Friday, 11 July 2014

LITAR LUMBA KUDA DI BINA SEMPENA TAHUN KUDA ???


Bagi kaum Cina, Tahun 2014 ini adalah Tahun Kuda. Para cerdik pandai Feng Shui mengulas banyak tentang kebaikan dan keburukan Tahun Kuda.

Antara pengulas yang menarik perhatian penulis ialah Teresa Kok dan 3 orang pakar feng Shuinya yang di muatturun di dalam video CLIP Onderful Malaysia sempena Tahun Baru Cina. Pengacara dan pengulas Video clip yang berunsur hasutan dan sindiran ini sudah di dakwa di Mahkamah. Sila rujuk artikel penulis tentang video clip ini di nasirwise.blogspot.com.

Penulis masih ingat ulasannya yang mengatakan Malaysia akan mengalami banyak masalah di dalam tahun 2014 ini. Benar sekali bacaan nya. Datuk Seri Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat pembantunya Saiful Bukhari Azlan dan di jatuhi hukuman 5 tahun penjara. DS Anwar sedang merayu perlaksanaan hukuman penjara tersebut. DS Anwar hilang kelayakan bertanding di Kajang. Karpal Singh juga di dapati bersalah menghina Sultan Perak dan sedang merayu juga. Mendiang juga hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen. 

Tahun 2014 juga menyaksikan ramai pemimpin sakit dan meninggal dunia. Ini termasuklah Karpal Singh yang maut di dalam kemalanngan jalanraya. ADUN Bukit Assek Sarawak meninggal dunia sakit kanser. Pemimpin utama PAS juga dilaporkan keuzuran dan juga meninggal dunia.

Pesawat MH370 hilang dari kawalan radar dan sehingga hari ini (4 bulan 3 hari), pesawat dan kotak hitam masih belum di jumpai. Ironinya, dengan bantuan 26 buah negara dan teknologi canggih, pesawat MH370 masih misteri.

PKR merekodkan banyak pergaduhan di dalam pemilihan pemimpinnya. Kerusi berterbangan dan pergaduhan berlarutan. Kerusi MB menjadi lebih panas apabila Presiden PKR bertanding di DUN Kajang dan menang. Tan Sri Khalid pula tewas jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor.

Sebelum itu, tahun Kuda di burukkan dengan masalah kemarau panjang dan bekalan air terawat berkurangan sangat. Catuan air meyemarakkan lagi kemarahan rakyat kepada pemimpin PKR.

Tan Sri Khalid Ibrahim sedang menimbangkan kelulusan untuk membina sebuah Litar Lumba Kuda yang terbesar di Asia. Masyarakat Melayu di sana membantah keras cadangan memindahkan Pusat Perjudian Lumba Kuda di Sungai Besi ke Bukit Tagar. Beliau berkata pembinaan ini akan merancakkan aktiviti ekonomi di Kuala Selangor  khasnya dan Selangor amnya. Projek perjudian ini sudah dibincangkan di dalam EXCO tetapi belum diluluskan. Pada penulis, Sultan Selangor juga tidak akan memberikan perkenan Baginda. 

Tahun Kuda ini juga akan menyaksikan perletakan jawatan MB Selangor.

Khir Toyo jatuh kerana penyapu
Ghani Othman jatuh kerana KFC
Khalid Ibrahim jatuh tergolek kerana judi kuda


No comments:

Post a Comment