Thursday 27 February 2014

BN PERLU TELITI CADANGAN PEMBANGUNAN PELABUHAN KETIGA.



Ulasan Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Aziz Karparwi pada Isnin 24 Februari mengenai cadangan Pelabuhan Ketiga adalah berkaitan.

Penulis ingin mengingatkan YAB Perdana Menteri supaya berhati hati dengan cadangan pembangunan Pelabuhan Ketiga di Selangor. Selain daripada pembangunan ini berada negeri terajuan Pakatan Rakyat, Penulis tidak mahu berlakunya rasuah dan penyelewengan dari pembelian tanah, perlantikan konsultan, kontraktor, operator pelabuhan, pembelian peralatan, mesin dan lori dan seterusnya.

Penulis ingin ingatkan Kerajaan Pusat di dalam perlaksanaan Projek Logi Rawatan Langat2 di mana Kerajaan Selangor telah menghalang pembinaan projek tersebut. Diberitakan pembinaan terowong di negeri Pahang sudah lama siap dan menunggu `green light’ Selangor untuk sambungan akhir. Halangan ini telah menjejaskan kelancaran projek, bekalan air mentah untuk diproses dan kos kewangan. Krisis air yang berlaku di Lembah Klang ada kaitan dengan Projek Langat2 selain daripada faktor cuaca.

Projek Pelabuhan di Malaysia selalunya melibatkan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Walaupun mantan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Lim Ah Lek dan Tan Sri Chan dilepaskan daripada perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Mahkamah, presepsi isu penyelewengan terus dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan segelintir rakyat. Banyak masa Mahkamah dihabiskan untuk menentukan keadilannya. MCA hilang reputasi `parti bersih’ nya kerana projek Pelabuhan. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah juga dikaitkan dengan penyelewengan tersebut. BN juga terasa bahang tersebut. Kes ini memberi `bullet’ kepada `Anwar Ibrahim and the gang’ menyakinkan rakyat yang BN betul betul parti rasuah.


Jika keperluan menambah pelabuhan ada justifikasinya dan keadaan kewangan negara mengizinkan, laksana lah projek tersebut tetapi libatkan lah team YB Paul Low dan SPRM. Mereka akan membantu Kerajaan menjalankan projek dengan telus dan penuh integreti.

Wednesday 26 February 2014

PM LANTIK DS LIOW DAN DR WEE KE KABINET SEBAGAI HADIAH PENGUNDI CINA DI KAJANG



Penulis mencadangkan PM melantik DS Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan menggantikan Pemangku Menteri Pengangkutan yang di sandang oleh DS Hishamuddin Tun Hussein. Dr Wee Ka Siong boleh dilantik Timbalan Menteri menggantikan Waythamorthy yang meletakkan jawatan baru baru ini.

Lantikan ini wajar dilakukan sempena PRK N25 Kajang ini. Pengumuman ini mungkin memberikan `political viagra’ kepada MCA dan pengundi Cina di Kajang untuk menyokong BN. Pengumuman boleh dibuat sebagai Manifesto BN dan boleh dilaksanakan selepas PRK. Sebaiknya,mungkin selepas pelancaran KLIA2 pada 2 Mei 2014 nanti. Tetapi jika dirasakan perasmian KLIA2 ditanggohkan untuk 6 bulan lagi, lebih baik tanggongjawab di serahkan pada DS Liow Tiong Lai. 

Usul Menerima balik lantikan semula ke jawatan Kerajaan telah diluluskan oleh para perwakilan MCA di dalam Perhimpuan Mesyuarat Luar Biasa baru baru ini.


Jika ditakdirkan Datin Paduka Chew Mei Fun menang di PRK Kajang, PM boleh memikirkan peranan yang boleh Mei Fun lakukan diperingkat Negeri Selangor.


AKHIRNYA BN TUNJUKKAN KE `WANITAAN’ NYA



Hari Jumaat 21 Februari 2014 yang, Tan Sri MuhyiddinYassin, selaku Timbalan Pengerusi BN, mengumumkan mantan Timbalan Menteri Datin Paduka Chew Mei Fun, merangkap Naib Presiden MCA di cadangkan menjadi calon BN di PRK N25 Kajang. Setelah sekian lama bersikap `tunggu dan lihat tetapi membuat penyelidikan’, akhirnya BN bersedia menampilkan calonnya.

Penulis pernah mencadangkan aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye dipujuk menjadi calon BN kerana ketokohan beliau di dalam masyarakat Cina. Walaubagaimanapun MCA lebih tahu situasinya.

Pemilihan Datin Paduka bersesuaian juga dan mampu bersaing sebagai `underdog’ dengan Anwar Ibrahim. Datin Paduka seorang yang popular di kalangan wanita, lebih muda berbanding Anwar Ibrahim yang sudah 66 tahun dan sedang `sakit pinggang’. Beliau juga seorang yang berpegang kepada janji. Beliau menjanjikan akan meletakkan jawatan jika beliau gagal di pilih ke jawatan strategik dalam MCA. Beliau meletak jawatan. Anwar Ibrahim pula berjanji untuk bersara politik jika Pakatan Rakyat kalah PRU13 tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana BN menipu untuk menang. Begitu yakin sekali sehinggakan meminta Naib Presiden Indonesia, Yusuf Kalla menjadi orang jurucakap untuk berunding dengan Datuk Sri Najib. Sesungguhnya Anwar Ibrahim telah menipu rakyat.

Penulis sarankan BN berhati hati dengan PKR dan Anwar Ibrahim’s surprises. Beliau boleh membuat keputusan tidak bertanding dan menggantikan orang lain seperti Rafizi. Maka akan salah lagi strategi BN.

Penulis hendak BN menang tetapi kita kena terima kenyataan bahawa pendakian gunung itu terlalu sukar dan memenatkan. Anwar Ibrahim sedang popular dek kerana kes Mahkamah Rayuan yang di `highlight’ siang dan malam. Masalahnya semakin di `highlight’ semakin ramai yang mengundi Anwar Ibrahim. Semakin menebal  tanggapan yang BN cuba menamatkan kareer politiknya. Beliau berjaya BN menindas orang politik seperti beliau dan wajib di halang.

Anwar Ibrahim berjaya mewujudkan kemarahan penyokong PKR dan rakyat Selangor dengan menuduh Tan Sri Khalid Ibrahim menaja Datuk Zaid Ibrahim. Datuk Zaid berpendapat Tan Sri Khalid telah mendapat kepercayaan rakyat Cina Selangor untuk mentadbir Selangor.


Penulis harap dengan sokongan apa yang ada kepada BN serta strategi kempen `turun kos sara hidup’, tanpa pemberian peruntukan dan jamuan besar besaran, BN  akan dapat memalukan PKR dan Anwar Ibrahim (jika bertanding) dengan mengurangkan majoriti terdahulu.



CADANGAN PEMBANGUNAN PELABUHAN KETIGA. AWAS



Ulasan Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Aziz Karparwi pada Isnin 24 Februari mengenai cadangan Pelabuhan Ketiga adalah berkaitan.

Penulis ingin mengingatkan YAB Perdana Menteri supaya berhati hati dengan cadangan pembangunan Pelabuhan Ketiga di Selangor. Selain daripada pembangunan ini berada negeri terajuan Pakatan Rakyat, Penulis tidak mahu berlakunya rasuah dan penyelewengan dari pembelian tanah, perlantikan konsultan, kontraktor, operator pelabuhan, pembelian peralatan, mesin dan lori dan seterusnya.

Penulis ingin ingatkan Kerajaan Pusat di dalam perlaksanaan Projek Logi Rawatan Langat2 di mana Kerajaan Selangor telah menghalang pembinaan projek tersebut. Diberitakan pembinaan terowong di negeri Pahang sudah lama siap dan menunggu `green light’ Selangor untuk sambungan akhir. Halangan ini telah menjejaskan kelancaran projek, bekalan air mentah untuk diproses dan kos kewangan. Krisis air yang berlaku di Lembah Klang ada kaitan dengan Projek Langat2 selain daripada faktor cuaca.


