Tuan Hamid bertegas ....
Kerajaan hendaklah memikir semula mengenai keperluan mengadakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kita tidak patut takut kepada kritikan mengenainya. Singapura dan Brunei mempunyai undang-undang yang serupa. Tidak pula dikritik.
Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo adalah lebih teruk dari penahanan dibawah ISA. (Lihat Conflict of Interests Between Different Basic Rights dan juga Legal and judicial Transformation in Malaysia: http://www.tunabdulhamid.my.)
Disamping itu, kerajaan tidak patut terlalu berlembut apatah lagi takut kepada mereka sehingga tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Tidak guna mempunyai undang-undang jika tidak berani menggunakannya.
Komen Penulis
Penulis merasa begitu banyak NGO Melayu dan Islam termasuk rakan fb telah menyuarakan kebimbangan mereka dengan hasrat Kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 kepada Harmony Bill dan 2 lagi rang undang undang. Ramai yang mahu Kerajaan mengambil iktibar pemansuhan ISA dan EO yang bukannya membawa kebaikan tetapi kekacauan. Kes penghinaan keatas Melayu Islam dan Raja menjadi jadi. Penganjur demonstrasi tidak dapat di `cuit' oleh PDRM. Geng geng Anwar Ibrahim, Kit Siang, Guan Eng serta pemimpin DAP lain terus membangkit isu sensatif dan mempersoalkan hak Melayu Bumiputera. Ia sudah menjadi halal untuk mempersoalkan hak hak yang termaktub di dalam Perlembagaan. Kerajaan dilihat begitu diplomasi dan lemah.
Sebelum ini penulis ada mengulas cabaran setiap Ketua Polis Negara yang dilampirkan di bawah:-
http://nasirwise.blogspot.com/2013/07/setiap-ketua-polis-negara-menghadapi.html
PM sendiri bimbang dengan kejadian tembak menembak yang terlalu kerap dan meminta PDRM menananginya walhal PM dan penasihatnya yang memansuhkan ISA dan EO.
Mohon PM belajar daripada kesilapan. Jangan pertaruhkan keselamatan rakyat dengan menuruti permintaan pembangkang. Setiap tindakan ada reaksi. Sebenarnya Akta yang sediada jika ada kelemahan yang disebabkan perubahan zaman, ia boleh di ubah dan diperbaiki. Bukan mansuh secara total.

dulu,hampir tiap bulan pembangkang berarak meminta hapuskan ISA didepan ofice saya dikawasan jln tuanku abd rahman.
ReplyDelete