YBhg Tun Abd Hamid menulis bahawa.....
Pada pandangan saya, hubungan antara kaum di Malaysia masih baik. Rakyat berbagai kaum masih menjalani hubungan seperti biasa. Tidak ada ketegangan di antara kaum dalam hubungan mereka seharian. Hubungan sosial di antara sesama orang Melayu juga baik, tidak kira apa parti politik mereka.
Apa yang berlaku semenjak PRU 12 ialah “political divide”. PAS, melalui janji syurga yang tidak perlu ditepati, mengkafirkan penyokong UMNO dan memburukkan pemimpin-pemimpin UMNO dan lain-lain, telah berjaya menarik sebilangan besar orang Melayu untuk menjadi penyokongnya, bukan lagi di kawasan pedalaman tetapi juga di kawasan bandar, bukan lagi dikalangan orang- orang yang berkelulusan Syari’ah tetapi juga di kalangan professional.
Ini telah melemahkan UMNO. Tetapi, selagi PAS kekal bersendirian dan tertumpu kepada negeri-negeri Pantai Timur, ia tidak menjadi ancaman yang serius kepada kerajaan BN di peringkat Persekutuan.
Keadaan berubah dengan penubuhan PKR. PKR telah berjaya menarik orang- orang yang kecewa, yang tidak mendapat tempat dalam UMNO, golongan oportunis dan yang marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO tidak kira samada alasannya munasabah atau tidak
Komen Penulis.
Teramat benar penulisan Tun Hamid ini. PKR adalah parti orang kecewa khasnya orang Melayu. Ada yang kecewa kerana tidak dapat berperanan penting dalam UMNO, ada yang kecewa kerana janji tidak di tepati dan ada juga kecewa kerana tidak mendapat projek Kerajaan. Lalu mereka join PKR, yang secara kebetulan banyak ruang menjadi wakil rakyat dan pemimpin.
Kepada PAS, janji syurga itu amat bahaya. Mengkafirkan orang lain amat serius kesalahanmya. Berbuat lah sesuatu sebelum orang Melayu kita menjadi lemah kepada kaum Cina yang ditunjangi oleh DAP..
bersambung sessi 2
sumber ikhsan dari http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/07/pru-14-sekiranya-melayu-sudah-tak-mahu.html
Mungkin tidak ramai orang Melayu yg sedar bahawa usaha utk mempertahankan kalimah Allah dari disyirikkan olih pihak gereja Keristian lah yg menjadi pemangkin sebenar bagi membawa orang Melayu utk menyokong UMNO semasa PRU 13 kelmarin. Sebaliknya usaha PAS dan PKR yg terang2 merosakkan akidah anak Melayu telah memberi ruang yang seluas-luasnya bagi orang bukan Melayu dan bukan Islam utk memperlekehkan institusi diraja dan Islam di negara ini.
ReplyDeleteKedua-dua parti itu telah di jadikan alat olih Cina DAP utk memecahbelahkan org Melayu dan Islam di negara ini. Sudah sampai masa nya kita sedarkan diri utk menolak mana-mana pemimpin Melayu yg terang-terang memberi sokongan terhadap Cina Kiasu DAP!!! Kuburkan parti PKR dan juga parti PAS utk penyatuan umat melahyu.dan Islam. Tegur atau tolak mana -mana pemimpin UMNO yg masih tidak sedar diri sekiranya ada.