Projek Pelabuhan di Malaysia selalunya melibatkan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan. Walaupun mantan Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Lim Ah Lek dan Tan Sri Chan dilepaskan daripada perbuatan rasuah, salahguna kuasa dan penyelewengan oleh Mahkamah, presepsi isu penyelewengan terus dimainkan oleh Pakatan Rakyat dan segelintir rakyat. Banyak masa Mahkamah dihabiskan untuk menentukan keadilannya. MCA hilang reputasi `parti bersih’ nya kerana projek Pelabuhan. Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah juga dikaitkan dengan penyelewengan tersebut. BN juga terasa bahang tersebut. Kes ini memberi `bullet’ kepada `Anwar Ibrahim and the gang’ menyakinkan rakyat yang BN betul betul parti rasuah.


Jika keperluan menambah pelabuhan ada justifikasinya dan keadaan kewangan negara mengizinkan, laksana lah projek tersebut tetapi libatkan lah team YB Paul Low dan SPRM. Mereka akan membantu Kerajaan menjalankan projek dengan telus dan penuh integreti.


Tuesday 25 February 2014

KEDAH JADIKAN MELAKA `ROLE MODEL’ DIDALAM PELANCONGAN



Tahniah kepada Melaka kerana Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, Menteri Besar Kedah Darul Aman berminat melawat dan belajar daripada Melaka. Ini kebanggaan dan kejayaan buat Melaka.

Keduanya sifat terpuji Datuk Seri Mukhriz yang tidak malu mahu belajar daripada orang lain yang lebih berpengalaman dan berjaya di dalam bidang bidang tertentu.

Ketiganya, satu pedoman yang boleh Melaka dan negeri lain pelajari ialah tindakan Datuk Seri Mukhriz yang berpendirian banyak perkara yang boleh dipelajari di dalam negara kita sendiri. Ia bermaksud Kerajaan Negeri wajar belajar atau bertukar tukar pandangan dengan negeri lain untuk membangunkan negeri masing masing. Kedah yang pesat juga industri pelancongan (Langkawi) pun mahu belajar dengan Melaka  di dalam sektor pelancongan termasuklah Melaka River Cruise.

Janganlah berombongan melawat sambil belajar ke luar Negara terlalu kerap. Biasanya ia akan membazirkan wang rakyat dan objektif lawatan sambil belajar menjadi `melancong guna duit rakyat’. Lebih banyak shopping daripada mesyuarat.


Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir melakukan lawatan kerja 3 hari ke Melaka mulai Isnin 24 Februari 2014.


Selamat Datang YAB ke Bandaraya Melaka.  

11 MAC 2014 YANG BERSEJARAH: HUKUMAN KEATAS KARPAL SINGH. PENAMAAN CALON PRK KAJANG



Pengundi dan penyokong DAP PAS PKR akan merasa sunyi dan suram apabila Karpal Singh tidak berkesempatan berada Pusat Penamaan Calon di Kajang untuk proses penamaan calon pada 11 Mac 2014. Ini adalah kerana beliau akan berada di Mahkamah untuk mendengar penghakiman hukuman. Beliau di dapati bersalah menghina Sultan Perak ekoran kes melucutkan jawatan Menteri Besar Perak suatu masa lalu.

Penulis ingin sangat melihat beberapa orang politik yang terlalu lancang mulutnya tetapi selalu terlepas daripada tindakan undang undang, tetapi kali ini di hukum penjara. Selain Karpal Singh, penulis melebal Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Teresa Kok, Tian Chua, Rafizi, Hishamuddin Rais sebagai kebal undang undang. Anwar dikira sebagai kebal kerana banyak kes kes yang terang lagi bersuluh kesalahannya, pun terlepas.


Diharap tiada pihak yang menfitnah yang Kerajaan berpakat dengan Institusi Kehakiman supaya menetapkan 11 Mac sebagai hari umum hukuman dengan niat  Karpal dan mungkin pemimpin tinggi DAP, tiada dapat hadir di Kajang. 



ONE DOWN FOR MUHYIDDIN. WHAT’S NEXT…23 MARCH’S RESULT?





Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), suatu program penilaian pelajar yang holistik, telah di laksanakan di luar negara dan cuba dilaksanakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kementerian Pendidikan, berhadapan dengan masalah teknikal (akses ke sistem) dan `sabotaj’ guru guru malas. Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamed Yusof, mengumumkan perlaksanaan PBS ditanggohkan sementara.

Bagi penulis ia suatu yang sungguh mendukacitakan kerana PBS telah dilaksanakan di sekolah sekolah dan ada guru dan murid sudah mula membiasakan diri dengan sistem PBS.

Tidak perlulah letak jawatan kerana kena lebih berhati hati di masa hadapan apabila hendak menyesorkan program. Niat murni tetapi sukar dilaksanakan. Sama seperti teknologi amat baik tetapi amat mahal kosnya.


Pada 23 Mac 2014, penulis ramal satu lagi `down’ untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, merangkap Pengarah Jentera PRK BN, apabila Anwar Ibrahim dan PKR berjaya mengekalkan kerusi DUN Kajang. Diharap BN akan dapat memberikan saingan yang kuat dan mengurangkan majoriti. Jika ia berlaku, ia suatu kejayaan dan `one up’ for Tan Sri Muhyiddin.  

Monday 24 February 2014

PRINT HELLO SAILOR






PLEASE CONTACT
https://www.facebook.com/myhellosailor


PROGRAM MENCARI RAMLI 4 ATAU 5 WAJAR KE BARCELONA / REAL MADRID / BAYERN MUNICH




Program Mencari Ramli Musim 3, kendalian Telekom Malaysia telah bermula. Seorang atau dua pemain bolasepak remaja berbakat akan dipilih untuk  berlatih di Manchester United (MU) selama 2 minggu. Ini suatu usaha yang baik untuk pembangunan bolasepak Malaysia tetapi ada yang boleh diperbaiki.

Seperti yang peminat bola sedia maklum, Manchester United di bawah David Moyes, berprestasi buruk. Penulis meramalkan MU akan terus merundum buat 3-4 musim. Pesaing pesaing MU seperti Chelsea, Manchester City, Arsenal dan lain telah melakukan pelaburan membeli pemain pemain terbaik sekurang kurangnya 2 tahun yang lepas. Hasilnya sudah nampak musim ini.

Penulis cadangkan Telekom Malaysia menukar kelab latihan dari Manchester United ke Kelab Barcelona/Real Madrid/Bayern Munich. Ini adalah kerana Kelab Inggeris ini kurang menyerlah di persada England, Europah dan Dunia. Jika Sepanyol atau German itu begitu jauh, Telekom Malaysia wajar mencari jalan berkerjasama dengan pesaing MU yang disebut di atas.

Dari segi ranking Dunia pun, Sepanyol, Brazil dan German jauh meninggalkan England. Ini ada kaitan dengan sistem latihan Manchester United dan England yang kurang `effective’ apabila berhadapan dengan Sepanyol, Brazil mahupun German. England tidak akan berjaya di misi merebut tempat 5 terbaik dunia.

Mungkin faktor bahasa yang menjadikan Manchester United and England menjadi pilihan kelab latihan. Mungkin Telekom Malaysia boleh berkelobrasi dengan Kelab Liverpool, Arsenal ataupun Chelsea. Jika Telekom Malaysia dapat kerjasama dengan kelab kelab tadi, pemain berbakat kita dapat tunjuk ajar Jurulatih berpengalaman dari luar England. Mungkin juga kos latihan dan tahap CSR kelab Inggeris tidak `attractive’ kepada Telekom Malaysia.


Semoga penulisan ini membuka dimensi pembangunan bolasepak Malaysia.  

Sunday 23 February 2014

MAS BUKAN EMAS LAGI. BERI TUGAS KEPADA TAN SRI ALI HASHIM URUS MAS.



