Monday 31 March 2014

ANWAR LAWAN AZIZAH UNTUK PRESIDEN PKR. APA PULAK MUSLIHAT ATAU `MOVE’ MEREKA?


Penulis kurang faham dengan beberapa tindakan atau `move’ seterusnya selepas `Kajang Move’. Apabila DS Anwar hilang kelayakan bertanding, mereka mencipta `Azizah Move’ ataupun DS Dr Wan Azizah Wan Ismail mengantikan suaminya bertanding di DUN Kajang. Apabila ia berlaku, ramai pengulas politik merasakan ialah strategi menduduki kerusi MB Selangor ataupun `MB Move’ dan mengurangkan kepopularitian Tan Sri Khalid di kalangan penyokong dan akar umbi PKR di Selangor.

Selepas ini apa lagi?

`Presidential Move’ kian dilakar. Ketua Umum akan menentang Presiden. Suami akan melawan isteri. DS Anwar Ibrahim melawan DS Dr Wan Azizah. Pelik sedikit.

Jika kita perhatikan di Kajang. Mantan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada DS Anwar bertanding. Kemudian DS Anwar memberi peluang kepada isterinya DS Dr Wan Azizah bertanding apabila hilang kelayakan. Yang menghairankan mengapa DS Anwar ingin bertanding jawatan Presiden di dalam status kelayakan yang tidak menentu. Macam Karpal Singh, beliau meletakkan jawatan walaupun rayuan sabitan akan/telah difailkan. Mengapakah DS Anwar tidak membiarkan DS Dr Wan Azizah kekal, mengambil iktibar hilang layak bertanding, atau bertanding menentang sesiap sahaja atau menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR?.

Ramai juga yang berpendapat jika DS Anwar membiarkan DS Dr Azizah berseorangan bertanding di jawatan Presiden, maka ramai ahli akan mencuba nasibnya. Strategi keluarga ini agar ia kekal di tangan keluarga dengan DS Anwar bertanding seketika. Jikalau calon DUN Kajang boleh diberikan tanpa pertandingan, mengapa jawatan dalaman PKR, ada pertandingan.


Amat menarik melihat cara PKR menyelesaikan permasalahan ini. Andaikata DS Anwar menang jawatan Presiden PKR, dan beberapa bulan selepas itu, DS Anwar gagal di dalam perbicaraannya, lalu hilang kelayakan.Siapakah yang sepatutnya dilantik sebagai Pemangku atau Presiden baru?. Amalan biasa ialah  Timbalan Presiden akan diangkat sebagai Presiden PKR. Mana hendak diletak DS DrWan Azizah?

BN TERUK DI CEMUH DAN PERLI DI PARLIMEN BILA PKR MENANG KAJANG.


PRK DUN Kajang berlangsung pada 23 Mac 2014 Ahad dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dari PKR menang, mengalahkan calon BN (MCA) Datin Paduka Chew Mei Fun.

Keseokannya Isnin 24 Mac, kebetulan berlangsung sessi Parlimen.

Hampir semua Ahli Parlimen hadir termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim turut hadir. Tersenyum lebar walaupun masih kepenatan. Mereka akan menyebut `kemenangan Kajang’ di dalam membentangkan soalan dan meminta penjelasan selanjutnya. Ahli Parlimen BN hanya boleh senyum dan `pekak teliga’ serta ucapkan tahniah kepada pembangkang.

PRK DUN Balingian di Sarawak diharapkan menyelebahi BN dan ia boleh dijadikan medan membalas cemuhan dan perlian Ahli Parlimen PKR pada 24Mac lalu. Untuk tahun 2014, BN dan PR seri 1-1. InsyAllah.

Nota
Alhamdulilah BN menang dengan majoriti bertambah. Boleh lah senyum lebar kepada Ahli Parlimen pakatan Rakyat di Dewan Rakyat


Friday 28 March 2014

ANAK YATIM KEDAH BERKELIARAN DI MELAKA. KERAJAAN KEDAH DAN DS MUKHRIZ TIDAK MEMBANTU SEKOLAH TAHFIZ KE?



Penulis kerap kali berada di Melaka Sentral, akan dikunjungi oleh anak anak lelaki atau perempuan berkopiah dan bertudung memohon derma Tabung Sekolah Tahfiz. Apabila ditanya Sekolah Tahfiz mana, segera mereka menjawab dari Kedah Darul Aman. Yang menyedihkan mereka ini muda muda belaka dan tidak akan mengeluarkan resit.

Penulis menanyakan resit agar aktiviti ini halal dan dibenarkan oleh kerajaan. Penulis faham bahawa melakukan kebaikan tidak perlu minta resit kerana Allah
Taala Maha Mengetahui. Penulis tidak mahu melakukan perbuatan riak dalam apa situasi pun.

Sepanjang pengetahuan penulis, penulis BELUM PERNAH di kunjungi oleh anak yatim dari Kelantan. Ini memberi erti yang sekolah Tahfiz di Kelantan lebih terurus. Mereka dibantu oleh Kerajaan Negeri atau kalangan dermawan Kelantan ramai yang membantu atau Mursyid / Pengetua di Kelantan tidak membenarkan amalan menagih sedekah atau derma kerana ia merbahaya dan murid murid membuang banyak masa.

Kebetulan, pagi tadi penulis ke Pejabat POS untuk memperbaharui lesen memandu. Baner tergantung iklan Wafaq Sekolah atau Rumah Anak Yatim anjuran PEYATIM iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia. Kadar wafaq telah ditetapkan sebanyak RM30sekaki persegi dan POS menjadi agen mengutip dan diberikan resit. Resit tersebut tertera lafaz Ijab. Alhamdulilah, penulis terbuka hati mewaqafkan buat diri sendiri dan isteri.

Tidak kah pendekatan PEYATIM dan POS MALAYSIA memudahkan semua orang dan anak anak kita terjamin keselamatan mereka dan tidak terabai pelajarannya? Pejabat POS cukup banyak bilangannya. Mungkin sebulan sekali, penulis boleh melakukan derma disamping membayar bil bil.

Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir diharap memberikan sedikit perhatian. Nama Kedah perlu dipeliharakan.

TIBA TIBA INDUSTRI PENERBANGAN MALAYSIA TIDAK SELAMAT













Dua minggu selepas Tragedi MH370 hilang, industri penerbangan Malaysia kehilangan `confident’ atau terus diuji oleh Allah SWT. 8 Mac 2014, MH370 hilang daripada bacaan radar Pusat Kawalan Udara. Setelah hampir 17 hari, kemungkinan besar, pesawat tersebut mengakhiri penerbangan itu di Lautan Hindi Koridor Selatan, 2500 km Bandaraya Perth, Australia.

MAS terus diuji lagi. Kali ini penerbangan MAS ke Nepal atau Lapangan terbang Katmandu. Diberitakan semasa sedang mendarat, pesawat tersebut telah dilanggar oleh sekumpulan itik. Ini menyebabkan lensa lampu telah pecah. Walaubagaimanapun, pesawat MAS selamat mendarat.

Sehari lepas itu, sekali lagi, pesawat MAS ke Incheon Korea Selatan tetapi bermasalah dengan kuasa. Penerbangan ini diberitakan di mendaratkan di Hong Kong untuk mengekalkan kemalangan.


Tidak cukup dengan itu, pesawat MALINDO untuk penerbangan dari Subang ke Terengganu telah mengalami kebakaran kecil pada enjin. Juruterbang telah membuat keputusan untuk berpatah baik ke Subang. Usaha tersebut berjaya.

Pemain Liga Super Terengganu berada di dalam pesawat tersebut merasa lega apabila pesawat berjaya mendarat dengan selamat. Pemain dan pengurusan Terengganu baru sahaja bergembira dengan kemenangan mereka keatas ATM 3-0 (jika tidak silap) pada malam sebelumnya. Tidak boleh riak bro.


