Monday 14 April 2014

PEGUAM NEGARA PUN MENGIKUT JEJAK LANGKAH ANWAR IBRAHIM




Penulis membaca berita yang Karpal Singh mendapat laporan yang Pejabat Peguam Negara sedang memfailkan rayuan untuk menambah tempoh kepenjaraan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau didapati bersalah dan di jatuhi hukuman 5 tahun penjara. Pejabat Peguam Negara tidak berpuas hati dengan tempoh kepenjaraan tersebut kerana kesalahan meliwat boleh di penjara tempoh maksimum 20 tahun dan rotan.

Tahniah Pejabat Peguam Negara. Sejak akhir ini, ia memberikan banyak tekanan kepada pesalah tegar dan ala kebal undang undang. Antara inisiatif baru yang di perkenalkan ialah mendapatkan khidmat peguam berpengalaman iaitu Tan Sri Dr Shafiee Abdullah. Beliau di lantik menjadi Ketua Pendakwaraya Pejabat Peguam Negara di dalam kes Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Team Anwar Ibrahim sedang merayu di peringkat tertinggi Institusi Kehakiman.

Keduanya, Pejabat Peguam Negara pula yang mengambil langkah terhadap tertuduh. Diharap Pejabat Peguam Negara merayu sampai ke peringkat tertinggi untuk menambah tempoh kepenjaraan dari 5 tahun kepada 10 tahun.

Kini, Pejabat Peguam Negara tidak bertindak sebagai `menunggu tindakan lawan’ dan defen. Sekarang Pejabat Peguam Negara `menyerang’.

Tahniah sekali lagi dan insyALLAH akan lebih tenteram Negara Malaysia dan lebih terselamat agama Islam kita. Sebenarnya Anwar Ibrahim terlalu `kreatif’.  

No comments:

Post a Comment