CEO Penerbangan Malaysia atau MAS, Ahmad Jauhari Yahya telah mengumumkan kerugian bersih RM1.2 bilion tahun 2013 berbanding dengan keuntungan RM234juta tahun 2102. Walaubagaimana pun pendapatan MAS telah meningkat sebanyak 2 peratus kepada RM13 .8 bilion. Pengumuman itu membawa kepada banyak reaksi. Komen penulis adalah seperti berikut:-

Kerugian adalah `Industry Pattern’?
MAS telah melalui pelbagai cabaran krisis ekonomi dan kewangan. Di dalam hayatnya, tiga suku hidupnya adalah di dalam keadaan sakit (kerugian) dan hanya suku sahaja berkeadaan sihat (untung). Adakah ini `industry pattern’?

Pelbagai keadaan pengurusan telah di cuba.  Dari `government owned enterprise’ kepada `private enterprise with Government having golden share’ dan sekarang kembali kepada Kerajaan melalui Khazanah Nasional. Apabila management style bertukar, CEO atau MDnya pun bertukar. Setakat ini, MAS masih berdakwat merah (rugi) dan semakin pekat merahnya. Dakwat hitam (untung) sekali sekala. 

Siapa Tukang Umum?
Pengumuman kerugian selalunya dibuat oleh CEO. Tetapi jika ada keuntungan besar, mungkin Pengarah Urusan Khasanah Nasional atau mungkin Menteri Kewangan II berbesar hati mengumumnya.

Bukan Emas Sudah
Tajuknya MAS bukan  EMAS lagi. Ia bermaksud status anak emas kian hilang. Penulis harap rakan rakan faham erti emas. Jika di dalam Sukan, para atlet mengejar pingat emas. Selain itu, emas pun ada maruahnya. Jika pingat emas di perolehi di Sukan Olimpik, emas tersebut lebih tinggi nilainya. Jesteru itu, MAS atau Penerbangan Malaysia berada di liga mana? SUKMA? Sukan SEA? Sukan Olimpik? Penulis rasa Emas ini telah jatuh menukar kepada Perak atau Gangsa buat sementara sahaja. Penulis tidak pasti bila ia kembali menyinar kilauan emasnya. Yang penulis amat takut ialah daripada Gangsa ia terus menjadi besi buruk, jika tidak diambil perhatian pengurusan.

Personaliti
Sejak dulukala lagi, apabila MAS diperkatakan di dada akhbar dan kaca TV, aka nada dua personaliti akan bersuara atau diminta komen. Mereka adalah bekas ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Chee Keong dan Tan Sri Aziz Abdul Rahman, bekas Pengarah Urusan MAS di awal penubuhannya.

Wee Choo Keong amat kritis terhadap MAS dan Air Asia. Terkini, beliau membidas  MAS kerana mengunjurkan keuntungan pada 2017 walhal kerugian terkumpul 2013 MAS mencecah RM2.5 bilion. Mana mungkin dengan beberapa 3 hingga 4 tahun, MAS  boleh beroleh keuntungan, tanya Choo Keong. Mungkin apa yang dimaksudkan oleh Pengarah Urusan MAS ialah keuntungan operasi tahunan.

Ada kah zaman Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman di katakan zaman kecemerlangan MAS? Adakah strategi yang sama boleh di gunapakai di zaman ini? TV3 selalu meminta pandangan beliau apabila berbincang pasal MAS. Pada penulis zaman sudah berubah.

Kos operasi MAS lebih tinggi daripada `industry average’
Adakah kos operasinya `industry average’ bagi sektor penerbangan dunia?
Globalisasi dunia yang berlaku tidak berjaya di menefaatkan oleh MAS. Jumlah anggota pekerja masih ramai manakala produktiviti ditahap yang sama. Apabila kesatuan pekerja kuat sangat, Pengurusan terpaksa memikul biawak hidup. Kesatuan Pekerja menyumbang kepada kerugian MAS. Melindungi pekerja mestilah bertempat. Syarikat rugi tetapi minta bonus. MAS kena buat banyak VSS. Yang tua tua kena beri peluang kepada orang muda dengan skim gaji yang lebih murah. MAS kena galakkan pekerja bersara awal dan berniaga. MAS perlu membantu memberikan mereka latihan seperti anggota tentera. Hantar mereka kursus perniagaan. Banyak paip bocor kena dibaiki. Bleedling has to be stopped.

Di dalam kes `manpower issue’, penulis respect Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor yang bertegas dengan pertindihan dan pembaziran manpower. Beliau menamatkan perkhidmatan beberapa anggota pekerja PKNS yang pada pandangan beliau bertindih. Penamatan pekhidmatan beberapa individu itu menjimatkan PKNS RM7juta setahun. MAS kena berani `bersara’kan pekerja yang tidak produktif. Kita kena `buang’ 1000 orang untuk membantu 30,000 pekerja yang lain menguruskan MAS. Yang 1000 orang ini yang diberikan latihan perniagaan.

Pelbagai suntikan kewangan telah diberikan. Banyak pertolongan dan perlindongan seperti penerbangan wajib untuk kakitangan awam, masih diteruskan. CEO demi CEO dilantik. Berbagai konsultan telah di `engage’ untuk memperbaiki prestasi kewangannya. Kata kata peransang PM pun sudah banyak kali. Ejekan dan perli dari pelbagai badan korporat, pesaing dan NGO telah dilemparkan namum MAS masih belum boleh berdiri di atas kaki sendiri. Selain faktor kenaikan kos bahan api, persaingan, komitmen warga MAS yang lebih baik, MAS mesti berbuat untung. 

 Penjimatan yang boleh dilakukan
Secara teorinya, untuk mencatitkan keuntungan, `reduce cost and increase revenue’. Apa kah kos kos yang perlu dikurangkan? Macamana caranya nak di kurangkan? Mungkin kos bahan api dan kos kewangan sukar di bendong. Jika kos minyak naik, semua airline pun akan naikkan tambang. Yang masalahnya kos bahan api naik, tambang tak naik. Mestilah rugi. Apabila MAS terlalu fikirkan  kebajikan penumpang, itu yang rugi. Penulis tak pasti jumlah penumpang dalam negara dan luar negara. Sebenarnya MAS ada kelebihan kerana ada penerbangan tambang murah FireFly. Jika penumpang rasa tambang terlalu mahal, mereka terbang dengan FireFly. MAS akan untung jika penumpang termasuk ke dalam bakul MAS dan FireFly dan tidak meleleh ke bakul Air Asia. MAS rugi kerana Air Asia berjaya mengawal sector tambang murah dan beberapa peratus penumpang MAS.

MAS mengunapakai strategi membeli kapal terbang baru yang `green’ dan jimat minyak. Perjalanan jarak jauh tanpa henti mengelakkan bayaran pendaratan di Lapangan Terbang Transit.

Kenaikan gaji wajar dibekukan. Juruterbang baru harus dilantik manakala juruterbang yang berpengalaman terlalu mahal gajinya. Kajian semula laluan perlu dibuat setiap 6 bulan. Kekerapan destinasi popular mesti ditingkatkan. Promosi seperti tambang murah perlu diteruskan. Rundingan harga kapal terbang perlu berjalan. Kos kewangan menyewapajak perlu di halusi. Integrasi MAS, FireFly dan MasKargo perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk memaksimumkan keuntungan hasil daripada economy of scale.

Cadangan melantik Tan Sri Ali Hashim menjadi CEO
Kepada seluruh warga MAS, buatlah yang terbaik untuk MAS agar dapatlah pelabur dan pekerja dapat keuntungan bersama. Anggaplah MAS itu sebagai bisnes sendiri yang mengutamakan kualiti perkhidmatan yang tinggi. Kerajaan melalui Khazanah Malaysia beroleh pengurangan kerugian (untung menjelang)  manakala warga MAS dapat bergantung hidup. Bantulah Kerajaan dengan melakukan penjimatan mana perlu. Senang lah sedikit Kerajaan menepis serangan pembangkang.