Ya Allah, jangan lah Engkau terus menduga atau menguji MAS. Sesunguhnya kami dan keluarga kami tidak terlibat di dalam tragedi MH370, pun tidak tertanggong melihat dan mendengarnya

Thursday 27 March 2014

MAS. SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA



Tragedi MH370 betul betul menduga `keimanan’ Penerbangan Malaysia atau MAS. Selain daripada pengumuman kerugian RM1.2 bilion untuk 2013, MAS dilanda peristiwa menyayat hati iaitu nahas pesawat hilang di Lautan Hindi.


Seramai 239 penumpang dan kru pesawat dikuatiri terkorban setelah 17 atau 18 hari operasi SAR (Rescue) di jalankan.  Lama tu. Usaha SAR (Recovery) terus dijalankan di kawasan koridor Selatan dan diberitakan sebanyak 122 objek telah jumpai dan dibawa keluar untuk pengesahan lanjut.

Kini diberitakan yang BOEING dan MAS berdepan dengan tuntutan mangsa nahas yang diwakili oleh sebuah firma terkemuka. Mereka sangat yakin mereka akan menang tuntutan besar sebanyak USD 1.2 bilion.

MAS boleh jatuh bangkrap’ dan Kerajaan Malaysia mungkin terjejas kedudukan kewangannya jika mereka ini menang di dalam tuntutan mereka. Apa akan berlaku?

MAS dan BOEING serta pihak kepentingan lain mesti membariskan para peguam bela korporat yang handal untuk mengelakkan tututan yang tidak munasabab oleh kaum keluarga mangsa. Satu perkara yang nyata ialah MAS telah melakukan yang terbaik untuk kliennya baik sebelum menaiki pesawat dan selepas kehilangan pesawat itu. Ini Malaysian Hospitality (MH) yang di amalkan sekian lama.

Untuk mengelakkan kerugian akibat tragedi tersebut, MAS  kena berusaha mendapatkan kotak hitam tersebut untuk dijadikan bahan bukti pihak MAS. Rakyat Malaysia wajar berdoa kepada Allah SWT agar permudahkan pencarian bangkai pesawat mahupun kotak hitam.

Andaikata MAS kalah di dalam tuntutan tersebut, Khazanah Nasional Berhad akan membantu  MAS membiayai kos tersebut. Apabila Khazanah ketat kewangan, dividen kepada Kerajaan akan berkurangan sedikit. Ini juga bermakna BRIM4 dan pembangunan negara mungkin akan di kaji semula dan dibatalkan. Jika bantuan ini di berhentikan setahun dua, rakyat akan terjejas juga sedikit sebanyak. Sebab itu bagi mereka yang mensyukuri nikmat BRIM, wajar mendoakan kesejahteraan kewangan negara. Kasihan Kerajaan dan Datuk Sri Najib dan barisan kabinet.


Di lain lambaran banyak pihak insuran seperti Etiqa, AIA dan Takaful, berikrar untuk memudahcarakan tuntutan insuran kaum keluarga mangsa. Kelazimannya seorang penumpang akan mendapat RM500,000 seorang. Dari segi negatifnya, apabila seseorang mati kemalangan, seseorang lain seperti si suami atau si isteri atau sibapa atau si ibu mahupun abang / kakak sulung akan mewarisi wang tunai tersebut dan boleh hidup senang juga walaupun ketiadaan orang tersayang.

TRAGEDI MH370:TRANSPONDER MENJADI PUNCA PESAWAT TIDAK DAPAT DIKESAN.


Nahas pesawat MH370 menjadi pengajaran besar buat Malaysia dan seluruh dunia. Pesawat MH370 hilang komunikasi jam 1.10 pagi dan hilang dari bacaan radar jam 2.40 pagi. Ini adalah kerana transfonder kapal terbang di padamkan secara sengaja.

Penulis akui bahawa penulis tidak tahu langsung mengenai terma penerbangan. Tetapi penulis merasa hairan mengapa pembuat kapal terbang tidak terfikir kemungkinan transponder di matikan secara sengaja. Atau mengapakah pembuat kapalterbang tidak mengadakan keadah tersebut untuk mengesan signal dan apa jua pegerakan kapal terbang.?


Mengapakah transponder tersebut mesti di `enable’ atau di `disable’? Dalam keadaan atau situasi apa transponder harus dimatikan? Apabila lalu Negara yang tidak `friendly’ dengan Malaysia ke?

Pada pendapat penulis yang `buta huruf’ industri penerbangan, transponder ini mesti di `enable’ sepanjang masa dan tiada siapa boleh matikan tanpa mengira juruterbang atau pembantu juruterbang mahupun perampas kapal terbang.

Agak tidak logik, pesawat yang berharga ratusan juta USD, mempunyai kelemahan yang sangat `simple’.


Penulis faham walaupun transponder tidak boleh mengelakkan kemalangan, tetapi sekurang kurangnya kita tahu di mana lokasi pesawat berkenaan.

Tuesday 25 March 2014

PENERBANGAN MH370 BERAKHIR DI SELATAN LAUTAN HINDI DI BARAT BANDARAYA PERTH, AUSTRALIA.



Perdana Menteri, pada jam 10 malam 24 Mac 2014, telah dengan sedihnya mengumumkan bahawa penerbangan MH370 telah mengakhiri penerbangannya di selatan Lautan Hindi di barat Bandaraya Perth, Australia.Walaupun tiada bangkai pesawat dan `mayat’ dijumpai, Perdana Menteri telah dinasihati (dengan analisa imej satelit INMARSAT dan perjumpaan serpihan pesawat) oleh wakil cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) yang merumuskan pengakhiran penerbangan itu. Perdana Menteri berpuashati dengan rumusan tersebut dan hanya selepas 17 hari kehilangan MH370, beliau memecahkan kebuntutan samada MH370 terselamat atau sebaliknya.

PM, TPM dan rakyat Malaysia ingin merakamkan salam takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal MH370 di atas tradegi tersebut. Semoga tabah menghadapi situasi yang menyedihkan ini.

Pemangku Menteri Pengangkutan memberikan jaminan yang usaha pencarian `mayat’, bangkai pesawat dan kotak hitam akan diteruskan. Siasatan kehilangan serta sebab munasabab yang menjurus kepada pelencongan dari destini asal (Kuala Lumpur-Beijing) akan dijalankan secara terperinci. Jawaban mesti dicari samada pesawat ini dirampas atau disabotaj oleh penumbang atau anak kapal.

Search and Rescue kini menjurus kepada Search and Recovery. Terima kasih kepada semua negara yang berkerja keras yang terlibat di dalam SAR dan gunatenaga yang membantu secara langsung dan tidak langsung.




SELEPAS `KAJANG MOVE’ SEHARUSNYA `MB SELANGOR MOVE’

Tahniah kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menang kerusi DUN Kajang meraih undi 16K (dahulu mendapat undi 19.6K ataupun penurunan 3600 undi). Datin Paduka Chew Mei Fun tidak kalah semua. Ada lebih kurang 11K (dahulu 12.8K undi ataupun penurunan 1800 undi) pengundi yang menyokong Datin Paduka. Majoriti berkurangan sedikit kerana peratusan mengundi jatuh ke 72 peratus daripada 88 peratus semasa PRU13.

DUN Kajang mempunyai pengundi berdaftar seramai lebih kurang 38,900 dimana 48 peratus pengundi melayu, 40 peratus pengundi Cina dan 10 peratus pengundi India. Keputusan PRU13 memberikan kemenangan kepada Lee Chin Cheh yang mendapat undi lebih kurang 19,600 manakala calon BN mendapat 12,800 undi. Majoriti 6,800 undi.


