Andaikata Piala Dunia FIFA tamat selepas 17 Julai 2014 (tarikh berlakunya nahas MH17 di Ukraine), sudah pasti desakan dan tekanan dunia untuk `membaikot' penganjuran Rusia pada 2018, akan kedengaran. Mungkin banyak negara akan bersetuju penganjuran Piala Dunia di Rusia ditarik balik oleh FIFA.
Selepas Jerman mengalahkan Argentina 1-0, Presiden FIFA Sepp Blatter, Presiden Brasil dan Presiden Rusia berada di dalam majlis menyerahkan tugas penganjuran dari Presiden Brasil ke Presiden Rusia.
Begitu juga halnya dengan GAZA. Andaikata serangan Israel ke wilayah GAZA berlaku sebelum 14 Julai 2014 (hari terakhir Piala Dunia 2014), nescaya kehangatan Piala Dunia tidak semeriah tahun ini. Penonton akan merasa tidak seronok kerana ada rakyat yang menderita.
Sesungguhnya pemberontak dan Israel pembunuh mengambil kira, temasya Piala Dunia di dalam perancangan melakukan tindakan keganasan.
BAIKOT RUSIA DAN ISRAEL DI DALAM BOLASEPAK UNTUK MEMBENTUK DUNIA YANG AMAN.
No comments:
Post a Comment