Tok
Guru Nik Aziz, ketika berkuliah subuh di hadapan jemaah termask Datuk Seri
Anwar Ibrahim, di Kelantan, memohon maaf kepada rakyat Kelantan kerana
`kesilapan’ semasa memerintah Kelantan sepanjang 23 tahun yang lalu. Beliau
mengaitkan permohonan maaf dengan keuzuran yang sedang di alami oleh Tok Guru
Nik Aziz. Seumpama balasan dari Allah. Mungkin ya tetapi penulis lebih
menyatakan faktor usia daripada `balasan’.
Kelantan,
mungkin kurang pembangunan fizikal tetapi keadaan tersebut adalah `acceptable’
kerana Kerajaan Negeri kekurangan dana dan rendahnya pelaburan antarabangsa
(FDI). Setakat ini luas juga tanah tanah pertanian yang terpaksa dipajak oleh Kerajaan
Negeri kepada Peladang Besar Singapura agar yuran pajakan dapat dikutip dan menjana pembangunan negeri. Tidak
sedikit juga kawasan balak dikuasai Pedagang Cina Luar Negara.
Yang
lebih merisaukan penulis ialah kesilapan mengeluarkan fatwa. Fatwa Politik
seperti Undi PAS masuk syurga, Doa Membinasakan orang lain khasnya terhadap Tun
Dr Mahathir dan Datuk Sri Najib dan parti BN, Memberi gelaran Mahafiraun dan
sebagainya, Fatwa Menfitnah Rasuah dan Penyelewengan, Melabelkan atau mengukum
Kafir kepada ahli UMNO, Allah Samseng dan Mencarut,Boleh berkawan dengan
syaitan demi menjatuhkan UMNO / BN, atas alasan parti tersebut sekejam rejim
Zionis. Tok Guru dan Haji Hadi merestui penggunaan Kalimah Allah untuk agama
lain, menghalang keras perpaduan UMNO dan Pas kerana dendam kesumat. Juga
bersetongkol dengan parti yang memusuhi Islam dan Melayu.
Secara
peribadinya, penulis ingin menanya samada Tok Guru memohon maaf atas kesilapan
atau kelemahan pentadbirannya semasa menjadi Menteri Besar 23 tahun atau
kesalahan mengeluarkan fatwa palsu. Beliau tidak pulak mengulas mengenai Fatwa
fatwa yang `political’ pulak.
Kesilapan
fatwa atau fatwa palsu ini telah mengajar ahli PAS menutup minda kepada berita
arus perdana. Ia juga menyebabkan beberapa pasangan suami isteri berpisah dan
tidak bertegur sapa. Fatwa palsu juga mungkin telah memesongkan akidah umat
Islam. Hampir semua pemesongan fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz talah menjadi
`sabda’ dan menjadi amalan kehidupan ahi PAS.
Macamana
agaknya hendak memulihkan semula pemikiran ahli dan penyokong PAS yang di
merata Negara.? Yang yang bersarang di akal fikiran?Yang merata corok rantau?
Boleh kah permohonan maaf dan pembetulan fatwa boleh dibuat didalam kuliah subuh
di Kota Bahru sahaja?
Penulis
menghormati pendirian dan keberanian YAB Datuk Sri Najib yang secara terbuka
memohon maaf di atas segala kesilapan dan kelemahan BN dan bagi pihak pemimpin
lampau.
http://nasirwise.blogspot.com/2013/04/tok-guru-nik-aziz-kata-sembahyang-orang.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/tok-guru-nik-aziz.html
http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/tok-guru-nik-aziz-menyambut-hari-jadi.html
"Kelantan, mungkin kurang pembangunan fizikal tetapi keadaan tersebut adalah `acceptable’ kerana Kerajaan Negeri kekurangan dana dan rendahnya pelaburan antarabangsa (FDI)."