Apa yang menjadi perhatian ramai ialah apa akan berlaku pada Kerusi MB Selangor selepas Datin Seri  Dr Wan Azizah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat. Adakah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan melepaskan jawatan MB? Selepas`Kajang Move’ apakah move seterusnya. Mungkin ` MB Selangor Move’ menjadi keutamaan parti anak beranak ini.


Ketua UMUM PKR boleh bergembira sekarang dengan kemenangan ini selepas `terperanjat beruk’ di jatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat pembantunya.

Saturday 22 March 2014

MAJLIS SELAWAT MERAHMATI RAKYAT, PUTRAJAYA DAN MALAYSIA.


Alhamdulilah. Di dalam kesibokan dengan tugas harian, kita sempat melapangkan masa ke Konsert Selawat Perdana: Malam Cinta Allah dan Rasul yang di adakan di Dataran Masjid Putrajaya malam tadi 21 Mac 2014. Lebih kurang 500,000 pencinta Allah dan Rasul hadir dan bertasbih dan berselawat.

Para penjawat awam sibok dengan urusan pentadbirannya. Mahasiswa sibok mentelaah buku. Para peniaga Pasar Malam gigih mencari rezeki. Ahli sukan sibok melatih. Para petugas BN/UMNO  berkempen di PRK Kajang. Perdana Menteri sibok dengan urusan pentadbiran Negara dan terkini di dalam misi mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 14 hari yang lalu. Namum semua mereka yang mencintai Allah dan Rasul, bergegas ke Dataran untuk berselawat beramai ramai bersama Habib Syech Abdul Qadir Asseqof dan mendoakan untuk permudahkan pencarian MH370, persegerakan perjumpaan pesawat serta kesejahteraan penumpang dan anak kapal.


Majlis seumpama ini wajib menjadi amalan buat pentadbiran Datuk Sri Najib. Banyak keberkatannya dan kita wajib percaya akan bertambah kesejahteraan dan kerahmatan Malaysia ini, rakyatnya serta Putrajaya, pusat pentadbiran negara.


Semoga segala malapetaka (nahas kapal terbang, jalanraya dan lautan, gempa bumi, banjir atau puting beliong) berkurangan, tekanan dan dugaan dari golongan anti Islam terhapus, para pengkritik dan penghina Islam akan insaf dan menghormati agama Islam, rakyat Islam bersatu padu dan rakyat Malaysia hidup berharmoni. Penulis harap ramai pengundi Kajang termasuk penyokong parti berhemah yang hadir di Majlis Selawat ini akan diberikan hidayah untuk memilih calon yang boleh berkhidmat dengan baik dan partinya menjujung tinggi agama Islam dan menetang keras LBGT, Puralisma, penswastaan kalimah Allah kepada agama lain dll.

Friday 21 March 2014

PESAWAT MH370 TERBANG MENGHAMPIRI AUSTRALIA. KELUARGANYA JUGA KE AUSTRALIA?


KEMUNGKINAN SERPIHAN MH370 DI JUMPAI DI LAUTAN HINDI, BARAT AUSTRALIA

Andaikata benar dan sah bahawa kedua serpihan (salah satu serpihan berukuran 24 meter) yang di jumpai 2,500 km dari Perth, adalah serpihan  pesawat MH370, maka persoalan seterusnya mengapakah pengendali pesawat atau juruterbang baru (perampas) pesawat tersebut memilih atau menuju Lautan Hindi atau menghampiri Australia untuk di daratkan atau di hempaskan.?

Kemungkinan besar kawasan ini menjadi pilihan pengendali pesawat atau juruterbang (perampas) baru pesawat agak sunyi dan kurang pengawasan radar oleh sesebuah negara. Mungkin kebarangkalian, pendaratan di laut lebih selamat daripada mendarat di darat.

Insiden MH370 ini membuka mata Kerajaan Malaysia dan Antarabangsa khas Kementerian atau Agensi Anti Pengganas mengenai kelemahan radar dan satelit jika transponder di padamkan dengan sengaja atau dipaksa. Pembuat pesawat perlu membuat kajian mengatasi kelemahan ini dengan segera kerana `pengganas’ telah mendapat satu lagi idea atau cara melakukan rampasan pesawat kapal terbang.

Secara kebetulan, di laporkan oleh sebuah blog yang keluarga juruterbang Zaharie telah berlepas ke Australia (tidak pasti sebelum atau selepas 8 Mac 2014). Mungkin keluarga mereka mempunyai rumah di sana ataupun menziarah anak yang sedang belajar atau bekerja di Australia. Tidak mungkin mereka mahu berjumpa dengan usahawan berjaya dan kayaraya Rahim Ghouse.  Walaubagaimanapun Tan Sri Ketua Polis Negara berkata ahli keluarga Juruterbang Zaharie memberikan kerjasama yang baik kepada PDRM melakukan siasatan keatas simulator dan computer ribanya.

Sebentar tadi diberitakan beliau ada buat panggilan misteri.....

DASAR LUAR NEGARA DATUK SRI NAJIB DENGAN TUN DR MAHATHIR



Penulis adalah pencinta pemikiran dan gerak kerja Tun Dr Mahathir. Tun seorang pentadbir ekonomi yang baik dan petah berhujah dan ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang dihormati.

Kelantangan menyuarakan pendapat di dalam isu Palestin, Amerika Menyerang Iraq dan Islam membuatkan beliau tidak disenangi oleh Amerika Syarikat, Australia dan Isreal. Lee Kuan Yew, PM  Singapura dan Presiden Estrada Filipina juga tidak sehaluan dengan Tun Dr Mahathir di dalam isu Jambatan Causeway dan layanan trhadap Anwar Ibrahim

Pandangan Tun Dr Mahathir ini menjadi Dasar Luar Negara Malaysia. Mantan Presiden Bush, PM John Howard atau Paul Keating dan Lee Kuan Yew menjauhi Tun Dr Mahathir. Mereka akan mengelakkan perjumpaan di Persidangan mahupun lawatan kerja.

Dasar berbaik baik dengan China, Rusia, Cuba, Palestin, Venzelua dan Negara OIC merenggangkan hubungan Tun Dr Mahathir dengan pemimpin negara besar tadi.

Penulis bersyukur insiden kehilangan Pesawat MH370 tidak berlaku didalam zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir. Jika ia berlaku, besar kemungkinan negara negara besar tidak akan memberikan kerjasama dan bantuan kepada Malaysia di dalam SAR. Penulis tidak pasti dasar sesebuah negara yang akan terus menghulurkan bantuan pesawat dan kapal serta maklumat radar dan satelit, walaupun pemimpin mereka tidak mesra hubungan.

Penulis setuju bahawa zaman konfrontrasi dengan negara luar sudah berlalu. Datu Sri Najib mempamerkan dan mengamalkan sikap mesra dan berbaik dengan negara jiran dan antarabangsa. Datuk Sri Najib memperbaiki hubungan dengan Amerika Syarikat, Australia dan Singapura disamping memperkukuhkan persahabatan dengan jiran Asean dan Asia. Ia berhasil dan apabila berlaku malapetaka di negara mereka, Malaysia adalah salah satu Negara yang awal menghantar bantuan kemanusiaan. Datuk Azeez Abd Rahim Kelab 1 Malaysia akan sibok di depan kamera mengangkut dan mengagih barangan kepada mangsa banjir, gempa bumi mahupun perang.


Alhamdulilah, dasar luar Negara Datuk Sri Najib betul. Apabila pesawat MH370 hilang dan dikuatiri berada di kawasan Negara mereka, sebanyak 26 buah Negara memberikan bantuan SAR. Kerjasama amat erat. PM berbalas balas telefon dan utus mengutus surat dan faks.


Alhamdulilah. Malaysia di landasan yang betul.

