Wednesday, 15 May 2013

MEMO KEPADA FELDA, FELCRA,RISDA, SIME DARBY, TABUNG HAJI DAN SEMUA SYARIKAT PELADANGAN NEGARA DAN NEGERI.


 




Asalamulaikum wbr Tan Sri Isa Samad (FELDA), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (FELCRA), Tan Sri Abd Rahim Tambi Chik (RISDA), Datuk Mohd Salleh Bakke (Sime Darby), Tan Sri Abi Musa (Tabung Haji) dan semua Ketua pegawai Esekutif Syarikat Perladangan di setiap negeri,

Semalam penulis memberi contoh amalan rasuah dan penyalahanguna kuasa di sektor makanan bermasak. Kali ini penulis ingin menyambung kempen supaya penjawat di GLC Nasional dan Negeri turut membuat akujanji atau `sumpah laknat’ menjauhi amalan rasuah.

GLC GLC yang tersebut diatas perlu transformasi pengurusan ladang yang baik dan effisen. Apabila effisen, kebarangkalian untung yang lebih besar. `Market talk’ pengurus ladang bergaji besar dan mengamalkan rasuah dan salah guna kuasa termasuklah membiarkan pembaziran berlaku, ponteng kerja dan sebagainya.

Banyak cerita mengatakan berlakunya penyelewangan pembelian dan pengagihan baja kepada peserta ataupun stor bekalan baja. Misalnya order 1 tralier 30 ton, sampai 25tan. Kadang kadang sub standard. Ada pegawai berpakat menjual kepada orang luar. Ada kes pekerja membaja kurang daripada yang sepatutnya. Pada kelazimannya, pokok 5-10 tahun, sejumlah 12 kg sepokok setahun tetapi ada pokok yang tidak dibaja langsung.

Kontrak menuai FFB (Fresh Fruit Bunch) juga ada kes penyelewengan. 10 lori yang dituai tetapi 9 lori yang direkod dan dihantar ke kilang. Harga belian juga boleh dijadikan keuntungan kepada seseorang. Ada orang munipulasi kadar OER (oil extraction rate) dari 20 peratus diturunkan pada 19 peratus.

FELDA, FELCRA, RISDA, SIME DARBY dan TABUNG HAJI membeli baja kimia 15:15:15 TE atau formulasi lain dengan ratusan tan setahun. Banyak wang terlibat. Penulis harap kerajaan teruskan usaha membina kilang baja untuk kegunaan GLC GLC. Penulis sudah lama tidak mendengar perkembangan syarikat usahasama 3  pemain utama kelapa sawit ini. Apa statusnya?. Penulis harap tiada lagi seminar akhir tahun (menyambut krimas di luar Negara) berbayar tajaan pembekal baja kimia atau perkhidmatan lagi oleh pegawai pembelian. Itu rasuah namanya jika kita menerima tajaan tersebut. Itu tidak termasuk komisyen RM2-RM4 setan.

Sehubungan dengan itu, selaras dengan usaha kerajaan BN yang ingin membasmi rasuah dan penyelewengan di kalangan rakyat Malaysia, buatlah program atau syarat kepada setiap pekerja membuat akujanji atau sumpah laknat menjauhi rasuah. InsyALLAH Kerajaan BN akan menjadi sebuah parti yang bersih dan diterima rakyat Malaysia.

Selepas ini Penulis ingin mengutarakan cadangan `pembersihan politik’ atau `pengkukuhan pengaruh’. Tunggu…..

1 comment:

  1. terlalu banyak debat tapi no action. Segala nya berpunca melantik semua jawatan :" wrong peg to the wrong hole,,," enough lah berubah jika tidak juga akan diganti dengan paksa org yg lebih talent dan berkomitted.
    Kalau hal penyelewengan di perladangan diGLC bolih hbg saya 019 552 0 255

    ReplyDelete