Penulis meminta Khazanah Nasional melantik Tan Sri Ali Hashim untuk menguruskan MAS. Lantikan kontrak 5 tahun boleh menampakkan sesuatu strategi bisnes menjadi atau ke laut. Tan Sri Ali berpengalaman menguruskan ramai pekerja, terlibat di dalam `hospitality’ seperti Puteri Pan Pacific, Selesa Hotel, Kumpulan Perubatan Johor, KFC berbanding dengan Ahmad Jauhari Yahya yang bertugas di Malakof sebelum ini. Penulis akan menyentuh mengenai latihan pekerja untuk berniaga. Tan Sri Ali terlibat melahirkan ribuan intraprenuer dan entrepreneur. Jumlah pekerja yang tidak produktif harus bersara tetapi platform bisnes dibantu. Sebagai contoh, Mana mungkin jika seorang penari di dalam sebuah Kumpulan tarian Kebudayaan mengandong dan hanya datang melihat rakan rakan mereka berlatih menari. Kan boleh penari yang mengandong itu di tukar ke seksyen lain. Di Dalam MAS terlalu ramai yang di dalam kategori ini.

Mungkin MAS boleh mewujudkan bisnes kedai jahitan dimana semua pekerja termasuk juruterbang dan pramugara menempah pakaian di `MAS Tailor’. Kalau di KPJ, urusan dobi dikendalikan oleh syarikat intrapreneuernya sendiri. Terlalu banyak `inter subsidiary bisnesses’ dari sebesar penyelenggaran pesawat’ hinggalah sekecil percetakan mahupun dobi. Jika dikumpulkan keuntungan bisnes subsidiary ini, ia akan dikembalikan kepada MAS. Tan Sri Ali ada pengalaman itu tetapi Ahmad Jauhari tiada.

Apabila subsidiari ini ditubuhkan, target bisnes ialah MAS 100 peratus di tahun 1 dan 2. Di tahun 3 dan 4, dengan pengalaman yang meluas, bisnes ini perlukan customer base MAS 70% dan swasta 30%. Sebaiknya kearah 50% market MAS dan 50% market swasta.

Penulis berkata demikian berdasarkan pengalaman menjadi `turnaround manager’ keatas kumpulan syarikat yang di`kawal’ oleh seorang Ketua Menteri. Bisnes hotel dan travel agentnya sangat sibok sehinggakan pengurusnya tidak mempunyai masa mencari bisnes luar daripada Kerajaan. Apabila Ketua Menteri tersebut bersara politik, kedua dua bisnes nya merundum.


Semoga penulisan ini boleh menyumbang kepada pembangunan dan keuntungan MAS di masa hadapan.  

Friday 21 February 2014

PAS MENANG DI MELAKA KERANA WARONG TOMYAM BERSEPAH.



Di dalam PRU13 yang lalu, PAS dan PKR mencatitkan sejarah kerana berjaya menawan DUN Bukit Baru dan sekali gus Parlimen Bukit Katil, memadamkan terus kecemerlangan dan kewibawaan Datuk Seri  Mohd Ali Rustam.

Ada kebenarannya yang 90 peratus pengundi Cina mengundi Pakatan Rakyat tetapi ramai juga pengundi Melayu yang bersempati dengan PAS turut memburukkan keadaan.

Melaka mempunyai ramai penduduk yang berasal dari Kelantan dan Selatan Thailand. Selain daripada bekerja di kilang, majoriti mereka berniaga warong TomYam dan segelintir restoran TomYam.


Warong TomYam bermaksud mereka menjalankan bisnes di atas bangunan yang didirikan atas tanah atau ruang tepi, manakala Restoran TomYam bererti bisnes di jalankan di dalam rumah kedai.

Warong TomYam tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Di kawasan persimpangan Cheng Petronas hingga CIMB sahaja, terdapat 2 restoran TomYam dan 3 warong TomYam. Di sepanjang jalan Bukit Rambai ke Tanggabatu ada 6 warong TomYam.

Kebanyakan pelanggannya adalah mereka yang mempunyai saudara mara yang berasal dari pantai timor dan sekarang ini orang pantai barat pun sudah menyukai TomYam.

Selain daripada percakapan pantai timor, hampir kesemua warong dan restoran TomYam mempunyai TV. Mereka akan menonton perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan Kelantan, Terengganu dan Pahang. Mereka memberikan sokongan kepada pasukan mereka dan tidak kepada negeri Melaka walaupun tinggal dan mencari makan di sini.

Di sinilah fahaman PAS digerakkan secara tidak nyata. Mereka kelihatan gembira dengan Kerajaan negeri tetapi berdasarkan percakapan rakan rakan rapat dengan mereka serta tindak tanduk, mereka adalah penyokong PAS dan berperanan menyebarkan pengaruh PAS. Di sinilah kekurangan BN/UMNO. Mereka terleka untuk mendekati Warong dan Restoran TomYam.

Penulis cadang perketatkan pengeluaran lesen Warong TomYam tetapi galakkan mereka menjalankan Restoran TomYam. Warong tidak sesuai lagi di Melaka yang indah ini. Kelazimannya, mutu pembuatannya buruk. Lokasinya berhampiran sangat dengan longkang dan berbau. Berada di tanah rezab Jabatan Perparitan dan Saliran. Bekalan air dan elektrik tidak sempurna. Tandas nya meloyahkan. Ada pekerja tinggal di dalam warong tersebut. Ada pekerjanya walaupun bersaudara mara tidak mempunyai dokumen perjalanan dan pekerjaan yang sah. Pakaian, rambut dan kuku mereka tidak mengutamakan kebersihan. Melaka tidak memerlukan `penyebar’ dan pensempati PAS yang berselerak di Warong dan Restoran TomYam.

Melaka (kawasan Bukit Rambai dan Tg Minyak) mempunyai ramai penduduk yang berturunan Kemboja tetapi bisnes mereka tertumpu kepada bisnes kain dan tudung. Mereka ini berkenderaan besar menjela juga. Tetapi secara amnya mereka `mengampu’ Kerajaan BN berbanding dengan pengusaha Warong/Restoran TomYam. Penulis kuatir penguasa TomYam


Penulis terdahulu menulis isu yang sama di sini. 
http://nasirwise.blogspot.com/2013/06/restoran-dan-warong-tom-yam-di-melaka.html

Wednesday 19 February 2014

BOLA SEPAK BEGITU KEJAM



Malam tadi penulis menonton perlawanan timbal balik Kedah melawan JDT di Stadium Kedah Darul Aman. JDT datang bertandang ke Alor Setar dengan bekalan agregit 3-1. Malam tadi 18 Februari, JDT menambah kemenangan dengan 2-0 hasil jaringan Norshahrul dan Safee Sali.

Dukacitanya, walaupun penulis `respect’ kepada Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, permainan Kedah amat kasar dan terbukti seramai 4-5 pemain menerima kad kuning. Kapten Kedah pun menunjukkan isyarat `bagus’ kepada pengadil kerana memberikan kad kuning kepada pasukannya. Sebaik sahaja pengadil berpusing arah lain, beliau menunjukkan isyarat `tidak bagus’ pulak.

Semalam ini, malang buat PKNS dan Sarawak. Kelantan seri dengan PKNS 3-3 sama tetapi Kelantan menang 3-2 di Kota bahru di pusingan pertama. Kelantan menempah tiket ke separuh akhir.

Begitu juga dengan Sarawak. Mereka seri 2-2 dengan Felda United tetapi advantage diberikan kepada Felda kerana bermain di tempat lawan. PDRM tersingkir kerana tewas tipis kepada Pahang 2-1.


 Seterusnya pusingan pertama aksi Separuh Akhir, JDT akan berdepan dengan Pahang manakala Kelantan akan bertarung dengan Felda United. Selamat berjuang.

N25 KAJANG. KERANA MU, AKU BERTANDING.