KAJANG VOTER. VOTE WISEILY



Rakyat DUN Kajang akan mengundi pada 23 Mac 2014 Ahad, mulai 8 pagi hingga 5 petang. Ia melibatkan 39K pengundi berdaftar. Kerusi ni milik PKR semasa PRU13. Pada dasarnya DUN Kajang telah digunakan oleh DS Anwar Ibrahim sebagai `pintu belakang’ untuk menjadi MB Selangor. Tetapi Allah menentukan beliau tidak layak bertanding dan digantikan dengan isteri beliau yang juga Presiden PKR. Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail akan bertanding satu lawan satu dengan calon dari MCA dan BN,Datin Paduka Chew Mei Fun. DUN Kajang akan diwakil rakyatkan oleh seorang wanita. Seorang Melayu dan seorang Cina. Seorang yang berusia dan seorang muda sedikit. Seorang yang ada pengalaman pentadbiran kerajaan dan seorang pentadbiran sebuah parti. Seorang yang bersuami dan berkeluarga. Tentunya tuntutan seorang suri rumah tangga lebih banyak daripada seorang yang belum berkhawin.

Mood pengundi Cina di Kajang dan Bandar lain `unpredictable’. BN tidak boleh mendabik dada yang sokongan pengundi Cina sudah berubah. Jangan `underestimate’ mereka. Mereka akan berubah pada saat akhir jika cybertropper mereka berjaya menpengaruhi ketua rumah yang selalunya anak muda atau bapanya. PKR banyak kelemahan di Selangor dan ia diterjemahkan melalui amalan pentadbiran. Tetapi rakyat Selangor TIDAK KISAH dengan kelemahan itu. Mereka hanya mahu menumbangkan BN walaupun BN banyak membantu. Dengan melenyapkan BN dan UMNO, mereka merasa keadilan ekonomi dan social terdiri. Kuota 30 peratus Bumiputera dan bantuan lain `menindas’. Mereka mahu peruntukan membina kuil sama seperti peruntukan pembinaan masjid. Mereka mahu kuota yang lebih tinggi di dalam MRSM dan Sekolah Berasrama Penuh. Stigma `tukar’ menebal dikalangan rakyat kerana kelemahan BN menangkis serangan PKR dan rakan. BN banyak bertahan dan menjawab secara tidak effektif dan konsisten. Wakil rakyat dan seluruh ahli selesa dan kurang turun bawah secara seikhlasnya.

Seruan penulis kepada rakyat Kajang agar memberi peluang kepada BN menang kerusi Kajang. Walaupun BN menang, ia tidak mampu merubah struktur pentadbiran negeri sekarang tetapi BN boleh berperanan di Dewan Undangan membela nasib rakyat Kajang. Buat lah satu kejutan. Hantarlah satu mesej keras kepada Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan pelbagai masalah di Kajang.

Selamat Mengundi kepada pengundi Kajang pada 23 Mac 2014. Ia adalah hari kelahiran penulis. Pada hari ini mungkin panas, mungkin hujan atau mungkin jerebu. Buatlah persediaan awal.


Thursday 20 March 2014

SIMULATOR ZAHARIE :LIMA LAPANGAN TERBANG: MUNGKIN JALAN TIKUS AHLI POLITIK LARI DARI MALAYSIA



Kehilangan pesawat MH370 membawa banyak hikmah kepada banyak pihak. Kepada kerajaan, ia memberi peluang kepada Kerajaan (melalui DCA,
Imigresen, PDRM dan MAS) memperbaiki lagi kelemahan pentadbiran dan prosedur keluar masuk negara. Insiden ini merapatkan lagi hubungan dan kerjasama antara Kementerian dan Jabatan. Umpamanya diantara DCA dengan Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, MAS dan lain lain, Insiden ini juga merapatkan lagi kerjasama dan hubungan diplomatik di antara 25 buah negara. Rakyat juga turut sempati dan turut serta di dalam upacara keagamaan untuk mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal MH370.

Penulis pun dapat ilmu pengetahuan mengenai industri penerbangan, prosedur  penerbangan antara bangsa, terma terma penerbangan seperti turing back, nautical miles, knot, primary radar dan secondary radar, Northern Corridor dan Southern Corridor, simulator. Sekurang kurangnya penulis sudah tahu jarak penerbangan dan isian minyak sesebuah penerbangan, fungsi transponder, Search and Rescue (SAR) laut, udara dan darat dan banyak lagi. Tetamu dan pakar penerbangan yang dipanggil bercakap membuka minda penulis dan mungkin ramai yang lain.

Salah satu yang menarik perhatian penulis ialah ketika majoriti rakyat Malaysia berharap pesawat MH370 ini di kesan dan ditemui semula dengan kadar yang segera, namun ada juga rakyat Malaysia yang mengharapkan pesawat MH370 tidak di kesan terus. Mereka ini ingin memalukan Kerajaan Malaysia kerana berkesempatan menfitnah yang Kerajaan tidak cekap mengendalikan SAR. Walhal Malaysia disokong dan bantu oleh 26 negara asing. Jika Pakatan Rakyat diberi peluang menerajui SAR ini, pesawat ini akan di kesan dengan cepat. Malah mereka bersedia menjadi tukaran tebusan jika pesawat tersebut di rampas. Cakap cukup senang. Mari kita tengok apa yang mereka buat andaikata isteri atau anaknya diculik. Adakah mereka bersedia bertukar tebusan?. Kelakar Mr Bean.

Diberitakan simulator juruterbang MAS telah dipasang semula di Bukit Aman dan penyiasatan terus dilakukan. Terkini, FBI mahu simulator tersebut untuk analisis lanjut. Tan Sri Ketua Polis Negara mendedahkan beberapa data atau game telah di `delete’ dan pihak Forensic sedang `retrieve back’ maklumat tersebut. Berita awal yang tidak sahih yang diterima terdapat 5 lapanagn terbang di `simulatorkan’ oleh Juruterbang Zaharie. Di Northern Corridor ada 7-8 lapangan terbang dan Southern Corridor ada 5 lapang terbang yang sesuai untuk pesawat 777-200. Para penyiasat sedang tertanya tanya mengapa Juruterbang Zaharie melakukan latihan pendaratan di Northern dan Southern Corridornya kerana MAS tidak melalui atau menggunakan  destinasi tersebut. Hanya tentera negara asing yang bermain dikawasan tersebut. Yang menjadi tandatanya ia Diego Garcia, sebuah pengkalan Amerika Syarikat yang menempatkan tentera mereka. Destinasi seterusnya Guam.



Anak penulis yang masih di Tahun 6 menyambuk dan bergurau dengan penulis. `Papa. Pilot tu mungkin nak lari dari Malaysia tak?’ Penulis terus terfikir mungkin kedua dua Koridor merupakan `jalan tikus’ untuk seseorang melarikan diri dari Malaysia. Mungkinkah pemimpin politik mahupun ahli perniagaan serta keluarga mereka akan menggunakan kepakaran Juruterbang seperti Zaharie untuk melarikan diri dari Malaysia jika keadaan merbahayakan mereka.? Penulis tersenyum dan memberitahu anak supaya jangan terlalu fikir bukan bukan. Tidak baik.

Tuesday 18 March 2014

MH370 MENCIPTA REKOD DUNIA. TEKNOLOGI HILANG TANPA DIKESAN



Malaysia dikenali dunia melalui sukan badminton dan skuash. Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol David adalah pemain bertaraf dunia. Selain itu Petronas Twin Tower juga mengharumkan nama Malaysia apabila diiktiraf sebagai menara berkembar tertinggi di dunia. Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka dan Pulau Pinang adalah destinasi dunia pelancongan dan pentadbiran.

Insiden kehilangan pesawat MH370 juga mencatitkan rekod dunia apabila pada 8 Mac yang lalu, pesawit MH370 yang berlepas dari KLIA jam 12.40 pagi dikatakan hilangan dari radar 2.40 pagi. Kemudian ada maklumat tentera mengatakan pesawat ini berpatah balik dan kali terakhir pesawat dikesan oleh satelit jam 8.11 pagi sekitar Pulau Perak di antara Pulau Pinang dan Langkawi.

