Saturday 31 August 2013

SALAM SEJAHTERA, TAN SRI PRESIDEN PETROLIUM NASIONAL BERHAD (PETRONAS),

TAN SRI PRESIDEN PETROLIUM NASIONAL BERHAD (PETRONAS), BETUL KE
PETRONAS DAGANGAN MENGAMALKAN KRONISME PENGURUSAN STESYEN MINYAK PETRONAS?

Salam Kemerdekaan
Penulis ada menulis mengenai kewajaran seorang pengusaha stesen minyak PETRONAS diberikan terlalu banyak peluang (melalui rasuahke? Atau pilih kasihke? Atau Penyelewenganke? Atau semangat kenegerian Kelantan / Terengganuke? Walallahualam) menguruskan stesen minyak seperti di sini
 http://nasirwise.blogspot.com/2013/07/mengapa-petronas-membenarkan-seorang.html

Tulisan ini disalinkan ke facebook Petronas Dagangan tetapi belum ada reaksi nya. Mungkin penulis akan forwardkan kepada Pengurusan Atasan Petronas yang lain termasuk mantan Tun Dr Mahathir. Penulis akan cuba mengusulkan cadangan ini kepada Presiden UMNO dan perwakilan UMNO yang akan bersidang tidak lama lagi.

Yang Berbahagia Tan Sri Presiden dan ahli Lembaga Pengarah PETRONAS,

Penulis cadangkan Petronas Dagangan Berhad menghadkan seorang pegusaha dan keluarganya menguruskan SATU BUAH STESYEN MINYAK SAHAJA PADA SUATU MASA.


Penulis cadangkan tempoh penyewaan kepada penguasa di hadkan kepada maksimum 3-5 tahun sahaja. Menurut kawan se taman perumahan yang mengenali seorang pengusaha stesyen minyak PETRONAS yang berjaya di Cheng, tempoh 2 tahun menjalankan perniagaan peruncitan minyak sudah cukup menguntungkan. Penulis cadang bukan 2 tahun tetapi 3-5 tahun.

Petronas Dagangan bertanggongjawab memberi peluang perniagaan kepada lebih ramai Bumiputera bukannya tertumpu kepada seorang Bumiputera sahaja.

Penulis mendapat tahu (tidak diketahui kesahihannya, walaupun mereka adalah kawan baik) yang pengusaha Stesyen Minyak PETRONAS Cheng yang dikenali sebagai En Zulkifli, mengendali bukan sahaja di Bachang, tetapi di Jementah Segamat dan Terengganu. Ada kemungkinan, En Zul ini menjadi broker untuk mencari pengusaha menjalankan perniagaan di Jementah dan Terengganu. Beliau akan mendapat komisyen dan kemungkinan sebahagian peratusan jualan atau keuntungan akan dibahagi kepada pihak lain.

Petronas Dagangan dirasakan lebih bijak untuk memastikan dasar 1 pengusaha 1 Stesyen Minyak dapat dilaksanakan. Ada pengusaha akan / telah menggunakan nama isteri (kalau ada 4 isteri macamana?), anak dewasa (kalau ada 5 orang anak macamana?), adik beradik dan kawan melalui Power Attorney. Salah satu caranya ialah melalui surat perjanjian penyewaan bersyarat ketat dan  sumpah laknat.


Penulis yakin PERKASA, MTEM, GABEM dan NGO Melayu dan Islam bersetuju dengan cadangan kerana hakikatnya ia menguntungkan seorang Bumiputera sahaja (pekerja pun orang Bangladesh).  Rumah berderat dan kereta berdozen. Riak nampaknya. Pengusaha ini baiknya kuat menderma tetapi apabila beliau seorang yang borong menderma, jemaah lain sudah tidak perlu bersedekah banyak.

TH HOTEL ALOR SETAR TERSERGAM INDAH

TH HOTEL ALOR SETAR TERSERGAM INDAH
Salam kemerdekaan: Malaysiaku Berdaulat. Tanah Tumpahnya Darahku.

Tahniah kepada Tabung Haji kerana berjaya membangunkan TH Hotel dan Komplek Haji di Alor Setar. Usaha ini selaras dengan perancangan Tabung Haji untuk menerbangkan Jemaah Haji terus dari Alor Setar. Komplek ini boleh menampong Jemaah Haji dari Perlis, Pulau Pinang (walaupun ada penerbangan terus dari Pulau Pinang) dan Perak Utara. Tentu sekali Jemaah haji akan menjimatkan masa dan perbelanjaan mereka. Mereka membantu mengurangkan  kesesakan di KLIA sendiri.


Penulis tidak pasti TH Hotel di Alor Setar adalah yang hotel pertama Tabung Haji bangunkan. Sebenarnya jenama TH sudah dikenali ramai khususnya para jemaah haji buat sekian lama. Mereka sudah merasa kemesraan THsemasa mereka mengerjakan haji. TH Hotel perlu berada di setiap Bandaraya dan Bandar. Sekurang kurangnya bersaing dengan Tune Hotel yang sedang berkembang pesat di dalam negeri dan luar negara.

Ibubapa kita yang ingin melawat Alor Setar sekarang ini boleh menginap di TH Hotel. Nescaya perkhidmatannya mengikut lunas lunas Islam.

Melaka dan Johor mesti mengambil langkap berkerjasama dengan Tabung Haji terutamanya hotel. Selain salah satu cabang perniagaan, ia juga menerima pahala diatas usaha fardu kifayah itu.

Kerajaan Negeri Melaka mesti usahakan Melaka International Airport  menjadi sebuah lapangan terbang yang boleh menerbangkan Jemaah haji terus ke Madinah dan Jeddah. Jemaah haji dari Pekan Baru dan sekitarnya mesti dipelawa  terbang melalui Melaka.

Apa jua permasalahan tentang Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, ia mesti ada jalan penyelesaiannya. Senyap sedikit puak pembangkang DAP dan PAS di Melaka. Kerajaan Pusat sebenarnya kecewa juga kerana ia tidak di gunakan secara maksimum. Belanja membangunkan Lapangan Terbang besar juga.

