Saturday 20 December 2014

ANDA SEORANG KETUA ATAU PEMIMPIN, YA ANDA..


Saya merujuk kepada penulisan rencara JOM AUDIT oleh DrMuhaya Mohamed yang di siarkan pada 7 Disember 2014 di Mingguan Malaysia.

Tajuknya `Beza antara Ketua dengan Pemimpin’

Amat menarik kupasan DrMuhaya.Secara kesimpulanya DrMuhaya mengesorkan Jadilah pemimpin yang dapat memberikan manfaat kepada orang sekeliling kita.Amalkan sikap mempermudahkan urusan bukan menyusahkan urusan orang sekeliling.

Jadi kita soal diri  kita sendiri.Adakah kita bersikap demikian pada isteri kita, suami kita, anak anak kita, ibubapa kita, jiran kita, rakan sekerja kita, AJK kita dan sebagainya??

DrMuhaya membariskan 9 perkara yang membezakan seorang ketua dengan pemimpin.

1.       Seorang ketua ialah pendesak, yang hanya tahu menyampaikan maksud dan tujuan tanpa mengambilkira keadaan orang lain yang di sesaknya. Seorang ketua hanya fikir menfaat sendiri daripada orang lain demi nama mahupun keuntungan. Pemimpin pula selalunya pemberi inspirasi kepada orang lain, mendahului kawalan emosi, menanamkan kepercayaan terhadap orang lain.

2.       Seorang ketua mahukan penghormatan tetapi pemimpin mendapatkan penghormatan. Ramai ketua atau pembantu ketua mahupun pengerusi organisasi mahu penghormatan dari YB kawasan atau KM di atas tindakannya. Hanya melalui percakapan atau surat mereka, projek akan di luluskan.

3.       Seorang Ketua, apabila membuat sesuatu kerja, dia suka mengatakan `saya’ tetapi seorang pemimpin akan mengatakan kita atau kami. Seorang Ketua berfikiran belaiu orang number 1 dan Berjaya di dalam urusan adalah kerana kehebatan beliau. Sebaliknya, seorangpemimpin, beliau suka kepada konsep kebersamaan. Kejayaan adalah kerana sikap bantu membantu.

4.       Seorang Ketua suka `menakutkan orang/menimbulkan rasa takut orang sekeliling terhadap sesuatu perkara. Seorang Ketua cukup takut jika ahlinya takut padanya. Tetapi seorang pemimpin, tidak menakutkan orang lain, malah memberikan semangat dan inspirasi, semangat atau memudahkan urusan.

5.       Seorang Ketua selalu meletakkan salah kepada orang lain, tetapi seorang pemimpin memikulkan kesalahan. Seorang Ketua suka menyalahkan dan mencari kesilapan. Tetapi seorang pemimpin mengambil tanggongjawab danambil risiko.

6.       Seorang ketua menggunakan staf / orang bawahannya tetapi seorangpemimpin membangunkan orang lain atau membina bakat/kepakaran.

7.       Seorang ketua hanya mahumenerima penghargaan dan pujian tetapi pemimpin suka memberi penghargaan dan pujian. Seorang Ketua suka ungkit kesalahan orang lain berulang kali.

8.       Seorang Ketua hanya tahu mengarah membuat kerja tetapi seorang pemimpin suka mengajak melakukan kerja bersama sama.

9.       Sikap seorang Ketua ialah suka meminta penyelesaian tetapi pemimpin mencari penyelesaian. Apabila berhadapan dengan masalah, seorang ketua akan sibuk mencari siapa yang menjadi punca masalah, siapa yang melakukan dan sebagainya.

Akhirnya, jadilah seorang pemimpin, tidak kira biar apa punposisi sebagai pemimpin( samada suami, isteri, ayah, ibu, ketua jabatan mahupun Pengerusidan Timbalan Pengerusi organisasi atau Persatuan.

Tuesday 2 December 2014

AMALAN YG PENTING UNTUK KITA

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

JOM BERDOA PADA ALLAH SWT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w semulia-mulia pesuruh Nya, serta keatas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah...... Bukakan lah untuk kami......
Pintu2 kebaikan,
Pintu2 keselamatan,
Pintu2 kesihatan,
Pintu2 nikmat,
Pintu2 keberkatan,
Pintu2 kerahmatan,
Pintu2 kekuatan,
Pintu2 cinta yang sejati,
Pintu2 kasih sayang,
Pintu2 rezeki,
Pintu2 ilmu,
Pintu2 keampunan,
Pintu2 Syurga,

Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.....

Sesungguhnya Engkau Maha berkuasa atas tiap2 sesuatu

Dan segala pujian bagi mu Ya Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

أمين آمين يا رب العالمين

Friday 21 November 2014

PILIHAN TAIB MAHMUD BERBALOI. TUN MAHATHIR TERSILAP PILIH ANWAR.


Tan Sri Taib Mahmud membuat pilihan yang tepat untuk jawatan KM Sarawak. Beliau melawan arus dengan tidak mengikut hiraki parti. Kelazimannya Abang Jo akan diangkat menjadi KM kerana beliau adalah Timbalan Presiden PBB, sama seperti UMNO di mana Timbalan Presiden adalah TPM. Sebaliknya Datuk Seri Adenan di angkat jadi KM. Desus desus jahat kata kroni dan pertalian keluarga.

Dahulu rakyat merasa risau dengan politik Sarawak kerana dikhuatiri pemimpin selain daripada Tan Sri Taib akan berjaya mengawal perpaduan rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan etnik. Selain itu, Taikun Taikun pembalakan dan Perladangan  yang maha kayaraya mencorakkan ekonomi dan politik Sarawak. Ada Taikun yang baik ada yang seperti kacang lupakan kulit.

Tidak mustahil tidak berlaku penyelewengan dan rasuah di dalam bisnes di Sarawak dan mana mana pun tetapi di Sarawak tahap nya agak serious. Pembangkang kerap menuduh mantan KM  rasuah dan sebagainya dan ia menjadi viral di dalam politik tanahair.
Minggu lepas, Datuk Seri Adenan Satem memeranjatkan ahli perniagaan dan kakitangan kerajaan Sarawak. Dengan kata `bahasa senang’, awak semua melakukan rasuah. KM member amaran kerana mereka yang berkenaan supaya entikan rasuah dan pembalakan haram. Lesen pembalakan di kawasan tertentu di bekukan.

Para pemilik syarikat Gergasi Pembalakan dan Perladangan Sarawak diminta menandatangani Ikrar Integriti menentang rasuah. Usaha ini mendapat pujian dari banyak pihak termasuk Transpency International dan SPRM sendiri.

Pada saya, Datuk Seri Adenan Satem seorang yang berani. Beliau berani berhujah dengan pembangkang dan terkini beliau berani `menampar’ Taikun yang selama ini terlalu manja dengan kerajaan negeri. Dari segi politik, BN telah mula bergerak maju mengubah presepsi rakyat tentang rasuah. Kerajaan di lihat sangat bertegas membenteras rasuah. Pemimpin BN Sarawak kelihatan bersunguh sunguh melawan rasuah. Rakyat sangat gembira. Pembangkang semakin kekurangan modal untuk menghentam Kerajaan.


Juga pada pandangan saya, mantan KM Sarawak membuat pilihan yang tepat. Tun Dr Mahathir pun tersilap melantik TPMnya suatu masa dahulu. Tun Dr Mahathir tertipu dengan `jelmaan kewarakan’ Anwar Ibrahim. Siang baik malam hantu. Depan baik belakang syaitan. Kita main depan dia main belakang..

Tulisan dan pandangan rakyat Sarawak di ringkaskan di sini
http://nasirwise.blogspot.com/2013/06/salam-tan-sri-taib-mahmud-mulakan.html


Sunday 9 November 2014

GELAGAT UMNO SELANGOR


Sejak berakhirnya Konvensen UMNO Selangor 2 minggu lepas, beberapa reaksi telah berlaku. Antaranya ialah cadangan Tun Dr Mahathir agar Perhubungan UMNO Selangor di bubarkan dan dilakukan semula pemilihan dan perlantikan baru.

