Tuesday 8 April 2014

TRAGEDI MH 370: HUBUNGAN CINA MALAYSIA KURANG BAIK. LEBIH LEBIH LAGI APABILA CHONG WEI MENANG ATAS CHEN LONG DI SIRKIT INDIA.


Sebahagian besar penumpang yang menaiki MH370 adalah warga Cina/Taiwan iaitu seramai 154 orang berbanding penumpang warga Malaysia 38 orang. Kita taksirkan mereka sebagai hilang kerana belum terjumpa sebarang bukti yang mengaitkan MH370 terhempas.

Hubungan Kerajaan China dengan Kerajaan Malaysia adalah baik tetapi hubungan rakyat Cina dengan Kerajaan Malaysia agak tegang disebabkan dikatakan kekurangan maklumat. Dengan masalah bahasa untuk berkomunikasi, lokasi geografi dua negara dan kegagalan mencari pesawat, rakyat China buat sekian lama, membuat rakyat China kurang selesa dengan Kerajaan Malaysia, `of course’ mainan sentimen media asing dan tempatan.

Kerajaan Malaysia bertegas tidak akan mengeluarkan kenyataan yang belum disahkan badan dan agensi berkaitan pencarian. Kerajaan Malaysia amat sensatif dengan keadaan ini. Beberapa deligasi tertinggi dihantar ke Beijing untuk memberikan penerangan terkini dan benar. Deligasi termasuklah penasihat PM, Tan Sri Ong Ka Ting. Seterusnya Datin Paduka Chew Mei Fun di lantik oleh Kerajaan membantu keluarga penumpang China. Demonstrasi dan api kemarahan perlu dipadamkan segera.


Walaupun rakyat China `marah’ dengan Kerajaan Malaysia, kemenangan Datuk Lee Chong Wei mengalahkan Chen Long di dalam Sirkit India, New Delhi tidak menambahkan bahang kemarahan mereka.  

3 comments:

  1. Ala...saudara2 cina Malaysia yang anti Kerajaan UMNO-BN mempunyai saudara di China.. mereka menghasut supaya rakyat China membenci Malaysia. Walaupun terpaksa mengorbankan segelintir bangsa sendiri atau menjadikan kambing hitam bangsa sendiri demi mencapai cita2 memerintah negara melalui pintu belakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. uat saudara sekalian, saya penyokong pr tapi saya tidak memburukkan nama Malaysia. Dan kami juga tidak menghasut rakyat negara China untuk membenci negara kita. Di media sosial weibo, dapat lihat perang comment antara cina dengan orang negara China akibat kami berusaha mempertahankan nama negara Nak bukti, boleh, saya boleh bagi link weibo saya. Jgn cakap bukan-bukan kalau tidak siasat betul

      Delete