Penulis sarankan MELAKA mengadakan USAHASAMA  DENGAN MALAYSIAN AIRPORT DANTABUNG HAJI MENGURUSKAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA MELAKA kerana `core bisnes’nya melibatkan perkhidmatan kapal terbang, kargo Jemaah Haji, penginapan dan penyediaan makanan. Di peringkat kedua, USAHASAMA MELAKA DAN TABUNG HAJI melibatkan diri di dalam penerbangan seperti Air Asia, Malindo Air, Firefly dan MAS.

Usahasama Melaka dan Tabung Haji boleh menjalinkan `business alliances’ dengan Firefly atau Malindo Air khusus untuk penerbangan Jemaah haji. Sekarang ini juga Tabung Haji berjinak jinak dengan industri penerbangan melalui penyewaan atau `charter’ kapal terbang.

KLIA dan atau Kelana Jaya  dengan Melaka tidak jauh pun. Malah Melaka dekat dengan Pekan Baru dan Bandar sekitarnya. Jika pandai atur strategi dengan Malindo Air, Jemaah Haji Indonesia pun boleh di `serve’ atau `tap.


Sekali sekala Datuk Azeez boleh turun dari Baling atau Kuala Lumpur ke Alor Setar minum kopi di kafe TH Hotel dengan kawan kawan.

Thursday 29 August 2013

DATUK S SUBRAMANIAM TIDAK BERTANDING PRESIDEN MIC. KAMALANATHAN BERPONTENSI MEMUNCUK


Salam Kemerdekaan

Diberita semalam, jawatan Presiden MIC dan Timbalan tidak dipertandingkan dan kekal status quo. Jawatan Naib Presiden dan yang lain mungkin ada pertandingan. Datuk Seri G. Palanivel akan melepaskan jawatan Presiden pada tahun 2016 dan Datuk S Subramaniam akan diangkat sebagai Presiden. Usaha kompromi ini amat baik untuk mengelakkan perpecahan. Tahniah MIC.

Penulis ada menulis mengenai Dr Kartini, seorang pakar kulit Hospital Serdang di facebook Menteri Kesihatan.Penulisannya adalah mengenai kesibokan pada tahap melampau Dr Kartini dan ketegasan yang tidak bertempat mengikut prosedur temujanji. Tetapi Menteri Kesihatan ini tidak respon walaupun dengan jawaban `terima kasih’. Penulis berbuat demikian dengan harapan pengadu akan dapat temujanji dengan segera (selepas 2 minggu).

Agaknya majoriti doktor di Malaysia ini memang sibok sehinggakan tiada kesempatan langsung membaca atau membalas facebook atau emel mereka.Macamana hendak menjadi Presiden MIC pada 2016 nanti kerana perkara sesimple ini pun tidak mendapat perhatian.

Pengadu bergesa gesa mendapatkan surat sokongan dan laporan dari Klinik Dermatoji Melaka ditujukan kepada Hospital Serdang dengan harapan pengadu diberikan peluang dapat dibekalkan ubatan dengan serta merta. Doktor pakar Dr Kartini kata kena bersemuka juga.Pengadu Melaka kecewa kerana Doktor Pakar tidak sudi mahu berjumpa pada hari itu tetapi kena buat temujanji. Sejak 17hb Julai 2013, temujanji yang diberikan ialah bulan November (talian kurang baik dan tidak pasti tarikh sebenar)

2 minggu selepas raya lebih kurang 18hb Ogos 2013, pengadu ada menerima panggilan daripada Klinik Dermatologi Serdang.Tetapi talian kurang baik dan terputus.Pengadu memanggil balik tetapi tidak dapat bercakap terus dengan pemanggil. Pengadu meninggalkan nama dan no telefon. Sehingga hari ini, tiada panggilan balik.Pengadu cadang pergi ke Hospital Serdang untuk mendapatkan tarikh temujanji.

Dalam pada itu, penyakit kulit pengadu bertambah buruk tanpa ubatan yang sesuai.

Inilah contoh kelemahan kakitangan Kerajaan. Tidak salah malah mendapat pahala jika berkerja `extra’ beberapa minit atau satu panggilan semula untuk kepastian.


Penulis harap dengan `mesej’ kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa dan `publish’ di status Menteri kesihatan, perkara sebegini akan berkurangan.

Berbalik kepada parti MIC, penulis merasakan jikalau YB Kalamanathan terus berprestasi baik begini dan tiada skandal di dalam perkhidmatannya, beliau berpotensi menjadi Presiden MIC suatu hari

RUMAH TERBUKA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR MERIAH. PM HADIR SAMBIL BERI AMANAT.

RUMAH TERBUKA PERHUBUNGAN UMNO SELANGOR MERIAH. PM HADIR SAMBIL BERI AMANAT.


Salam Kemerdekaan

UMNO Selangor mengadakan rumah terbuka malam tadi di Instituit Kraf Negara, Rawang, Selangor. Datuk Suhaimi, Pengerusi Instituit tersebut dan ahli UMNO hadir menjamu selera dan mendengar amanat atau pesanan DS Najib Tun Razak.

Antara pesanan beliau ialah ahli UMNO perlu melupakan kekecewaan mereka di dalam PRU13 yang lalu. PM minta setiap ahli bangkit semula. Buat post mortem dengan sejujurnya.Apakah kesilapannya, kekhilafannya, kekasaran bahasanya? Yang mana salah strateginya, apa dia kelemahan dan kekuatan UMNO dan lain lain lagi.

Tan Sri Muhyiddin ada memberitahu yang UMNO/BN akan membuat post mortem terhadap keputusan PRU13 mulai bulan Julai. Pejabat UMNO/BN sudah habis menjalankan analisanya?

Sejujurnya, riak muka DS Najib sedih dan suram walaupun lebih kurang 10,000 orang menunggu ketibaan PM. Beliau kecewa kerana tidak berjaya merampas semula Selangor walaupun terlalu banyak kepincangan dan kelemahan di pihak Kerajaan PKR Selangor. Ini bermakna strategi yang lalu tidak membawa kejayaan atau mengubah sikap kaum Cina terhadap BN/UMNO.

