Friday 31 August 2012

SEMANGAT HARI KEMERDEKAAN MENGATASI SEMANGAT PERHIMPUAN JANJI BERSIH


sekadar pandangan....
Penulis berkesempatan online untuk mengikuti perkembangan Perhimpunan Janji Bersih (yang dibelakangi oleh Pakatan Rakyat) pada malam 30hb Ogos, di Ambang Merdeka.  Perhimpunan Janji Bersih yang berobjektifkan tuntutan pilihanraya umum 13 yang bersih dan adil. Mereka menyelitkan juga protes tema kemerdekaan tahun ini iaitu Janji Yang Ditepati. Mereka berjaya mengumpulkan sekumpulan 3000-4000  pemuda pemudi berbaju T Shirt Kuning membanjiri Dataran Merdeka.. Komposisi kaum peserta yang hadir ialah 50 (Melayu):50 (Cina) Sasterawan Negera, Pak A.Samad Said membacakan puisi pada malam itu.

Penulis katakan perhimpunan ini aman dan tidak membahayakan berbanding dengan Bersih 3 yang lalu tetapi mencatitkan sejarah tersendiri. Apa dia itu?

  1. Pertama kali selepas 55 tahun merdeka, sambutan kemerdekaan mempunyai tema yang berlainan mengikut kerajaan memerintah.
  2. Pertama kali selepas 55 tahun merdeka, sambutan kemerdekaan di cemari oleh insiden perhimpunan haram.
  3. Pertama kali, Pakatan Rakyat telah mempamerkan hasrat mereka untuk menukar jalur gemilang kepada bendera yang seakan akan bendera Singapura dan China. Penulis ingin mengingatkan pembaca mengenai penulisan `Kerajaan DAP Pulau Pinang ini berkiblat dan berorientasikan Negara Singapura dan Hong Kong (China) seperti penulisan `Orang Melayu (termasuk India Muslim) Islam Pulau Pinang lah kaum yang paling ramai di tindas sekeras kerasnya dan dinyahkan haknya oleh Kerajaan Negeri DAP. Kaum ini lah yang paling ramai berpendapatan rendah, di lanyak dengan rakus `nyap sayot’ oleh pemerintah pro Cina Singapura dan pro Cina Hong Kong. Kaum Melayu juga lah yang dimusuhi agamanya secara halus dan terang dan di ruang blog http://nasirwise.blogspot.com/2012/08/strategi-jawatan-ketua-menteri-dari.html  PKR belum menunjukkan orientasi nya kepada Israel dan Amerika Syarikat lagi. Penulis ramal mereka akan bergaduh tentang bendera pulak. Seorang nak Singapura?HongKong dan seprang lagi nak Israel/Amerika/Turki.
  4. Budaya memijak, membakar dan mengoyak bendera dan gambar pemimpin. Ini adalah budaya dari negara luar. Tunjuk isyarat dan percatan lucah memang menjadi kebiasaan pendemonstrasi jalanan.

Penulis merasa risau juga kalau kalau mereka ini muncul pagi ini untuk menarik perhatian. Penulis menyeru apa sahaja tuntutan yang hendak dituntut, buat lah di DUN dan Parlimen. Mahkamah jalan akhirnya. Kerajaan BN mesti memberi ruang dan masa untuk mendengar rintihan mereka.

Pagi ini, penulis menonton TV upacara sambutan Hari Kemederkaan. Alhamdulilah, semangat kemerdekaan mengatai semangat kebencian. Peserta sambutan yang seramai 14,000 orang selamat dan berani datang, membuat persembahan dan tunjukkan kecintaan negara kepada Yang DiPertuan Agong, Dato Sri Najib, barisannya, tetamu luar negara dan rakyat. Puluhan ribuan rakyat juga  turut serta merayakan hari rahmat ini.

Dari kaca TV, penulis dapat melihat muka muka anak muda yang ceria dan gembira. Mereka ini kita kena galaskan dengan amalan murni dari sekarang agar menjadi rakyat yang baik dan menyokong usaha Kerajaan. Mereka adalah pengundi di masa hadapan. Tunjuk mereka jalan yang benar. Pujuk mereka dan janji masa hadapan.`Make sure’ Janji ditepati.

Penulis amat gembira kerana pemimpin mendengar pandangan rakyat dan penulis yang mahukan Dato Sri Najib turun padang atau stadium selepas keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong dari menyaksikan sambutan hari Kemerdekaan. Turun dari pentas, bersalaman, tanya khabar, nyanyi sama dan ucap terima kasih sebelum tinggalkan majlis.
Ingat tak penulisan penulis
Kelantan, Kedah dan Selangor perlu kekerapan kunjungan PM untuk merapatkan hubungan Kerajaan dan pengundi. Kuala Lumpur tidak terkecuali walaupun banyak aktiviti seperti Hari Kemerdekaan yang mengumpulkan ribuan rakyat. Ingatan saya pada PM dan barisan Kabinet, tolong turun padang `senyum dan berterima kasih’ selepas tamat program perayaan. Inilah peluang PM dan kabinet merapatkan diri dengan rakyat. Jikalau PM, TPM dan Jemaah Kabinet membahagikan kerja `turun padang’ ia tersangat mengembirakan rakyat. Luangkan masa 1 jam bergaul, senyum dan melambai kearah rakyat. Benarkan mereka mengambil gambar dengan pemimpin. Percayalah keadah ini sangat efektif memperkukuhkan persahabatan rakyat dengan pemimpin. Penulis akan bahagia jika PM dan TPM dapat menyediakan jurugambar khas untuk mengambil gambar berkumpulan secara seponton (semasa turun padang atau Stadium). Gambar tersebut di`post’kan di dalam FB yang boleh ditag atau like dengan rakyat berkenaan. Rakyat boleh buat print out dan `frame’ gambar dengan PM atau TPM di ruang tamu rumah masing masing. Secara tidak langsung, gambar pemimpin senantiasa dalam ingatan rakyat.’ sebagaimana di siarkan di disini http://nasirwise.blogspot.com/2012/08/rumah-terbuka-1-syawal-perdana-menteri_23.html

Mulai sekarang semua program kerajaan harus ada `real engagement’ dan `detailing’ dengan harapan in menyumbang terhadap sokongan rakyat kepada Kerajaan.

Penulis melihat TV perlu mengimbangi segmen persembahan dari peserta, gambar ceria barisan kepimpinan dan rakyat yang bergembira mengibarkan bendera Malaysia. Panjangkan dan banyakkan gambar gambar  rakyat yang datang merayakan sambutan. Ia baik untuk memperlihatkan sokongan rakyat kepada Kerajaan. Senang ditulis tetapi sukar bagi petugas TV melakukan secara spontan.

Aturcara keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong adalah `perfect’. Tuanku turun pentas dan mengucapkan tahniah dan bersalaman kepada PM lalu berlepas dengan kereta yang gah. Tuanku layak dihormat begitu.

Penulis hendak cadangkan aturcara tambahan untuk PM dan TPM. Kalau boleh Dato Rais pertimbangkan cadangan ini.