Pada saya apa yang di cadangkan oleh Tun ialah lantik muka baru. Muka baru tua atau muda. Perlantikan ini mesti berprientasikan ukar umbi. mesti disenangi oleh rakyat setempat. Kriteria lain seperti bersih, amanah, rajin, berpendikian dan cenderong agama merupakan kriteria biasa,

Siapa nak melakukan tindakan ini? Presiden atau MT atau Pengerusi Perhubungan atau Penasihat?

Terkenang ucapan Presiden pada Konvensen UMNO tersebut.

Penulis amat bersetuju dengan saranan dan teguran Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak mengenai UMNO Selangor. Beliau secara terang menzahirkan kekecewaan kerana di berikan taklimat yang kurang tepat tentang sokongan rakyat Selangor terhadap BN dan UMNO.

Beliau amat malu dengan kekalahan teruk BN di Selangor. Beliau bukan sahaja malu tetapi letih, perit dan serik dengan kemelut politik Selangor. Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan rakan rakan berjanji perkara seumpama tidak akan berlaku. Penulis harap ia menjadi ikhtibar untuk semua Perhuhungan UMNO Negeri lain.

UMNO Selangor dan UMNO seluruh Negara perlu berubah. UMNO, kata Presiden UMNO, perlu meneliti 3 semakan realiti politik semasa dengan jiwa yang besar dan minda terbuka sebelum menyusun menawan kembali Selangor atau memperkukuhkan lagi kubu UMNO pada PRU14 nanti.
Selangor mesti dikuasai semula oleh UMNO dan BN kerana ia adalah sebuah negeri yang strategic kerana di sanalah wujudnya nilai ekonomi dan peluang perniagaan.

Selangor berhadapan dengan cabaran demografi politik, khususnya dalam kalangan pengundi Bandar dan semi Bandar, yang mana politik pembangunan bukan lagi tarikan politik masa kini. Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan mempunyai persamaan dengan Selangor.

Penulis amat hairan mengapa BN tewas teruk di Selangor walhal Selangor berhadapan dengan pelbagai masalah rakyat seperti kebersihan kawasan, mutu jalanraya, bekalan air yang sering terputus dan banyak lagi. Nampak sangat BN dan UMNO tidak lagi diperlukan dan dipedulikan oleh rakyat Selangor baik Melayu atau Cina dan India.

Presiden UMNO menasihati agar pemimpin UMNO  mesti bersikap jujur dan bukan pentingkan kem di dalam mengemukan calon calon yang winnable. Penilaian yang tidak  jujur menjurus kekalahan teruk. Pada masa PRU13, UMNO Selangor mementingkan menjaga kedudukan daripada kemenangan.

PM juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan proses penambahan ahli dan pendaftaran pengundi di Selangor. Penulis rasa kelesuan ini bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh Negara. Sebabnya akan di hurai di lain lembaran.

Bagaimana dengan negeri Melaka, tempat penulis mengundi? Mungkin, situasinya 2 x 5 dengan Selangor berdasarkan kerancakan aktiviti yang di atur di kawasan setempat. Kem kem UMNO segar di mana mana. Penulisan sebelum ini adalah berkaitan http://nasirwise.blogspot.com/2014/10/ceramah-anwar-ibrahim-ibarat-majlis.html.

Tuesday 4 November 2014

KJ DI SEBUT SEBUT DILANTIK TPM, ANWAR MELELEH…


Penulis membaca blog otai ROCKY BRU mengenai pemimpin muda yang berpotensi menerajui negara suatu hari nanti. Kriteria perlantikan di ulas dengan pelbagai alasan. Pengkomen mencadangkan jika boleh PM di lantik dari kalangan LUAR keluarga yang pernah menjadi PM Malaysia dahulu. Mereka tidak selesa jika Hishamuddin, KJ mahupun Mukhriz di `promote’ menjadi PM dan TPM. Mereka memberi alasan kronisma dan  sebagainya.
Penulis pernah menulis tentang kemungkinan Tan Sri Muhyiddin  bersara awal dari jawatan TPM untuk memberikan perhatian kepada pengkukuhan UMNO. Yang kita takut, perletakan jawatan berlakunya kerana  pergeseran di antara PM dan TPM. Tetapi menurut pendapat penulis, DS Najib seorang yang pelembut dan penyabar orangnya dan selalu `accommodate’ permintaan.
Kini timbul kembali isu jawatan TPM dan beberapa nama pemimpin di pertengahkan. Yang hangat di pasaran ialah KJ. Ramai yang mengatakan beliau layak kerana populariti di kalangan generai muda, berpendidikan baik serta fasih berpidato. Apa guna kelulusan tinggi tetapi tiada aura menghiburkan dan mempengaruhi `audience’. Lihat Anwar Ibrahim, graduan `social science’ tetapi bagus berpidato.
KJ di katakan lebih bijak berpolitik daripada dahulu. Dengan peluang jawatan Menteri , beliau berjaya `position’  beliau di kacamata generasi muda pelbagai kaum.
Menurut beberapa pengkomen, Mukhriz di katakan lembab dan lambat membuat keputusan yang tegas. Ini kurang sesuai untuk jawatan TPM yang memerlukan tindakan segera. Mukhriz di katakan popular kerana peramah, mudah di dekati dan sokongan sempati dari peminat Tun Dr Mahathir.
Kedua dua pemimpin muda ini sedang diuji keberkesannya membangunkan sesuatu Kementerian dan negeri.  Seorang mentadir Kementerian dan seorang mentadbir negeri.
Sebelum tragedi  MH370, DS Hishamuddin amat lemah pencapaiannya. Ramai yang gelisah dengan prestasinya. Kejadian nahas udara tersebut menaikkan nama dan prestasinya. Dari `zero’ ke `hero’ walaupun sehingga kini MH370 dan penumpangnya masih tidak di jumpai. Yang menghairankan, media social `silence’ tentang potensinya menjadi TPM.
Penulis terperanjat juga dengan tulisan seorang blogger yang menanyakan `mengapa DS Najib belum melantik DS Anifah Aman menjadi TPM lagi?’. Adakah DS Najib pernah berjanji dengan Menteri Luar sesuatu jawatan sebelum ini. Penulis kurang maklumat tentang kejayaan DS Anifah Aman di dalam politik dalaman melainkan beliau berasal dari Sabah dan sudah mempunyai isteri kedua. Tetapi beliau popular di kalangan blogger blogger.
Seorang lagi pemimpin muda yang menjadi `radar pemikir politik’ ialah DS Rahman Dahlan dan DS Azeez Abd Rahim dan DS Idris Haron.
DS Rahman Dahlan dari Sabah menerajui Kementerian Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan. Beliau dikatakan pandai `manage’ Kementerian tetapi pada penulis ia terlalu awal untuk menyaksikan kejayaan dan kelemahannya. Apakah perubahan besar yang telah di bawa oleh beliau selain daripada perumahan rakyat.? Penulis akui DS Rahman berani beradapan dengan pemimpin pembangkang di pentas diskusi atau wacana. Beliau tidak mudah di perkecilkan oleh ahli panel ceramah. Antara pemimpin muda yang berani berhadapan dengan pihak pembangkang ialah KJ (berdebat dengan Rafizi di London dan juga berhujah dengan Husam Musa di Kelantan). Mereka berjaya menarik perhatian penyokong PAS untuk mendengar hujahan KJ. Amalan biasa penyokong PAS ialah `boo’ penceramah UMNO hinggakan penceramah UMNO tidak boleh bercakap dan panas baran. DS Azeez, dukacitanya kurang berjaya di dalam aspek ini. Dia panas baran dan tenggelam dalam kebisangan penyokong PAS.
DS Azeez seorang pemimpin popular dengan remaja dan sukarelawan. Beliau berjaya melakukan beberapa misi keselamatan atau membawa balik pelajar dari Negara Mesir, Syria mahupun Indonesia. Beliau terkenal dengan helmet 1 Malaysia, Tilam 1 Malaysia dan Peti Sejuk 1 Malaysia ketika berlaku banjir besar. Sekarang ini jawatan strategik di Tabung Haji. Berpeluang berintekrasi dan berkhidmatkan kepada 27,000 jemaah haji setiap tahun. Dapat berada di Tanah Haram sudah cukup menguntungkan.
DS Idris Haron sedang meniti kepopularitian di Melaka. Beliau kena membuat perubahan atau memperbaiki kelemahan sistem atau projek yang di tinggalkan oleh Tan Sri Ali Rustam. Beliau berjaya menarik kehadiran PM ke Melaka banyak kali mungkin kerana hubungan akrab PM dengan Tuan Yang DiPertua.
Ada pengulas mencadangkan beliau di lantik ke Kementerian Dalam Negeri kerana sikap tegasnya dalam beberap isu dan bermuka bengis dan garang. Beliau kena perbaiki presepsi buruk yang penasihat dan kawan rapatnya terlibat dengan judi haram. Isu ini menjadi hangat beberapa bulan yang lalu. Selain PDRM, beliau kena bantu agensi keselamatan membenteras judi haram.
Kekuatan DS Idris Haron ialah beliau `all rounder’. Fasih berpidato, berpendidikan teknikal, pandai menyanyi mahupun berpengetahuan agama Islam.
Persoalannya mengapa jawatan penganti PM dan TPM menjadi perbincangan maya? Benar ke mereka akan melepaskan jawatan? Betul ke ada usaha usaha kompromi menggantikan PM atau TPM? Atau ada usaha menjatuhkan PM atau TPM atau kedua duanya sekali.? Setahu penulis, DS Najib terus gigih menerajui Negara dan TS Muhyiddin yang baru kembali dari Mekah, bergerak cergas menjalankan tugasannya.