Turut hadir ialah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar. 

Penulis tidak nampak pulak Datuk Mohd Zin atau Datuk Zin Badak.Kenapa kelibat beliau tidak kelihatan walhal beliau adalah Pengarah Pilihanraya BN/UMNO Selangor semasa PRU13 yang lalu? Adakah ia berkaitan dengan tuduhan seorang Ketua Pemuda UMNO Selangor yang beliau menerima jutaan wang ringgit daripada DS Anwar Ibrahim?. Penulis nak tahu juga apa kesudahan dengan tuduhan tersebut. Jika ada maklumat terkini, share lah di blog ini.


Selamat berjuang UMNO Selangor.Bersatulah.Buatlah kerja mulai esok.

SEGALANYA ADA DI PULAU PINANG……


.

Salam kemerdekaan
Kalau kita hendak melihat orang kuat DAP, ramai yang ada d Pulau Pinang.

Kalau kita hendak melihat makmal dadah yang banyak dan agak terbesar, di Pulau Pinang tempatnya.

Kalau penjenayah hendak mencari kawan kawan, datanglah Pulau Pinang. Ada Geng 04 atau Geng 08. Cepat cepat datang kerana ramai kawan kawan awak sudah kena tangkap di dalam Ops Cantas.Setakat hari ini keseluruhan 2000 orang telah ditahan.

Kalau rakan penjenayah inginkan bekalan senjata api, boleh bersiar siardan shopping ke Pulau Pinang. Itu pun banyak yang sudah dirampas.

Tahniah kepada PDRM di atas ketangkasan dan kecekapan menangkap penjenayah penjenayah.

WALAUBAGAIMANAPUN, jangan ke Pulau Pinang jika tuan puan dan keluarga ingin menonton filem hebat bermotifkan sejarah TANDA PUTERA. Lim Guan Eng dan DAP sedang berusaha menghalang penayangannya di Pulau Pinang.Alhamdulilah, cubaan pengharaman penayangan filem tersebut di Pulau Pinang, menimbulkan rasa `ingin tahu’ dan publisiti terhadap TANDA PUTERA di kalangan rakyat.

Marilah kita usahakan filem ini dipertontonkan seramai mungkin rakyat Malaysia khasnya pelajar sekolah Rendah, Menengah, Kolej, Politeknik dan Universiti.

Wednesday 28 August 2013

INDIA BAKAL MENDOMINASI SUKAN BADMINTON DUNIA DALAM 5 TAHUN

Salam Kemerdekaan
Penulis menonton Indian Badminton League yang berlangsung di Pune, India.Kejohanan ini adalah kejohanan antara kelab kelab di India tetapi pemain pemain kelab tersebut 50 peratus adalah pemain badminton dari luar negara.

Antara kelab kelab yang terlibat ialah Pune Pistons, Banga Beats, Krrish Delhi Smasher, Mumbai Masters. Hyderbad Hotshots and Awadhe Warriors.

Daripada Liga tersebut, penulis dapati ramai pemain India yang berbakat dan tinggi lampai baik lelaki mahupun perempuan.Penulis yakin dengan kekerapan Kejohanan Liga dapat diadakan dan program kejurulatihan yang baik, India mampu menandangi China di dalam melahirkan ramai pemain badminton bertaraf dunia. India pernah melahirkan jaguh dunia seperti Prakash Padukone

Pemain dari Europah, China, Russia, Malaysia, Indonesia dan Thailand menjari pilihan kelab kelab India. Antaranya bayaran, polisi terbuka Persatuan Badminton India dan negara lain  dan bahasa. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pertutran di India.


Peminat dan penonton sukan badminton adalah baik sekali.Stadium penuh.Penulis harap walaupun jumlah penduduk Malaysia amat kecil berbanding India dan China, Malaysia masih berupaya melahirkan Datuk Lee Chong Wei.Malaysia kena lahirkan 10 orang sestandard Datuk Lee setiap masa.

MELAKA FOOTBALL ASSOCIATION (MAFA) AKAN DI PENJENAMAAN BARU.BAKAL MENDAPAT PRESIDEN BARU.

MELAKA FOOTBALL ASSOCIATION (MAFA) AKAN DI PENJENAMAAN BARU.BAKAL MENDAPAT PRESIDEN BARU.


Alhamdulilah, MAFA akan diberi nafas  danpenjenamaan baru, menurut ASTRO Awani.Berita Bernama pula melaporkan kesediaan KM Melaka mengambilalih jawatan Presiden MAFA.

Penulis ada memberikan komen tempohari dengan membandingkan Kedah Football Association (KFA) dengan MAFA.KFA menjalin kerjasama dengan Cardiff City.Kita sedia maklum Kedah di bawah Datuk Mukhriz sedang mmpertingkatkan prestasi dan mutu bolasepak Kedah.Dengan hubungan rapat Tan Sri Vincent Tan dari Kumpulan BERJAYA dengan Tun Dr Mahathir, kerjasama ini lebih mudah dijalinkan dan dilaksanakan.

Pada pendapat penulis, terdapat tiga elemen yang mustahak di dalam bolasepak iaitu Pembangunan Bolasepak akar umbi, Pengurusan dan Tabung Kewangan untuk menguruskan aktiviti bolasepak.

Pembangunan bolasepak di Melaka tidak kurang hebatnya juga di negeri lain. Sumber utama pemain atau pelatih adalah dari kalangan pelajar sekolah rendah untuk bawah 12 tahun dan sekolah menegah untuk bawah 15 tahun. Koordinasi Kementerian Pelajaran ataupun Majlis Sukan Malaysia  negeri Melaka dengan MAFA sepatutnya baik.

Menurut pengetahuan terbatas penulis ini, Melaka mempunyai 10-15 bekas pemain Melaka dan Malaysia yang kini aktif di bidang kejurulatihan dan pengurusan sukan bolasepak.Dengan andaian, setiap pemain menjadi Ketua Jurulatih, hanya 10-15 kelab/pasukan sekolah yang mendapat perkhidmatan bekas pemain Melaka/Malaysia tersebut.Andaian ini tidak mengambilkira bekas pemain yang tidak minat bersukan lagi, tidak sihat, tidak mempunyai lesen jurulatih dan tiada masa kerana urusan kerja.

