Wednesday 2 July 2014

TIBA MASANYA TS MUHYIDDIN MINTA DS NAJIB UNDUR (MACAM TUN ABDULLAH DULU)


Sejak DS Najib mengambilalih pemerintahan negara daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, rakyat dapat merasakan kelainan `style' dan cara pentadbiran DS Najib. Penulis akui pentadbiran DS Najib lebih agresif, majoriti rakyat menerima menefaatnya dan kerap turun padang serta melawat banyak tempat. Pelbagai pakej rangsangan ekonomi dan pembaikan pentadbiran telah di perkenalkan dan nampak impaknya. Pelbagai bantuan di salurkan kepada usahawan Bumip[utera dan bukan Bumiputera di dalam pelbagai bentuk dan jumlah.

Strategi memenang hati rakyat melalui keadah konsep 1 Malaysia dan BRIM turut memberikan kesan yang positif. Penskruturan semula subsidi minyak dan barangan lain menjimatkan wang negara dan rakyat dan lebihan itu di kembalikan semula kepada rakyat.

Public Relation (PR) DS Najib dengan negara luar amat baik. Hubungan mesra dengan pembangkang PAS juga jelas kelihatan. Hubungan kerja dengan pegawai kerajaan dan  Kesatuan Kerja pada tahap akrab dengan pakej kenaikan pangkat, gaji, kemudahan perumahan yang baik dan tempat kerja yang harmoni. Para peladang petani dan nelayan dibantu terus malah yang ditimpa musibah seperti banjir juga menerima peti sejuk dan TV. Inilah yang di katakan PR kelas pertama.

Namum DS Najib dilihat sebagai lemah dari aspek menjaga kepentingan Melayu. Beliau banyak mengikut rentak pembangkang di dalam banyak aspek. Pembangkang melalui BERSIH mahukan keadah baru di dalam Pilihanraya. Hampir semua tuntutan BERSIH di penuhi termasuk dakwat kekal. Malangnya keputusan pilihanraya PRU 13 tidak di terima dengan hati terbuka. Masih ada penipuan seperti 40,000 pengundi Bangla dan Black out 

Sedang ramai orang Melayu meminati peranan PERKASA, DS Najib kelihatan memusuhi PERKASA kerana parti politik Cina menuduh PERKASA sebuah pertubuhan extremist Melayu. DS Najib perlu kelihatan `neutral' kerana beliau adalah PMuntuk semua kaum.

DS Najib menghapuskan ISA dan EO yang menyebabkan penyokong pembangkang sewenang wenangnya mengeluarkan kata kata penghinaan terhadap Perlembagaan Malaysia, agama Islam dan Raja. Mereka legal berdemonstrasi. Penjenayah penjenayah yang majoritinya India dan Cina dilepaskan dan berlakulah kes jenayah tembak menembak di Malaysia. Suatu ketika dahlu, untung nasib penjenayah yang di utamakan dan diperjuangkan oleh masyarakat tetapi keselamatan dan kebajikan anggota keselamatan serta protokol mencegah jenayah yang dipersoalkan. DS Najib memberi banyak peruntukan  kepada kaum Cina dan India, tetapi tiada pulangan politik. Mereka bukan sahaja mahukan peruntukan malah idamkan kuasa politik sekali.

Kalimah Allah dipersoalkan dan dibawa ke mahkamah untuk kepastian dan keputusan. Apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, mereka tidak mahu menerimanya dan sebaliknya menganjurkan Perhimpuan Bantah Keputusan Mahkamah. Inilah akibat daripada penghapusan ISA dan penguatkuasaan yang lemah. Rakyat tersebut tidak menghormati atau gerun dengan Institusi kehakiman dan Keselamatan. Penulis amat risau dengan andaikata DS Anwar Ibrahim gagal di dalam rayuan kesalahan liwat di peringkat terakhir. Demonstrasi kemungkinan besar akan di adakan. 