Penulis gembira dengan senario politik di Kajang. Ramai yang tidak setuju dengan pendekatan Anwar Ibrahim. Pendekatan seperti merancang mengadakan PRK dengan mengarahkan `bekas ADUN Kajang letak jawatan tanpa `kematian’ atau ketidakupayaan menjalankan tugas. Mencadangkan diri sendiri bertanding untuk membolehkan beliau menjadi MB. Pendekatan meminta Tan Sri Khalid undur jawatan MB Selangor yang akan menyebabkan gangguan kelancaran pentadbiran. Pendekatan melanggar undang undang SPR (berceramah di Kajang sebelum penamaan calon) dengan sengaja. Entah apa lagi yang akan dibuatnya. Yang pasti, kerana kau bercelaru Selangor dan Malaysia. Impaknya, mengikut istilah facebook, seluruh negara macam `viewpage’ atau `talk’ mengenai beliau. Itu yang dia hendakkan.

BN seakan tidak teruja sangat bertanding di Kajang. Mungkin kah tidak ada keyakinan untuk menang? Atau mungkin kah jika BN menang sekali pun, ia tidak merubah struktur politik Selangor. BN di lihat tiada keseriousan yang tinggi untuk bersaing. Adakah BN sedang membuat `survey’ pendapat ramai samada mahu bertanding atau sebaliknYA? MCA sudah bersedia dengan calan calonnya tetapi Majlis Tertinggi BN akan hanya bermesyuarat akhir bulan Februari ini. Ada baiknya bakal calon MCA menjalankan agenda mendekati rakyat Kajang untuk persiapan PRU14. Adakalanya sikap `tunggu dan lihat’ adalah strategi yang baik tetapi pihak musuh sudah menamakan calon dan berkempen. Jentera musuh sudah berada di jalanraya manakala jentera BN masih di petak letak kereta.

Terkini, Datuk Zahid Ibrahim, mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas. Beliau memberikan sebab `kerana mu Anwar Ibrahim, aku bertanding’. Seburuk buruk Datuk Zaid Ibrahim, beliau berani menentang Anwar dan berani bercakap beliau mahu halang Anwar jadi MB Selangor. Berani kalah.

Mungkin BN kena fikir panjang semula samada mahu bertanding atau tidak terutama sekali dengan hasrat Datuk Zaid untuk bertanding. Adakah wajar BN memberikan laluan kepada Datuk Zaid atau calon bebas supaya undi tidak pecah.

Atau mungkin kah ini (membiarkan Zaid bertanding) strategi Pakatan Rakyat untuk mengkuburkan hasrat BN meletakkan calon dan potensi menang akan lebih cerah. Datuk Zaid adalah sebahagian daripada `rakan baik’ Pakatan Rakyat. Maybe, Datuk Zaid tidak menyukai individu tetapi beliau meyayangi Pakatan Rakyat.

Sejujurnya, Penulis rasa BN wajar beri  laluan kepada Datuk Zaid atau calon bebas dan` tindakan BN beri laluan itu’ seberani Datuk Zaid yang mahu menghalang Anwar menjadi MB Selangor. Rakyat Selangor yang pro BN pun tidak perlu risau atau merasa `berdosa’ dengan memberikan undi kepada Datuk Zaid kerana secara tidak langsung ia undi protes terhadap Anwar Ibrahim.


Monday 17 February 2014

DOLLAH SALLEH WAJAR DI PERTIMBANG JAWATAN JURULATIH HARIMAU MALAYA



Tahun lepas, Pahang Darul Makmur di bawah Ketua Jurulatih Dollah Salleh menjadi Juara Piala Malaysia 2013, mengalahkan Kelantan 1-0. Selepas tamat musim, Dollah Salleh di lamar oleh PDRM.


PDRM musim lalu dibawah K.Thaivannathan atau Nalathamby A/L Ramasamy (tidak pasti) kurang menyerlah menduduki tempat ke 7 daripada 12 pasukan. Mendapat 25 mata daripada 22 perlawanan. Sarawak di tempat pertama dan mencatitkan 58 mata. Antara pemain di dalam barisan PDRM musim lalu ialah Wilfred A/K Jabun, Mohd hafis, Mohamad Amir, Mohd Fazli, Mohamadou Sumarh dan lain.

Dengan kebijaksanan  Dollah Salleh dan Azman Adnan, mereka membentuk sebuah pasukan yang baik dan seimbang. Pencapaiannya setakat ini amat membanggakan. Terakhir, PDRM mengalahkan Perlis 7-1. 

Dari segi pengalaman, Dollah Salleh pernah menyarung jersi penyerang Malaysia buat seketika. Begitu juga dengan Azman yang bermain untuk Selangor dan Malaysia buat sekian lama. Strategi `menyerang’ PDRM mungkin telah membuahkan hasil.


Penulis rasa Dollah Salleh wajar di beri peluang dan di angkat menjadi Ketua Jurulatih Harimau Malaya secara kontrak selama 2 tahun. Ia mungkin menjimatkan kewangan FAM dan `local touch’. Tidak perlu kita menggunapakai jurulatih luar negara tetapi FAM perlu banyakkan latihan persahabatan dengan pasukan luar Negara atau menyertai Liga negara jiran. Mungkin ini pendekatan yang lebih baik. Jika FAM bersedia membelanjakan RM2.7 juta untuk 3 tahun untuk jurulatih dari Perancis, wang ini boleh dibelanjakan memberikan pendedahan luar negara (friendly match, tournament dan league) kepada lebih ramai pemain berbakat Malaysia.

Friday 14 February 2014

TERESA KOK MENYUSAHKAN SEMUA PIHAK. POLIS KENA JAGA DIA 24 JAM PULAK

.


Ramai yang mengetahui, Video ONEderful Malaysia CNY 2014 yang dipengacarakan oleh Ahli Parlimen Seputeh berwajah manis tetapi berhati busuk. Secara amnya, video ini memuatkan sindiran dan menfitnah Kerajaan.
Bukan itu sahaja wataknya memperli Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa personaliti lain.  Huruf ONE itu sebenarkan mempertikaikan slogan 1 Malaysia yang menyeru semua bangsa di Malaysia bersatu. Tahniah kepada Mingguan Malaysia terbitan Ahad 9 Februari yang telah menuliskan secara terperinci dialog mereka. Video ini melibatkan tiga watak penting iaitu Puan Jit, Master Yan Yan dan Abang Cik Wai.

Video ini membangkitkan kemarahan ramai pihak terutamanya NGO NGO Melayu dan Islam dan beberapa NGO bukan Melayu. Lebih 300 laporan polis telah di buat. Cabar menampar sudah berlaku. Pelakon pelakon sudah dipanggil untuk siasatan serta merekodkan keterangan. Teresa Kok pun sudah dipanggil. Sekarang ini orang Melayu marah dan Polis pulak kena memberikan perlindongan 24 jam kepada Teresa Kok dan pelakonnya.

Penulis pernah menulis bahawa ada beberapa orang yang kebal undang undang di Malaysia. Mereka ialah Anwar Ibrahim, Tian Chua, Teresa Kok, Lim Guan Eng dan Haji Omar Kassim. Semua yang di sebut adalah ahli politik melainkan seorang bekas ahli perniagaan berasal dari Pontian dan menetap di Muar.

Penulis difahamkan Haji Omar amat terkenal di Muar. Penderma dan murah hati. Selalu bayar `round the table’ kalau makan di warong warong. Ada buah tangan lagi selepas makan. Beliau rapat dengan Persatuan Nelayan Negeri Johor dalam projek Tanaman Kelapa Sawit di Labis, Segamat. Beliau juga `banyak berurusan’ dengan Pengerusi Nekmat Kebangsaan, Mohamed Dolmat. Beliau rapat dengan Kementerian Pelajaran/Pengajian Tinggi yang mengeluarkan tender Kolej Komuniti. Syarikat Haji Omar, Power Corporate Consutant Sdn Bhd dan OBK Plantation Sdn Bhd sangat terkenal di Muar. Cerita lanjut di penulisan lain.

Penulis meramalkan Teresa Kok terlepas dakwaan lagi kerana beliau yang  bertanya dan Pakar Feng Shui yang memberikan pendapat. Mereka yang memberi pendapat yang melakukan kesalahan, jika Peguam Negara mendapati ada kes. Teresa Kok mungkin boleh didakwa bersubahat tetapi ketiga pakar feng shui menanggong kesalahan. Ini pendapat penulis.