Di Melaka, kelab/pasukan bolasepak padang hanya disekitar 20 buah manakala pasukan futsal yang aktif bermain dan bertanding tidak melebihi 30 pasukan.

PENYATAAN PERMASALAHAN  BOLASEPAK REMAJA

1.     Pembangunan bolasepak dan pengcungkilan bakat baru tidak efektif dan menyeluruh.
2.     Jurulatih berpengalaman masih kurang bilangannya.
3.     Perhubungan MAFA dengan kelab bolasepak dan pasukan sekolah tidak mesra dan dalam keadaan bersaing kerana sikap jurulatih kelab dan guru sukan sekolah.
4.     Tiada badan penganjur yang efisien serta berdana cukup.
5.     Sukar mendapatkan penaja besar dan kecil serta jangka panjang.
6.     Waktu latihan yang terhad dan kurangnya kemudahan latihan.
7.     Penumpuan kategori pemain bawah 12 tahun dan Melaka Tengah sahaja.
8.     Kekeliruan sekolah sekolah di antara pembangunan sukan dan pembentukan pasukan `tournament standard’ serta mendapat keputusan terbaik dalam pelajaran.

Penajaan sukan bolasepak amat sukar di Melaka tanpa campurtangan Kerajaan Negeri dan atau Ketua Menteri atau Kementerian Pelajaran.

Apakah aktiviti yang perlukan penajaan oleh sesebuah kelab/pasukan yang aktif di Liga Tempatan?.Liga Tempatan bermaksud pertandingan di dalam negeri Melaka sahaja. Kos pengurusan sesebuah kelab/pasukan dalam fasa pembangunan sukan (berbanding dengan fasa pembentukan pasukan `tournament standard) terbahagi kepada dua bahagian iaitu kos kapital dan kos operasi.

Kos kapital ialah pembelian jersi lengkap 2 pasang setahun (minima), peralatan latihan, bola latihan (sebaiknya 1 biji bola untuk seorang pelatih), peralatan perubatan dan yuran jurulatih.

Kos operasi termasuk kos pengangkutan dan perbelanjaan makan dan minum, juga sewa padang (jika kelab/pasukan itu tidak mempunyai padang latihan).

Kos jurulatih merupakan kos terbesar dan mustahak di dalam bolasepak. Jika kelab/pasukan ini mengadakan perlawanan persahabatan, kos pengadil (kelazimannya sebanyak RM200 sehari akan diperlukan dan kos sewa padang perlawanan sebanyak RM50-RM100 sehari.

Banyak kelab/pasukan di Melaka menghadapi masalah kewangan untuk berjalan aktif. Ada kelab/pasukan mengenakan:

a.     yuran pendaftaran (RM10-RM20 sekali bayaran),
b.     bayaran TShirt Latihan (RM10-RM15/helai)
c.       Jersi Pertandingan (RM30-RM50/lengkap/pelatih) serta
d.     yuran latihan bulan (RM10-RM40/bulan/pelatih)

untuk menampong kos pengurusannya.

Ada juga kelab/pasukan akan memohon sumbangan ibubapa untuk membayar yuran penyertaan sesuatu pertandingan. Yuran pertandingan boleh mencapai RM1000/penyertaan seperti Liga I Malaysia Cardiff City dan RM200 jika bertanding di Liga anjuran kelab/pasukan.Didapati ada kelab tidak menyertai Liga tersebut kerana kekangan kewangan tersebut.

Ada kelab/pasukan memerlukan ramai pelatih untuk menampong kos pengurusan walhal untuk tujuan `effectiveness’, seorang jurulatih boleh menjaga 25 orang pelatih sahaja. Jika seorang pelatih dikenakan yuran RM10/orang untuk 2 hari latihan seminggu (2 -3 jam setiap latihan), jumlah kutipan sebulan ialah RM250.Andaikata kelab/pasukan ini mengadakan tambahan 1 lagi sessi (sessi pagi dan sessi petang untuk pelatih berasingan), dimana 25 pelatih diambil, kutipannya masih lagi RM250.Adakah RM500 sebulan berbaloi untuk seorang jurulatih? Masa hari minggu tertumpu di padang.

Kita boleh merangka jurulatih mewujudkan banyak sessi lagi seperti hari Isnin dan Selasa sahaja, sessi petang. Tetapi masalah akan timbul apabila waktu latihan bertembung dengan waktu persekolahan agama petang bagi setengah pelatih dan juga aktiviti koko. Ia sukar dilaksanakan. Latihan malam lebih menyukarkan kerana kurangnya padang permainan malam dan menyulitkan ibubapa.

Hampir semua kelab/pasukan menghadapi masalah kecairan wang tunai untuk menguruskan kelab/pasukan. Jurulatih yang bergantung 100 peratus kepada pendapatan bolasepak akan menghadapi masalah mendapatkan gaji mereka. Salah satu sebab kurang berjaya atau menyerlahnya pasukan bolasepak adalah permasalahan gaji jurulatih.Tidak ramai yang bersikap semangat kesukanan dan sukarelawan di dalam industri ini. Keperluan minima kos sara hidup perlu diatasi.

Menyedari masalah kecairan kewangan, transformasi bolasepak yang dicadangkan ialah Kerajaan Negeri melantik dan meluluskan MAFA sebagai pengendali dan penyelaras utama di Melaka. Antara tugasannya ialah:-

1.     pencungkilan bakat baru bersama sama dengan Kementerian Pelajaran dan restu FAM serta MSN.
2.     pengajian para jurulatih,pelatih dan pemain Negeri Melaka serta pengurusan MAFA
3.     mengumpul dan menguruskan dana.

(nota: boleh ditambah tokok di mana bersesuaian)



Banyak model Badan Pengurusan Bolasepak yang boleh dijadikan contoh dan amalan. Kepimpinan Negeri atau Kementerian perlu membuat dasar sumbangan oleh setiap GLC Negeri dan Nasional atau Malacca Based Listed Companies atau syarikat pelaburan besar swasta di Melaka.

