Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS), suatu program penilaian pelajar yang holistik, telah
di laksanakan di luar negara dan cuba dilaksanakan oleh Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan Kementerian Pendidikan, berhadapan dengan masalah teknikal (akses ke
sistem) dan `sabotaj’ guru guru malas. Semalam, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk
Dr Khair Mohamed Yusof, mengumumkan perlaksanaan PBS ditanggohkan sementara.
Bagi
penulis ia suatu yang sungguh mendukacitakan kerana PBS telah dilaksanakan di
sekolah sekolah dan ada guru dan murid sudah mula membiasakan diri dengan
sistem PBS.
Tidak
perlulah letak jawatan kerana kena lebih berhati hati di masa hadapan apabila
hendak menyesorkan program. Niat murni tetapi sukar dilaksanakan. Sama seperti teknologi
amat baik tetapi amat mahal kosnya.
Pada
23 Mac 2014, penulis ramal satu lagi `down’ untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin,
merangkap Pengarah Jentera PRK BN, apabila Anwar Ibrahim dan PKR berjaya
mengekalkan kerusi DUN Kajang. Diharap BN akan dapat memberikan saingan yang
kuat dan mengurangkan majoriti. Jika ia berlaku, ia suatu kejayaan dan `one up’
for Tan Sri Muhyiddin.
No comments:
Post a Comment