ReplyDeleteKenapa negeri kecil lain seperti perlis dan melaka boleh adakan pembangunan infrastuktur yang baik, malah bukan banyak hasil hutan yang negeri ini ada. Bagi aku ini bukan 'acceptable'. Ini kerana ia di pimpin oleh orang yang bukan ahli dalam bidang dan hanya tahu cakap, buat kerja tak tahu... Banyak penyelewengan dana yang dihulurkan kerajaan untuk bangun kan infrastruktur di salahguna. Perlis, negeri kecil, apa pelaburan yang ada, tapi infrastruktur jauh lebih baik. Jangan banding dengan Melaka la, jauh panggang dari api. Masalah nya Kelantan di pimpin oleh incompetent people selama 22 tahun, ceramah hari hari bagai nak rak, tapi jenayah berlambak juga. Baru ni kes rogol beramai-ramai keatas ibu yang 7 bulan mengandung... gila... Budak sekolah main pil kuda seawal darjah 5 dan 6. Anak-anak Kelantan ramai yang tak malu berhijrah cari makan kat tempat orang, lepas tu sombong bagai apa lagi... Musim raya, sesak jalan menyusahkan orang, sebab pakat-pakat balik kampung tunjuk lagak gaya ayam sabong, tapi kampung tergadai kat orang Singapore... Tahniah PAS Kelantan di atas kepimpinan anda selama 22 tahun. Rakyat makmur hidup selesa, hari-hari minum teh susu, tak payah bancuh, boleh ambil terus dari paip, tambah gula je... caiyoooo Kelantan..
Saya lagi sedih... kerana... penulis dgn tanpa ilmu... menggunakan perkataan fatwa sebagai kata kunci untuk menghentam TGNA. Undi PAS masuk syurga? Anda dah fahami betul2 maksudnya atau anda sekadar dengar2 dari org2 politik sealiran dgn anda? Anda dah kaji belum ayat Allah yg mengatakan bahawa, jgn bersama2 dgn kaum yg zalim... jgn menentang hukum Allah...dan natijah dari menyokong dan bersama2 dgn golongan penentang hukum2 Allah yg zalim itu? dan bila kata hukum... jgn pula kata sekadar hudud... ada pelbagai hukum dalam Islam... yg ditentang oleh golongan penentang Allah...
ReplyDeleteAnda pernah belajar atau tidak... hukum solat dibelakang org yg terang2 menentang hukum Allah? Anda pernah kaji atau tidak hukum org yg menentang hukum Allah? Atau anda sekadar dengar2 dari kwn2 sealiran politik dgn anda? Anda pernah belajar atau tidak... apa yg menyebabkan gugurnya iman?
Pembangunan fizikal di Kelantan tidak pesat??? Anda dah pernah pergi ke Kelantan ke belum? Jika anda ke pantai timur... sila bandingkan Kuala Terengganu dgn Kota Bahru yer... saya tersenyum bila mana ada yg membandingkan KB dgn Melaka dan Perlis... Melaka??? Kangar??? kah kah kah.... what are those???
Kenapa anda yg pandai2 tafsirkan permohonan maaf TGNA mengikut acuan anda? Kenapa anda punya sangka2 buruk dlm hati anda terhadap org yg memohon maaf?
Kah kah kah... bila mana ilmu ditolak ke tepi... beginilah jadinya... Al Qur'an dan Hadith tidaklah lagi menjadi perkara pokok untuk dirujuk... manusia2 akhir zaman... yg berpenyakit wahan... duit dan harta pilihan utama...
Tunggulah... masanya pasti tiba...
Ada orang rasa dirinya dah tinggi ilmu agama bila dia jadi ahli atau penyokong pas sehingga mengatakan orang lain pernah belajar ilmu agama ataupun tak. Jawatan Mursyidul dalam pas bukan tinggi atau besar mana pun jika dibandingkan dengan kekuasaan Allah waima sebesar hama pun tidak. Kenapa baru sekarang baru nak mohon maaf. Saya tidak mempertikaikan samada mohon maaf itu iklas ataupun tidak. Mungkin agaknya setelah sedar diri semakin lemah dan tak bermaya baru teringat ada yang lebih handal darinya. Cuma satu sudahkah Pak Nik memohon maaf kepada berjuta ahli dan berjuta Penyokong UMNO yang mana kami juga mengucap dengan dua kalimah yang sama.
ReplyDelete