Kesediaaan KM Melaka mengambilalih jawatan Presiden MAFA wajar dipuji.Sekurang kurangnya, beliau menunjukkan `different management style’ berbanding dengan Datuk Seri Mohd Ali. Jikalau dulu, kurang minat atau kurang kemustahakan sukan bolasepak dan kurang masa terluang, Datuk Ali `delegate’ tugas Presiden kepada Datuk Yunus.

Keduanya, penulis rasa Datuk Wira ada masa untuk MAFA kerana beliau tidak merayau atau mesyuarat malam atau dini hari.

Datuk Wira Ir perlu memegang jawatan Presiden MAFA kerana bolasepak Melaka memerlukan penghormatan. Pemain akan rasa terhormat jika KM Melaka ada bersama di padang dan stadium. Pemain lebih terasa permainan diperhatikan oleh KM Melaka. MAFA perlu penghormatan daripada `sponsor sponsor’ bukan semata mata mahu `mengampu’ atau `mencari peluang niaga’ atau `membalas budi’, tetapi `sponsor sponsor’ merasa sumbangan mereka lebih bermakna atau tidak membazir kerana KM Melaka sendiri mahu memastikan peningkatan prestasi pasukan Melaka. Diandaikan dengan penglibatan KM sendiri secara aktif, ahli pengurusan yang malas akan menjadi rajin atau ahli pengurusan yang `bodoh’ akan menjadi pandai.

Penulis tidak mahu mencampuri  urusan MAFA tetapi ahli pengurusannya mesti yang berpengalaman mengurus jurulatih atau memilih jurulatih, popular tetapi bukan untuk berkepentingan diri sendiri, bukan broker perniagaan dan mesti bersikap ikhlas. Kalau bolih adakan banyak pemilihan dan undi bukan lantikan.MAFA seperti Kumpulan Perubatan Johor dan rangkaian Hospital Pakarnya.Ketua eksekutifnya atau Pengarah Urusannya bukan seorang doktor pakar tetapi ahli ekonomi atau kewangan dan pentadbiran. Mereka ini akan menguruskan doktor doktor pakar dan merencaankan perniagaan Hospital. Keuntungannya doktor pakar akan dapat.

Ketua Pengurusan MAFA (CEO atau GM atau Pengurus atau Setiausaha) mesti berkeupayaan merangka pelan bolasepak Melaka seperti `5 years Corporate Planning’ sesebuah GLC. Beliau akan merencana pendapatan (peruntukan tahunan, sponsorship dan perniagaan) serta perbelanjaan.

Pembangunan bolasepak melibatkan kos yang tinggi. Tetapi mengikut pengalaman penulis, ia boleh di minimakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan swasta. Kumpulan BERJAYA pernah menderma 1 juta biji bolasepak kepada Kementerian Pelajaran. Pendekatan sebegini boleh di ambil oleh  MAFA. Latihan boleh di lakukan di padang sekolah dan tiada dikenakan bayaran. Baju latihan atau Jersi perlu diselaraskan.Penulis dapati guru sekolah berkenaan dan jurulatih berniaga jersi lebih hebat daripada melatih.Ada jurulatih mendapatkan penaja tetapi menjual jersi kepada pelatih.Pelatih pelatih dikenakan bayaran atau yuran dari RM10 hingga RM40 sebulan seorang. Mungkin pelajar luar bandar akan ketinggalan.

Penulis ingin sarankan MAFA yang berpresidenkan KM akan lebih aktif mencari sumbangan dari organisasi yang disebut diatas. Pengurusan mesti berunding dengan contohnya Syarikat Air Melaka Berhad, selain daripada penajaan air minuman untuk semua pemain semasa pertandingan, mereka perlu mencetak atau menempah lebih TShirt Latihan untuk disalurkan kepada kelab/pasukan.

Andaikata SAMB menempah TShirt untuk aktiviti hari Keluarganya sebanyak 3000 anggota pekerjanya, SAMB diharapkan akan menempah 200 helai tambahan bersaiz remaja sekolah untuk diagih kepada kelab/pasukan melalui pengurusan MAFA. Andaikata sebuah kelab mempunyai 50 pelatih manakala sebuah pasukan sekolah mempunyai 100 pelatih, SAMB telah mengurangkan kos capital untuk 2 kelab dan 1 pasukan sekolah. TShirt Latihan bertahan untuk 2-3 bulan. Selepas Hari Keluarga SAMB mungkin akan mengadakan kempen penjimatan air oleh pengguna. Begitulah kitaran nya baik agensi Kerajaan Negeri mahapun Kerajaan Persekutuan.Penajaan bukan sahaja dari segi kewangan, barangan atau produk agensi mereka pun boleh.

MAFA mesti kreatif dalam hal ini. Bolehkah pemenang pertandingan menerima hadiah bayaran bil air RM50 seorang pemain (bil air keluarga mereka) selain daripada medal dan piala?. Ibubapa akan memberikan sokongan kepada anak mereka kerana bermain bola dan menang, boleh jimat bayaran air rumah.

Jabatan Peparitan dan Saliran Air, jika ada program `sayangilah sungai kita’, dan ada buat tempahan TShirt untuk peserta, tidak menjadi bebanan besar jika menempah lebihan 200 helai untuk MAFA bagi penggunaan latihan bolasepak.Selain menjana TShirt, Jabatan boleh mempromosi slogan `sayangilah sungai kita’ dan Jabatan.

Parti politik BN selalu mengadakan program gotong royong di Melaka.Berundinglah dengan BN agar menghulurkan 200 helai TShirt untuk kelab/pasukan bolasepak.

1MDB yang kerap menganjurkan aktiviti kesukarelawan, jemputlah pelatih kelab/pasukan agar mereka dapat menyumbang dan layak menerima TShirt IM4U tersebut.Mereka pun berkeupayaan menyumbang ribuan puluh ringgit nilaian TShirt or Jersi Pertandingan jika permohonan bantuan menepati polisi IM4U.