Persembahan perarakan dari jabatan, organisasi dan sebagainya bergerak dari Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka (maaf. Penulis dari melaka. Tak pasti). Dimana kah rakyat beratur menyaksikan perarakan tersebut. Selepas rakyat melihat perarakan tersebut, rakyat seharusnya dipertontonkan dengan muka ceria dan tanda terima kasih PM dan TPM. Penulis rasa PM dan TPM dinaikkan atau diarakkan kenderaan jip tidak berbumbung berarak perlahan lahan melalui barisan rakyat tadi. Kali ini dari Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut/Jalan Tuanku Abdul Rahman. PM dan TPM akan melambai tangan, membalingkan senyuman kepada rakyat yang berada dijalanraya tersebut. Kalau nak berjalan, penat pulak nanti PM dan TPM kita. Kenderaan rasmi PM dan TPM menunggu di penghujung jalan, bukan di Dataran Merdeka. Dahulu rakyat ditontonkan dengan kenderaan barisan jemaah menteri selepas perarakan sambutan kemerdekaan. Kadangkala barisan menteri menunujukkan keriakan mereka menaiki kereta besar. Tolong elakkan.

Penulis berdoa sambutan kemerdekaan malam ini lebih mensejahteraan lagi rakyat Malaysia.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun.

Ikhlas dari

Nasirwise.blogspot.com

Thursday 30 August 2012

STRATEGI `JAWATAN KETUA MENTERI DARI UMNO’ UNTUK TAWAN KEMBALI PULAU PINANG


Penulis bertegas bahawa masanya amat sesuai jika orang Melayu menjadi Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang. Kenapa Melayu dan mengapa sekarang?

Orang Melayu (termasuk India Muslim) Islam Pulau Pinang lah kaum yang paling ramai di tindas sekeras kerasnya dan dinyahkan haknya oleh Kerajaan Negeri DAP. Kaum ini lah yang paling ramai berpendapatan rendah, di lanyak dengan rakus `nyap sayot’ oleh pemerintah pro Cina Singapura dan pro Cina Hong Kong. Kaum Melayu juga lah yang dimusuhi agamanya secara halus dan terang.

DAP berjaya menyakinkan kaum Cina di Malaysia supaya menyokong DAP dengan menopulasikan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan tidak memberikan keadilan ekonomi sosial pada kaum Cina. Walhal DEB (http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/88-dasar-dasar-negara/237-dasar-ekonomi-baru-.html) diperkenalkan untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dengan objektif perpaduan. DAP membangkitkan isu biasiswa kepada pelajar Bumiputera, kuota kemasukan Bumiputera ke dalam IPTA dan IPTS, bantuan kepada peniaga kecil Bumiputera, dasar penswastaan, dasar kontraktor kelas F, kuota 30 peratus lot Bumiputera untuk lot perniagaan dan perumahan dan banyak lagi. Rakyat dan anak Cina dihasut membenci Kerajaan BN sebagai Kerajaan yang zalim. Pada hakikatnya dengan perlaksanaan semua dasar dasar DEB, ia hanya untuk mencapai 30 peratus pemilikan Bumiputera di dalam ekonomi negara dan bukannya 100 peratus. Matlamat hendak mencapai 30 peratus  untuk Bumiputera ini tidak di`tekan’ kepada kaum Cina. Dengan pemansuhan dasar DEB oleh DAP, dalam masa 4 tahun ini sahaja ia telah menyebabkan orang Melayu Pulau Pinang bertambah miskin dan jurang kekayaan dan kemiskinan telah menjurang besar. Untuk menjaga hati orang Melayu, mansuh DEB tapi beri tambah elaun guru agama. Taktik kotor. MCA dan GERAKAN menjadi `kambing hitam’ dan menerima kekalahan teruk semasa PRU12. Pada masa itu DAP adalah sebuah parti perkauman yang tegar.

Ini lah langkah pertama yang dilakukan oleh DAP tatkala memasuki Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang tahun  2008 yang lalu. Oleh kerana sudah beberapa tahun berjanji kepada kaum Cina untuk hapuskan DEB, DAP terpaksa menepati janji. Janji mansuh DEB ditepati, yang lain tidak pasti, walaupun DAP tahu implikasinya apabila menjadi Kerajaan.

Kecurangan, kepincangan dan permusuhan yang DAP dilakukan dan lancarkan, yang telah dihuraikan di ruangan sebelumnya, betul betul mencabar perasaan orang Melayu Pulau Pinang. Apa tindakan orang Melayu Pulau Pinang hendak buat. Senang dan ringan sahaja.

KELUAR UNDI DAN PANGKAH/UNDI BARISAN NASIONAL.

Penulis berharap semua rakyat Melayu Pulau Pinang keluar mengundi. Anak muda bawalah ibu bapa yang uzur atau tidak sihat pergi mengundi. Ini lah peluang kita mengajar DAP khasnya dan Pakatan Rakyat amnya. Orang Melayu tidak perlu bawa keris untuk berperang, hanya bawa badan dan kad pengenalan diri (kerana pensil pun disediakan di pusat mengundi) dan undi atau pangkah BN. Orang Melayu tidak boleh menjadi `silent majority’ lagi. Mesti tunjukkan kepada DAP yang bersempati dengan Chin Peng dan merestui demo jalanan. Tidak ada keperluan orang Melayu mengulangi `peristiwa 13 Mei’ tetapi cukup dengan undi BN. Dunia! Lihatlah bertapa besar kepalanya si Lim Guan Eng dalam semua isu. Ada kebenarannya apabila Dr Mansor Othman (rakan penulis di Connecticut, USA dahulu) mengatakan Lim Guan Eng seorang yang angkuh dan sombong. Penulis nak tambah yang beliau seorang yang rasis dan anti hudud juga.

Untuk pengetahuan kawan kawan, penulis juga pernah berkhidmat di sebuah syarikat Kumpulan Pinang yang projeknya seperti SPRINT, Lebuhraya di Penang, Komplek Bayan Baru, bergantung kepada ihsan nota kecil dari Timbalan Perdana Menteri pada masa itu. Pada masa itu dengan nota kecil `Mohon pertimbangan sewajar’ dan ditandatangani oleh `Pak Syeikh’, projek berjuta itu menjadi milik Kumpulan Pinang. Jikalau kawan kawan hendak tahu pengalaman kerja di Kumpulan Pinang, penulis akan ruangkan masa menulisnya. Tunggu.....`yang tidak boleh dapat hanya udara sahaja. Lain lain seperi air, pasir, balak boleh dapat’.

Mereka yang berkerja luar Pulau Pinang tetapi mengundi di Pulau Pinang, baliklah kerana undi anda di perlukan walaupun satu undi. Besar pahalanya kepada agama Islam. Sedih melihat tindakan DAP membatalkan perarakan Maulidul Rasul, membataskan azan, menanyakan peruntukan untuk pembangunan Islam (pembinaan Masjid dan dakwah), pembinaan replika botol arak di Georgetown (testing projek untuk melihat reaksi orang Islam), pembangunan tanah wakaf dan banyak lagi.

