Tuesday 1 July 2014

AMANAH SYED ALI, SHAMSUL AZHAR dan SAHOL HAMID...

Amanah Syed Ali, Shamsul Azhar dan Sahol Hamid...



Penulis merujuk tulisan Zaini Hassan di Utusan Malaysia dan  berminat mengulas tentang Tan Sri Shamsul Azhar Abbas, Presiden Petronas bukan kerana subjek lain Amanah Syed Ali dan Shaol Hamid tidak mustahak, tetapi kes Petronas ini lebih panas.



Penulis bersetuju dengan jaminan Tan Sri Shamsul yang beliau orang Melayu dan ingin membantu Melayu tetapi biarlah berperaturan dan bekelayakan. Beliau di amanahkan menjadikan Petronas menjadi seperti Shell tetapi tiada campur tangan politik di dalam pentadbiran Shell. Jika ini pendirian Tan Sri Shamsul, ia boleh diterima.



Akan tetapi masalahnya, jika benar berita yang disebarkan yang beliau mengaku seorang ahli PKR Cabang Shah Alam dan mengaku mengundi PR semasa PRU dahulu, beliau tidak boleh bertugas sebagai Presiden Petronas kerana Petronas adalah GLC yang diuruskan oleh Kerajaan BN. Beliau harus di pecat atau undur diri kerana perinsip kepartian BN dan  adalah berbeza. Beliau dikuatiri akan melakukan kesilapan.



Masalah pertikaman lidah diantara Perkasa dan beliau mengenai pemilikan Petronas belum selesai lagi dan di harap diberikan penjelasan. Pada penulis Petronas adalah GLC Malaysia milik rakyat Malaysia. Kredit harus diberikan kepada pemimipin Melayu yang membangunkan nya.



Penulis kerap menulis tentang Petronas dan salah satu daripada nya ialah sikap anggota pekerja Petronas yang kurang bercampur gaul dengan masyarakatnya.Mungkin disebabkan oleh tuntutan kerja yang berveza masa atau kestabilan ekonomi tidak memerlukan mereka bercampur dengan jiran.



Seperkara lagi, Pertronas perlu menolong peniaga Bumiputera yang lain juga. Sebagai contoh, Pengusaha Stesyen Minyak Petronas di Cheng, Melaka, Saudara Zulkifli,  menguruskan stesyen minyak di Bachang juga, Melaka juga. Mungkin menguruskan stesyen di negeri lain juga. Penulis cadangkan Petronas memberi sewa kepada sesorang peniaga untuk tempoh 5 tahun sahaja. Selepas itu, Petronas kena beri peuang kepada orang lain. Peniaga tadi sudah mampu berdikari. Apa yang berlaku sekarang, seseorang semakin kaya dan bilangan kereta bertambah. berilah peluang peniaga bumiputera lain juga. Kita faham beliau mempunyai hubungan baik dengan pegawai Petronas Dagangan. Tanah tanah yang strategik untuk Stesyen Minyak di belia terlebih dahulu oleh peniaga ini dan kemudian di jual kepada Petronas dengan harga yang berlipat ganda. 



http://nasirwise.blogspot.com/2013/10/perjiranan-engkau-engkau-aku-aku.html






No comments:

Post a Comment