Tun Hamid mengulas lanjut....
Melihat keadaan ini (perpecahan Melayu), NGO-NGO Cina mula menunjukan sikapnya yang sebenar: tamak dan “kiasu”. Mereka mula membuat tuntutan-tuntutan yang tidak berpatutan yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan khususnya mengenai hak orang Melayu dan kedudukan Islam.
Tindakan Gereja Katholik juga sangat merbahaya. Semua perbuatan itu bukan sahaja boleh menggugat perpaduan negara, malah ketenteraman negara. Semua ini tidak berlaku semasa orang Melayu teguh di belakang UMNO. Perbuatan itu mesti dibendung.
Disamping itu, kerajaan tidak patut terlalu berlembut apatah lagi takut kepada mereka sehingga tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Tidak guna mempunyai undang-undang jika tidak berani menggunakannya.
sumber dan ikhsan
http://medan-info-kita.blogspot.com/2014/07/pru-14-sekiranya-melayu-sudah-tak-mahu.html
Komen Penulis
Pepecahan Melayu menjemput kelemahan Melayu. NGO NGO Cina mula menunjuk kuasa. Orang Cina bersatu di belakang DAP dan menuruti pendekatan DAP. PRU 13 membawa erti yang besar buat orang Melayu. Orang Cina mengundi DAP secara en bloc. Banyak kerusi BN jatuh kepada pembangkang. Mereka berjaya mengurangkan majoriti 2/3 BN. Kerusi kerusi strategik mula di kuasai. Calon DAP boleh bertanding di mana sahaja walaupun calon tersebut tidak pergi ke kawasan itu. Tetapi pengundi tetap pilih roket atau parti.
Mereka berjaya mengawal selia PAS dan PKR. PAS dan PKR di `neutralise' dengan jayanya. DAP mempergunakan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang tetapi DAP parti dominan. Mereka sama sama membuat tuntutan yang melanggari peruntukan Perlembagaan. Berani menegur dan membelakangkan Sultan. Agama Islam di caci. Tetapi Kerajaan berdiam diri. Mengapa?Adakah Kerajaan takut kehilangan terus sokongan Cina yang 10 peratus mengundi BN?
No comments:
Post a Comment