Banyak tugas dan kerja serta perjuangan yang belum selesai. Nasihat penulis jika hendak melakukan perubahan pemimpin, lakukan lah dengan cara berhemah dan muafakat. UMNO parti keramat dan tidak wajar di perlemahkan lagi. Pegeseran menyebabkan pepecahan kesatuan. Pemimpin yang sedang lama di persada Kabinet, jangan segan segan beritahu PM. Jadi lah wira.

Monday 3 November 2014

PENGAJARAN DARI KONVENSYEN UMNO SELANGOR


Penulis amat bersetuju dengan saranan dan teguran Presiden UMNO, DS Najib Tun Razak mengenai UMNO Selangor. Beliau secara terang menzahirkan kekecewaan kerana di berikan taklimat yang kurang tepat tentang sokongan rakyat Selangor terhadap BN dan UMNO.
Beliau amat malu dengan kekalahan teruk BN di Selangor. Beliau bukan sahaja malu tetapi letih, perit dan serik dengan kemelut politik Selangor. Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor dan rakan rakan berjanji perkara seumpama tidak akan berlaku. Penulis harap ia menjadi ikhtibar untuk semua Perhuhungan UMNO Negeri lain.
UMNO Selangor dan UMNO seluruh Negara perlu berubah. UMNO, kata Presiden UMNO, perlu meneliti 3 semakan realiti politik semasa dengan jiwa yang besar dan minda terbuka sebelum menyusun menawan kembali Selangor atau memperkukuhkan lagi kubu UMNO pada PRU14 nanti.
Selangor mesti dikuasai semula oleh UMNO dan BN kerana ia adalah sebuah negeri yang strategic kerana di sanalah wujudnya nilai ekonomi dan peluang perniagaan.
Selangor berhadapan dengan cabaran demografi politik, khususnya dalam kalangan pengundi Bandar dan semi Bandar, yang mana politik pembangunan bukan lagi tarikan politik masa kini. Melaka, Johor, Perak, Negeri Sembilan mempunyai persamaan dengan Selangor.
Penulis amat hairan mengapa BN tewas teruk di Selangor walhal Selangor berhadapan dengan pelbagai masalah rakyat seperti kebersihan kawasan, mutu jalanraya, bekalan air yang sering terputus dan banyak lagi. Nampak sangat BN dan UMNO tidak lagi diperlukan dan dipedulikan oleh rakyat Selangor baik Melayu atau Cina dan India.
Presiden UMNO menasihati agar pemimpin UMNO  mesti bersikap jujur dan bukan pentingkan kem di dalam mengemukan calon calon yang winnable. Penilaian yang tidak  jujur menjurus kekalahan teruk. Pada masa PRU13, UMNO Selangor mementingkan menjaga kedudukan daripada kemenangan.
PM juga meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan proses penambahan ahli dan pendaftaran pengundi di Selangor. Penulis rasa kelesuan ini bukan sahaja di Selangor malahan di seluruh Negara. Sebabnya akan di hurai di lain lembaran.

Bagaimana dengan negeri Melaka, tempat penulis mengundi? Mungkin, situasinya 2 x 5 dengan Selangor berdasarkan kerancakan aktiviti yang di atur di kawasan setempat. Kem kem UMNO segar di mana mana. Penulisan sebelum ini adalah berkaitan http://nasirwise.blogspot.com/2014/10/ceramah-anwar-ibrahim-ibarat-majlis.html.

Thursday 30 October 2014

MENCONTOHI PRESIDEN KENYA DAN BEKAS PRESIDEN ZAMBABWE



MINGGUAN MALAYSIA 26 OKTOBER 2014, catitan Awang Selamat menulis tentang KISAH DUA TOKOH yang melakukan kesalahan dan dipenjarakan serta sikapnya terhadap penyokong penyokong dan rakyat.
Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta  merupakan Pembesar Negara yang pertama, yang masih berkuasa, di hadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) terhadap kemanusiaan. Beliau diberitakan `begitu gentleman’ dengan memberikan segala kerjasama untuk tampil ke ICC . Beliau dikatakanmelakukan kesalahan semasa menjadi pembantu kepada penyandang Presiden Mwai Kibaki. Waalaupun di hentam hebat, populariti beliau menyebabkan beliau menang di dalam pilihanraya 2013 yang lalu dan di beri mandat menjadi Presiden Kenya.
Semasa  perbicaraan di ICC, beliau `delegate’ kuasa Presiden kepada Timbalannya dan pergi ke ICC sebagai rakyat biasa. Budimannya sikap beliau apabila bersikap tidak mahu dakwaan terhadap nya akan menyusahkan rakyat dan penyokongnya. Tiada demonstrasi dan tiada `rakyat menjadi hakim’ mahupun ceramah.
Awang Selamat terus menulis tentang contoh kedua iaitu bekas Presiden Zimbabwe, Canaan S. Banana. Beliau mempunyai naluri sama seperti Anwar Ibrahim. Beliau yang juga bekas paderi,  di hadapkan ke mahkamah kerana meliwat pembantunya dan salah guna kuasa. Mahkamah memutuskan sabit kesalahan dan di penjara 11 tahun.
Sikap kasihkan rakyat menjuruskan beliau menghalang para penyokong nya berdemonstrasi kerana ia hanya penghinaan terhadap dirinya sendiri.
Inilahpemimpin dari negara dunia ketiga. Puak pembangkang selalu memperli undang undang di Malaysia serupa dengan negara beberapa Negara Afrika. Rupa rupanya sikap budiman dan kasihkan rakyat melebihi pemimpin politik moden dari Malaysia. Shame on you all.


Monday 27 October 2014

CERAMAH ANWAR IBRAHIM IBARAT MAJLIS SALAM PERPISAHAN


PROGRAM PENDAFTARAN PENGUNDI DAN AHLI UMNO DI JEPERUN PAYA RUMPUT.

Semalam, Melaka khasnya kawasan Cheng agak sibok. JOM HEBOH di adakan di Stadium Hang Jebat manakala ceramah Anwar Ibrahim di adakan di Taman Cheng Perdana. Warga Cheng sudah biasa dengan keadaan `traffic jam’ sebegini.

Saya tidak ke mana mana Cuma bersantai dengan anak anak menonton TV. Hujan renyai sekejap kejap.

Anwar Ibrahim sedang menjelalah Malaysia untuk menerangkan perjuangannya dan memberitahu penyokongnya beliau tidak bersalah di dalam kes liwat. Beliau mengajak penyokongnya datang beramai ramai ke Putrajaya pada 28 dan 29 Oktober 2014 sebagai tanda sokongan. Pada hari tersebut, keputusan Mahkamah Persekutuan  akan diketahui.