Dewan Bahasa dan Pustaka pernah mengagih TShirt `Bahasa Jiwa Bangsa’ kepada tetamu untuk mempromosi penggunaan Bahasa Malaysia.Malangnya kebanyakan tetamu mengambil TShirt tersebut tetapi malu memakainya kerana murah atau tidak menarik atau berlengan pendek.Suatu pembaziran. Hulurkan kepada anak remaja untuk digunakan di padang latihan. Nescaya anak remaja merasa bangga memakainya.

Kesemua TShirt tersebut akan digunakan untuk buat latihan selama 2-3 bulan dalam semangat keseragaman. Jika ini dapat dilakukan kos pengurusan kelab/pasukan dapat dikurangkan dengan begitu mendadak.
.
Apabila setiap organisasi menyumbang TShirt dan barangan lain, kelab/pasukan ini akan dapat menguruskan kos pengurusannya dan wang tunai yang ada akan digunakan untuk bayaran lain seperti yuran padang, yuran jurulatih dan pembelian minyak untuk pengangkutan.

Penulis sarankan MAFA menjadi monopoli di dalam pembangunan bolasepak akar umbi. Buat di dalam  skala besar dengan kerjasama Kementerian Pelajaran. Pelatih pelatih yang tidak berkemampuan, tidak perlu menganggotai kelab kelab remaja lagi.Kenapa hendak membazir duit yuran bulanan dan bayaran jersi.Mutu jurulatih pun tidak selangit mana.Ada pemilik kelab dan jurulatih mencari keuntungan dan glamour terlampau.

Bercakap pasal jurulatih, MAFA mesti mengawal selia kumpulan jurulatih ini. Jurulatih kelab dan sekolah di Melaka ini ada yang berperangai baik dan buruk tetapi ia boleh di lentor melalui dasar kewangan yang baik. Bukan mereka ini mata duitan tetapi keperluan hidup memaksa mereka berperaturan.

MAFA harus mengadakan banyak lagi kursus kejurulatihan untuk jurulatih sedia yang ada lesen dan tiada lesen.Buat kursus untuk pemain bolasepak yang berminat menjadi jurulatih.Pemain pemain yang sudah berusia mesti dipujuk menjalani kursus. Kos kursus ditanggong oleh MAFA dan sebagai balasan mereka akan berkhidmat untuk 2 tahun. Selepas itu mereka bebas mengendalikan kelab atau terus berkhidmat dengan MAFA.

Adakan kursus kursus kejurulatihan dan `output’nya seragam dan sekata mengikut standard yang betul.Banyak kelab banyak ragam dan lagunya Ada kelab yang latihannya amat berbeza dengan yang lain. Ada kelab penekanan disiplinnya kurang baik. Ada kelab memulakan latihan dengan nyanyian Negara Ku dan Doa. Keseragaman `stretching’ umpamanya sekarang ini tidak wujud. Tatatertib dalam padang longgar. Selain daripada mencungkil bakat baru, usaha ini diharap dapat melahirkan pemain yang berdislipin di dalam dan luar padang.

Ada kelab nak kejar duit kemenangan dan suka bermain kasar.Ramai juga yang panas baran dan bersikap negatif.Ada jurulatih yang berkumpulan (Melaka ada 2 atau 3 kumpulan). Kalau MBFA atau Malacca Club yang anjur pertandingan, ada kelab yang tidak akan dipanggil atapun jika dipanggil, ada kelab yang tidak akan `participate’. Persengketaan antara jurulatih terlalu banyak sehinggakan semangat kesukanan terus kabur di Melaka.

MAFA adakan perbincangan lanjut mengenai gaji bulanan, elaun jurulatih separa masa dan insentif.Berapkah gaji yang sesuai untuk jurulatih sepenuh masa?Yang berlesen pelbagai kategori-Lesen A, C dan Asas.Elaun untuk jurulatih separa masa juga akan ditentukan.

MAFA juga dicadangkan mempertimbangkan penganugerahkan Insentif (RM100-RM300/bulan) kepada jurulatih yang berkhidmat di luar kerangka MAFA seperti kelab bolasepak persendirian.Sebenarnya mereka sedang menerajui atau menyumbang pengalamanmereka kepada pelatih pelatih.Keadahnya boleh di rangka melalui rekod jadual kedatangan jurulatih ataupun laporan dari pihak sekolah.

Perlaksanaan program ini memungkinkan MAFA dianggap sebagai akan membantu bekas pemain yang pernah berjasa kepada Negeri dan Negara. Ramai sekali bekas pemain ini tiada pekerjaan yang tetap dan hidup melarat.

Sebab itu MAFA kena monopoli pembangunan bolasepak Melaka.MAFA kena anjur pertandingan setiap masa.Ia baik untuk melahirkan pemain. Pertandingan bawah 10 tahun, 12 tahun, 14 tahun dan 16 tahun. Boleh adakan pertandingan 7 sebelah padang atau Futsal. Apabila MAFA yang menjadi penganjur, hadiah hadiah wang tunai dan piala atau medal akan menjadi jaminan. Ada penganjur berhutang dengan pemenang atau berhutang dengan pembekal.

Di Melaka, ada kelab bolasepak berminat kepada penganjuran sahaja (80% masa pada karnival) dan ada juga untuk pembangunan bolasepak berserta kutipan wang kemenangan. Dengan MAFA menjadi penganjur utama, unsur unsur perniagaan akanmenjadi `secondary’.  Jikalau penulis menjadiYayasan Melaka pun, ia sesuatu yang berbaloi dan bertepatan serta wajar ditolong.

Selain daripada masalah penajaan, industri bolasepak mesti dirombak juga. Terdapat banyak kelab/pasukan sekolah bersaing mencari nama sebagai kelab/pasukan terbaik atau juara. Akibatnya ada kelab/pasukan terpaksa `membeli’ pemain dari luar negeri, luar daerah ataupun luar kawasan. Ini menyebabkan kos pengurusan tinggi. Adakala jurulatih kelab/pasukan berebut rebut memiliki seseorang pemain. Apabila seseorang pemain memilih menganggotai sebuah kelab (bukan kelab sekolah) pemain tersebut di bekukan atau di baikot di sekolahnya.Pemain tersebut tidak dipilih mewakili sekolah apabila ada pertandingan di antara sekolah. Sikap guru sukan begini memang berlaku di Cheng, Melaka. Diharap tempat lain tidak berlaku. Ia merugikan bidang bolasepak Negara.