Penulis terpegun dengan teknologi `menghilangkan’ pesawat yang nampaknya efektif juga jika digunakan oleh pengganas untuk merampas pesawat kapalterbang. Umum tahu keadah terakhir yang digunakan oleh pengganas ialah insiden 911 dimana pengganas Al Qeda telah merampas pesawat dan kemudian memandu kearah Empire State Building dan menghempaskan pesawat di kawasan Pentagon.

Sejumlah lebih 20 negara yang mempunyai pelbagai kecanggihan teknologi satelit dan radar, sehingga hari ini, 18 Mac, gagal mengesan pesawat ini. Suatu yang menghairankan dan ketinggian ilmu `si perampas’ itu. Insiden ini boleh menjadi `case study’ bagi kita dan Negara lain mengatasi masalah terrorisma.



ANTARA DS ANWAR IBRAHIM DAN DS HISHAMUDDIN. CABARAN AMAT BERAT



Penulis mempunyai pandangan tersendiri terhadap kerjaya dan cabaran yang di hadapi oleh 2 pemimpin ini iaitu DS Anwar Ibrahim dan DS Hishamuddin Tun Hussein. Kedua dua pemimpin ini senantiasa di uji kesabarannya dan kecekapannya. Mereka di uji untuk mengatasai masalah yang mereka `create’ atau difitnah mahupun mendatang tanpa di duga.

DS Anwar bergelumang dengan perundangan setiap masa sejak meninggalkan UMNO. Semasa menjadi mahasiswa beliau sering berada di jalanan dan lokap. Beliau menghabis kehidupan beliau berlawan di Mahkamah atas kesalahan yang beliau lakukan atau kononya di `granddesign’ oleh UMNO. DS Anwar terpaksa memikirkan strategi dan alasan kukuh untuk mewujudkan keraguan. Beliau kena mencari jalan untuk menepis gambar dan rupabentuk badan yang tersiar di video clip atau CCTV sebagai palsu atau `look like me but it is not me’. Selain itu, beliau perlu berkonspirasi dengan isteri dan keluarga serta para peguamnya dan pengikut tegarnya yang beliau Mr Clean’. Satu lagi misi besar ialah mempengaruhi penyokongnya supaya mempercayai `gorengan’ beliau mengenai `penindasan’ UMNO dan BN tehadap beliau. Ini bermakna terlalu banyak masa di habiskan di Mahkamah dan stakat ini, ia membawa banyak kejayaan kepada DS Anwar dari segi politik (menghalang seseorang bercakap mengenai kes nya) dan kewangan (selalu menang kes saman)

Dalam banyak para Menteri, penulis berpendapat DS Hishamuddin paling sibuk, diuji tinggi dan rendah dan setengah tengah kes menjejaskan atau memperbaiki kepopularitian.

Kecekapan DS Hishamuddin di uji semasa menjadi Menteri Pelajaran lagi. Gerakan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) antara yang paling mencabar kerana demonstrasi besaran dan desakan mantan Tun Dr Mahathir agar dipertahankan dasar. Demonstrasi berjaya memujuk kerajaan menukar dasar. Sebelum itu, Tun Dr Mahathir menyesorkan matapelajaran sain dan matematik di dalam bahasa Inggeris kerana hampir kesemua buku buku teknologi, adalah ditulis di dalam bahasa Inggeris. DS Hisham tunduk kepada desakan minoriti rakyat dan gerakan bersepadu PKR dan PAS. Beliau terselamat kerana berlakunya rombakan kabinet. Tan Sri Muhyiddin Yassin memegang portfolio pelajaran/pendidikan dan terpaksa bertanggongjawab menerima desakan dan memujuk Tun Dr Mahathir, walaupun beliau telah bersara.

DS Hishamuddin bertukar portfolio Kementerian Dalam Negeri. Sekali ini, beliau terpaksa menerima gelaran `Menteri Amaran’ daripada rakyat kerana tidak mengambil tindakan terhadap pendemonstrasi HINDRAF, Bersih 1, bersih 2 dan Bersih 3. Beliau sempat juga mendapat pengalaman melihat perhimpuan haram Blackout. Beliau dilihat menghadapi masalah untuk melaksanakan undang undang. Para penyiasat gagal membantu Pendakwa di dalam pendakwaan di Mahkamah. Popularitinya merundum teruk. Awal tahun 2013, peristiwa Pencerobohan Pengganas Sulu di Lahad Datu mencemaskan negara. Kerajaan berunding hampir 1 bulan dengan pengganas tetapi dibalas dengan kematian 12 anggota keselamatan. Alhamdulilah dengan gerakan bersepadu dengan Kementerian Pertahanan, pengganas Sulu dapat ditahan dan ditembak mati.

Selepas PRU13, beliau bertukar kerusi dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan.

Sekali lagi setiap kementerian yang beliau terajui amat mencabar. Kementerian Pengangkutan bertanggungjawab perlaksanaan AES. Projek ini murni kerana bermatlamat untuk mengurangkan kemalangan jalanraya. Sistem Kamera ini sekali gus mengurangkan interaksi pegawai Trafik atau PDRM dengan pesalah. Index rasuah menurun kerana tiada tawar menawar. Dendanya telah ditetapkan. Malangnya rakyat Malaysia mementingkan bagaimana dan siapa yang dapat projek itu. Ada unsur rasuah dan ada keuntungan berlebihan tak di satu pihak?. Dendanya membebankan. Perlaksanaannya tertangguh dan Kerajaan terpaksa mengambilalih AES ini. Harap ia dapat dilaksanakan segera.

Sebelum ini, di dalam tempoh perkhidmatan sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan, sekitar 21 ogos 2013, sebuah bus telah terhumban ke dalam gaung dan  menyebabkan kematian 37 penumpang di Genting Highland. Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan dan puncanya dicari.

DS Hishamuddin sekali lagi dipertanggongjawab perlaksanaan dan pembukaan KLIA2 yang tertanggoh 6 kali. Penulis diberitakan tarikh pembukaan dan operasi KLIA2 masih ditetapkan pada 2 Mei 2014. Dengan perkembangan terbaharu MH370, adakah Kerajaan akan meneruskan pembukaannya walaupun di andaikan pembinaannya selesai dan selamat digunakan. Penanggohan pembukaan KLIA2 menjejaskan kecairan kewangan negara.

Yang paling mencabar dan menyedihkan buat DS Hishamuddin ialah kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac yang lalu. Sehingga hari ini, Malaysia dengan bantuan lebih 20 negara lain, masih gagal mengesan lokasi pesawat tersebut. Setiap petang 5.30 petang, DS Hishamuddin akan membuat Sidang Media untuk memaklumkan perkembangan terkini. Amat menghairankan kerana dengan kecanggihan yang ada, MH370 hilang tanpa dikesan dan dipercayai berada di Koridor Utara dan Koridor Selatan. DS Hishamuddin terpaksa menjawab pemberita, kaum sanak keluarga mangsa, berkerjasama dengan ketua ketua SAR Negara lain dan menjadi jurucakap Kerajaan.


Penulis harap pengakhiran yang baik buat DS Hishamuddin Tun Hussein di tahun mendatang. Saya berdoa perjalanan politik yang lebih cerah (kekal sebagai salah seorang Naib Presiden dan seterusnya) serta kesihatan yang lebih baik (dijauhi serangan jantung).

Monday 17 March 2014

GLC SEPERTI MAS LUBUK PKR DAN PAKATAN RAKYAT.



Beberapa bulan selepas PRU13 yang lalu, penulis pernah mencadangkan BN melakukan pembersihan anggota pekerja anti kerajaan di dalam GLC. Penulis menyebut MAS, Petronas, FELDA, Maybank, Tabung Haji dll sebagai `lubuk emas’ pakatan rakyat mendapatkan maklumat sulit Kerajaan. Penulis tidak pasti maklumat dan gesaan dari penulis `cabuk dan kampong’ ini diambil perhatian oleh PM dan pengurusan atasan BN.

