyataan di antara MAIS dan Gereja. Sultan Selangor meminta MAIS bertindak mengikut undang undang. PAS nampaknya bersuara lantang dan berkerja keras untuk mendapatkan semula  Bible tersebut. MAIS membuat keputusan rampasan Bible di pulangkan ke Pejabat Peguam Negeri untuk tindakan selanjutnya samada menghapuskan atau memulangkannya.

Perkara ini mendapat perhatian Sultan Selangor sebagai Ketua Ugama Selangor. Petang tadi, dengan terang Sultan Selangor menyebut nama Khalid Samat dan sikap biadapnya.

Penulis harap PAS mengambil iktibar dariapda kes ini. Khalid Samad must go dan begitu juga 3 ahli PAS yang lain.

1 comment:

  1. sekarang kita sudah ada dua sultan yang mula bertindak kehadapan. Sultan Johor dan sultan Selangor.
    Alhamdulillah, semoga kita terus memperolehi kuasa-kuasa seperti ini dimasa depan dikala melayu islam dipenyek, dihina sebegini rupa. Apalah kita harapkan lagi kepada pemimpin melayu sekarang, kerana mereka di atas sana hanya tahu berpolitik. Ada yang pro sangat2 kepada kaum kafir walaupun dia adalah pemimpin teraju utama dalam kerajaan yang dipilih oleh umat melayu islam sendiri dalam setiap PRU.
    Mohon sultan-sultan mencemar duli, turun padang melihat kepayahan kami rakyat tuanku. Mohon sultan-sultan mencemar duli, bersuaralah, titiklah mana yang tidak mendapat perkenan tuanku, agar kami rakyat jelata tuanku berperasaan aman sejahtera.

    ReplyDelete