Sunday 20 April 2014

KISAH TOK GURU NIK AZIZ


Penulis merujuk kepada penulisan bertajuk `Tok Guru Mohon Maaf Kerana Kesilapan Lampau' dan salah seorang pendebat maya memberikan komen di bawah. Penulis sudah sediakan jawabannya tetapi penulis ingin meminjam tulisan GAP untuk menjawab si fanatik Fazenne ini. Rasanya orang ini seorang yang pendidikan tinggi dan anaknya mungkin belajar di MRSM Alor Gajah. http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/gelagat-ibubapa-pelajar-kayaraya-di.html

Fazenne has left a new comment on your post "TOK GURU NIK AZIZ MOHON MAAF KERANA KESILAPAN LAMP...": 

Saya lagi sedih... kerana... penulis dgn tanpa ilmu... menggunakan perkataan fatwa sebagai kata kunci untuk menghentam TGNA. Undi PAS masuk syurga? Anda dah fahami betul2 maksudnya atau anda sekadar dengar2 dari org2 politik sealiran dgn anda? Anda dah kaji belum ayat Allah yg mengatakan bahawa, jgn bersama2 dgn kaum yg zalim... jgn menentang hukum Allah...dan natijah dari menyokong dan bersama2 dgn golongan penentang hukum2 Allah yg zalim itu? dan bila kata hukum... jgn pula kata sekadar hudud... ada pelbagai hukum dalam Islam... yg ditentang oleh golongan penentang Allah...

Anda pernah belajar atau tidak... hukum solat dibelakang org yg terang2 menentang hukum Allah? Anda pernah kaji atau tidak hukum org yg menentang hukum Allah? Atau anda sekadar dengar2 dari kwn2 sealiran politik dgn anda? Anda pernah belajar atau tidak... apa yg menyebabkan gugurnya iman?

Pembangunan fizikal di Kelantan tidak pesat??? Anda dah pernah pergi ke Kelantan ke belum? Jika anda ke pantai timur... sila bandingkan Kuala Terengganu dgn Kota Bahru yer... saya tersenyum bila mana ada yg membandingkan KB dgn Melaka dan Perlis... Melaka??? Kangar??? kah kah kah.... what are those???

Kenapa anda yg pandai2 tafsirkan permohonan maaf TGNA mengikut acuan anda? Kenapa anda punya sangka2 buruk dlm hati anda terhadap org yg memohon maaf? 

Kah kah kah... bila mana ilmu ditolak ke tepi... beginilah jadinya... Al Qur'an dan Hadith tidaklah lagi menjadi perkara pokok untuk dirujuk... manusia2 akhir zaman... yg berpenyakit wahan... duit dan harta pilihan utama...

Tunggulah... masanya pasti tiba


GAP ada menulis mengenai Tok Guru Nik Aziz seperti berikut. Semoga ia dapat menjawab semua atau sebahagian `perbezaan pendapat' di antara penyokong parti politik.


MOHON MAAF : NIK AJIS WAJIB SPESIFIKKAN KESALAHANNYA SUPAYA MELAYU LEBIH JELAS.


nik ajis semalam memohon maaf di atas kesalahannya selama memerintah kelantan.

dia menitiskan air mata sambil memohon maaf.

tambah nik ajis lagi, sakitnya ini adalah kifarah di atas kesalahan selama dia memerintah kelantan.

eloknya nik ajis spesifik dan detailkan mana satu kesalahannya supaya bangsa melayu lebih jelas..

adakah nik ajis memohon maaf kerana air kelantan masih kotor ?

adakah nik ajis memohon maaf kerana lebuhraya kelantan tak siap ?

adakah nik ajis memohon maaf kerana isu ladang rakyat ?

ATAU NIK AJIS MENGAKUI KIFARAHNYA ITU MELIPUTI KESALAHAN BELIAU SEWAKTU MENJADI MURSIDUL AM PAS.

adakah nik ajis memohon maaf kerana menggelarkan ahli umno tak masuk syurga ?

adakah nik ajis memohon maaf kerana kerap mengeluarkan fatwa perpecahan antara pas dan umno ?

adakah nik ajis memohon maaf di atas kenyataannya YANG MENYAMAKAN NABI MUHAMMAD SAW ITU MACAM MAMAT MAMAT KAT KAMPUNG SAHAJA ?

adakah nik ajis memohon maaf kerana kenyataannya yang mendakwa sambutan maulidur rasul itu bidaah ?

MOHON MAAF DI ATAS KESALAHAN MANA SATU NI POK NIK ?

ATAU NIK AJIS MEMOHON MAAF DI ATAS  KENYATAANNYA DI BAWAH...

 “Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.
 “Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir” – Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.
 “Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid.” – Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.
“Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

 “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram” – Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
 “Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.
 “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.
 “Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.
 “PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.
 “Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.
 “Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang” – Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.
“Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir.”- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.
“Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.
 “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.
 “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.
 “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.
 ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.
“Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999
 “Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat… tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat…” – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.
“Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.
“DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam,” – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009



No comments:

Post a Comment