DANA SUMBANGAN
Kepimpinan Negeri perlu membuat dasar mengenai sumbangan oleh setiap GLC Negeri dan Nasional atau Malacca Based Listed Companies atau syarikat pelaburan besar swasta di Melaka. Apabila Presiden MAFA adalah KM, beliau boleh berunding dengan semua GLC Melaka supaya menyumbang RM250,000 setahun daripada keuntungan bersih mereka. GLC yang kurang memberansangkan boeh menyumbang RM100,000 setahun.

Andaikata ada 10 GLC Melaka menyumbang RM250,000 setahun, jumlah kutipan ialah RM2.5 juta setahun. Jika setiap Majlis Bandaraya dan Perbadanan atau Majlis Daerah menyumbang kepadaMAFA, jutaan juga. Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah dan Majlis Perbadanan Hang Tuah Jaya yang berpendapatan tinggi turut menyumbang RM250,000, ia banyak membantu.

Pengalaman penulis di Johor Corporation, kadar dividen 20 peratus daripada keuntungan bersih TAHUNAN di bayar kepada Kerajaan Negeri. Penulis yang bertugas sebagai Pembantu khas kepada Ketua Eksekutif, selalu menerima surat daripada Ketua UMNO Bahagian meminta sumbangan. Dasar pembayaran dividen tetap yang disebut tadi berjaya menyelesaikan masalah perhubungan buruk Johor Corporation dengan ahli UMNO.Kami membiarkan Kerajaan mengagihkan keperluan Ketua UMNOBahagian tadi.Jikalau tidak puashati, sila rujuk kepada Kerajaan Negeri.

Pengwujudan MAFA yang berwajah dan berperanan baru secara amnya membawa beberapa kebaikan. GLC Negeri seperti Yayasan Melaka , Nasional seperti TNB dan syarikat besar di Melaka tadi akan kurang di ganggu oleh kelab/pasukan yang menagih sumbangan. Tiada perbuatan pilih kasih dan salahguna oleh pengurusan GLC dan syarikat swasta. Perasaan marah kerana dianaktirikan oleh kelab/pasukan yang kurang bernasib baik dapat dikurangkan dan sokongan terhadap Kerajaan akan bertambah baik.Tiada lagi Pengulu Merlimau (sebagai contoh sahaja) menggunakan hubungan politik mendapatkan sumbangan seperti Jersi dari Yayasan Melaka dan mungkin KM sendiri dan kenderaan Bas JKM untuk mengangkut pemainnya.Penulis kuatir elemen salah kuasa dan rasuah berlaku.Bersaing biarlah atas dasar persamarataan tanpa keistemewaan politik.Buruk beb.

Biasanya syarikat sukan seperti Sukan Antarabangsa Malaysia (sebagai contoh sahaja) akan memberikan sponsor TShirt, Banner, hadiah dan medal jika sesebuah Jabatan ingin mejayakan sukan Jabatan atau Syarikat. Begitu juga dengan kelab/pasukan sekolah.Sponsorship barangan oleh syarikat sukan menjuruskan atau mensyaratkan Jabatan atau sekolah berlanggan barang sukan dengan mereka.Elakkan sponsporship rasuah ini.Jika Sukan Antarabangsa Malaysia (sebagai contoh sahaja) ingin mempromosi jenamanya, buatlah penajaan tanpa kena buat pembelian balik atau bersyarat.

DERMA SUKAN AMALAN MURNI JUGA

Rakyat pun boleh berperanan dalam perkembangan bolasepak negeri ini. Rakyat Islam yang mampu boleh menderma kambing dan lembu atau menghulurkan bantuan beras, pakaian, air minuman dan sebagainya jika usaha itu dipandang mendapat pahala besar atau derma sukan dianggap jihad. Boleh ke derma atau sumbangan kecil RM1 sebulan setiap rakyat Melaka yang bekerja dikumpulkan?Kecil kecil kalau ramai, besar juga kutipannya.

Rakyat Malaysia dan Melaka khasnya telah buktikan keperihatian mereka dan sikap memberi apabila Kerajaan/Swasta melancarkan Tabung Kemanusian Gaza dan Tabung Wira Lahad Datu.Strategi `menderma kearah aktiviti kesukanan merupakan amalan murni dan mendapat pahala’ perlu menjadi penekanan.Melalui sukan, pelatih remaja diharapkan akan menjauhi aktiviti kurang sihat. Target kutipan sumbangan ialah RM1juta setahun.

MAFA mesti menjadi peneraju bolasepak Melaka.Ia akan dirancang supaya memberi menafaat sukan dan politik.

NEGARA DAN KEMENTERIAN PELAJARAN
MAFA dilihat akan membantu mencungkil bakat bakat baru pelatih sekurang kurangnya di peringkat negeri Melaka. Program iniakan membantu sekolah sekolah mencapai objektif 1 murid 1 sukan, murid cergas dan sihat. Juga penggunaan kelengkapan padang dan padang yang maksimum.

JURULATIH
Apabila MAFA menjadi sebuah badan yang berkemampuan kewangan, kesemua bekas pemain bolasepak Melaka khasnya dan luar Melaka yang tinggal di Melaka, yang masih sihat, mempunyai lesen, minat bolasepak dan bersifat sukarelawan, akan di kumpulkan di bawah satu program. Gaji tetap akan dipertimbangkan kepada mereka yang tidak pekerjaan tetap. Kepada yang mereka yang ada pekerjaan tetap seperti pembaca meter air & elektrik atau tukang kebun sekolah, mereka akan dipertimbangkan elaun bulanan.Pada dasarnya keadaan ekonomi bekas pemain bolasepak negeri, kurang memuaskan.Program ini memberi pendapatan sampingan. Jurulatih akan diberi latihan kejurulatihan `refresher’ supaya ada keseragaman dan semangat BN. Jadual latihan akan diberikan kepada jurulatih. Seorang jurulatih akan menjaga beberapa zon atau sekolah. Latihan wajib ialah Sabtu dan Ahad sessi pagi dan sessi petang.Ini bermakna, seorang jurulatih dan penolong jurulatih boleh mengendalikan sekurang kurangnya 4 sekolah.2 sekolah hari Sabtu dan 2 sekolah hari Ahad.

