Monday 5 August 2013

KEMUNGKINAN AKAN BERLAKU PENYELEWENGAN DI JABATAN ALAM SEKITAR


Penulis telah menulis 3 kali mengenai rasuah dan penyelewengan di GLC perladangan dan industrilain juga lebih besar nilainya daripada rasuah oleh PDRM, JPJ, Imigresen dll. Tetapi publisiti perkhabaran rasuah di PDRM dll lebih hebat.

Semalam, seorang bekas CEO dan Pengarah sebuahsyarikat anak FELDA telah di dakwa melakukan penyelewengan CBT yang melibatkan wang bernilai RM60 juta.Berdasarkan pengalaman berurusan dengan FELDA dan FELCRA, penulis TIDAK SILAP membuat rumusan rasuah dan penyelewengan banyak berlaku di syarikat perladangan secara terancang dan tidak terancang. Datuk Paul Low kena bantu DS Najib dan TS Muhyiddin memperbaiki integriti di GLC GLC.


Penulis ingin menambah contoh contoh penyelewengan yang berlaku di dalam industri kilang kelapa sawit.

Setiap kilang kelapa sawit akan menghasilkan dua jenis buangan iaitu `liquid’ dan `solid’ waste. `Solid’ bermaksud tandan kelapa sawit (EFB), palm kernel shell (PKS) dan `liquid’ bermaksud `waste water effluent’. Jika sebuah kilang kelapa sawit berkapasiti 30mt sejam, ia bermakna setiap jam kilang ini menggunakan 30 tan air untuk memproses 30tan buah tandan kelapa sawit (andaian 1:1, tetapi ada kilang menggunakan 0.6 tan air: 1 tan buah). Air yang memproses buah tandan kelapa sawit, selepas itu di lepaskan ke dalam kolam rawatan. Selepas beberapa bulan, apabila kumbahan merendah bacaannya kepada 50ppm atau 10ppm, air kumbahan yang dirawat boleh di discharges keluar ke sungai.

Hakikatnya, air kumbahan termasuk warna air kelapa sawit sukar dirawat.Kilang kilang terpaksa mengadakan `Water Treatment Plant’ (WTP) di akhir `cycle’ rawatan air kumbahan. WTP ada berbagai jenis dan kos pembinaan. Untuk mencapai bacaan air yang rendah seperti 10 ppm, kos WTP mencecah RM4-RM8juta. Kilang kilang cuba jimat belanja tetapi mahu capai bacaan air discharges yang diluluskan. Akhirnya berlakulah pamasangan GELAP paip `intake’ air sungai untuk mencairkan atau campuran di WTP.Apa yang berlaku, sebelum air kumbahan yang hendak di discharges (biasanya melebih 50ppm), ia akan dicampur dengan air sungai. Bacaan air diambil dan dibuat analisa.Sehingga ia mencapai 10ppm atau 50ppm, air kumbahan boleh dilepaskan. Hampir 60-70 peratus kilang kelapa sawit mengamalkan `amalan penyelewengan’ ini.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Sabah dan Sarawak (Pulau Daro, Mukah khasnya), perlu melakukan penyiasatan yang teliti terhadap kilang kilang kelapa sawit.Jangan terima sampel air yang diambil pada masa itu. JAS perlu meng`operate’ WTP untuk 2 minggu atau 1 bulan.Buat bacaan. Percayalah bacaan indek air kumbahan akan gagal menepati paiwaian yang ditetapkan.


Penulis harap pegawai JAS yang penulis kenali,  baik baik berlaka, akan mengambil perhatian dengan `old trick’ pengilang dan konsultan serta konkraktor WTP ini. Mereka memberikan kerjasama yang baik ketika memohon surat kebenaran bertulis untuk mendirikan kilang kelapa sawit. Penguatkuasaan perlu berkerja keras dan seikhlasnya untuk menjaga alam sekitar.Jikalau tidak sanggup, sila letak jawatan di JAS atau mohon tukar jabatan.Lebih gentleman daripada bersengkokol dengan penipu dan jenayah alam sekitar.

No comments:

Post a Comment