Pada saya, ceramah Anwar Ibrahim ini ibarat Majlis Perpisahan kepada penyokong setia beliau. Beliau mungkin berehat secara fizikal penglibatan di dalam politik untuk 5 atau 6 tahun. Perjuangan konon nya Demokrasi Malaysia termasuklah  LGBT dan lain lain akan di teruskan melalui orang kanan, Presiden PKR mahupun pengurusan tertinggi PKR.

Ceramah Anwar Ibrahim bertemakan RAKYAT HAKIM NEGARA boleh juga di sifatkan sebagai majlis persaraan seorang pegawai kerajaan yang mencecah umur 60 tahun atau kontrak perkhidmatannya  tidak di sambung. Tepat 5 petang, pegawai tersebut akan `punch card’ nya yang terakhir dan ada juga upacara pegawai kerajaan tersebut di usung keluar menaiki kenderaan khas.

Saya terbaca banner yang tertulis `MAHKAMAH RASUAH ATAU BOLEH DIBELI. PKR sebuah parti yang mungkin banyak membeli ADUN dan pegawai kerajaan untuk menyokong mereka. Jadi sudah terbiasa menulis sedemikian rupa. Saya cadangkan ahli PKR membuat pinjaman bank dan kemudian jangan bayar balik pinjaman. Apabila tindakan mahkamah di ambil, cuba lah rasuah Yang Arif Hakim dan Mahkamah. Mungkin ada keuntungan setelah di tolak dengan kos merasuah berbanding dengan pinjaman di ambil. Mari kita lihat samada Mahkamah Malaysia boleh di beli seperti fitnah PKR itu.

Saya tidak pasti Anwar Ibrahim datang ke Cheng Melaka kerana tidak menghadirinya juga tidak berperasaan untuk mendengar kelentong beliau. Adakah beliau dan rombongan menaiki BAS MEDERKA tajaan Tan Sri Khalid Ibrahim, mantan ahli PKR dan Menteri Besar Selangor?. Perasaan malu dan serba salah mungkin tersemat di sanubari Anwar Ibrahim. Kawan rapat sudah menjadi lawan.

Ahli UMNO TanggaBatu  mungkin berkeliaran mengutip data dan maklumat mengenai intipati ceramah Anwar Ibrahim. Saya harap mereka yang di amanahkan berkerja lebih kuat daripada saya, ahli biasa UMNO, yang tidak di bayar elaun pun untuk mengatakan sesuatu tentang UMNO.

Alhamdulilah, diam tidak diam, ada 13 ahli baru UMNO dan pengundi baru berjaya saya daftarkan sepanjang 6 bulan. Saya amat tertarik dengan usaha ADUN Senai  YB Wong Shu Qi dari DAP secara peribadi membantu pendaftaran pengundi baru. Sudah tentu pengundi baru terdiri daripada kaum Cina dan sudah `confirm’ akan menyokong DAP dan PR. Wakil Rakyat dan ADUN UMNO serta anggota Jeperun atau Penghulu (biasanya orang kuat UMNO), setakat hari ini, saya belum menerima perkhabaran mengenai program pendaftaran pengundi baru dan Ahli UMNO baru seperti program  ADUN Senai dari DAP itu, sekurang kurangnya di Taman Cheng Baru. Saya rasa mereka di Jeperun Paya Rumput terlalu sibok dengan jamuan, perasmian, mesyuarat, lawatan dll. Saya harap sangat program berkenaan menjadi satu satu agenda utama UMNO Bahagian Tangga Batu dan Jeperun Paya Rumput.



Saturday 25 October 2014

TRAGEDI OKTOBER…. MUNGKIN MENJADI KENYATAAN BUAT ANWAR



Dunia politik tempatan dan luar negara sedang menunggu tarikh 28-29 Oktober 2014 iaitu kes perbicaraan dan keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai rayuan sabitan Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya oleh Mahkamah Rayuan. Anwar Ibrahim sedang memohon Mahkamah Persekutuan melepaskan beliau dari kesalahan meliwat tersebut.
Seperti biasa, Anwar Ibrahim memberikan tekanan kepada banyak pihak demi kebebasan beliau. Yang utamanya beliau sedang memberikan desakan terhadap Institusi Kehakiman. Beliau terus mencuba memberitahu rakyat yang Mahkamah di Malaysia sudah hilang integritinya. Dalam suatu Majlis Deepavali, Anwar Ibrahim begitu optimis berkata yang jika kes liwatnya di jalankan mengikut fakta undang undang, beliau akan menang  Tetapi jika ada campurtangan politik atau tangan ghaib atau di luar fakta perundangan, beliau mungkin akan di penjarakan. Hanya melalui ketulusan Institusi Kehakiman, beliau akan dilepaskan daripada sabitan dan 5 tahun penjara. Beliau awal awal dan siang siang sudah meletakkan bebanan kepada Institusi Kehakiman yang jika beliau kalah, ada sesuatu yang tidak kena di dalam penghakimannya. Jika beliau menang, dengan segara dan bongkak akan mengatakan yang kesnya telah dijalankan mengikut fakta undang undang.
Usaha desakan dan tekanan di jalankan di pelbagai sudut dan cara. Ahli PKR yang digantung keahliannya, Cik gu Bard pun berperanan mengubah presepsi melalui pendapat nya. Pada saya ia adalah strategi `reverse pyschology’ dengan berhujah  jika Anwar tidak di penjarakan, DS Najib akan mendapat political milage yang lebih baik. Pendapat begini akan membuatkan penasihat DS Najib berfikir dan ada yang akan kata betul dan ada yang kata tidak mungkin. Ini memberi ruang untuk penasihat bercakap DS Najib. Jika tidak kuat iman, DS Najib juga akan termakan juga. Tetapi pada kelazimannya PM tidak mencampuri urusan Institusi Kehakiman. UMNO lebih menghormati keputusan Mahkamah daripada PKR.
Selain itu, Anwar Ibrahim telah memberikan tekanan  kepada Peguam Negara sejak dulu lagi. Beliau dan kumpulannya telah melontarkan pelbagai tuduhan salah guna kuasa Tan Sri Gani Patail. Bertujuan untuk mecemarkan kredibiliti Tan Sri Peguam Negara. Anwar Ibrahim juga menggunakan saluran perundangan untuk menghalang perlantikan Tan Sri Shafie Abdullah sebagai Ketua Pendakwaraya kes rayuan Liwat ini. Mahkamah (Rayuan atau Persekutuan tidak pasti) telah menolak permohonan Anwar itu.  Ada sebab nya Peguam Negara melantik atau menswastakan perkhidmatan mendakwa ini. Kes ini kes seorang individu bukan kerajaan.
Beberapa blog juga seperti Blog MIK pula mendakwa seorang SETPOL Menteri Kanan telah meneleon Anwar Ibrahim yang sedang berada di London, dengan memberi perkhabaran yang beliau akan di bebaskan oleh DS Najib. Setahu saya, DS Najib tidak terlibat langsung dengan perbicaraan Liwat Anwar Ibrahim. Hanya para Hakim dan Mahkamah yang  berbuat keputusan. Kedua dua pihak pendakwa dan pembela mesti memaparkan bukti dan hujah untuk memenangi kes Liwat ini. Saya kurang yakin dengan penulisan blog tersebut kerana ia amat merbahaya. Apa akan terjadi jika institusi Kehakiman pun di kuasai politik, rasuah dan Mafia seperti kes di Kuala Sepetang, Taiping.
Anwar Ibrahim dan PKR telah menyusun dan merangka perhimpuan sokongan penyokong Pakatan Rakyat supaya hadir di Perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya sebagai tanda sokongan rakyat terhadap beliau. Anwar Ibrahim ingin menunjukkan bahawa rakyat percaya yang pemimpin mereka ini tidak bersalah dan wajar dilepaskan. Namum itu satu strategi yang mempunyai dua matlamat. Perhimpunan Sokongan memang di atur menjadi Demonstrasi Bantahan. Wartawan
Saya harap PDRM bersama sama ATM dapat mengawal keadaan  di Putrajaya nanti dan mengambil tindakan segera terhadap penyokong dan pemimpinnya. Tindakan tegas dan `ganas’ sedikit perlu untuk menjaga keharmonian dan mengajar rakyat menghormati Mahkamah. Demonstrasi tanpa permit merbahaya. Orang awam boleh tercedera. Hartabenda boleh termusnah. Kegiatan ekonomi akan lumpuh seketika anya kerana seorang individu bernama Anwar Ibrahim.
Kes liwat ini dirasakan sudah menjadi perhatian dunia kerana kebijakaan Anwar Ibrahim mempromosi `kezaliman’ Kerajaan Malaysia dan Institusi Kehakiman nya di kalangan pemimpin dunia yang rapat dan percaya pada Anwar Ibrahim. Mahkamah telah memberikan segala ruang dan masa untuk Anwar Ibrahim melalui proses undang undang. Penanggohan sehingga 69 kali dan tempoh 5-6 tahun perbicaraan sepatutnya cukup untuk membuktikan Mahkamah di Malaysia sebuah Institusi yang adil. Rekod dunia mungkin suda dicipta di dalam hal ini.
Pada saya kejadian Tragedi MH370 dan MH17 dan terkini di pilih menganggotai Majlis Keselamatan Bangsa Bangsa Bersatu dengan undian yang banyak, ada hikmah nya. Ia menjelaskan karektor Negara Malaysia sebenarnya. Malaysia mudah berkerjasama dan menghormati kedaulatan negara lain.
Sesuai dengan Maal Hijrah ini, saya berdoa agar Allah memakbulkan doa yang bersalah di hokum dan yang benar di hormati. Saya redha jika Malaysia bermula dengan ketiadaan kelibat Anwar Ibrahim. Biarlah di dalam tempoh 5 tahun atau lebih ini, Malaysia aman dan Islam di angkat martabatnya. Bangsa Melayu di hormati.
TRAGEDI OKTOBER PASTI BERLAKU, NOVEMBER MENJELANG SEGAR