Bagaimana dengan orang Melayu yang menyokong Pakatan Rakyat? Terpulang kepada mereka. Penulis harap mereka mereka yang menyokong Ustaz Nasha, Datuk Harun Taib, Dato Dr Harun Din, DrMahfodz Mohamed, Datuk Hassan Ali dan Ustaz Muhamad Zin Abd Rahman dari Sengor, undilah BN demi kepentingan Islam. Ahli PAS dan penyokong PAS mesti faham yang UMNO tidak anti hudud Islam cuma hudud PAS yang tidak adil. Mereka berfikir dengan baik dan lihat masa depan orang Melayu. Masa depan Islam lebih terjamin di tangan BN. Andaikata DAP terus memerintah dan terus menghalang perkembangan Islam, orang Melayu yang menyokong DAP dan Pakatan Rakyat pun dapat `saham akhirat’ nanti. Betul hanya ALLAH yang menentukan dosa pahala. Kita akan disoal tindak tanduk kita.

Pada hemat penulis, seseorang yang melibatkan diri secara lansung atau tidak lansung amalan LIWAT, ia merupai amalan kaum Nabi Lut dan kaum ini dibinasakan. Lebih dahsyat lagi kaum ini tidak di akui sebagai umat Rasullullah. Jadi bagaimana penulis mahu berkepimpinkan orang yang begini sifatnya untuk negara dan agama Islamnya.?

UMNO/BN boleh menawan Pulau Pinang jika BN  terus menambat hati orang Melayu Pulau Pinang. Aktiviti penerangan dan pengkukuhan sokongan perlu berjalan senantiasa. Setiap pengundi didekati segera (walaupun ia sepatutnya dijalankan lama dahulu). Sampaikan strategi dan perkhabaran `Jawatan Ketua Menteri Orang Melayu’ sebaik mungkin. Program tersebut mesti bersepadu. Bakal calon juga mesti baik dan diterima rakyat Melayu Pulau Pinang. PM suka Dato Azeez Rahim Putera Malaysia tetapi rakyat Baling tidak suka. Ini perlu dielakkan. Penulis ada mencadangkan supaya Dato Sri Najib melakukan pembersaraan 50 peratus penyandang sekarang di semua peringkat dari Jemaah Kabinet, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. (sila baca ulasan saya diruangan awal) Bukan mereka yang dibersarakan itu tidak `perform’ tetapi untuk memberi peluang kepada ramai ahli parti yang lain. Penulis yakin UMNO / BN akan lebih kuat kerana ramai berpeluang menjadi pemimpin.

Seperkara lagi UMNO/BN mesti meminda polisi pesara politik menjawat terlalu banyak jawatan atau pengarah di dalam GLC melainkan GLC CLC yang strategik seperti Petronas dan Proton.Di peringkat nasional baik di peringkat Negeri. Penulis akan memperincikan cadangan ini di ruangan lain.


Dengan izin Allah, BN boleh menawan Pulau Pinang jika polisi mesra rakyat diumum dan dilaksanakan, bantuan kewangan kepada rakyat dan pendidikan Melayu, Cina dan India dihulurkan, program turun padang diPulau Pinang khasnya kubu kuat DAP.PKR dan PAS digembelingkan dan dikerapkan, program transformasi Kerajaan dan Politik digariskan dan dilaksanakan dan kunjungan sayap wanita UMNO/BN diperhebatkan. Keberkesanan `meng`expose’ kecurangan Pakatan Rakyat mesti dipertajamkan.
Penulis ada mencadangkan diadakan 2 atau 3 lokasi Rumah Terbuka PM di Pulau Pinang sahaja. Petugas UMNO/BN mesti digerakkan seperti hari mengundi. Petugas petugas mesti berkorban. Mereka perlu membawa pengundi pengundi ke rumah terbuka PM dan bukan untuk bersenang lenang. Pergi rumah ke rumah kawasan tersebut menjemput ke rumah terbuka. Program Janji Ditetapi diteruskan. Banyak janji janji oleh DAP Pulau Pinang tetapi tidak pasti dilaksanakan.
UNDI LAH BN. Ini menjamin kesejahteraan agama Islam, negara tercinta Malaysia dan hak dan keistemewaan orang Melayu Pulau Pinang khasnya. Kaum lain tidak akan di`anaktiri’kan.

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Tuesday 28 August 2012

SWASTAKAN PERKHIDMATAN PETUGAS PETUGAS HAJI KEPADA UMNO


sekadar pandangan...

Alhamdulilah. Penulis turut merasa gembira kerana seramai 400 para Imam dan Pengerusi JKKK telah dipilih menerima tajaan menunaikan fardu haji tahun ini. Inilah rezeki Allah dan menjadi tetamu Allah, yang pada hemat penulis, balasan hasil daripada perkhidmatan tulus ikhlas para Iman dan Pengerusi kepada rakyat setempat. Kerajaan Negeri Johor pula menaja pesara nya.

Kerajaan faham bahawa penerima tajaan telah berkhidmat dengan Kerajaan  untuk sekian masa yang panjang. Gaji atau elaun mereka amat kecil berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh mereka. Setiap sembahyang Jumaat biasanya di pimpin oleh Iman itu. Iman sedang sibok musim perkahwinan. Ada nak kahwin dan ada yang nak minta pengesahan dan tidak kurang juga yang meminta pandangan. Pengerusi JKKK juga berperanan besar di kampong. Mereka ibarat jambatan diantara rakyat setempat dengan Pejabat Daerah atau Kerajaan. Pembangunan kampong dan keperluan pembangunan menjadi agenda Pengerusi JKKK. Adalah diharapkan tajaan ini akan berterusan dan setiap Iman dan Pengerusi JKKK di Malaysia ini akan turut merasai kemudahan Kerajaan ini. Penulis boleh mengatakan ini adalah insentif yang Kerajaan berikan kepada mereka yang berkorban masa menyelesaikan masalah kampong. Diberitakan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC),  Yayasan1Malaysia Development Berhad dan Tabung Haji telah menyumbang peruntukan kewangan program tajaan haji ini.

Diandaikan seramai 28,000 rakyat Malaysia (kuota Kerajaan Arab Saudi kepada sesebuah negara ialah 1 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara) akan berpeluang mengerjakan haji tahun ini. Tidak diketahui jumlah ini termasuk petugas petugas dari Tabung Haji atau pun tidak. Penulis andaikan jumlah petugas mungkin 1 peratus (2800 petugas sukarelawan atau pekerja Tabung Haji) daripada 28,000 jemaah.

Penulis cadangkan UMNO/BN, seperti PAS juga, mengambil peluang untuk  berbakti dan mendekati jemaah haji agar mereka terus menyokong kerajaan BN dan mencintai Malaysia Kemungkinan UMNO/BN telah melaksanakan program pengkukuhan sokongan di Mekah dan Madinah tanpa di sedari oleh penulis. PAS memang menunggu musim haji ini kerana pilihanraya semakin hampir. Siang siang PAS minta Kerajaan mengadakan pilihanraya selepas musim haji. Pertama, katanya petugas petugas mereka menunaikan haji dan keduanya, cuba mempengaruhi pengundi yang berada di Mekah dan Madinah. PAS sebenarnya mempunyai banyak kelebihan apabila berada di Arab Saudi. Pelajarnya dan mutawifnya ribuan.