Ringkasan dialog Video ONEderful Malaysia adalah seperti dibawah:-

Ia berkisar pada cerita Tahun Kuda yang akan mempengaruhi kesejahteraan negara Malaysia. Mereka memulakan dengan fenomena kenaikan harga barangan dan servis, akibat daripada kononnya dasar Kerajaan seperti kenaikan harga barangan, harga utiliti, harga petrol dan lain lain.

Master Yan Yan mempersenda pasal makna Malaysia Ringgit yang bermaksud Ma Bai atau nasib pun hilang. Jika betul le nama Malaysia ini menyebabkan nasib baik seseorang akan hilang, penulis hairan mengapa nasib bilionair Cina paling ramai di Malaysia iaitu daripada 10 orang, 7 bilionair adalah berbangsa Cina.

Penulis akan gembira jika ramai orang Cina (bermula dengan pemimpin besar DAP) terpengaruh dengan video ini yang `nasib baik dari segi kewangan dan kesihatan’ mereka akan hilang jika berada di Malaysia. Mungkin dan wajar mereka mencari makan di Singapura atau Hong Kong atau China.

Pada penulis, suasana kenaikan harga barang dan servis yang diperkatakan tadi ada hikmahnya tersendiri. Orang Cina yang biasanya hidup lebih mewah daripada orang Melayu, amat panas dan tergugat dengan kenaikan 5-15 peratus. Mereka yang terasa sangat. Dari segi lain pula, Kerajaan sedang mengambil langkah `menghilangkan peranan orang tengah’. Maka semakin `susah cari makan’ bagi `wholesaler’ yang majoritinya berbangsa Cina. Taukeh bot dan peraih ikan sebagai contonnya.

Puan Jit yang mempunyai rambut seiras dengan DS Rosmah Mansor dan pakai cincin berlin. Masih ingat tidak `spin’ puak pembangkang cincin berlian bernilai RM23 juta yang dibeli oleh DS Rosmah dan penghantaran melalui `courier service’. Terlalu ramai sangat orang termasuklah pemimpin besar DAP dan Pakar Feng Shui yang percaya dengan fitnah cincin berlian RM23juta tersebut.

Pakar Feng Shui bercakap pasal pelancongan dan dengan bangganya menuduh  Malaysia negara keenam paling berbahaya di dunia. Memang satu ketika dahulu apabila ISA dan EO dibubarkan kerana desakan parti pembangkang DAP,PAS dan PKR dan semangat mendokong hak asasi manusia, menyumbang kepada lambakan penjenayah penjenayah. Berlakulah tembak menembak sana sini. PM kena belajar dengan akibat pembubaran atau pemansuhan Akta tersebut. Pembubaran membawa masalah balik kepada kerajaan. Malaysia diputar belit menjadi negara keenam paling bahaya di dunia disebabkan insiden beberapa bulan tersebut. Kita yang memberi bola tanggung kepada musuh politik kita.

Apabila Kerajaan dan PDRM melaksanakan Ops Cantas, melaung kuat pemimpin pembangkang mengatakan Kerajaan kejam dan rasis. Hanya penjenayah Cina dan India menjadi sasaran.

Seterusnya Teresa Kok dan Pakar Feng Shui berbincang pasal PLUS atau Projek Lebuhraya Utara Selatan. Mereka klasifikasikan PLUS sebagai lanun kerana pelancong Cina ini beranggapan mereka kena membayar duit (tol) untuk melancong. Agaknya jikalau melancong ke negara Tembuk Besar atau Taiwan dan Hong Kong, tiada bayaran tol yang dikenakan di atas penggunaan  lebuhraya. 

Pada penulis PLUS adalah optional. Jika merasa tol ini melanun orang ramai untuk ke Kuala Lumpur dari Melaka, cari laluan yang tidak bertol (Melaka-Alor Gajah-Tampin-Rembau-Senawang-Seremban-Mantin-Kajang-Kuala Lumpur) atau jalan laut (harap harap orang tidak terjumpa dengan PATI di tengah lautan atau yang sedang balik ke Indonesia dan melanun mereka ini) atau berbasikal atau bermotosikal.

PLUS dibina untuk keselesaan pengangkutan dan kegiatan ekonomi. Siapa yang menggunakannya bayarlah keselesaan tersebut. Kelazimannya perjalanan kita akan lebih ringkas dan selamat. Kemudahan R&R yang mempunyai gerai makanan, surau solat dan rehat, stesyen minyak dan servis trak ronda membantu kelancaran perjalanan.

Jonker Street yang menjadi lambang kejayaan peniaga Cina dan Melaka. Mereka mendakwa Jonker Street akan `hilang’ tidak lama lagi. Perubahan sedikit Jonker Street oleh Kerajaan Melaka mencetuskan `huru hara’ di kalangan politikus  DAP. Jikalau dahulu jalan jalan ditutup pada hari minggu, Kerajaan Melaka membuka semula jalan jalan tersebut untuk mengurangkan kesesakan lalulintas. Penduduk taman perumahan berdekatan (majoritinya kaum Cina) yang `complain’. Selain daripada itu, Jonker Street sedang dirancang untuk tidak menjadi pusat barangan tiruan daripada luar negara. Peniaga Melayu dan Bumiputera wajar dibenarkan berniaga dan bukan milik 100 peratus peniaga Cina.

Mereka mencadangkan para pelancong pergi ke Sabah untuk pertunjukan lanun menculik dan tembak menembak sebagai produk pelancongan yang baru. Kalau Sabah tidak cukup menarik, mereka cadang pergi Johor kerana `Perompak ada berdekatan’.

Penulis siarkan ulasan penulis 50 peratus daripada dialog keseluruhan program ONEdeful Malaysia CNY 2014 kerana dikuatiri terlalu panjang.

Rumusan daripada insiden ini, ada beberapa manusia di Malaysia ini kebal daripada pendakwaan atau kebal undang undang. Mereka adalah Anwar Ibrahim, Tian Chua, Teresa Kok dan seorang lagi ahli perniagaan dari Muar, Omar Kassim (Penulis akan `elaborate’ di lambaran lain).


Teresa Kok memang dikenali ramai di Parlimen Seputeh dan majoriti undi PRU13 adalah antara tertinggi di Malaysia selain Kepong. Majoriti tinggi adalah hasil `balas dendam’ pengundi Cina terhadap BN. Popular di Seputeh tidak mencukupi tetapi ingin dikenali di seluruh dunia melalui penampilan dalam You Tube. Persoalannya apa BN/UMNO dan orang Melayu hendak lakukan kepada Teresa Kok.? Setakat ini lebih 300 laporan Polis telah dibuat. Penulis yakin Teresa  Kok akan di nobatkan kebal undang undang. 

TAN SRI ADENAN SATEM BERSYUKUR. MAT SABU KEPANASAN


TAN SRI ADENAN SATEM BERSYUKUR.
Tan Sri Adenan Satem menjadi pilihan Tan Sri Taib Mahmud.

Akhirnya, Tan Sri Adenan Satem di pilih dan di angkat kejawatan berprestej, Ketua Menteri Sarawak, menggantikan Tan Sri Taib Mahmud. Tan Sri Adenan akan mengangkat sumpah pada 28hb Februari dan memulakan tugas rasmi mulai 1 Mac 2014.

Ramalan penulis melesit ke laut. Mungkin penulis tidak ada pengetahuan dan pengalaman politik di Sarawak. Penulis meramalkan Abang Jo sebagai KM Sarawak berdasarkan kepada kedudukan sebagai Timbalan Presiden  Parti Pesaka Bersatu Bumiputera (PBB). Rupanya citarasa dan strategi politik Taib Mahmud di luar tabi’e struktur politik.

