Friday, 25 July 2014

THE ROCKET POCKET MAN BAKAL DI KENAKAN HUKUMAN KERANA GAZA







Malaysia menjadi topik utama media antarabangsa sejak 17 Julai 2014 yang lalu apabila sebuah pesawatnya MH17 dengan 298 penumpang dan krew di tembak jatuh oleh pihak pemisah Ukraine. Kesemua nya maut di dalam nahas udara itu.



Berita semakin hangat kerana pasukan penyelamat Malaysia dan negara lain dan ICAO tidak dapat memasuki kawasan kemalangan kerana ia di kuasai oleh pihak pemisah. Setelah dua hari berlakunya kemalangan, pasukan penyelamat dapat memasuki kawasan dan melakukan pemeriksaan dan pengurusan mayat. Kuasa besar seperti Rusia dan Amerika serta Australia tidak dapat berbuat apa.



Tanpa di duga, DS Najib telah berunding terus dengan Ketua Pemisah, Alexander Borodai. Dengan izin Allah, rundingan berjalan lancar dan cepat. 3 perkara utama dipersetujui. Mayat mayat akan segera di `kereta apikan' ke Kharkiv untuk di hantar ke Amsterdam. Penghantaran mayat telah dibuat dengan serta merta. Keduanya 2 kotak hitam di serahkan kepada Malaysia untuk penganalisaan ICAO. Kotak hitam telah diserahkan. Ketiga ialah jaminan keselamatan untuk pasukan penyelamat dan penyiasatan melakukan tugasan. Ini sedang di muktamadkan. Pemimpin dunia dan Malaysia mengkagumi usaha peribadi DS Najib.



MH17 mengorbankan 198 penumpang rakyat Belanda. Belanda mengistiharkan hari berkabung dan penghormatan negara jenazah jenazah yang dihantar ke Amsterdam.



Pada 24 Julai yang lalu, Kontigen Sukan Malaysia berada di Glasgow untuk upacara pembukaan Sukan Kommanwel. Malaysia berarak membawa bendera separuh tiang, para atlet memakai lilitan hitam di lengan dan beberapa atlet lagi memakai pakaian pramugara dan pramugari MAS.



Pelumba Malaysia membikin sensasi lagi. kali ini pelumba basikal negara Azizul Hasni Awang menyarungkan `glove' yang menyebut SAVE GAZA. Media Israel dan pro Israel telah memainkan sentimen anti Israel oleh pelumba Malaysia. Ini diberitakan mendapat perhatian penganjur Sukan Kommanwel yang mungkin mengenakan denda terhadap pelumba Malaysia.











Penulis ingin mencadangkan Menteri Belia dan Sukan mengambil perhatian dan kurangkan kegiatan menyokong GAZA pada saat ini. Rakyat Malaysia tahu para atlet Malaysia amat bersempati dengan penderitaan rakyat Palestin. Tolong simpan di hati masing masing dan bertanding hebat. Penulis tidak mahu penyertaan kita terbatal dan ia merugikan duit rakyat.



http://riziqin.blogspot.com/2014/07/the-rocket-pocket-man-bakal-dikenakan.html?spref=bl

No comments:

Post a Comment