Friday 24 October 2014

PROF DrMUHAYA, PAKAR MATA MENGULAS MENGENAI MATA


Saya tertarik dengan rencara JOM AUDIT tulisan Prof Dr Muhaya di dalam Mingguan Malaysia 19 Oktober 2014.
Ada beberapa intipati dan nasihat yang boleh di gunapakai di dalam kehidupan kita seharian.
Antaranya beliau mengariskan 4 cara manusia memandang atau menilai setiap peristiwa yang berlaku tetapi intepretasi yang berbeza. Jika kita melihat sesuatu benda melalui kaedah MATA FIZIKAL, ia memberikan pengasilan yang berbeza dengan memandang/menilai melalui MATA HATI atau MATA AKAL mahupun MATA NAFSU.
MATA FIZIKAL anya melihat sesuatu secara luaran tetapi MATA HATI memungkinkan kita melihat melalui MATA FIZIKAL dan juga ATI sehinggakan mendatangkan emosi.Ia bertepatan dengan perumpamaan DARI MATA TURUN KE HATI.
Seterusnya, MATA AKAL akan melihat bagaimana apa apa yang kita pandang hanya dengan MATA FIZIKAL dan MATA HATI itu perlu di fikirkan oleh minda untuk membuat keputusan atau pilihan.
MATA NAFSU pula melihat tanpa menggunakan akal tetapi lebih daripada dorongan nafsu tanpa landasan keimanan.
Beliau mencadang kita semua menggunakan MATA FIZIKAL, MATI HATI dan MATA AKAL untuk menghasil kehidupan yang bercirikan `kesedaran ketuhanan’ dan menginsafi Kuasa Allah.
Apa dia kehidupan yang sepatutnya kita cari. Prof Dr Muhaya berkata 4K iaitu KEBAHAGIAAN, KETENANGAN, KESIHATAN dan KEKAYAAN. Kesemua ini amat mustahak di dalam kehidupan dan tidak ramai yang dapat keempat empat kebahagian tersebut sekali gus.
Di akhir penulisan tersebut, ada satu pesanan yang baik buat kita semua terutamanya para politikus negara iaitu BUANG SIFAT MARAH, DENGKI, DENDAM DAN TAMAK. JANGAN HUKUM DAN LABEL ORANG, BIAR ALLAH YANG MENGHUKUM DAN MEMBALASNYA.
Saya harap penulisan ini memberikan menafaat kepada kita semua.

Wednesday 22 October 2014

ANTARA TEGURAN KEPADA DS NAJIB DAN KECAMAN TERHADAP ANWAR IBRAHIM OLEH TUN Dr MAHATHIR




Seperti biasa lah jika Negarawan Tun DrMahathir memuji kepimpinan DS Najib, berita atau isu ini tidak menjadi `viral’ di media social. Akan tetapi teguran Tun DrMahathir terhadap DS Najib baru baru ini, ia menjadi berita hangat dan heboh di bahaskan oleh puak pembangkang dan rakyat yang kurang selesa dengan DS Najib. Ada pihak yang jadikan modal untuk menghentam UMNO dan jadikan `barang kes’ di dalam perbicaraan maya.

Memang DS Najib ada kelemahan tersendiri. Pada saya, kelemahan itu ialah kelembutan peribadinya sendiri.Sifat kesian dan suka membantu orang lain memakan diri. DS Najib cuba memuaskan hati semua pihak atau memberikan segala apa yang rakyatnya meminta. Ini termasuklah tuntutan puak pembangkang yang hendak ISA dan EO di mansuhkan. Kini Akta Hasutan 1946 pula didesak pemansuhannya. NGO Pendidikan Cina mahukan  Sekolah SJKC  menerima dana yang lebih besar. Peruntukan perbelanjaan operasi sekolah yang lebih serta kuota kemasukan pelajar Cina dan biasiswa yang bertambah sehingga ia melanggar Perlembagaan Persekutuan yang memelihara hak keistimewaan Melayu.

Tun DrMahathir tidak mahu Akta Hasutan di mansuhkan. Begitu juga dengan beberapa personaliti. Atas desakan Majlis Peguam dan puak pembangkang, DS Najib cuba memenuhi permintaan mereka tetapi di dalam bentuk baru. Ini yang menyebabkan kurang keselesaan kepada Tun DrMahathir. Negarawan ini mesti mendesak seperti Majlis Peguam dan NGO juga. Juga Majlis Peguam dan NGO mendesak atau mengugut akan mengadakan demonstrasi atau memberikan undi kepada parti pembangkang, Tun Dr Mahathir ada cara desakan tersendiri, iaitu dengan melontarkan teguran atau kritikan serta menarik balik sokongan terhadap DSNajib.

Di zaman Pak Lah menerajui Kerajaan, Tun DrMahathir melakukan desakan halus terhadap Pak Lah melalui tindakan keluar daripada UMNO. Ini di lakukan untuk member mesej terang tentang stail pentadbiran seseorang. Tun  berada di pentas pembangkang di dalam beberapa perhimpuan. Cuba bandingkan bentuk teguran di zaman Pak Lah dan zaman DS Najib.

TunDrMahathir bertindak memberikan teguran keras berdasarkan `sikap kelembutan dan cuba memenuhi segala permintaan’ dan bukan kerana isu pembangunan, pentadbiran atau rasuah semata mata.

TunDrMahathir kurang setuju dengan BRIM tetapi saya bersama DS Najib yang rakyat harus di bantu untuk di ringankan bebanan hidup mereka. Mungkin TunDrMahathir kurang setuju dengan cara perlaksanaannya atau banyak penyelewengan permohonan tetapi niat Kerajaan  ialah membantu iaitu bantuan subsidi bersasar. Diberitakan lebih 17,000 penerima BRIM telah menolak bantuan kerana mereka merasa taraf pendapatan mereka sudah meningkat dan sikap murni iaitu ada orang lain yang lebih memerlukannya. Alhamdulilah. Mungkin BRIM yang sedikit jumlah tadi telah berjaya melancarkan perniagaan dan pendapatan setengah tengah rakyat.

Pada saya teguran adalah baik lebih lebih lagi dari mantan Perdana Menteri yang lama menguruskan Negara. Teguran boleh diertikan sebagai ingat kasih sayang terhadap seseorang. Beliau mengegur kepada sayangkan negara.

