Wednesday, 9 July 2014

PENJARA SG BULUH

Penjara merupakan tempat di mana pesalah di sabitkan hukuman oleh pihak mahkamah. Penjara juga merupakan sebuah institusi penahanan dan pemulihan oleh pihak mahkamah.

Penulis teringat dekat seorang kawan yang telah di sabitkan kesalahan dan di hukum penjara 5 tahun. Hukuman di tanggohkan menunggu keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan (?). Penulis yakin beliau akan gagal di dalam rayuan tersebut dan akan menghuni Penjaga Sg Buluh sebelum akhir tahun ini.

Selain daripada berpuasa dan beribadat, kawan ini wajar membiasakan diri semula dengan persekitaran dan peraturan tempat kediaman terbaru yang, insyALLAH akan dihuni tidak lama lagi.. Jangan lah di musim Ramadan ini terlalu sangat berbuka puasa di hotel besar dan berjumpa rakan taulan kerana di kediaman baru, tiada lagi jamuan besar dan kawan ramai.Boleh berhenti berdebat pasal `Kajang Move' sebaliknya risaukan tentang `Sg Buluh Move'. Di sana biasa biasakan diri dengan pergaulan dengan pesalah jenayah dan bukannya ahli politik atau penyokong politik.


No comments:

Post a Comment