DS Najib terlalu baik untuk keadaan politik yang `robous' masakini. Rakyat seperti saya yang mahukan kehidupan hormat menghormati hak masing masing, ketagihkan pemerintahan Tun Dr Mahathir. Kita mahu rakyat bukan Islam menghormati umat Islam seperti dahulu. Kita mahukan keamanan dan keselamatan seperti dahulu. Tidak bererti dan berguna wang BRIM yang di salur jika harga barangan tidak terkawal.

Apabila keputusan PRU13 menunjukkan paten pengundian yang tidak sihat, iaitu 90 peratus pengundi Cina berdaftar di Malaysia mengundi DAP, DS Najib nampak Malaysia sedang menghadapi masalah polarisasi kaum. Polarisasi kaum ini berlaku akibat permainan politik perkauman DAP yang teramat sangat dan ia dibantu oleh PKR dan PAS. Rakyat kaum Cina terutamanya termakan dengan dakyah DAP. Mereka ditakutkan andaikata BN terus memerintah. Yang penulis takut, rakyat yang berpenyakit A tetapi diberikan ubat untuk penyakit B. DS Najib mencadangkan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) atau National Unity Consultative Council (NUCC), ubatan yang kurang tepat untuk penyakit polarisisi kaum akibat mainan politik. Kaum Cina tidak perlu perpaduan kaum, mereka mahu kuasa politik negara.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abd Hamid Mohamed berkata beliau menolak tawaran Kerajaan untuk dilantik menjadi Pengerusi MKPN atau NUCC kerana beliau tidak mahu di tuduh sebagai `pengkhianat' kepada bangsa Melayu sendiri. Apabila beliau menjadi Pengerusi, kemungkinan besar beliau akan diperalatkan oleh ahli ahli di dalam MKPN untuk menuntut sebahagian daripada hak orang Melayu atau samarata  di antara bangsa.

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2014/07/mkpn-bekas-ketua-hakim-negara-sahkan.html

Majlis ini dilihat telah di pergunakan oleh Majlis Peguam dan COMANGO untuk menuntut beberapa tuntutan yang boleh menyentuh dan menghakis hak Melayu, agama Islam dan perlembagaan negara Malaysia. Beliau menambah yang beliau membuat keputusan yang tepat untuk menolok jawatan tersebut kerana NUCC ini di kuasai oleh pembangkang. Majlis Peguam memang cenderong kepada pembangkang manakal COMANGO memperjuangkan hak asasi manusia semata mata tanpa panduan agama Islam khasnya. 

Yang terus menyedihkan, DS Najib melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) telah menyerahkan tugas mengubal 3 rang undang undang baru iaitu Racial and Religion Hate Bill, National Harmony and Reconcillation Bill dan terakhir National Harmony and Reconcillation Commission Bill, kepada MKPN. Mengapa pengubalan rang undang undang ini di`swasta' kan kepada MKPN. Ini amat bahaya, tegas Tun Abd Hamid.

Terus menyedihkan ketiga tiga rang undang undang ini akan mengantikan Akta Hasutan 1948. Wow. Tindakan ini lebih membahayakan negara dan bertambah parah perpaduan negara. Negara boleh huru hara, kata mantan Tun Dr Mahathir Mohamed.

Beliau mengulas, perbuatan menghasut akan menjadi jadi kerana rang undang undang baru tidak dapat menghalang perbuatan menghasut dan menghina Melayu, Islam dan Raja.

http://www.kedahnews.com/2014/07/tun-m-jika-akta-hasutan-dimansuhkan-maka.html

Pada pandangan penulis, sebelum terlambat, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu `berbisik' dengan DS Najib supaya `buckle up' atau `pack your thing'. Suasana semakin teruk buat UMNO/BN. Penulis terasa tidak selamat lagi.


2 comments:

  1. saya stuju dgn pendapat admin. Najib kena diturunkan segera sebelum PRU14. Kalau najib xde, masih ada peluang untuk baikpulih kepercayaan org melayu pada umno. Umno lembik kerana najib.

    ReplyDelete
  2. Nak jadi hebat, kena tunjuk hebat dan berwatak hebat. Isteri berjalan di sisi @ di belakang, bukan di depan. Kalau cerminan ini dilangkah, bermakna anda lemah dan lembik. Tu jer...

    ReplyDelete