Friday 18 April 2014

ORANG MELAYU MUDAH MEMAAFKAN KARPAL SINGH



Karpal Singh banyak melukakan hati orang Melayu Islam. Agama Islam di hina dan diperlekahkan oleh Karpal Singh dan DAP khasnya. Mereka berani kerana dibelakang mereka ada pakar undang undang dan kewangan. Mereka tanpa segan silu `test the Constitution’ walaupun mereka tahu `it is not contestable’. DAP menerajui gerakan desakan kepada Kerajaan untuk membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah di dalam kitab injil berbahasa Malaysia.

Mendiang Karpal Singh sebenar seorang yang pertama berani `sound’ Sultan. Sultan Perak bertindak melucutkan jawatan Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat kerana berlakunya situasi Ahli DUN DAP dan PKR memilih menjadi wakil bebas tetapi memihak BN. Berpuluh atau beribu laporan PDRM di buat oleh NGO Melayu dan Islam, nanum sedetik pun menakutkan Karpal Singh.

Keberanian Karpal Singh `derhaka’ kepada Sultan Perak, membuka ruang dan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia khasnya kaum Cina pengundi dan penyokong DAP PKR dan PAS mencemoh dan memaki Sultan. Jika ada 1000 orang yang berani di tangkap untuk di soaljawab oleh PDRM dan dilokapkan 3-7 hari dan melapangkan masa beberapa menghadiri perbicaraan dan berkorban untuk dipenjara beberapa hari hingga bulan dan denda, perbuatan memaki Sultan Melayu Islam adalah `normal’, `tidak menjadi kesalahan besar’, perbuatan hak asasi manusia, berbaloi dan mencapai matlamat besar kumpulan ini. 

Karpal Singh juga telah menjadikan Institusi Kehakiman lebih berhati hati di dalam penghakimannya. Tugas para Hakim menjadi semakin effisen dan tidak membuat  kesilapan.Para Yang Arif tidak boleh bertindak sebagai `one way communication’. Penghujahan mesti baik berasas dan kukuh. Karpal Singh berani mengesorkan para hakim di lucutkan daripada mendengar kes tertentu. Karpal Singh boleh memohon menukar Hakim beberapa kali.

Penulis tidak mudah memaafkan seseorang yang memusuhi agama dan bangsa penulis atau pernah cuba secara terangan membunuh kareer kita, menutup rezeki atau menganggu gugat ketenteraman keluarga penulis. Ini lah realitinya. Sebagai seorang manusia biasa, sifat dendam tidak boleh dipadamkan atau dilupakan dengan sekelip mata.

Melalui pengamatan di media social, ramai juga orang Melayu Islam sudah memaafkan Karpal. Ada yang sudah menziarah dan ada yang sudah menghantar ucapan takziah. Ada yang sedang memujinya. Penulis tetap membenci beliau dan tidak akan memaafkannya.


ASTRO AWANI banyak membincangkan mengenai manusia bernama Karpal Singh. Yang dipanggil ke studio pula orang orang dari parti pembangkang. Tentu sekali, Karpal Singh seorang Nabi. Lama lama kita termakan dengan kata kata mereka. Perbincangan mereka di selitkan isu isu politik dan secara sulit mengambarkan Parti Pakatan Rakyat sebuah parti yang `suci’ dari dosa, meliwat itu bukan kesalahan besar dan mempromosi keadilan masyarakat. Penulis mengambil pendekatan tidak menonton 501 minggu ini kerana bosan mendengar perbincangan mereka.

No comments:

Post a Comment