Sebaliknya TunDrMahathir pernah mengecam ahli politik seperti Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Mendiang Karpal Singh. Kecaman adalah berbeza dengan teguran. Ianya teguran tanpa kasih sayang.  Kadang kadang kecaman boleh  membawa kepada kesialan dan kehancuran pada mereka berkenaan manakala teguran membawa kepada kasih sayang dan hormat menghormati.


Coretan Sya di Mingguan Malaysia 19 Oktober 2014 adalah berkaitan

Monday 20 October 2014

AKTA HASUTAN WAJAR DI MANSUHKAN DAN DI TUKAR NAMA?



Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Hamid Mohamed berpendapat ia tidak wajar dan andaikata ia di mansuhkan, berkemungkinan  mengugat kestabilan Negara. Memansuhkan Akta Hasutan tidak akan membntu pengwujudan perpaduan rkyat dan ketenteraman negara.

Sebaliknya ia akan menyebabkan ketegangan hubungan, permusuhan dan pergaduhan antara kaum di Malaysia.

Bagaimana ia boleh membawa kepada keadaan kucar kacir ini?

Sebagai contoh, Majlis Peguam dan kumpulan hak asasi manusia menuduh Islam kejam. Orang Islam tidak boleh bertukar agama. Orang Islam tidak boleh berkahwin dengan orang bukan Islam. Ini tidak adil dan melanggar Universal Declarification of Human Right (UDHR). Majlis Peguam dan kumpulan menggunakan alasan hak asasi ini untuk menekan Kerajaan Malaysia memansuhkan Akta Hasutan.

Akta ini memelihara keistimewaan orang Melayu yang turut dikatakan melanggar hak asasi orang lain.

Tun Hamid berhujah bahawa Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah undang undan utama Malaysia dan mana mana undang undang yang bercanggah dengannya adalah tidak sah dan batal. Peruntukan UDHR yang tidak selaras dengan Perlembagaan juga tidak menjadi sebahagian daripada undang undang undang domestik kita.

Apa yang di maksudkan dengan Undang undang domestik itu?

Perlembagaan Persekutuan melihat hak asasi manusia dari sudut sebuah Negara yang baru lepas daripada belenggu penjajahan  selama lebih empat abad yang membawa kebanjiran pendatang bersama sama bahasa, budaya, dan agama yang hampir menengggelamkan penduduk asal nya sendiri, yang terpaksa berkongsi kuasa dengan pendatang selepas merdeka.

Yang moleknya  hampir semua hak asasi utama yang disebut di dalam UDHR terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi dengan beberapa pengecualian dan pengubahansuaian yang perlu. Ia tidak boleh di elakkan kerana Perlembagaan Persekutuan di bentuk mengikut aspirasi dan kesesuaian keadaan di Malaysia.

Satu lagi sudut pandangan yang menarik ialah pendapat Tun Hamid mengenai cadangan Kerajaan menukar Akta Hasutan kepada Akta Harmoni. Tun Hamid tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana Akta Hasutan dikendalikan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tidak wajar mengambilalih tugas dan tanggonjawab KDN di dalam bidang ketenteraman Negara.


Sumber: Mereka Opportunis, Mingguan Malaysia 19 Oktober 2014, muka surat 7 Rencana.

Tuesday 16 September 2014

LANGKAWI


Ahad yang lalu, 14 September 2014, PM berada di Langkawi untuk merasmikan beberapa Majlis.

Antaranya Projek Jalur Lebar TM di Langkawi yang bernilai RM300 juta. Ia akan membantu Langkawi menjadi sebuah pusat pelancungan yang berfasiliti baik di dunia. Selain itu, PM berkata penebusan jalur lebar negara berada di tahap 67 peratus. 

Saya ingin memberitahu Menteri Komunikasi dan Telekom Malaysia bahawa jalur lebar di kawasan kami amat buruk. Pekan Dengkil dan Taman Cheng Baru, Melaka umpamanya, mempunyai tahap penebusan jalur lebar yang amat rendah. Permohonan mendapat perkhidmatan Streamyx pun tidak dapat di penuhi. Yang menerimanya pun amat perlahan  dan lembab. UNIFI langsung tiada perkhidmatan. Di kawasan Bandar ini pun, perkhidmatannya amat buruk, bagaimana pulak mutu perkhidmatannya di luar Bandar.
Selepas itu, PM melancarkan projek perumahan 1 Malaysia PRIMA di Langkawi. Sejumlah 1000 unit rumah di rancang di bina di Langkawi. Projek ini adalah usahasama PRIMA dengan LADA.

Selain itu, Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN pun berkampong di Langkawi. Yang diberitakan ialah menjelaskan GST kepada mereka. Agenda lain tidak diberitakan.

Saya gembira dengan langkah PM berkunjung ke Langkawi. Sejuk juga hati Tun Dr Mahathir yang melihat pemimpin tidak meminggirkan Langkawi. Bulan September 2014 ini, PM berada di Kedah sebanyak 2 kali iaitu di Jerlun dan Langkawi.

PERJANJIAN PENSTRUKTURAN AIR


Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor telah memuktamadkan perjanian penstrukturan air Selangor beberapa hari yang lalu. Majlis kali ini di tandatangani oleh Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Ia di saksikan oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga Hijau dan Air, Datuk Dr Ongkali Maximus.

Mengapa TSKI tidak menandatangani perjanjian ini?

Saya berpendapat ia adalah langkah berjaga jaga oleh kedua pihak agar Perjanjian ini tidak boleh di sanggah atau contest di mahkamah. Seorang pemimpin PKR ada menuduh yang perjanjian tersebut tidak sah kerana Tan Sri Khalid adalah MB Sementara. Walaupun Penasihat Undang Undang Selangor sudah menjelaskan bahawa TSKI masih MB yang sah, kedua dua pihak mengambil langkah berjaga.

Kini perjanjian air di `legalise’ oleh `politik’ (MB Selangor)  dan kerajaan (Setiausaha Kerajaan dan Ketua Setiausaha Kementerian). Perjanjian ini semakin kuat dan sukar di contest.

Perjanjian ini berjaya di tandatangani kerana kemelut MB Selangor. Sultan Selangor wajar di berikan pujian kerana Baginda mengambil masa untuk berfikir secara mendalam pemilihan calon MB. PKR dan DAP juga menyumbang kepada termeterainya perjanjian. Kederhakaan kepada Baginda melewatkan lagi keputusan melantik MB dan member ruang TSKI dan Kerajaan Persekutuan meng `sah’kan perjanjian.

Inilah salah satu hikmahNya  

PRK PENGKALAN KUBUR


PAS sudah mengerakkan jentera pilihanraya tahap  `gear keempat’ walaupun baru 3-4 hari penamaan calon.

Pengundian telah di tetapkan pada 25 September 2014 iaitu bersamaan dengan hari Khamis. Kerajaan Negeri Kelantan telah mengistiharkan hari cuti peristiwa pada hari tersebut. Mengapa dan kenapa?

Mungkin PAS mahu pengundi yang bekerja di luar Pengkalan Kubur, seperti pengundi yang berkerja di Kota Bahru, lebih mudah balik kampong untuk mengundi. PAS mahu setiap undi dari pengundi berdaftar.

Sebelum itu, jentera PAS telah membawa turun Tok Guru Nik Aziz yang sedang keuzuran, turun ke Pengkalan Kubur semasa Hari Penamaan Calon dan Kempen. Saya melihat PAS terdesak untuk menyakinkan pengundi dan penyokong bahawa PAS masih hidup, tidak berpecah, masih kuat, Ulamak masi menyegat, masih dihormati dan calon nya sewibawa dengan calon BN, Mat Razi Mat Ail.


Seperkara lagi, calon PAS ini didapati menjauhi media. Mengapa dan kenapa?

Saya merasa ini adalah untuk mengelakkan beliau melakukan kesilapan ketika di temuramah yang boleh menjejaskan undi PAS. Dengan beberapa `fakta was was’ yang sedang di belenggui Wan Rosdi, mengelak media adalah jalan terbaik.

