Monday 31 March 2014

ANWAR LAWAN AZIZAH UNTUK PRESIDEN PKR. APA PULAK MUSLIHAT ATAU `MOVE’ MEREKA?


Penulis kurang faham dengan beberapa tindakan atau `move’ seterusnya selepas `Kajang Move’. Apabila DS Anwar hilang kelayakan bertanding, mereka mencipta `Azizah Move’ ataupun DS Dr Wan Azizah Wan Ismail mengantikan suaminya bertanding di DUN Kajang. Apabila ia berlaku, ramai pengulas politik merasakan ialah strategi menduduki kerusi MB Selangor ataupun `MB Move’ dan mengurangkan kepopularitian Tan Sri Khalid di kalangan penyokong dan akar umbi PKR di Selangor.

Selepas ini apa lagi?

`Presidential Move’ kian dilakar. Ketua Umum akan menentang Presiden. Suami akan melawan isteri. DS Anwar Ibrahim melawan DS Dr Wan Azizah. Pelik sedikit.

Jika kita perhatikan di Kajang. Mantan Lee Chin Cheh meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada DS Anwar bertanding. Kemudian DS Anwar memberi peluang kepada isterinya DS Dr Wan Azizah bertanding apabila hilang kelayakan. Yang menghairankan mengapa DS Anwar ingin bertanding jawatan Presiden di dalam status kelayakan yang tidak menentu. Macam Karpal Singh, beliau meletakkan jawatan walaupun rayuan sabitan akan/telah difailkan. Mengapakah DS Anwar tidak membiarkan DS Dr Wan Azizah kekal, mengambil iktibar hilang layak bertanding, atau bertanding menentang sesiap sahaja atau menang tanpa bertanding jawatan Presiden PKR?.

Ramai juga yang berpendapat jika DS Anwar membiarkan DS Dr Azizah berseorangan bertanding di jawatan Presiden, maka ramai ahli akan mencuba nasibnya. Strategi keluarga ini agar ia kekal di tangan keluarga dengan DS Anwar bertanding seketika. Jikalau calon DUN Kajang boleh diberikan tanpa pertandingan, mengapa jawatan dalaman PKR, ada pertandingan.


Amat menarik melihat cara PKR menyelesaikan permasalahan ini. Andaikata DS Anwar menang jawatan Presiden PKR, dan beberapa bulan selepas itu, DS Anwar gagal di dalam perbicaraannya, lalu hilang kelayakan.Siapakah yang sepatutnya dilantik sebagai Pemangku atau Presiden baru?. Amalan biasa ialah  Timbalan Presiden akan diangkat sebagai Presiden PKR. Mana hendak diletak DS DrWan Azizah?

No comments:

Post a Comment