UMNO/BN perlu atur strategi memenangi hati jemaah haji. UMNO mesti mengenalpasti petugas petugas yang boleh berkhidmat disana. Ramai sukarelawan yang hendak berkhidmat di Mekah/Madinah adalah dari kalangan Pakatan Rakyat atau bersempati dengan Pakatan rakyat. Tabung Haji mesti di UMNOkan di dalam pemilihan petugas petugas sukarelawan. Jikalau tidak, Tabung Haji secara tidak senjaga menghantar petugas PAS untuk me`racun’ pemikiran jemaah haji. Senang betul. Tambang, penginapan dan makan free dan  free ceramah cara halus. UMNO/BN dan Tabung Haji mesti hati hati dan mesti bersifat waspada dan was was. Bantulah Dato Sri Najib sikit. Penat dia melawat seluruh pelosok negara untuk menarik minat dan sokongan rakyat yang menipis akibat kelekaan GLC dan Kementerian dan Jabatan Kerajaan.

Petugas petugas mesti dilatih dengan ilmu pengetahuan mengenai isu isu semasa supaya apabila berhadapan dengan jemaah haji nanti, petugas berkeupayaan menjawab tohmah tohmah. Jikalau penulis ada kuasa petugas haji ini diswastakan kepada UMNO terus supaya ia mudah mencapai matlamat. Sudah tentu dengan kerjasama Tabung Haji. Tapisan petugas oleh UMNO.

Petugas petugas jemaah haji dicadangkan dari kalangan putera, puteri, pemuda, wanita dan UMNO dari seluruh negara. Satu sistem pemilihan perlu direka supaya seramai mungkin ahli UMNO dapat ke Mekah/Madinah mengerjakan haji disamping berkhidmat. Terdapat ahli UMNO yang berpengalaman bekerja sebagai tukang masak dan pengusaha restoran, ada yang cekap mengendalikan pengangkutan (pemandu bas, mekanik dll), tidak kurang juga ahli UMNO yang berkhidmat sebagai doktor dan Medical Assistant, juga ahli Bulan Sabit, St John, ada lulusan bidang perhotelan dan ramai yang berkebolehan menjadi penyeleras bilik, kebersihan, housekeeping di hotel mahupun hostel penginapan, pegawai tadbir yang boleh membantu pegawai imigresen, jurubahasa bahasa Arab pesorong kerusi roda, mutawif, pembantu kommunikasi  dan sebagainya. Panjang listnya.

Berilah  latihan secukupnya kepada bakal petugas dari kalangan putera, puteri, wanita, pemuda dan UMNO peluang mengerjakan haji sambil bertugas. Petugas Tabung Haji yang telah banyak kali ke Mekah / Madinah direhatkan berperingkat peringkat. Its JV between UMNO and Tabung Haji. Pedulikan apa orang lain kata. Beri peluang kepada orang lain. Janganlah setiap tahun Pengurusan Atasan, Pengarah Negeri,   atau Lembaga pengarah Tabung Haji yang meramaikan di Mekah / Madinah. Undi mereka tetap satu. `Delegate’ lah kerja itu kepada petugas baru. Besar pahalanya. Barulah nampak keadilan di dalam pengagihan kekayaan dan peluang ke Rumah Allah. Lebih berkat UMNO dan Tabung Haji nanti.

Petugas UMNO akan `organise’ ceramah dan perjumpaan sebanyak mungkin tanpa menggangu aktiviti amal ibadat.  Petugas UMNO diharapkan senantiasa berada sama dengan jemaah mengikut rumah atau negeri atau hostel atau hotel. Jika ada kesempatan PM dan isteri pun mengerjakan ibadat haji setiap tahun. Tidak salah menjadi sebahagian petugas supaya ikatan persahabatan bertambah kukuh. Buatlah kenduri dan bacaan doa selamat. Sembahyang hajat jangan dilupakan meminta Malaysia selamat aman dan ekonominya berkembang pesat. Minta dijauhkan kekacauan melampau. Datuk Jamil Khir dan Datuk Masitah perlu berkampong di sana selama mungkin.

Rakyat yang menunaikan haji mungkin tidak tahu bahawa Kerajaan `mensubsidi’ sebanyak RM5000 seorang untuk membantu mereka menunaikan haji. Subsidi tersebut dijanakan daripada keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan yang digiatkan seperti perladangan. Modal perniagaan adalah dari Kerajaan dan tabungan yang disimpan oleh rakyat. Hanya dengan izin Allah dan pengurus yang baik seta peluang diberikan oleh Kerajaan, perniagaan tersebut maju dan memperolehi keuntungan.

Semoga cadangan menswastakan perkhidmatan petugas haji  kepada UMNO menjadi kenyataan.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

UMNO BAKAL TUBUH KELAB PENYOKONG DI IPT



Sekadar pandangan.....

Penulis pernah mengulas topik TADIKA PASTI Gagal: Anak Kecil Diajar Untuk Taksub Kepada Pemimpin PAS? yang di publishkan oleh sebuah blog (maaf. Penulis lupa nama blognya). Penulis ada menegaskan UMNO mesti mengikut langkah PAS yang mewarni politik diperingkat tadika lagi.


Pada dasarnya Kerajaan BN TIDAK mengamalkan atau TIDAK mengalakkan aktiviti politik di dalam pre sekolah, sekolah rendah, menengah, kolej dan universiti (dalam negeri dan luar negara), walhal puak lain aktif menyusup masuk di semua peringkat pendidikan. Mereka melakukan penyebaran idealogi PAS (DAP didapati aktif di sekolah rendah, menengah (jenis kebangsaan) dan kolej)  dan anti Kerajaan kepada anak anak dan pelajar. Gerakan anti kerajaan oleh PAS bermula di Tadika PASTI dan atau tadika yang mirip kepada pengajian Islam seperti TADIKA kelolaan ABIM sebagai contohnya dan Sekolah Tafiz pensendirian. PAS dan DAP tidak peduli dengan peraturan pendidikan dan strategi mereka BERJAYA melahirkan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat (Pembangkang) pada usia muda.

Sekarang dengan perubahan Akta Universiti yang membenarkan penglibatan pelajar di dalam politik di Instituit Pengajian Tinggi, UMNO telah mengambil langkah untuk menubuhkan kelab penyokong UMNO/BN.

Penulis rasa lega dengan keputusan tersebut. UMNO/BN sepatutnya telah bergiat politik di Universiti sejak 10 tahun yang lalu. Apakan daya ia tidak dilaksanakan. Sikap murni Dato Seri Mahathir (sekarang Tun) yang ingin melihat pelajar menumpukan perhatian serius dalam pelajaran,telah menjauhkan agenda politik UMNO/BN di dalam sistem pendidikan atau menjauhkan UMNO/BN dengan pelajar pelajar. Ini di `take advantage’ oleh PAS dan DAP yang meng`PAS’kan dan meng`DAP’kan pelajar pelajar.

Penulis cadang UMNO/BN mesti mendekatkan diri dengan pelajar pelajar di tahap tadika lagi. Kerajaan murni Tun Mahathir dahulu boleh berpolitik di peringkat tadika melalui tadika kelolaan Kerajaan  seperti KEMAS, tetapi UMNO/BN tidak meng`exploit’ nya. Syallabus tadika boleh diubahsuai untuk menghargai Kerajaan. Guru guru boleh dipilih dari kalangan ahli atau penyokong UMNO/BN.