Seperti sedia maklum, constraint pelajar ialah jadual persekolahan yang ketat lebih lebih lagi majoriti ada pelajar yang bersekolah agama.Biasanya pelajar boleh buat latihan ringin semasa kelas pendidikan jasmani atau hari Isnin petang.

Penulis teringin pelatih terpilih menjalani 1 sessi gym seminggu (pemilik GYM Bumiputera akan digalakkan di sewa) dan 1 sessi kelas seminggu. Ini terpaksa di buat di sebelah malam. Latihan di Gym akan menguatkan otot otot manakala di Latihan Kelas, pelatih akan didedahkan dengan video bolasepak dan pembentukan strategi. Setiap pelatih akan  dipinjamkan satu biji bola untuk buat latihan sendiri. Pelatih di galakan membuat `JUGGLING’ di rumah. Hari Sabtu atau Ahad, membawanya kepadang latihan. Sebelum masuk padang, pelatih akan di `test’ jumlah  juggling dan direkodkan sepanjang latihan.

RANGKAIAN EKONOMI
Jika dilaksanakan, MAFA akan mewujudkan rangkaian ekonomiyang besar sekali. Pembekal TShirt latihan dan Jersi akan mendapat tempahan yang `bulk’ dan ini memungkinkan harga bekalan yang rendah 20-30peratus daripada harga pasaran. Kelengkapan padang seperti jaring, boja, bIb, cone dan sebagainya akan di tempah dari pekilang dan wholesaler.

Jika MAFA menjadi penganjur, dimana pertandingan diadakan setiap akhir bulan (Sabtu dan Ahad), MAFA akan dapat membeli Piala Pusingan dan medal atau cenderamata secara pukal.

MAFA akan berunding dengan Persatuan Pegadil untuk mengguna pakai ahlinya. Setiap ahli di dalam persatuan akan berpeluang berkhidmat dan mereka akan mendapat pendapatan sampingan. Biasanya JPAM, RELA dan Perastuan Bulan Sabit akan terlibat. Apa yang berlaku sekarang, favoritism berlaku di dalam pengagihan pengadil bertugas. Jikalau ia melibatkan seluruh daerah Melaka, hampir kesemua pengadil bertauliah akan terlibat.

Jurulatih yang tiada pekerjaan tetap akan mendapat pendapatan sampingan kerana bertugas. Selain dari kepuasan bermain bola disamping mencurahkan pengalaman kepada pelatih, keadaan ekonomimereka akan bertambah baik. Nasib mereka terbela.

MAFA disaran mengadakan kemudahan Dobi coin operated di Bangunan MAFA sebagai salah satu  sumber pendapatan. Jika pertandingan liga diadakan di Padang 10, Stadium Hang Jebat, pasukan boleh menggunakan kedai Dobi untuk membasuh jersi pasukannya untuk digunakan semula di perlawanan seterusnya.

Apabila latihan dan pertandingan telah ditetapkan, akan tumbuh gerai gerai bergerak di tepi padang latihan dan luar stadium. Majoritinya peniaga Bumiputera.

PENAJA
Penaja penaja akan berbesar hati menyumbang kerana ia disumbangkan kepada `channel’ yang sah dan memberi menefaat kepada ramai orang. Yayasan Melaka, sebagai contohnya, tidak perlu di datangi oleh kelab kelab untuk memohon bantuan kewangan. Apa yang berlaku, jika Yayasan Melaka tidak mempertimbangkan pemberian bantuan, kelab tersebut akan berdendam tidak mungkin tidak menyokong BN.

Keadah ini juga mengelakkan penyelewengan dan pilih kasih berlaku.Sebagai contoh, penasihat MBFA yang mempunyai hubungan rapat dengan KM Melaka, telah  menerima bantuan kewangan RM5000 tetapi kelab yang pro Kerajaan juga tetapi tiada hubungan atau link dengan KM, mendapat RM500 dari wakil rakyat setempat atau kadang kadang tidak dapat langsung. Pilih kasih ini boleh dielakkan dan ia sihat untuk semua pihak.

Selain daripada itu, Badan Penganjur yang ada elemen Kerajaan seperti MAFA akan mendapat kepercayaan tinggi penaja swasta seperti KFC, McD, Bank dan sebagainya. Wang penajaan dikatakan lebih selamat dan urusannya tulus. Markup perbelanjaan berlebihan tidak akanberlaku. Wang pemenang pasti dilunaskan.Sewa khemah dan yuran pengadil dibereskan segera. Urusan tawar menawar dengan  pembekal akan berjaya kerana MAFA sudah ada kekuatan. Kerjasama dengan organisasi seperti Southern Waste, Tourism Malaysia, Rela, PDRM dan sebagainya akan tidak bermasalah.

Apabila MAFA mengendalikan penganjuran, masalah kewangan bukan lagi menjadi halangan besar. Wang hadiah kemenangan, medal penyertaan, cenderahati, bayaran sewa padang mahupun khemah, pengadil perlawanan dan kelengkapan padang boleh diusahakan.


MAFA akan melepaskan bebanan kelab atau perseorangan untuk mencari penaja. Setiap penganjuran berprestej berkos diantara RM5000-RM10000 bergantung kepada jumlah penyertaan yang diinginkan dan jumlah hadiah yang hendak diberikan.Untuk menarik kelab luar, hadiah wang tunai yang tinggi menarik minat ramai. Wang hadiah tersebut, jika mereka berjaya, boleh digunakan sebagai `contra’ perbelanjaan pengangkutan, makan minum dan penginapan pemain pegawai