Sunday, 13 July 2014

ANTARA ANAK DATUK SHARIFAH AINI DAN ANAK MENTERI.....PILIHAN MEREKA


Tun Hamid yakin bahawa....
Sebenarnya UMNO sebagai sebuah parti Melayu berada diatas landasan yang betul. Yang dipersoalkan ialah pemimpin-pemimpinnya. Mereka, isteri dan anak-anak mereka dilihat sebagai hidup mewah di luar kemampuan mereka yang membangkitkan isu rasuah.

Saya dapati, politik wang dan tertutupnya pintu untuk “orang baru” memasuki dan memenangi apa-apa jawatan dalam hirarki UMNO adalah faktor utama mengapa kalangan profesional tidak menyertai UMNO. Mereka lebih mendapat tempat dalam PAS.Jika hal ini berterusan UMNO akan ketandusan pemimpin. Hal ini telah pun dirasai.

Tun Hamid, Mantan Ketua Hakim Negara

komen penulis
Penulis juga ingin membuat pembetulan (sebagaimana permohonan maaf Tun Hamid) yang tawaran jawatan yang ditolak oleh Tun Hamid ialah Pengerusi Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian dan bukan MKPN. 

Penulis tertarik dengan ulasan Tun Hamid tentang Menteri dan kebanyakan ahli UMNO yang hidup mewah, yang mengundang rasa persepsi ramai orang yang wang mereka hasil kerja kerja rasuah. Betul bukan semua kekayaan yang dimiliki oleh mereka adalah dari kegiatan haram. Ada melalui perniagaan. 

Yang menjadi persoalannya perlu kah kita memandu kereta RM1 juta untuk pergi ke tempat kerja atau balik kampong. Apa tujuannya?. Jika orang politik masuk kampong berkereta mahal, bolehkan mereka membeli sokongan ahli UMNO? Tidak semestinya. 

UMNO/BN ada mengesyorkan para ahli kempen UMNO/BN tidak `menyibok' dengan kenderaan besar (walaupun hasil perniagaan halal) ke kampong kampong kerana ia memberi imej yang buruk, lebih buruk dengan kepandaian puak pembangkang spin isu.

Zaman sekarang lain. Ahli politik kena kelihatan sederhana di dalam penampilannya, mesra dan sikap suka membantu serta senantiasa sedia membantu jika diperlukan. Bantuan tidak semestinya duit tetapi cadangan menyelesaikan masalah, mendapatkan saluran mendapat Dana atau jabatan mana yang menguruskan masalah tersebut. So, ahli politik mesti berpengetahuan. Amalan UMNO/BN ialah memilih orang tempatan menjadi calon wakil rakyat bukan `bidan terjun', jika ada PRU atau PRK.

Surat Allahyarhamah Datuk Sharifah Ani kepada anaknya Alif Omar (yang di muat turan di dalam media sosial amat menyentuh hati penulis. Datuk Sharifah Aini berbangga, memilih pendidikan agama berbanding dengan kemewahan material dan sosial untuk anaknya, Alif Omar. Ada Ketua Ugama Negeri, Menteri dan ahli korporat  berbangga memberi kemewahan kepada anaknya. 

Penulis ingin menamah `arguement' Tun Hamid yang tahap pendidikan agama mereka yang di sebutkan diatas juga mempengaruhi tindakan ibubapa terhadap anak anak mereka. Mereka ada `choice' untuk memberikan pendidikan agama atau agama + pendidikan normal atau sebaliknya. Mereka ada pilihan untuk hidup mewah atau sederhana. Biar kaya raya tetapi kehidupan kelihatan sederhana. Mereka sendiri menetapkan samada mereka atau anak mereka hendak di sukai atau hormati rakyat.


Semoga penulisan ini membawa kebaikan kepada semua orang.





nota
Hanya Allah yang tahu dan menentukan seseorang itu masuk syurga atau neraka, tidak mengira beliau anak Datuk Sharifah Aini atau Anak Menteri.



No comments:

Post a Comment