Pengerusi BN perlu mencari jalan untuk membendung `penyakit’ sokongan pekerja GLC kepada Pakatan Rakyat. Pada penulis CEOnya mengutamakan KPI daripada perjuangan politik UMNO dan Islam. CEO sesebuah GLC perlu datang dari kalangan ahli UMNO yang berkelibar dan korporat. Ramai yang berbakat dan sedia membantu Kerajaan dan orang Melayu.

Penyularan pengaruh politik anti BN dan UMNO adalah kerana CEO tidak melakukan apa apa yang baik dan sesuai untuk menyekat pengaruh anti kerajaan. Mereka tidak mempunyai masa atau memperuntukkan masa untuk membetulkan keadaan. BN tidak seburuk yang disangka tetapi gerakan memahamkan keadaan tidak di buat.

Juruterbang pesawat MH370, Zaharie merupakan penyokong kuat PKR seperti yang terbukti di laman facebooknya. Secara kebetulan, apabila pada pagi Jumaat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara 5 tahun, pesawat MH370 hilang dari pantauan radar. Mengikut sidang akhbar PM kepada pemberita, transponder pesawat MH370 segaja dimatikan oleh seseorang di dalam pesawat tersebut.

Ada beberapa blog mengaitkan beliau denga perjuanga Anwar Ibrahim dan PKR. Amat bersempati dengan nasib Anwar Ibrahim dan sanggup berbuat apa (merampas kapalterbang) demi perjuangan. Pada penulis ia tidak masuk akal kerana beliau tidak boleh marahkan BN dan DS Najib. Beliau kena marahkan Yang Arif Tuan Hakim yang membuat keputusan. Ketua Hakim Negara pun telah memberitahu bahawa tiada campur tangan politik di dalam penghakiman.

Penulis juga tidak faham bagaimana seorang yang cerdik pandai seperti juruterbang MH370 ini mempercayai segala `gorengan’ Anwar Ibrahim dan PKR. Ini lah ujian Allah SWT kepada manusia. Ini lah demokrasi dan tiada paksaan didalam politik.

Penulis terkilan dengan juruterbang ini kerana tidak bersyukur dengan kemewahan yang diberikan oleh Allah Taallah melalui MAS, juruterbang ini berfikiran radikal dan anti terhadap  Kerajaan. Bekas Ketua Juruterbang ditanya `Adakah stress untuk menjadi seorang juruterbang?’. Datuk Nik menjawab, juruterbang mendapat  gaji yang lumayan. Anak sakit boleh mendapatkan rawatan pakar secara percuma. Tempat duduk selesa. Pemandangan langit yang sangat cantik. Makan sedap dan banyak kali. Dapat berjalan keluar negara kerap kali. Amat mustahil juruterbang kekurangan wang danbersubahat dengan pihak ketiga.


Penulis harap BN dan CEO berbuatlah sesuatu terhadap anggota pekerjanya agar tidak terpengaruh dengan ideology dan sempati dengan  PKR. Untuk menang PRU14, usaha pembersihan perlu dihebatkan oleh BN dan UMNO. Kepada DS NajiB dan Tan Sri Muhyiddin, sila buat sesuatu.

Friday 14 March 2014

STRESSFUL WEEK FOR BN AND PR GOVERNMENT


STRATEGI `SIBUKKAN’ MUSUH MENJADI….

Pakatan Rakyat sedang di asak dan di belenggu masalah serta terpaksaan menghadapi pilihanraya kecil (Kajang dan Balingan sudah pasti. Permatang Pauh dan Bukit Gelugor kemungkinan besar) .

Hari Jumaat, 7 Mac yang lalu, masalah dan kekecewaan dianugerahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat. Datuk Seri Anwar kena membayar wang jaminan RM10,000 pada pagi Isnin dan amat sibok menfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Datuk Seri, awal awal lagi  sudah `turun berkempen’ di Kajang kerana berhajat besar menang besar di Kajang dan di angkat menjadi MB Selangor. Bak kata `kita merancang, Allah menetukannya’.  Hasrat tersebut terpaksa di padamkan dan PKR terpaksa memerah otak mencari pengganti. Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, 62 tahun, dipilih menjadi calon.

Pada hari penamaan calon, selepas menemani isteri dan juga calon berarak ke pusat penamaan calon, tidak kelihatan kelibat Datuk Seri Anwar, di atas pentas, mungkin malu dengan orang ramai atau sibok berbincang dengan para peguamnya menghadapi kes di Mahkamah Persekutuan.

YB Karpal Singh pula terpaksa bergegas ke Mahkamah Tinggi untuk hendak mendengar sendiri keputusan Yang Arif Hakim berkenaan kes menghina Sultan Perak yang melucutkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dari jawatan MB Perak. Beliau di jatuhi hukuman denda RM4000. Hilang kelayakan buat sementara.

Persidangan Dewan Rakyat yang dijadual lebih awal lagi dijalankan pada 11 Mac juga. Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak dapat hadir kerana terlalu padat aktivitinya atau atas alasan mogok atau protes terhadap keputusan Mahkamah Rayuan. Kes Mahkamah pun dipolitikkan. Ada hendak ke Kajang untuk penamaan calon dan kempen. Ada hendak menyibok di KLIA untuk mendapatkan maklumat dan populariti. Ada yang susah hati kerana rakyat Selangor sedang menghadapi kekurangan bekalan air serta catuan air. Mereka perlu berada di kawasan masing masing untuk meringankan beban rakyat.


Minggu yang stress untuk Kerajaan BN (nahas MH370) dan Pakatan Rakyat (Datuk Seri Anwar dan Karpal Singh di dapati bersalah).

MH370 DAN SAKIT JANTUNG


Usia pramugara dan pramugari MAS secara am nya sudah tua. Mungkin mereka berpengalaman tetapi kos pengajiannya tinggi. Contohnya bonus tahunan bergantung pada masa perkhidmatan. Mungkin jika di buat kajian, cost per person MAS dengan penerbangan lain seperti Air Asia, lebih tinggi. Setakat ini, sebagai salah seorang pesakit jantung, teori juruterbang dan pembantu juruterbang diserang angin ahmar dan serangan jantung. belum di ambil kira.

InsyALLAH, sehari dua ini pesawat MH370 akan ditemui... mimpi penulis semalam.


Thursday 13 March 2014

MEMO UNTUK DATUK SERI HISHAMUDDIN

Datuk Seri memang sibuk mengendalikan Misi Mencari MH370.
Namum kena ingat yang KLIA2 harus beropersai 2 Mei 2014 ini
Semoga ia dapat dilaksanakan dengan jayanya.

NAHAS MH370 DAN IMPLIKASI KEPADA PRK KAJANG ?



Tragedi pesawat MAS MH370 hilang amat memilukan kepada kaum keluarga khasnya dan amat mendalam kesan kewangannya kepada MAS dan Khazanah Nasional.

Kemungkinan besar, seramai 239 keluarga bakal diberitakan dengan kematian orang  tersayang kerana kelazimannya apabila berlaku pesawat terhempas di laut dan darat,  tiada penumpang yang terselamat. Penulis harap sangat mereka semua terselamat tetapi harapannya terlalu tipis. Ada yang kehilangan anak atau bapa atau ibu atau adik atau kakak atau isteri atau suami atau sahabat handai mahupun jiran. Pekerjaan juruterbang dan anak kapal memang berisiko tinggi dan sebab itu gajinya lebih tinggi daripada pekerjaan biasa. Perjalanan udara biasanya berisiko maut berbanding jalanraya.

