Thursday, 24 July 2014

SIDANG KHAS PARLIMEN - MH17


Saya menonton TV1 Persidangan Khas Dewan Rakyat Mengenai MH17.

PM telah membentangkan usulnya mengutuk tindakan kejam pihak yang menjatuhkan pesawat MH 17 sehingga menngorbankan 298 penumpang dan krew penerbangan. Ucapan PM kemudian di bahas dan di sokong oleh Ketua Pembangkang. 

Seramai 12 pembahas dari BN dan 10 dari pembangkang .di beri peluang membahaskan usul dari Perdana Menteri. .

Berdasarkan pemerhatian pembahasan sessi pagi dan fokus kamera, penulis simbulkan 2 senario. 

Pertama, tidak kelihatan kelibat Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Penulis dapat merasakan kedua duanya sedang menghadapi kemelut politik yang tersendiri. Seorang di cadangkan di lucutkan jawatan MBnya dan seorang lagi tidak dicalonkan menjadi MB walaupun dicadangkan oleh partinya. Kedua dua seteru ini sekarang mempunyai `musuh' yang sama iaitu DS Anwar Ibrahim. Macam macam perasan yang berlaku. Ada yang kecil hati, geram, marah kerana mungkir janji dan sebagainya. 

Kedua, showdown diantara Presiden dan Timbalan Presiden MIC. Di dalam sessi pembahasan ini MIC memperkenalkan dua orang pembahas iaitu Datuk G Palanivel dan Datuk S. Subramaniam. Melalui media massa, Datuk Seri Samy Vellu sedang `marahkan' Datuk G Palanivel. Kelihatan mereka menunjukkan kehebatan bercakap dan berbahas. Semasa Perhimpuan MIC yang lalu, Presiden MIC hampir hampir di lawan oleh Timbalan Presiden dan gandingannya YB Kalamanathan. Mereka ini katakan berkrisis. 

No comments:

Post a Comment