Saturday, 12 July 2014

GRAND DESIGN NAZIR TUN RAZAK ATAU KEBETULAN


Dunia korporat Malaysia di kejutkan dengan perletakan jawatan Datuk Seri Nazir Tun Razak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB tetapi di lantik menjadi Pengerusi CIMB. Selain itu, beliau akan mencurah bakti di Khazanah Nasional. Beliau baru di lantik sebagai salah seorang Pengarah. Berita ini `invite' spekulasi di mana Datuk Seri Nazir akan mengantikan Tan Sri Azman Mokhtar, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad.

Selang beberapa hari, Malaysia terkejut lagi dengan pengumuman pengabungan CIMB,RHB Capital dan MBSB. Pengabungan ini akan menjadikan gabungan bank ini menjadi Bank yang terbesar di Malaysia.mengambilah kedudukan pertama bank terbesar, Malayan Banking Berhad. Bank Negara Malaysia telah memberikan tempoh masa 6 bulan untuk memuktamadkan pengabungan ini,

Adakah ini satu kebetulan? Ataupun ia satu `Grand Design’ PM.?  Penulis berkata  demikian kerana KWSP adalah pemilik saham terbesar di dalam bank bank tersebut, dan tentunya beliau berhak menentukan halatuju bank bank tersebut. Bank bank ini mungkin dipertingkatkan nilainya.

Pendirian penulis jika niatnya baik untuk ekonomi dan kedudukan bank bank tersebut, silakan. Along the way, ada pihak yang akan membayar dan menerima yuran penstrukturan dan enjoy  economic spill over.

`Big is beautiful’ kata mantan Tun Dr Mahathir tetapi bank gabungan ini tidak harus meminggirkan peminjam kecil.

Kelazimannya apabila berlaku pengabungan, jawatan 3 CEO akan menjadi 1 CEO. Itu penulis tidak peduli kerana mereka talented dan boleh mendapat pekerjaan di tempat lain. Yang penulis harap jangan ada pekerja yang harus meletakkan jawatan kerana `job duplication’.  Maksudnya jika sepanjang  Jalan TAR ada ketiga tiga bank, mungkin 2 bank yang lain akan ditutp. Mungkin ia lebih effisein dan menjimatkan kos. Berhati hatilah dengan modal insan. Pampasan secukupnya dan adil perlu dibayar jika perkhidmatan mereka tidak diperlukan lagi.

Setiap pengabungan ada `economic spill over’ dari sekecil kecil bisnes seperti penukaran namecard dan business letter kepada sebesar besar renovasi dan pengiklanan. Everybody has his cake. Peguam Korporat dan juruaudit paling sibok. Bursa  Saham perlu diberitahu.
Diharapkan pengabungan ini membawa sektor kewangan Malaysia ketahap `world standard and respect’ dan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan. Kepada orang di belakang tabir, senantiasa ingat ini.


KHIR TOYO JATUH KERANA PENYAPU
GHANI OTHMAN JATUH KERANA KFC
KHALID IBRAHIM AKAN CEPAT JATUH KERANA JUDI KUDA

Xxxxxx JATUH KERANA CIMB

Maklumat tambahan mengenai pengabunan ini boleh di baca di http://www.nst.com.my/node/12111

No comments:

Post a Comment