TV3 juga memberitakan yang Tan Sri Taib akan di lantik Yang DiPertua Sarawak yang baru apabila Datuk Patinggi Abang Sallehuddin tamat tempoh perkhidmatannya pada 28 Februari 2014.

Sebenarnya banyak `indication’ yang Tan Sri Adenan akan dilantik. Tan Sri Taib dan Tan Sri Adenan baru kembali dari mengerjakan umrah bersama. Mereka pernah berbezan. Dari segi jawatan pun, Tan Sri Adenan merupakan Penasihat Tan Sri Taib. Ramai yang berkata Tan Sri Adenan pandai berhujah dan adalah bersesuaian dengan iklim politik Malaysia dan Sarawak. Beliau telah bergelumang dengan politik agak lama. Ahli perniagaan Sarawak pun menghormati beliau kerana ikatan keluarga dan politik dengan Tan Sri Taib. Tan Sri Adenan pernah berkhidmat di peringkat Menteri Persekutuan berbanding dengan Abang Jo dan Awang Tengah.

Sesungguhnya ini ketentuan Allah dan kepada mereka yang tidak terpilih, jangan berkecil hati. Teruskan kesetiaan kepada PBB dan BN. Teruskan kegemilangan berkerja untuk rakyat. Semoga rakyat Sarawak berkerjasama dengan kepimpinan baru Sarawak.

MAT SABU KEPANASAN

Bukan kerana musim kemarau.

Bukan kerana penghawa dingin pejabat atau kereta rosak.

Kerana hari ini Khamis 13 Februari 2014, Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan kes saman bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar keatas Mat Sabu. Mat Sabu menfitnah Datuk Wan Ahmad sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai yang ditulis di dalam sebuah artikel Harakah. Selain Mat Sabu, Datuk Mustapha Ali `Spander Putih Besar’, Pengarang Harakah, Lufti Othman dan Pencetak turut dinamakan di dalam kes tersebut.

Lebih memanaskan Mat Sabu lagi, Mahkamah Tinggi menanggohkan keputusan ke 27 Februari 2014 depan kerana maklumat tambahan daripada defenden diperlukan lagi sebelumYang Arif Tuan Pesuruhjaya membuat keputusan.


Mat Sabu akan kepanasan sehinggalah 27hb Februari nanti. Andaikata beliau di dapati bersalah dan di denda atau penjara, makin panas lah orang tua ini.

Wednesday 12 February 2014

TAHUN KUDA TAHUN MALANG ANWAR IBRAHIM



Betul kata Teresa Kok dan Pakar Feng Shui di dalam video ONEderful Malaysia CNY 2014 yang meramalkan Tahun Kuda di Malaysia adalah luar biasa kerana berlaku pelbagai kenaikan. Juga diperkatakan Malaysia Ringgit yang bermakna  `ma bai’ atau `nasib baik pun hilang’ sepertimana ulasan penulis di sini http://nasirwise.blogspot.com/2014/02/teresa-kok-cuba-guna-you-tube-untuk.html.

Semalam 11 Februari, Anwar Ibrahim pun sudah hilang nasib baiknya. Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolok rayuan Anwar Ibrahim untuk mengenepikan atau menghalang Tan Sri Dr Shafee Abdullah menjadi Ketua Pendakwaraya kes rayuan pembebasan Anwar Ibrahim di dalam Kes Liwat Anwar-Saiful. Kes nya sedang berjalan di Mahkamah Rayuan.

Nasib beliau terus malang apabila Majlis Peguam Malaysia meminta SPR menguatkuasakan undang undang dan mengambil tindakan keatas mereka termasuk Anwar Ibrahim yang berkempen di Kajang sebelum hari penamaan calon lagi. Majlis Peguam selalunya memihak kepada Pakatan Rakyat.

Entah apa lagi nasib malang yang akan menimpa Anwar Ibrahim di tahun kuda ini. Harap harap di PRK Kajang ini, BN akan memberikan saingan yang hebat buat Anwar Ibrahim sehinggakan majoritinya merundum. Jika BN tidak menang sekalipun, maklumat sahih akan tersebar dan akan membuka minda penyokong beliau siapa Anwar Ibrahim sebenarnya

Tuesday 11 February 2014

ANWAR DESPARADO. KEMPEN LEBIH AWAL DAN SEBELUM PENAMAAN CALON LAGI


Media perdana dan blog pro kerajaan mengkritik siri ceramah Anwar Ibrahim di Kajang kerana ia diadakan sebelum penamaan calon lagi. Bagi SPR dan PDRM, jika kempen dilakukan sebelum penamaan calon dan disusuli dengan tiada permit, ia merupakan satu kesalahan.

Bagi PKR pula, mereka mendakwa ceramah mereka sentiasa diadakan setiap masa lebih lebih lagi PKR+DAP+PAS adalah Kerajaan di Selangor. Secara kebetulan ia di adakan di Kajang, Selangor dam PRK akan berlaku. PKR tidak puas hati dengan SPR kerana penetapan hari mengundi terlalu lama. SPR memerlukan masa untuk membuat persediaan dan perlu mencari hari cuti persekolahan untuk menggunakan sekolah ruang mengundi.

Pada penulis, ia adalah strategi PKR bukan sahaja untuk menang tetapi menambah undi majoriti 10,000 undi. PRU13 yang lalu PKR menang dengan kelebihan undi 6,400 (lebih kurang). Pertamanya, untuk mencapainya, ceramah mesti di adakan secepat mungkin kerana jumlah pengundi adalah ramai +-39,800 pendaftar dan kawasannya luas. Keduanya PKR sudah menetapkan calonnya manakala BN belum bersedia mengumumkannya. PKR sedang memandu piliharaya ini manakala BN hanya sebagai `passengar’. PKR sudah berada di lebuhraya Kajang manakala kereta BN masih berada di ruang letak kereta.

BN boleh komplen dan buat laporan Polis. SPR / PDRM akan buka kertas siasatan dan menyiasat. Jika ada kes, penganjur ceramah akan di dakwa. Ia tidak melibatkan calon. Calon hadir untuk memeriahkan ceramah. Dakwaan dan perbicaraan di adakan selepas PRK dan mungkin tertangguh lama. Penganjur mungkin bersalah dan didenda. Pilaharaya sudah berjalan dan mungkin PKR menang. Keputusan PRK tidak boleh di cabar. Dengan kehandalan para peguam PKR, mungkin pendakwaan ceramah ini digugurkan.

Pada penulis, biarlah PKR buat ceramah mereka. BN yang perlu `berperangai’ macam PKR di dalam mencari `opportunity’. BN boleh atur lawatan ke Pasaraya untuk kempen turun harga, rasmi sekolah, anjur seminar pegawai kerajaan dan guru, melawat Pusat Internet 1Malaysia, anjur karnival bolasepak, menjengok pasar tani dan meninjau pasar malam. BN kena seagresif dengan PKR dan sepetah berceramah seperti Anwar Ibrahim.


Penulis harap rakan rakan masih ingat dengan saranan agar BN bertanding di Kajang dengan tekad mengurangkan undi majoriti (penulis tidak yakin BN akan menang kerana tren politik polarisasi dan ia belum berubah) dari 6,800 undi kepada 3,400 undi. Tema kempen Kajang ialah penerangan dan tindakan penurunan harga barang keperluan. 

Monday 10 February 2014

POLIS TEMBAK POLIS


Seorang anggota Polis Cawangan Khas Les Koperal ditembak mati secara jarak di Jalan Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan pada Selasa yang lalu. Kecederaan serius dengan 2 das tembakan di kepala menyebabkan kematian serta merta.

Yang lebih menyayat hati ialah rakan kerja Polis berkenaan yang telah menembaknya. Apakah motif pembunuhan ini? Mengapa rakan kerjanya menembak Allahyarham? Diberitakan mendiang Koperal telah meminjam wang RM12,000 kira kira 2 tahun yang lalu yang belum berbayar. Pinjaman yang tidak berbayar buat sekian lama telah mencetuskan pergaduhan dan pembunuhan.