Saya merasa pelik dan hairan apabila seorang calon tidak mahu publisiti. Calon bebas, Izat Bukhairy dengan senang hati beliau di temuramah oleh pemberita.

Monday 15 September 2014

TOK GURU NIK AZIZ AKTIF POLITIK SEMULA


Pada penamaan calon PRK N1 Pengkalan Kubur pada 13 September 2014 yang lalu, Tok Guru Nik Aziz (TGNA) turut hadir memberikan sokongan pada calon PAS iaitu Wan Rosdi.


TGNA di tagih kepopularitinya kerana calon BN di lihat lebih berwibawa dari segi pendidikan, popular dan keagamaannya.


Jentera PAS mula membawa TGNA ke pentas ceramah. Beliau telah mula berperangai buruk seperti memfitnah, memperlekehkan pemimpin dan calon UMNO. 


TGNA sebenarnya sudah kurang di kritik setelah melepaskan jawatan MB Kelantan. Beliau juga telah memohon maaf kepada rakyat Kelantan kerana  kesilpan semasa memerintah Kelantan selama 23 tahun. Rakyat khasnya ahli UMNO sudah mula memaafkan beliau dan sempati dengan keuzuran beliau.


Tetapi kini, beliau sudah mula mengotorkan tangan beliau semula melalui ceramah beliau di Pengkalan Kubur. Anda, jentera PAS turut bertanggongjawab mengotorkan tangan beliau. Teringat penulisan terdahulu.

 

TOK GURU NIK AZIZ MOHON MAAF KERANA KESILAPAN LAMPAU



Tok Guru Nik Aziz, ketika berkuliah subuh di hadapan jemaah termask Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Kelantan, memohon maaf kepada rakyat Kelantan kerana `kesilapan’ semasa memerintah Kelantan sepanjang 23 tahun yang lalu. Beliau mengaitkan permohonan maaf dengan keuzuran yang sedang di alami oleh Tok Guru Nik Aziz. Seumpama balasan dari Allah. Mungkin ya tetapi penulis lebih menyatakan faktor usia daripada `balasan’.

Kelantan, mungkin kurang pembangunan fizikal tetapi keadaan tersebut adalah `acceptable’ kerana Kerajaan Negeri kekurangan dana dan rendahnya pelaburan antarabangsa (FDI). Setakat ini luas juga tanah tanah pertanian yang terpaksa dipajak oleh Kerajaan Negeri kepada Peladang Besar Singapura agar yuran pajakan dapat  dikutip dan menjana pembangunan negeri. Tidak sedikit juga kawasan balak dikuasai Pedagang Cina Luar Negara.

Yang lebih merisaukan penulis ialah kesilapan mengeluarkan fatwa. Fatwa Politik seperti Undi PAS masuk syurga, Doa Membinasakan orang lain khasnya terhadap Tun Dr Mahathir dan Datuk Sri Najib dan parti BN, Memberi gelaran Mahafiraun dan sebagainya, Fatwa Menfitnah Rasuah dan Penyelewengan, Melabelkan atau mengukum Kafir kepada ahli UMNO, Allah Samseng dan Mencarut,Boleh berkawan dengan syaitan demi menjatuhkan UMNO / BN, atas alasan parti tersebut sekejam rejim Zionis. Tok Guru dan Haji Hadi merestui penggunaan Kalimah Allah untuk agama lain, menghalang keras perpaduan UMNO dan Pas kerana dendam kesumat. Juga bersetongkol dengan parti yang memusuhi Islam dan Melayu.

Secara peribadinya, penulis ingin menanya samada Tok Guru memohon maaf atas kesilapan atau kelemahan pentadbirannya semasa menjadi Menteri Besar 23 tahun atau kesalahan mengeluarkan fatwa palsu. Beliau tidak pulak mengulas mengenai Fatwa fatwa yang `political’ pulak.

Kesilapan fatwa atau fatwa palsu ini telah mengajar ahli PAS menutup minda kepada berita arus perdana. Ia juga menyebabkan beberapa pasangan suami isteri berpisah dan tidak bertegur sapa. Fatwa palsu juga mungkin telah memesongkan akidah umat Islam. Hampir semua pemesongan fatwa oleh Tok Guru Nik Aziz talah menjadi `sabda’ dan menjadi amalan kehidupan ahi PAS.

Macamana agaknya hendak memulihkan semula pemikiran ahli dan penyokong PAS yang di merata Negara.? Yang yang bersarang di akal fikiran?Yang merata corok rantau? Boleh kah permohonan maaf dan pembetulan fatwa boleh dibuat didalam kuliah subuh di Kota Bahru sahaja?


Penulis menghormati pendirian dan keberanian YAB Datuk Sri Najib yang secara terbuka memohon maaf di atas segala kesilapan dan kelemahan BN dan bagi pihak pemimpin lampau.

http://nasirwise.blogspot.com/2013/04/tok-guru-nik-aziz-kata-sembahyang-orang.html

http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/tok-guru-nik-aziz.html

http://nasirwise.blogspot.com/2013/02/tok-guru-nik-aziz-menyambut-hari-jadi.html

Friday 12 September 2014

FRIENDLY REMINDER FOR DS NAJIB TUN RAZAK


Di akhir pembentangan Tun Hamid di forum NGO Islam baru baru ini, mantan Ketua Hakim Negara, menyebut perkara seperti berikut:-

"Bagi saya, perwujudan seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya (Dato Sri Mohd najib Tun Razak) saya berseru: Janganlah mansuhkan apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan memaafkan anda kerananya."

Tun Hamid mengulas.....
Akta Hasutan 1948 ini dibuat oleh British apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah, menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:

“…….mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”

Bahagian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Peruntukan ini dimasukkan akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada berulangnya peristiwa 13 Mei

Sunday 24 August 2014

PERANAN SULTAN DALAM KEMELUT MB SELANGOR


Artikal yang di tulis oleh Prof Shamrahayu memperjelaskan beberapa persoalan yang membantu rakyat Selangor menjawab beberapa kekeliruan. Persoalannya ialah:-

1.  Siapakah yang layak dilantik sebagai menteri besar?
2. Adakah disyaratkan dia seorang anak jati atau dilahirkan di negeri Selangor?
3. Adakah seorang menteri besar telah kehilangan kepercayaan setelah beliau dipecat daripada parti politiknya.
4. Bolehkah seorang wanita dilantik sebagai menteri besar?
5. Adakah menteri besar boleh dipecat?
6. Bagaimanakah hilang kepercayaan kepada menteri besar boleh berlaku?
7.  Siapakah yang boleh membuat permintaan untuk membubar Dewan.
8. Dalam keadaan manakah Sultan boleh memberi perkenan dan dalam keadaan manakah pula baginda boleh, untuk tidak memberi perkenan bagi pembubaran DUN? 


Kemelut jawatan Menteri Besar di Selangor mempunyai impak mendalam kepada pemahaman dan perkembangan undang-undang Perlembagaan. Persoalan undang-undang Perlembagaan yang mempunyai jalur persoalan sama telah berlaku di Perak dahulu dan ia telah selesai dengan keputusan mahkamah. Peristiwa sebegini sudah tentu memberikan kita peluang untuk mengenali diri dan negeri, serta seterusnya negara kita dalam konteks perundangan; supaya kita lebih mengenali dan dapat menentukan prinsip amalan demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan dan seterusnya demokrasi beraja kita.

Kalau kita pengikut atau penyokong tegar demokrasi, kita perlu fikir kembali apakah benar-benar demokrasi berparlimen yang kita faham itu dapat menjamin kestabilan dan dapat mengubat penyalahgunaan kuasa oleh para pemain demokrasi. Sebenarnya kemelut ini telah memperkenalkan kepada kita ruang lompong demokrasi. Sekiranya kita sedar tentang wujudnya kelompongan tersebut, apakah cara terbaik untuk kita menyediakan perisai supaya demokrasi tidak menyebabkan barah salah guna kuasa dalam sistem kita.

