Tuesday 16 September 2014

LANGKAWI


Ahad yang lalu, 14 September 2014, PM berada di Langkawi untuk merasmikan beberapa Majlis.

Antaranya Projek Jalur Lebar TM di Langkawi yang bernilai RM300 juta. Ia akan membantu Langkawi menjadi sebuah pusat pelancungan yang berfasiliti baik di dunia. Selain itu, PM berkata penebusan jalur lebar negara berada di tahap 67 peratus. 

Saya ingin memberitahu Menteri Komunikasi dan Telekom Malaysia bahawa jalur lebar di kawasan kami amat buruk. Pekan Dengkil dan Taman Cheng Baru, Melaka umpamanya, mempunyai tahap penebusan jalur lebar yang amat rendah. Permohonan mendapat perkhidmatan Streamyx pun tidak dapat di penuhi. Yang menerimanya pun amat perlahan  dan lembab. UNIFI langsung tiada perkhidmatan. Di kawasan Bandar ini pun, perkhidmatannya amat buruk, bagaimana pulak mutu perkhidmatannya di luar Bandar.
Selepas itu, PM melancarkan projek perumahan 1 Malaysia PRIMA di Langkawi. Sejumlah 1000 unit rumah di rancang di bina di Langkawi. Projek ini adalah usahasama PRIMA dengan LADA.

Selain itu, Kelab Penyokong Ahli Parlimen BN pun berkampong di Langkawi. Yang diberitakan ialah menjelaskan GST kepada mereka. Agenda lain tidak diberitakan.

Saya gembira dengan langkah PM berkunjung ke Langkawi. Sejuk juga hati Tun Dr Mahathir yang melihat pemimpin tidak meminggirkan Langkawi. Bulan September 2014 ini, PM berada di Kedah sebanyak 2 kali iaitu di Jerlun dan Langkawi.

No comments:

Post a Comment