MAS juga kerugian besar. MAS kena berbelanja besar untuk membawa kaum keluarga  luar negara dan dalam negeri ke KLIA atau Vietnam (jika pesawat di jumpai di perairan berdekatan Vietnam). Perbelanjaan SAR pun MAS menanggong sebahagiannya manakala Kerajaan menanggong majoritinya. Lagi lama operasi SAR, semakin tinggi kos nya. Pihak insuran, ETIQA dijangka terjejas prestasi kewangannya tahun 2014 kerana pesawat dan penumpang di insurankan dengan ETIQA. Tuntutan insuran mungkin mencapai angka billion.

MAS baru sahaja mengumumkan kerugian RM1.2 bilion untuk tahun 2013 dan dengan tragedi ini, MAS akan menambahkan kerugiannya. Sahamnya merundum ke paras 24-27 sen sesaham. Sebab itulah penulis meramalkan beberapa hari sebelum kejadian kehilangan yang MAS bukan EMAS lagi. Harap sangat MAS tidak bertukar kepada besi buruk. XXXXX

So far, pemilik MAS iaitu Khazanah Nasional begitu `low profile. Prestasi kewangan 2013 pun diumumkan oleh CEOnya. Jika ada keuntungan besar, mereka ingin melaporkan tetapi apabile berlaku kerugian, CEO kena bertanggongjawab. Kini apabila insiden kehilangan MH370, pengurusan tertinggi Khazanah Nasional terus menikus. CEO MAS terpaksa berhadapan dengan pemberita dan keluarga mangsa.

Di Malaysia, ada golongan yang mengkritik Kerajaan kerana MAS kerugian besar akibat daripada kecuaian, kurang kecekapan dan rasuah. Mereka tidak mengambil kira keadaan ekonomi dan kenaikan harga minyak. Inilah masa dan situasinya untuk menghentam MAS, Khazanah Nasional dan Kerajaan. Pakar pakar `spin’ mencari jalan memburukkan Kerajaan di kalangan rakyat Kajang dengan harapan PKR akan mempertahankan kerusi mereka di Kajang.



Penelitian
1   Usia pramugara dan pramugari MAS secara amnya sudah tua. Mungkin mereka berpengalaman tetapi kos pengajiannya tinggi. Contohnya bonus tahunan bergantung pada masa perkhidmatan. Mungkin jika di buat kajian, cost per person MAS dengan penerbangan lain seperti Air Asia, lebih tinggi. Setakat ini, teori juruterbang dan pembantu juruterbang diserang angin ahmar dan serangan jantung. Penulis adalah pesakit jantung.
2 Alhamdullilah, juruterbang dan bekas juruterbang semakin tinggi ilmu keagamaannya. Ramai pengulas yang dijemput ke Studio mengulas atau menyebut nama ALLAH berulang ulang kali. Dipenghujung kehebatan sains, pertolongan ALLAH wajib dipohon.Ramai yang mencadangan yang SAR melibatkan sains dan keagamaan iaitu pertolongan ALLAH.

3.    Jelas kelihatan 12 negara (melibatkan 49 kapal 39 pesawat) sanggup memberikan pertolongan kepada Malaysia melaksanakan SAR. Ini bermakna dasar politik antarabangsa dan kemesraan Malaysia berada dilandasan yang betul. Malaysia adalah sebuah negara yang paling awal menghulurkan bantuan jika berlaku malapetaka mahupun peperangan di negara lain.

Wednesday 12 March 2014

ALLAH MAHA BERKUASA. KITA MERANCANG, ALLAH MENENTUKAN



Sesungguhnya ALLAH Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Pada Jumaat 7 Mac, 2014, ALLAH menentapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya. ALLAH memberikan petunjuk dan hidayah kepada ketiga tiga Yang Arif membuat keputusan, walaupun team peguambela tertuduh amat berpengalaman. Doa si mangsa Saiful Bukhari di Mekah dan Madinah dahulu termakbul. Manakala doa Datuk Seri Anwar belum atau tidak diperkenankan Allah SWT.

Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Tidak kurang ramai juga rakyat Malaysia yang bosan dengan kerenah pemimpin PKR ini yang mempunyai pendirian yang berbeza dengan ajaran Islam. Masyarakat Melayu Islam semakin keliru dan lemah. Agama Islam diperkotak katikkan oleh orang Islam dan bukan Islam sendiri. Politik Melayu semakin lemah angkara kepandaian individu ini.

Pada esoknya, Malaysia di kejutkan pula dengan kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370. Pesawat ini berlepas dari KLIA jam 12.40 pagi dan di jangka mendapat di Beijing jam 6.30 pagi. Sekitar jam 2.40 pagi, pesawat MH370 hilang daripada radar. Nasib 227 penumpang dan 12 anak kapal tidak dapat diketahui.

Gerakan SAR (Search and Rescue) di gerakkan serta merta dan terkini terdapat 7 negara terlibat membantu Malaysia. Ada negara menghantar pesawat canggih dan ada yang hantar kapal, Alhamdulilah berkat dasar berbaik dengan jiran dan Negara lain, Malaysia mendapat sokongan jiran dan Negara besar.

Satu perkara yang menjadi pengajaran semua pihak termasuklah para saintis dalam negeri dan luar negeri, rakyat Malaysia yang beragama Islam atau sebaliknya ialah kuasa ALLAH mengatasi peralatan canggih dan moden. SAR memasuki hari ke 5 tetapi masih belum ada petunjuk jelas. Pesawat yang canggih sistem komunikasinya terhilang dengan begitu senang.


Allah sedang memperingatkan manusia khasnya rakyat Malaysia agar kembali kepada AlQuran dan Sunnah. Perkuatkan ikatan ummah. Memertabatkan agama Islam yang suci bukan mencari jalan menghinanya. 

SPR AMAT SIBUK SEBULAN DUA INI



Sehingga hari ini 11 Mac, dua kerusi di istihar kosong dan perlu pengundian semula. Pengundian semula DUN N25 Kajang di Selangor DE ekoran perletakan jawatan Ahli DUN oleh mantan YB Lee Chin Chen dari PKR. YB Lee memberikan laluan kepada Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang dengan motif menjadi MB Selangor. Oleh kerana beliau disabit kesalahan meliwat, DatIn Seri Wan Azizah Wan Ismail dipilih menjadi calon.

DUN Balingan di Sarawak merupakan DUN milik Presiden PBB, Tan Sri Abd Taib Mahmud yang meletakkan jawatan kerana dilantik Tuan Yang Terutama Sarawak. Kedua dua DUN ini mencatitkan sejarah tersendiri.

Kesibokan SPR tidak berhenti di sini. Parlimen Permatang Pauh pun bakal dipertandingkan semula jika  terlucutnya kelayakan Ahli Parlimennya.


Lebih menyedihkan buat DAP, semalam, hari selesa 11 Mac, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM4,000 keatas YB Karpal Singh kerana menghina Sultan Perak dan hasutan. Jika beliau tidak merayu, YB Karpal Singh hilang kelayakan Ahli Parlimen Bukit Gelugor kerana di denda melebihi RM2,000.

Monday 10 March 2014

BENAR KATA TERESA KOK. 2014 TAHUN MALANG BUAT ANWAR IBRAHIM


Penulis pernah mengulas mengenai video ONEderful CNY2014 baru baru ini   http://nasirwise.blogspot.com/2014/02/tahun-kuda-tahun-malang-anwar-ibrahim.html

Betul kata Teresa Kok dan Pakar Feng Shui di dalam video ONEderful Malaysia CNY 2014 yang meramalkan Tahun Kuda di Malaysia adalah luar biasa kerana berlaku pelbagai kenaikan. Juga diperkatakan Malaysia Ringgit yang bermakna  `ma bai’ atau `nasib baik pun hilang’ sepertimana ulasan penulis di sini 
http://nasirwise.blogspot.com/2014/02/teresa-kok-cuba-guna-you-tube-untuk.html

Pada ketika itu, penulis menulis tentang penolakan Mahkamah Persekutuan sebulat suara rayuan Anwar Ibrahim untuk mengenepikan atau menghalang Tan Sri Dr Shafee Abdullah menjadi Ketua Pendakwaraya kes rayuan pembebasan Anwar Ibrahim di dalam Kes Liwat Anwar-Saiful. Kes nya sedang berjalan di Mahkamah Rayuan.