Ketua Polis Negara telah mengulas bahawa Polis sudah dapat menyelesaikan kes tembak ini. Rakan Allahyarham akan di dakwa tidak lama lagi.


Iktibar daripada insiden ini ialah jangan berhutang melainkan terpaksa. Jika berhutang, ia perlu dilangsaikan dengan secepat mengikut perjanjian. Seseorang yang panas baran dan sukar mengawal diri, disyorkan jangan menceburi industri kepolisan kerana senjata api boleh tersalah guna. Diharap kita faham yang Malaysia mempunyai undang undang dan jangan bertindak sendirian. 

TERESA KOK CUBA GUNA `YOU TUBE’ UNTUK TERKENAL MACAM LADY GAGA



Sebelum ini penulis mendiamkan diri dari memperkatakan tentang Teresa Kok dan kegilaan `you tube’ beliau kerana tidak pasti apa yang diperkatakan. Video ONEderful Malaysia! CNY 2014 secara amnya memuatkan sindirian dan fitnah kepada Kerajaan. Bukan itu sahaja wataknya memperli Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa personaliti lain.  Tetapi Mingguan Malaysia Ahad 9 Februari telah menuliskan secara terperinci setiap soalan dan jawabannya. Jelas sekali ia suatu dialog diantara kononnya pengacara dengan pakar feng shui dan juga jurutelek bercakap mengenai politik Malaysia. Ada tiga watak iaitu Puan Jit, Master Yan Yan dan Abang Cik Wai.

Ia berkisar pada cerita Tahun Kuda yang akan mempengaruhi kesejahteraan negara Malaysia. Mereka memulakan dengan fenomena kenaikan harga barangan dan servis, akibat daripada kononnya dasar Kerajaan seperti kenaikan harga barangan, harga utiliti, harga petrol dan lain lain.

Master Yan Yan mempersenda pasal makna Malaysia Ringgit yang bermaksud Ma Bai atau nasib pun hilang. Jika betul le nama Malaysia ini menyebabkan nasib baik seseorang akan hilang, penulis hairan mengapa nasib bilionair Cina paling ramai di Malaysia iaitu daripada 10 orang, 7 bilionair adalah berbangsa Cina.

Penulis akan gembira jika ramai orang Cina (bermula dengan pemimpin besar DAP) terpengaruh dengan video ini yang `nasib baik dari segi kewangan dan kesihatan’ mereka akan hilang jika berada di Malaysia. Mungkin dan wajar mereka mencari makan di Singapura atau Hong Kong atau China.

Pada penulis, suasana kenaikan harga barang dan servis yang diperkatakan tadi ada hikmahnya tersendiri. Orang Cina yang biasanya hidup lebih mewah daripada orang Melayu, amat panas dan tergugat dengan kenaikan 5-15 peratus. Mereka yang terasa sangat. Dari segi lain pula, Kerajaan sedang mengambil langkah `menghilangkan peranan orang tengah’. Maka semakin `susah cari makan’ bagi `wholesaler’ yang majoritinya berbangsa Cina. Taukeh bot dan peraih ikan sebagai contonnya.

Puan Jit yang mempunyai rambut seiras dengan DS Rosmah Mansor dan pakai cincin berlin. Masih ingat tidak `spin’ puak pembangkang cincin berlian bernilai RM23 juta yang dibeli oleh DS Rosmah dan penghantaran melalui `courier service’. Terlalu ramai sangat orang termasuklah pemimpin besar DAP dan Pakar Feng Shui yang percaya dengan fitnah cincin berlian RM23juta tersebut.

Pakar Feng Shui bercakap pasal pelancongan dan dengan bangganya menuduh  Malaysia negara keenam paling berbahaya di dunia. Memang satu ketika dahulu apabila ISA dan EO dibubarkan kerana desakan parti pembangkang DAP,PAS dan PKR dan semangat mendokong hak asasi manusia, menyumbang kepada lambakan penjenayah penjenayah. Berlakulah tembak menembak sana sini. PM kena belajar dengan akibat pembubaran atau pemansuhan Akta tersebut. Pembubaran membawa masalah balik kepada kerajaan. Malaysia diputar belit menjadi negara keenam paling bahaya di dunia disebabkan insiden beberapa bulan tersebut. Kita yang memberi bola tanggung kepada musuh politik kita.

Apabila Kerajaan dan PDRM melaksanakan Ops Cantas, melaung kuat pemimpin pembangkang mengatakan Kerajaan kejam dan rasis. Hanya penjenayah Cina dan India menjadi sasaran.

Seterusnya Teresa Kok dan Pakar Feng Shui berbincang pasal PLUS atau Projek Lebuhraya Utara Selatan. Mereka klasifikasikan PLUS sebagai lanun kerana pelancong Cina ini beranggapan mereka kena membayar duit (tol) untuk melancong. Agaknya jikalau melancong ke negara Tembuk Besar atau Taiwan dan Hong Kong, tiada bayaran tol yang dikenakan di atas penggunaan  lebuhraya.  

Pada penulis PLUS adalah optional. Jika merasa tol ini melanun orang ramai untuk ke Kuala Lumpur dari Melaka, cari laluan yang tidak bertol (Melaka-Alor Gajah-Tampin-Rembau-Senawang-Seremban-Mantin-Kajang-Kuala Lumpur) atau jalan laut (harap harap orang tidak terjumpa dengan PATI di tengah lautan atau yang sedang balik ke Indonesia dan melanun mereka ini) atau berbasikal atau bermotosikal.

PLUS dibina untuk keselesaan pengangkutan dan kegiatan ekonomi. Siapa yang menggunakannya bayarlah keselesaan tersebut. Kelazimannya perjalanan kita akan lebih ringkas dan selamat. Kemudahan R&R yang mempunyai gerai makanan, surau solat dan rehat, stesyen minyak dan servis trak ronda membantu kelancaran perjalanan.

Jonker Street yang menjadi lambang kejayaan peniaga Cina dan Melaka. Mereka mendakwa Jonker Street akan `hilang’ tidak lama lagi. Perubahan sedikit Jonker Street oleh Kerajaan Melaka mencetuskan `huru hara’ di kalangan politikus  DAP. Jikalau dahulu jalan jalan ditutup pada hari minggu, Kerajaan Melaka membuka semula jalan jalan tersebut untuk mengurangkan kesesakan lalulintas. Penduduk taman perumahan berdekatan (majoritinya kaum Cina) yang `complain’. Selain daripada itu, Jonker Street sedang dirancang untuk tidak menjadi pusat barangan tiruan daripada luar negara. Peniaga Melayu dan Bumiputera wajar dibenarkan berniaga dan bukan milik 100 peratus peniaga Cina.

Mereka mencadangkan para pelancong pergi ke Sabah untuk pertunjukan lanun menculik dan tembak menembak sebagai produk pelancongan yang baru. Kalau Sabah tidak cukup menarik, mereka cadang pergi Johor kerana `Perompak ada berdekatan’.

Penulis siarkan ulasan penulis 50 peratus daripada dialog keseluruhan program ONEdeful Malaysia CNY 2014 kerana dikuatiri terlalu panjang.

Rumusan daripada insiden ini, ada beberapa manusia di Malaysia ini kebal daripada pendakwaan atau kebal undang undang. Mereka adalah Anwar Ibrahim, Tian Chua, Teresa Kok dan seorang lagi ahli perniagaan dari Muar, Omar Kassim (Penulis akan `elaborate’ di lambaran lain).

Teresa Kok memang dikenali ramai di Parlimen Seputeh dan majoriti undi PRU13 adalah antara tertinggi di Malaysia selain Kepong. Majoriti tinggi adalah hasil `balas dendam’ pengundi Cina terhadap BN. Popular di Seputeh tidak mencukupi tetapi ingin dikenali di seluruh dunia melalui penampilan dalam You Tube. Persoalannya apa BN/UMNO dan orang Melayu hendak lakukan kepada Teresa Kok.? Setakat ini lebih 300 laporan Polis telah dibuat. Penulis yakin Teresa  Kok akan di nobatkan kebal undang undang.