Apakah kebaikan UMNO/BN menceburkan diri di dalam pendidikan awal? Salah satu kebaikan ialah UMNO/BN dapat memastikan anak anak menerima pendidikan yang sempurna tanpa `mengtaksub’ seseorang pemimpin. Anak anak tidak diajar menerima sesuatu tanpa berfikir. Anak anak tidak akan dilatih menjadi robot. Berpolitik di tadika oleh PAS dan DAP ialah guru guru mengajar anak murid supaya mencintai seseorang dan membenci seseorang, mengajar mensyurgakan warna hijau dan kenderaan yang membawanya ke bulan dan me`kafir’kan warna biru dan mempertikaikan dacing keadilan, orang ini betul dan orang lain salah, dia rasuah kita tidak dan sebagainya.

Sebaliknya, di Tadika KEMAS, anak anak diajar amalan murni, sayangkan ibubapa, negara, rakyat Malaysia, hormat menghormati, bertimbang rasa, menolong dan sebagainya. Selain daripada aspirasi murni pendidikan yang nak di capai, UMNO/BN akan membantu membuka peluang pekerjaan kepada ahli dan penyokong UMNO/BN. Penjanaan ekonomi juga berlaku dengan pesat dan rancak.

Kerajaan UMNO/BN boleh memainkan banyak peranan di tadika kelolaan UMNO/BN. Dari lokasi penubuhannya, tadika mesti terletak di dalam kawasan perumahan. Syallbusnya mesti setaraf Pusat Tadika komersil dan francais terkemuka seperti Q Dee. Barulah ibu bapa merasa yakin menghantar anaknya ke tadika. Layout dan keselamatan tadika mesti baik dan terkawal. Kemudahan dan peralatan mencukupi. Tenaga pelajar tip top bukan lepasan SPM dan berstatus sementara. Ibu bapa lebih cenderung mata pelajaran Islam yang mana tenaga guru diselitkan guru yang berpendidikan dan kelulusan pengajian Islam.

Guru guru terlatih perlu berperanan bukan sehaja sebagai pendidik kepada anak murid tetapi juga sebagai jambatan kepada Kerajaan dengan ibubapa. Aktiviti kemasyarakatan mesti melibatkan ibubapa setempat. Biar ibu bapa selesa dengan guru guru tadika. Semakin rapat dan arkabnya persahabatan guru dan ibubapa, semakin senang lah meng`UMNO/BN’ ibubapa.

Kerajaan UMNO/BN boleh menyediakan dana pengurusan tadika (mungkin sedikit tambahan daripada sediaada kerana pengajian guru terlatih, kemudahan dan peralatan yang canggih dan sebagainya) ini yang mana jika ditadbir baik, ianya mencukupi untuk menguruskan tadika. Anyway, Kerajaan memang ada memberikan bantuan yuran, buku teks, uniform pakaian, yuran tuisyen dan macam macam lagi. Ringkasnya, guru guru mesti menguruskan tadika seperti sebuah perniagaan. Setiap aktiviti dikira kos manakala keuntungannya menang PRU13. Penulis lebih rela Kerajaan mengeluarkan peruntukan tahunan (contohnya RM100juta) untuk menguruskan tadika ini di seluruh negara, daripada Kerajaan terpaksa membelanjakan pelbagai program pengkukuhan sokongan (Janji ditetapi dan iklannya sebagai contoh) atau program pencegahan Himpunan Bersih dan Janji Bersih yang merosakan nama baik negara dan terpaksa berbelanja. Lebih baik Kerajaan mendidik anak anak kita amalan murni secara tidak langsung. Penulis merasa tidak salah jika diandaikan produk perusuh yang ada di jalanan ini adalah hasil kelekaan UMNO/BN dari mendekati anak anak dan remaja di tadika, sekolah dan universiti sejak beberapa tahun yang lalu.

Penubuhan Tadika KEMAS yang berimej baru menjana pelbagai ekonomi sampingan. Kontraktor berpeluang mendapat kerja pembinaan baru dan renovasi. Kerja kerja pemberishan seperti potong rumput, tukang kebun, `janitor’ dan tukang cat juga boleh berperanan. Pembekal buku, uniform baju dan seluar, kemudahan permainan dan kemudahan pengangkutan boleh mecari `makan’. Peluang pekerjaan dari kalangan ahli dan penyokong UMNO/BN sebagai guru dan ustaz & ustazah  diujudkan. Mereka akan menerima gaji tetap dan berbelanja. Syarikat pemberi latihan boleh mendapat yuran latihan.

Penulis ingin mengingatkan pimpinan atasan UMNO/BN agar jadikan Tadika KEMAS sebagai satu pelaburan jangka panjang anak bangsa Malaysia. Jikalau tidak mendapat perhatian dan peruntukan 100 peratus macam PERMATA, Tadika KEMAS ini akan berjaya dijalankan dengan peruntukan 50 peratus sahaja daripada jumlah peruntukan PERMATA. Alhamdulilah. Anak anak yang berusia 4 atau 5 dan 6 tahun adalah di dalam usia pembentukan minda dan peribadi. Baik yang diajar, baiklah budihati pelajar itu. Jahat atau serong yang diperkenalkan kepada mereka, kejahatan dan kebencianlah yang dihasilkan kemudian. Mungkin ramai yang berpendapat anak anak akan di`lentur’kan semasa memasuki persekolahan Tahun 1 hingga 6.

Kerajaan UMNO/BN tidak ada `choice’ melainkan aktif di semua peringkat pendidikan dan aktiviti sokongannya. Pelajar pengajian Islam di Timur Tengah (tidak pasti bilangannya) hampir 70 peratus daripada bilangan keseluruhan adalah ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Inilah kilang pengeluaran rakyat yang anti kerajaan. Bagaimana ia berlaku? UMNO/BN leka tetapi PAS/PR aktif merekrut ahli. Dimanakan mereka ini? Duta, pegawai kedutaan, MSD, Kelab Penyokong UMNO/BN, pegawai pemberi biasiswa? Tidur? Malas?

Pengalaman penulis di Amerika Syarikat, pegawai MSD tidak banyak membantu. Mungkin terlalu besar. Apa entah lagi Duta dan Trade Comissioner. Mereka, isteri dan keluarga sibok dengan kerja lain. Yang selalu diperkatakan oleh rakan rakan pelajar Malaysia di sana, mereka ini menghabiskan masa `shopping’ dan sentiasa mengikuti SALE aje. Betul ke?

Penulis berjanji akan memperincikan contoh contoh berpolitik di sekolah, kolej mahupun universiti di lain ruangan.

Ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

Sunday 26 August 2012

DAP MAHU UNDANG ANTI LOMPAT. PAS ADA BAI’AH. PKR MAHU LOMPAT.


DAP sedang giat berusaha memperkenalkan undang undang anti lompat parti di Pulau Pinang walaupun ia nya amat bertentangan dengan kononnya prinsip asas perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka kata mereka inginkan kebebasan bersuara, berpersatuan dan menjunjung tinggi hak asasi manusia. Sebenarnya mereka cakap tidak serupa bikin. Amat bahaya kerana apa yang dijanjikan akan dimungkari.

PKR amat mengharapkan ahli polilitk BN melompat parti untuk hidup atau ke Putrajaya. Agenda 16 September masih ditagih PKR sehingga hari ini. Ada 3 wakil rakyat BN Sabah telah keluar BN.