Demokrasi berparlimen yang kita amalkan ini adalah demokrasi yang mempunyai raja atau demokrasi beraja. Dikembarkan dalam sistem kita ini ialah demokrasi beraja. Sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan dan seterusnya demokrasi beraja itu mempunyai punca kuasa yang sama, iaitu Perlembagaan. Dengan kata lain, Perlembagaan mencipta demokrasi berparlimen. Perlembagaan juga mencipta raja berperlembagaan dan Perlembagaan juga meletakkan prinsip dan nilai kepada kedua-duanya. Kedua-duanya bersumberkan Perlembagaan. Sebab itulah Perlembagaan menjadi sumber utama undang-undang dan juga sumber kepada sistem pentadbiran kita.

Beberapa perkara perundangan berkaitan kemelut menteri besar di Selangor ini ialah; pertama, siapakah yang layak dilantik sebagai menteri besar? Syarat kelayakan lantikan menteri besar ialah dia seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Adakah disyaratkan dia seorang anak jati atau dilahirkan di negeri Selangor? Syarat ini tiada dalam Perlembagaan negeri Selangor. Dalam amalan demokrasi melalui pilihan raya, seseorang bukan anak jati negeri boleh bertanding dan menjadi ADUN bagi negeri Selangor. Dengan itu, sebagai seorang ADUN walaupun bukan anak jati negeri Selangor, seseorang ADUN itu layak dilantik menjadi menteri besar dari segi undang-undang bertulis. Tetapi di sini timbul persoalan amalan Perlembagaan. Adakah kita mahu membentuk satu amalan atau konvensyen Perlembagaan (satu sumber Perlembagaan) untuk menjadikan syarat tidak bertulis bahawa menteri besar hendaklah daripada anak jati negeri berkenaan. Mungkin ini boleh dijadikan amalan Perlembagaan untuk diserahkan kepada budi bicara sultan. Dalam keadaan ini kita meletakkan prinsip tidak bertulis kepada apa yang tidak dinyatakan oleh Perlembagaan secara harfiah.

Adakah hal kewarganegaraan isu penting dalam kelayakan sebagai menteri besar? Ya. Ia adalah isu penting. Ini kerana Perlembagaan, dalam kes negeri Selangor ini, Perlembagaan Negeri Selangor dengan nyata dan jelas menyebut bahawa seorang yang mendapat kewarganegaraan menerusi cara naturalisasi atau pendaftaran menerusi Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh dilantik sebagai Menteri Besar Selangor. Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan telah dimansuhkan pada tahun 1962, tetapi ia tetap menjadi syarat atau larangan dalam peruntukan Perlembagaan negeri Selangor.

Bolehkah seorang wanita dilantik sebagai menteri besar? Sekali lagi tiada syarat yang jantina diletakkan oleh undang-undang. Oleh itu dari segi undang-undang, ia bukan satu kesalahan. Di sini kita sekali lagi memerlukan jawapan kepada persoalan sama ada kita perlu mencipta amalan atau konvensyen Perlembagaan?

Budi bicara

Adakah kita mahu menerima amalan terdahulu yang sentiasa meletakkan seorang lelaki sebagai menteri besar mahu diteruskan sebagai amalan atau kita mahu mengubah amalan ini atas dasar merit atau kebolehan seseorang calon menteri besar tanpa melihat kepada jantinanya. Mungkinkah di sini kita perlu memberi sultan, dalam demokrasi beraja untuk menentukan jawapan kepada perkara ini? Sekiranya seorang wanita itu memenuhi merit, saya tidak mempunyai masalah dengan wanita menjadi menteri besar. Dan sultan perlu diberikan kuasa budi bicara untuk menentukan merit atau kebolehan dan kewibawaan seorang calon menteri besar, bukan semata-mata kepada jantina calon tersebut.

Persoalan lain yang timbul dalam kemelut di Selangor ini ialah, adakah seorang menteri besar telah kehilangan kepercayaan setelah beliau dipecat daripada parti politiknya. Perlembagaan dengan jelas menyatakan bahawa, kepercayaan kepada menteri besar ialah kepercayaan Ahli Dewan, bukan kepercayaan parti politiknya. Tetapi bacaan dalam politik ialah menteri besar telah hilang kepercayaan sekiranya dipecat daripada parti politiknya.

Adakah menteri besar boleh dipecat? Setelah dilantik dengan kepercayaan menteri besar tidak boleh dipecat, kecuali beliau telah dibuktikan telah hilang kepercayaan kepadanya dan beliau enggan meletak jawatan. Sultan boleh memecat menteri besar yang pada hemat baginda telah hilang kepercayaan sekiranya menteri besar tersebut enggan meletak jawatan. Setelah itu, sultan diberikan kuasa budi bicara untuk menentukan seorang ADUN yang pada hemat baginda" mempunyai kepercayaan majoriti ADUN.

Bagaimanakah hilang kepercayaan kepada menteri besar boleh berlaku? Jawapan kepada soalan ini telah banyak kita lihat. Sebagai ringkasan dalam keadaan di Selangor ini, sebagaimana juga keputusan dalam kes mahkamah dalam kemelut Perak sebelum ini, ia boleh ditentukan di luar Dewan Undangan Negeri melalui satu pernyataan dokumen yang mempunyai kesan undang-undang. Ia tidak semestinya dibuat dalam Dewan Undangan Negeri.

Apa yang jelas di sini ialah, dalam beberapa keadaan peruntukan Perlembagaan tidak menjelaskan dalam bentuk tulisan atau tidak menyatakan secara harfiah tentang beberapa perkara dan perincian dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan tersebut. Antara persoalan yang tidak dijelaskan secara harfiah oleh Perlembagaan ialah - apakah yang dimaksudkan dengan frasa pada hemat baginda dalam peruntukan undang-undang.

Apabila Perlembagaan dengan jelas menyebut bahawa Sultan mempunyai kuasa untuk tidak membubar Dewan Undangan Negeri apabila ada permintaan untuk membubarkan Dewan. Persoalan berkaitan ialah, siapakah yang boleh membuat permintaan untuk membubar Dewan. Adakah hanya menteri besar yang percaya dia telah kehilangan kepercayaan sahaja, atau ada orang lain, selain menteri besar boleh membuat permintaan membubar Dewan. Saya berpendapat, hanya menteri besar tersebut yang boleh membuat permintaan membubar Dewan. Ini jelas dalam Perkara 53(6) Perlembagaan Negeri Selangor.

Sekiranya menteri besar membuat permintaan untuk membubar Dewan Undangan Negeri, dalam keadaan manakah Sultan boleh memberi perkenan dan dalam keadaan manakah pula baginda boleh, untuk tidak memberi perkenan bagi pembubaran DUN? Semua ini perlu diserahkan kepada budi bicara Tuanku Sultan. Kekosongan ini menunjukkan ruang kepada kita untuk membina sistem, membentuk nilai dan seterusnya mencipta konsep amalan Perlembagaan kita sendiri.

Oleh itu peristiwa atau seperti kemelut di Selangor ini menyediakan satu ruang untuk kita membentuk amalan Perlembagaan kita. Amalan Perlembagaan dalam keadaan ini berkaitan dengan, terutamanya kuasa raja atau sultan bagi negeri dalam menentukan kepercayaan ahli Dewan Undangan Negeri.

Persoalan berkait kemelut jawatan menteri besar di Selangor ini membawa kita kepada satu pendekatan atau satu peluang untuk kita mencipta faham Perlembagaan kita sendiri. Apakah prinsip-prinsip yang perlu kita pakai dan tafsiran Perlembagaan yang perlu kita tetapkan untuk sistem raja berperlembagaan yang kita terima dan jadikan amalan Perlembagaan kita sekiranya ia tidak bertulis dalam Perlembagaan. Kita rujuk kepada sejarah kita, kita tidak perlu meniru raja berperlembagaan yang diamalkan di negara lain kerana amalan tersebut tidak sesuai dengan sejarah dan hala tuju negara kita. Tiada konsep universal dalam prinsip raja berperlembagaan.

Prof. Shamrahayu
Penulis ialah Felo Utama Pusat Kajian
Syariah, Undang-Undang dan Politik,
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140824/re_08/Peranan-Sultan-dalam-kemelut-MB-Selangor#ixzz3BJTgSLEa

© Utusan Melayu (M) Bhd