Nasib beliau terus malang apabila Majlis Peguam Malaysia meminta SPR menguatkuasakan undang undang dan mengambil tindakan keatas mereka termasuk Anwar Ibrahim yang berkempen di Kajang sebelum hari penamaan calon lagi. Majlis Peguam selalunya memihak kepada Pakatan Rakyat.

Terkini, DS Anwar Ibrahim di dapati bersalah meliwat Saiful Bukhari dan di penjara 5 tahun. Akibatnya beliau hilang kelayakan bertanding di PRK N25 Kajang. Umum tahu isteri beliau akan menggantikan nya. Bagaimana pula dengan Parlimen Permatang Pauh. Gujur kah kelayakan DS Anwar Ibrahim?

Entah apa lagi nasib malang yang akan menimpa Anwar Ibrahim di tahun kuda ini. 

Thursday 6 March 2014

SUKAN BOLASEPAK MEMANG TIDAK BOLEH BERLAKU ADIL



Tahniah Harimau Malaya kerana menang keatas Yemen 2-1. Tapi...

Artikel mengenai JDT memborong habis pemain dan jurulatih Kelantan, seperti di sini http://nasirwise.blogspot.com/2014/03/mungkinkah-jdt-menjadi-kelab-popular.html menurut rakan bloger USIN, menyebabkan ketidak adilan atau berat sebelah dan tiada keseronokan berbolasepak lagi. Tiada keaslian kerakyatan. Salah satu komen ialah :-

habis semua jdt nak borong. mana nak seronoknya jika setiap game, team lain hanya dpt peluang rebut tempat kedua. kalaupun ada kuasa duit, biarlah fair. kaya lawan kaya, hebat lawan hebat, baru adil. seronokkah jika lihat jdt yg taraf juta lawan penang yg taraf cina tongkang? contoh je, jangan la org penang marah pulak..


Pada penulis, yang adil hanya Allah SWT. Dunia tidak akan berlaku adil kepada kita terutamanya di dalam sistem `free capital’. Ia bermaksud pasukan yang banyak duit atau kelihatan kukuh kewangan dan prospek masa hadapan, pasukan itu akan kuat kerana berkeupayaan membeli pemain terbaik.

JDT mungkin bercita cita seperti Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich, Machester United dll tetapi perjalanan misi  masih jauh. Manchester United boleh bayar RM1.6 juta seminggu kepada Wayne Rooney. Begitu juga Barcelona yang  membayar gaji Lionel Messi dan Neymer hampir RM1 juta seminggu. Inilah trend bolasepak dunia dan Malaysia tidak terkecuali. Tindakan JDT di dalam merancakkan bolasepaknya hanyalah 0.1 peratus daripada usaha dan peruntukan yang dilakukan oleh kelab gergasi bolasepak.

Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich dan pasukan Liga Inggeris seperti Chelsea, Manchester City, Arsenal dll mempunyai pemain terbaik dunia. Mereka tidak merasa pasukan mereka yang zalim dan tidak adil kepada pasukan lain. Sebab itu kebanyakan negara menyediakan Division 1 dan Division 2. Pasukan yang kuat akan bertarung di dalam Division  1. Daripada Division 1, ada beberapa pasukan terpilih mengikut susunan akan layak bertanding di Liga Europa pulak. Manchester United mungkin juara Liga Perdana Inggeris tetapi tercicir di peringkat Europa. Di Malaysia, FAM pun mensyaratkan hanya 4 pemain import di dalam satu satu permainan. Kalau tiada syarat, JDT mungkin sudah di anggotai 11 pemain import.

Bolasepak sama seperti bersaing di dalam perniagaan. R&D Proton mungkin tidak sebesar R&D Honda. Akibatnya kereta Honda lebih `baik’ mutu dan kemasannya daripada Proton. Pasaraya TESCO amat besar dari segi modal dan rangkaiannya. Ia `membunuh’ kedai runcit atau mencergaskan kedai runcit supaya lebih proaktif untuk bersaing. Pada penulis, harga yang ditawarkan amat mustahak. TESCO menawarkan harga terrendah berbanding dengan kedai runcit dan menguntungkan rakyat berpendapatan rendah.

FAM membenarkan 4 pemain import untuk setiap pasukan. Jadi setiap pasukan boleh mendapat pemain yang mereka mahu dan mampu. Pemain baik kena bayar lebih. JDT mempunyai Tuanku Ismail sebagai sandaran. Pasukan negeri lain pun ada Kerabat Raja tetapi ada ke yang terlalu minat dengan sukan bolasepak. Tuanku Ismail mahu `invest’ duit dan masa untuk pembangunan sukan rakyat. Jika tidak pun `pertolongan’ itu merupakan sumbangan Kerabat Raja kepada negeri Baginda.

Selain itu, setiap negeri ada ramai jutawan dan GLC negeri yang boleh digembeling masa dan duit mereka untuk sukan. Tetapi negeri lain tidak seberani dan seminat JDT.

Dalam bolasepak kita tidak akan berlaku adil. Kita tidak boleh buat peraturan saiz badan pemain hanya 5’10’’ sahaja atau berat badan tertentu. Pemain PSG dan Sweden, Ibrahimovic sebagai contoh bertinggian 6’5”. Kita tidak boleh memohon daripada badan bolasepak FIFA supaya Malaysia kena bermain dengan rakan rakan se Asean sahaja. Piala Dunia melibat negara lain.

Ringkasannya, sukan bolasepak sangat dinamik. Tren mengajikan pemain terbaik dalam negeri dan luar negeri dan bergaji tinggi sedang berlaku. JDT memimpin pasukan negeri lain di dalam hal ini. Suasana ini ada kebaikan dan kelemahan tetapi inilah bolasepak. Pasukan yang tidak mempunyai kewangan yang kuat tidak berkeupayaan membeli pemain.

Penulis beranggapan menggajikan pemain terbaik adalah satu pelaburan. Macam membuat kilang. Kita kena `invest’ jutaan untuk mendirikan kilang dan peralatan mesin terlebih dahulu, sebelum kilang tersebut menghasilkan produk. Apabila produk dijual, ada sebahagian keuntungan yang diperolehi. Apabila jual banyak unit, barulah untung mendatang.

Kelab gergasi bolasepak dunia seperti Barcelona, Real Madrid, Bayern Munich dan Kelab Inggeris membelanjakan jutaan ringgit untuk mendapatkan pemain terbaik. Setakat ini pemain termahal di UK ialah Wayne Rooney di mana Kelab Manchester United membayar gaji RM1.6 juta seminggu.

Malangnya ada peminat sukan dan pengkritik mengatakan usaha JDT itu tidak adil dan  tidak ada keseronakan.

Pada penulis, bolasepak memang tidak boleh berlaku adil. Kelab yang kaya perlu membeli pemain terbaik untuk menguatkan pasukannya. Apabila pasukannya kuat dan menjadi juara, kelab menjadi popular dan ramai peminat. Apabila menjadi juara, wang kemenangan berjutaan. Sahamnya meningkat dan para penaja bernilai jutaan ringgit akan beratur untuk menaja pasukan popular itu. Jika ada perlawanan, peminat memenuhi stadium. Barangan pasukan seperti TShirt dll dijual habis. Jualan online amat cergas.


Pemain bolasepak kena pandai bermain. Pemain kena menjaringkan gol dan pandai mengelakkan kecederaan. Pemain kena tahu mengendalikan diri apabila berhadapan dengan pemain yang tinggi dan bersaiz besar.