DAP berkehendakkan undang undang lompat parti kerana peristiwa Kerajaan DAP di Perak yang hanya bertahan 11 bulan. Tetapi ia bermula dengan ahli DUN UMNO melompat ke dalam PKR dan kemudian kemasukan 3 ahli PR (2 dari PKR dan 1 dari DAP) menjadi DUN bebas. Ahli UMNO yang lompak PKR masuk semula UMNO. Akibatnya tumbang Kerajaan ber menteri besar kan PAS berbelakangkan DAP. Itu sebab mereka perlukan undang undang tersebut.

Kebelakangan ini, Pulau Pinang mengalami kebangkitan rakyat menentang kerajaan DAP hasil daripada tindak tinduk mereka sendiri yang mengamalkan `anti mesra rakyat’, perkauman, penindasan dan anti agama Islam. Banyak kecurangan dilakukan. DAP mula sedar PRU13 agak sengit juga. DAP mengambil tindakan awal supaya ahli DUNnya tidak melompat.

PAS pulak diam dalam perkara undang undang anti lompat kerana mereka ada cara mereka sendiri. Setiap wakil rakyat akan bersumpah taat setia atau Bai’ah berteraskan ketaatan kepada Islam dan kesetiaan kepada pemimpin. Jika ahli mengkhianati parti dan perjuangan maka ahli tersebut akan di laknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat. Di Selangor ada terma tambahan iaitu lafaz taklik cerai isteri.

Rumusannya
  1. Pakatan Rakyat tidak Sebangsa Senegara Sejiwa di dalam isu undang undang anti lompat parti.
  2. Kebanyakan janji jani PRU12 belum dilaksanakan. Jesteru itu rakyat jangan terperdaya dengan janji manis Pakatan Rakyat.
ikhlas dari
nasirwise.blogspot.com

Saturday 25 August 2012

STRATEGI PENGILIRAN JAWATAN KETUA MENTERI KEPADA UMNO UNTUK MENAWAN KEMBALI PULAU PINANG


sekadar pandangan.....
seperti yang dijanjikan, Penulis perincikan strategi BN menawan Pulau Pinang.

Perdana Menteri Dato Sri Najib mesti mempertimbangkan strategi `pengiliran jawatan Ketua Menteri di Pulau Pinang’ sebagai satu strategi menawan semula Pulau Pinang daripada DAP.
Jikalau di Sabah, pengiliran adalah setiap 2 tahun (kalau tidak silap) untuk satu kaum sebelum dimansuhkan oleh Tun Abdullah semasa  Dato Seri Musa Aman menjadi KM. Untuk PRU13 ini, Pulau Pinang sepatutnya diterajui oleh UMNO sehingga BN menguasai Pulau Pinang dan berkedudukan stabil. Dicadangkan pengiliran adalah 1 penggal satu kaum (UMNO berbanding dengan GERAKAN/MCA).  Apabila PM sudah menyakinkan GERAKAN / MCA mengenai strategi pengiliran ini dan dipersetujui, ia perlu diumumkan segera. Rakyat Melayu Pulau Pinang mesti diberitahu dengan seluas luas dan sederas derasnya. Ringkasnya UMNO/BN mesti menawan hati orang Melayu samada penyokong atau penentang UMNO/BN, tua atau muda, kerja kerajaan atau swasta mahupun lelaki atau perempuan.

Kenapa UMNO/BN berbuat demikian? Kerana ,mengikut statistik, kaum Cina berTUHAN (TOKONG)kan Lim Guan Eng dan DAP masih berpaut teguh dengan Tuhan mereka dan tidak salah diandaikan mereka akan tetap mengundi DAP dan Pakatan Rakyat semasa pilihanraya. Sebaliknya, UMNO/BN mesti menawan hati orang Melayu / rakyat Pulau Pinang.  

Penulis sentiasa `tabik’ dengan pendirian Datuk Chua Soi Lek dan MCA di dalam hal keanggotaan MCA di dalam Kabinet ekoran kekalahan calon MCA di dalam PRU12 yang lalu. Beliau tidak meminta jawatan kabinet utuk MCA kerana  rakyat Cina menolak MCA. Hari ini, Sabtu di The Star, beliau sekali lagi mengatakan MCA tidak akan `demand’ kerusi. Jika dirasakan MCA tidak boleh menang di kawsan berkenaan, MCA bersetuju bertukar tempat atau memberi laluan kepada GERAKAN untuk bertanding. Seperkara lagi, beliau memberikan sepenuh kepercayaan kepada DS Najib untuk membuat keputusan. Ini lah semangat yang Penulis impikan di Pulau Pinang. GERAKAN mesti beri laluan kepada UMNO terajui Pulau Pinang.

Kita semua juga sedia maklum bahawa keadaan penerimaan rakyat kaum Cina terhadap GERAKAN,MCA,PPP dan parti komponen lain dalam BN, pada masa ini masih lemah dan berlakunya pukulan politik tsunami 2008 yang lalu. Malahan majoriti kaum Cina Pulau Pinang (pengundi Cina merangkumi 50 peratus jumlah pengundi Pulau Pinang) menyokong DAP dan Pakatan Rakyat. Sehubungan dengan itu, jika GERAKAN diberikan mandat menerajui Pulau Pinang, ia bukan satu strategi yang sesuai buat waktu ini.

GERAKAN / MCA mesti memberi laluan (percaya kepada kebijaksanaan PM) kepada UMNO untuk jawatan KM. Di dalam kes Pulau Pinang, GERAKAN adalah parti dominan di dalam BN dan mewakili kaum Cina berbanding dengan MCA.

Penetapan jawatan KM untuk orang Melayu memungkinkan penyokong BN khasnya UMNO, sebilangan ahli PKR dan PAS Melayu dan rakyat Melayu Pulau Pinang khasnya  akan mengundi UMNO/BN. Kaum Melayu mesti dijanjikan prospek baru orang Melayu akan menjadi KM Pulau Pinang yang pertama. Ia akan memotivasikan ahli UMNO Pulau Pinang yang tidak pernah mengundi dahulu, keluar beramai ramai untuk mengundi BN di PRU13.

Penulis anggap percaturan ini perlu dikemaskini untuk mengurangkan `political backflash’ kaum Cina (samada penyokong ataupun bukan penyokong Kerajaan BN) terhadap  BN. Penerangan yang jelas kepada ahli GERAKAN / MCA dan kaum Cina perlu dijalankan supaya ia difahami sebagai tindakan atau strategi politik bukannya perkauman.

