Thursday, 24 July 2014

TRAGEDI MH17 MENYATUKAN AHLI PARLIMEN DAN MAJORITI RAKYAT



MH17 adalah penerbangan MAS dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Sesampai di Grabovo dekat bandar Donetsk, Ukraine, bersempadan dengan Rusia, pesawat ini telah di tembak oleh peluru berpandu yang di katakan di lepaskan oleh pihak pemisah. Kawasan kemalangan juga di `control' oleh pihak pemisah.

Seramai 298 penumpang dan krew pesawat, yang seramai 198 adalah dari Belanda, terkorban di dalam insiden ini.

Insiden ini mendapat perhatian dan kemarahan pemimpin dunia seperti Malaysia, Belanda, Rusia, Australia, Britian ,Amerika Syarikat dan lain. Persekutuan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) telah membuat ketetapan agar sebuah  badan penyiasatan antarabangsa untuk mengenalpasti punca kemalangan tersebut..

Pasukan Penyelamat dan Penyiasatan dari beberapa negara bergegas ke Keiv tetapi tidak dapat memasuki kawasan kemalangan. Mayat mayat bergelimbangan dan beg beg bertaburan. Hanya selepa sehari, pasukan penyelamat OASE di benarkan masuk tetapi hanya untuk 1 jam. Setelah di desak negara lain, pasukan penyelamat dapat masuk dan melakukan `salvage'. Namum ada mayat mayat dan kotak hitam telah di bawa keluar oleh pihak pemisah.

DS Najib secara sulit telah berunding dengan Ketua Pemisah, Alexander Borodai dan dengan kecekapan `persuasive' DS Najib, Ketua Pemisah bersetuju tanpa syarat (ada yang khuatir DS Najib membayar pampasan menggunakan duit rakyat) 3 perkara iaitu pengurusan mayat, penyerahan kotak hitam (walaupun berwarna oren) dan jaminan keselamatan untuk memasuki kawasan.Selepas 2 hari kemalangan, mayat mayat berjaya di bawa keluar dan kotak hitam diserahkan kepada Malaysia.

Insiden ini berjaya membawa ahli parlimen Malaysia untuk bersatu dan mengutuk tindakan kejam menembak jatuh pesawat MH17. Mereka nyatakan pendirian mereka di dalam Persidang Tergempar Sidang Parlimen pada Rabu pagi 23 Julai 2014 di Dewan Rakyat. Usul tergempar mendapat sokongan Ahli Parlimen Pembangkang 100 peratus. Ada juga cadangan cadangan tindakan yang perlu di ambil oleh Kerajaan Malaysia demi menuntut keadilan.

Penulis gembira kemalangan ini menyatukan Ahli Parlimen Malaysia. Masing masing menghargai tindakan PM menyelesaikan masalah pengurusan mayat, penyelamat dan `salvage'. kotak hitam dan jaminan keselamatan untuk pasukan penyiasat.

Persidangan hari Rabu ini menunujukkan professionalisma ahli Dewan Rakyat. Tiada kedengaran teriak melaung, berhujah dengan sopan, memberikan cadangan kepada masalah, tiada label melebal. Ini lah yang di namakan Dewan yang mulia bukan Pasar Borong Ikan.

No comments:

Post a Comment