Penulis
merasa adalah menjadi strategi DS Anwar Ibrahim untuk menimbulkan keresahan dan
kebimbangan kepada DS Najib dan Kerajaan serta PDRM. Mereka berjaya menarik
penyokong mereka ke perhimpunan haram di Kelana Jaya, pada malam 8hb Mei 2013.
Kali ini baju TShirt hitam pulak. Dulu warna kuning.
Tujuan
utama Perhimpunan tersebut ialah untuk menzahirkan ketidakan puashati keputusan
PRU 13 Parlimen. Mereka tiada masalah tentang DUN di beberapa negeri pulak.
Mereka juga
menyerang SPR dan tidak berpuashati dengan dakwat kekal, pengundi hantu dan
macam macam.
Pada pendapat penulis,
Anwar Ibrahim ingin `melalaikan’ PDRM dan Pejabat Peguam Negara daripada isu
tindakan terhadap trio pemimpin pembangkang dari Malaysia yang bersubahat dengan
Pengganas Sulu. Mereka merasa risau kerana diberitakan Kerajaan sudah hampir
selesai penyiasatan kes campur tangan dan pengkianatan pemimpin tersebut di
dalam pencerobohan Lahad Datu. Akta SOSMA menakutkan mereka.
Lim Kit
Siang dan kuncu kuncu sibok dengan usaha
mengurangkan tekanan terhadap pengundi Cina oleh ramai masyarakat Melayu yang sudah
tidak mempercayai orang Cina setaman atau sekampong dan seMalaysia. Tindakan
pengundi Cina yang mengundi DAP dan pembangkang menyebabkan ramai masyarakat Melayu membenci mereka. Sikap kebencian sedang melanda.
Penulis
harap Peguam Negara dan PDRM melaksanakan Ops Daulat untuk pengkianat Negara
dan berjaya mensabit kesalahan di Mahkamah. Apabila pemimpin atau pemimpin
kanannya `busy’ mempertahankan diri, mereka tiada masa untuk berdemonstrasi.
Harap harap
Kes Liwat Saiful dapat dipersegerakan dan Peguam Negara kena well prepared.
Penulis
memuji Pejabat Peguam Negara yang mendakwa segera pesalah PRU. Belum pun bahang
PRU habis, ramai yang sudah dituduh di Mahkamah. Sebelum ini, pesalah BERSIH
lambat di tuduh dan ada ramai yang terlepas dakwaan. Harap Yang Arif mengenakan
hukuman berat jika di sabitkan keselahan sebagai pengajaran.
No comments:
Post a Comment