Rakyat Melayu Pulau Pinang akan menghargai usaha Kerajaan BN kerana terlalu banyak `musibah’ akibat daripada tindakan Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang’ terhadap orang Melayu. Lim Guan Eng memulakan pentadbiran Pulau Pinang selepas dilantik KM dengan:-

1.      memansuhkan DEB yang sekian lama menjadi polisi dan panduan di dalam pentadbiran Kerajaan Pusat. Tentu sekali orang Melayu tidak gembira apabila hak hak mereka dihapuskan.
2.      penggunaan terkawal Bahasa Malaysia di papan papan tanda dan tanda jalan.
3.      merobohkan gerai gerai peniaga Melayu di Batu Feringgi. Gerai tersebut telah terbina sejak 15 tahun. Peniaga tidak diberikan gerai baru (andaikata gerai tersebut terlalu usang) atau lokasi baru.
4.      DAP menindas peniaga Melayu Pulau Pinang. Menurut Dewan Perniagaan Melayu PP, Rizal Faris Mohideeen Abdul Kader berkata statistik darpada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada tahun lalu (2009) rampasan jualan penjaja tanpa lesen melibatkan 152 gerai milik peniaga Melayu, Cina 84 Gerai dan India 17 gerai. Manakala pada tahun 2008 tindakan sama mengikut kaum, 132 Melayu, 110 Cina dan 17 India.
5.      Pertama kali dalam sejarah kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan Majlis Perhimpunan Maulidur Rasul.
6.      menghapuskan satu demi satu perkampungan tradisional Melayu di Pulau Pinang atas alasan pembangunan. Kg Uban sebagai contohnya. Banyak lagi.
7.      tanah adalah di bawah kuasa exco Melayu, kini di urus oeh Lim Guan Eng. Tidak cukup tanah dirampas DAP, portfolio perumahan juga menerima nasib yang sama. Kini semakin tipislah peluang orang-orang Melayu memiliki rumah kos rendah dan sederhana kerana perumahan sudah menjadi milik mereka. Perumahan kos rendah bukan `priority’ Lim Guan Eng di Pulau Pinang.
8.      YDP MPPP yang selama ini menjadi milik pegawai tinggi kerajaan berbangsa Meyau berpindah tangan kepada bangsa Cina di bawah kepimpinan kerajaan DAP
9.      Baru baru ini dalam bulan Ramadhan, peniaga Bazar Ramadhan di Jalan Penang yang telah berniaga puluhan tahun di kaki lima penjalan kaki dinafikan hak mereka untuk berniaga atas alasan mengganggu lalu lintas dan menyebabkan kesesakan jalanraya. Sedangkan pada masa yang sama umum mengetahui kebanyakan jalan-jalan raya di Georgetown sesak angkara peniaga-peniaga makan milik orang Cina.
10.  Tapak perkuburan yang diwakafkan,tiba tiba di ambil alih dan pampasan dikeluarkan,adakah tindakan ini dibuat tanpa pengetahuan Majlis Agama Islam PP?Bagaimana waris boleh mendapat pampasan keatas tanah yang sudah diwakafkan? Adakah dengan mengambil tapak perkuburan ini,tiba tiba dihalalkan untuk dijual beli?Jika benar sekali pun diambil alih mengapa tidak dibayar kepada Majlis Agama Islam PP.? 
11.   Masjid Sungai Rambai dilarang melaungkan takbir raya melebihi pukul 12malam.Sudah menjadi tradisi apabila ketibaan Syawal pada malam hari raya kita bertakbir. Bukankah semasa perayaan chap goh meh, mercun di bakar hingga 3-4 pagi tanpa henti.Boleh pulak?

Diberitakan ada usaha usaha oleh kerajaan Negeri sedang membuang ramai pekerja (kakitangan awam) Melayu dalam pentadbirannya selaras denagn aspirasi DAP (ucapan Tony Pua) yang Pakatan Rakyat berhasrat  mengurangkan 30 peratus kakitangan awam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang kesal dengan perkembangan terbaru tersebut menasihatkan kakitangan awam agar bijak membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan nasib mereka terbela.
Masa ini tepat sekali untuk UMNO / BN menyerang dan menawan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Penulis mengelarkan Pulau Pinang sebagai (1) Pusat Menolak Hukum Hudud and Anti Islam, (2) Pusat Maksiat yang mengagungkan Lesbian, Bisexual, Gay and Transgender (LBGT) di Malaysia, Pelaku Liwat dan Gila Sex Lucah dan (3) Pusat Penindasan kaum Melayu dan India termasuk peniaga Melayu, pemikiran berkiblatkan PAP Singapura dan pemansuh (eraser) DEB, (4) Kaki Penyaman untuk menyekat kebebasan bersuara.

Ada tiga personaliti yang mewarnai pusat pusat di atas iaitu Karpal Singh di Parlimen Bukit Gelugor, Brother Anwar bin Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh dan Lim Guan Eng di Parlimen Bagan dan DUN Air Putih. Inilah kebesaran Allah yang mengkumpulkan `golongan’ begini di dalam satu kapal. Terpulang kepada umat Islam Pulau Pinang dan Malaysia melihat dan mentafsirnya. Bukan suruh menampar tetapi katakan TAK NAK dan JANGAN UNDI DAP,PKR dan PAS sahaja.

Rakyat Melayu Pulau Pinang hendak diberitahu segala tindakan tindakan oleh personaliti di atas terhadap orang Melayu Islam Pulau Pinang dan Malaysia. Karpal Singh, contohnya memusuhi orang Melayu Islam yang hendakkan Hudud. Jika UMNO / BN pandai mengatur strategi menawan hati rakyat Melayu Pulau Pinang, Pakatan Rakyat akan tumpus di Pulau Pinang. Parlimen Bukit Gelugor. Karpal Singh tidak membenarkan hukum hudud diperbincangkan dan dilaksanakan langsung. Tidak ada kompromi. Karpal Singh berhadap dengan raykat Islam di Malaysia dan khasnya sebilangan besar ahli dan penyokong PAS termasuk Ustaz Nasharuddin Mat Isa.  Strategi UMNO / BN mesti mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu khasnya ahi dan penyokong PAS untuk menghukum DAP. Jika Karpal Singh kalah di Parlimen Bukit Gelugor, ia akan memberikan kemenangan moral kepada dunia Islam.
Brother Anwar bin Ibrahim, nama yang berkait rapat dengan pengkhainat Melayu dan Islam. Beliau mengusulkan purulisma atau kesamaan ugama di luar negara tetapi apabila dikritik hebat di Malaysia, beliau menafikan. Begitu juga dengan sokongan dan ikrar untuk menjaga keselamatan Israel dan persahabatan serta bersama dengan pertubuhan Yahudi. Beliau tidak serik dengan perbuatan liwat dengan Azizan, melakukan lagi dengan Saiful. Biarlah orang kampong seperti penulis yakin perbuatan liwat itu berlaku manakala orang pandai pandai di luar sana kata Brother Anwar tidak terlibat. Tidak apa apa kerana Allah Maha Kaya. Arwah bapak dan guru penulis pernah berpesan orang Islam yang terlibat dengan aktiviti homosekual dan LBGT tidak diakui umat Rasulullah. Jadi penulis sarankan orang Melayu beragama Islam menjauhi golongan orang yang terlibat di dalam LGBT.  
Beliau dan Pakatan Rakyat bermatian mempertahankan bahawa Kalimah Allah boleh digunapakai oleh agama Kristian dan lain lain. Aduh sungguh membahayakan orang melayu Islam. Terbaru kes SD Balasubramaniam dan Raja Petra berkaitan fitnah keatas PM dan isteriyang dikatakan  terlibat di dalam pembunuhan Altantuya. MasyALLAH. Sungguh besar dosa memfitnah orang lain. Ini kah ciri ciri peminpin yang kita hendak pilih?
Lim Guan Eng, digelar Khalifah Omar, seorang yang manis mulutnya tetapi sebenarnya seorang rasis penuh dengan tipu daya ala sosialis dan komunis. Beliau peminat Chin Peng dan sokong Chin Peng dibenarkan pulang. Orang Melayu Pulau Pinang sudah sedar kesilapan yang lalu kerana memilih TUHAN yang sebenar anti Melayu atas landasan pembangunan. Orang Melayu ditindas, perniagaan mereka di rosakkan dan  di halang (perniagaan sekecil gerai perniagaan hinggalah penswastaan pelabuhan Pulau Pinang). Tanah Melayu dan perkampongan Melayu dihapuskan secara halus. Tanah Maggis dijual kepada hospital swasta. Janji pembangunan Kg Buah Pala dimungkiri dan minta Kerajaan Pusat menguruskan. Pelbagai masalah yang ditujukan kepada orang Melayu seperti dibahaskan di atas oleh orang pemimpin rasis dari Melaka ini.
BN boleh menawan Pulau Pinang jika polisi diumum dan dilaksanakan, bantuan kewangan kepada pendidikan Melayu, Cina dan India dihulurkan, program turun padang diPulau Pinang khasnya kubu kuat DAP.PKR dan PAS digembelingkan dan dikerapkan, program transformasi Kerajaan dan Politik digariskan dan dilaksanakan dan kunjungan sayap wanita UMNO/BN diperhebatkan. Keberkesanan `meng`expose’ kecurangan Pakatan Rakyat mesti dipertajamkan. Penulis ada mencadangkan diadakan 2 atau 3 lokasi Rumah Terbuka PM di Pulau Pinang sahaja. Petugas UMNO/BN mesti digerakkan seperti hari mengundi. Petugas petugas mesti berkorban. Mereka pelu membawa pengundi pengundi ke rumah terbuka PM dan bukan untuk bersenang lenang. Pergi rumah ke rumah kawasan tersebut menjemput ke rumah terbuka. Program Janji Ditetapi diteruskan. Banyak janji janji oleh DAP Pulau Pinang yang belum dilaksanakan seperti pemansuhan tol dan pemberian RM6000 seisi keluarga setahun sebagai Bonus Rakyat. Dah 4 tahun memerintah, hapuk pun tidak apa.  seisi keluarga yang berpendapatan kurang RM6000 sebulan
INSAF LAH BANGSA KU. SELAMATKAN MALAYSIA DARI KEHANCURAN.


Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Friday 24 August 2012

HIMPUNAN JANJI BERSIH-ulasan


sekadar pandangan...

Penulis merujuk kepada posting topik `CUBA BACA CADANGAN INI (MOHON DAPATKAN ALAMAT RUMAH PAK SAMAD) `HIMPUNAN JANJI BERSIH’ di blog GERAKAN ANTI PKR pada 22 Ogos 2012 dan komen komennya. Terima kasih kepada GAP KEMBALI dan juga diatas komen dan cadangan yang dituliskan. Jumlah komen tidak menjadi ukuran buat penulis tetapi rasa hati dapat disampaikan kepada pembaca. Majoritinya menghargai keamanan dan cintakan Malaysia.

 

Antara rumusan yang boleh penulis `share’ dengan pembaca ialah:-

 

Kerajaan melalui Suruhan Pilihan Raya (SPR)  sudah beusaha untuk memenuhi permintaan kumpulan Janji Bersih yang pada asasnya mahukan  piliharaya yang bersih. Setahu saya SPR telah banyak melakukan transformasi pilihanraya. Senarai pengundi yang `bermasalah’ (pengundi hantu, bertindih, warga asing dan tanpa rekod) dikeluarkan daripada senarai pengundi yang layak. Mesyuarat dan taklimat dengan parti parti terlibat senantiasa diadakan. Permintaan Pakatan Rakyat mendapat `airtime’ di TV utama sedang dipertimbangkan dan dalam proses deraf peraturannya. Prosedur mengundi diperkemaskan dan diperketatkan. SOP Undi POS khasnya tentera dan polis dibaiki. Undi Pos untuk rakyat luar negara pun di`bangkit’ dan mungkin dibenarkan dengan bersyarat. Kerajaan membenarkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen-Pilihanraya bagi membincangkan isu isu pengundian. Ahli jawatankuasa terdiri melibatkan semua parti. Pakatan Pembangkang minta di`bersih’ segala permintaan barulah diadakan pilihanraya. Pakatan Rakyat `meng `dictate’ segalanya urusan pilihanraya di Malaysia.

 

Walaupun usaha usaha diatas sudah dan sedang berjalan, Himpunan Janji Bersih tetap di adakan oleh NGO NGO yang didalangi Pakatan Rakyat. Kali ini objektifnya 2 in 1 iaitu mendesak piliharaya umum yang bersih dan ingin `sabotaj’ sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang bertemakan `Janji di Tepati’. Ringkasnya sebab tema `janji ditepati’, NGO dan Pakatan Rakyat hendak rosak perayaan kemerdekaan ini. Rayuan demi rayuan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur, para NGO dan rakyat (yang sukakan keamanan) dan arahan Mahkamah telah dibuat kepada penganjur tetapi tidak diendahkan. Aduan polis atau report beribuan malangnya setakat rekod merekod sahaja. Saranan para tokoh agama khas dari Kerajaan di`bakul sampah’ oleh mereka kerana fatwa ulamak kerajaan telah dibeli dan ada motif politik.

 

Ramai pembaca bersetuju diadakan perhimpunan aman secara kecilan tetapi tetap di hadapan rumah atau pejabat penganjur iaitu Pak Samad. Pembaca menambah cadangan supaya rakyat Malaysia mengumpal buku buku karya Sastrawan Negara itu dibakar semasa berhimpun.

Pembaca juga mencadangkan pengawal keselamatan yang mengawasi perhimpunan itu hendaklah ahli silat berpakaian kepahlawanan Melayu, keris (mungkin Polis tidak benarkan tetapi keris olok olok), selendang dan tanjak.

Ada pembaca menyelar Menteri Kementerian Dalam Negeri yang kelihatan dayus dan jikalau boleh turut serta di dalam perhimpunan aman tersebut.

Salah seorang pembaca menanyakan `kenapa PAS dan Pak Samad tidak melakukan perhimpunan protes terhada DAP yang menentang Hudud’. Kenapa Pak Samad dan geng tidak protes terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan) yang tidak menunaikan janji janji PRU12?

Ada beberapa pembaca yang kesal dengan Pakatan Rakyat kerana mereka sibuk meruntuhkan negara walhal Kerajaan BN bertungkus lumus membangunkan negara dan cuba memperbaiki nasib rakyat.

 

Perhimpunan aman yang dicadangkan itu, ulas seorang pembaca, dipenuh isikan dengan ceramah agama, bacaan yassin dan sembahyang hajat. Susunan tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan.

Seorang pengulas mencadangkan penganjur dikenakan cagaran perhimpunan dan jika ada kerosakan atau kos membersih akan ditolak daripada wang cagaran perhimpunan.

 

Semoga `silent’ majority yang sukakan keamanan dan cintakan kemerdekaan dan negara Malaysia dapat turut serta di dalam perhimpunan aman yang akan diadakan.

 

Penulis harap parti UMNO atau NGO seperti PERKASA PRIBUMI atau Pertubuhan Silat PERKASA atau Gerakan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) atau Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) atau Pesatuan Bekas Veteran Malaysia, Waris Malaya, Gerakan Belia 4B dan banyak lagi bergabung mengurusetiakan perhimpunan ini. Penulis ingin melihat personaliti seperti Senator Ezam, Saudara Hamizun, Datuk Ibrahim Ali menerajui perhimpunan ini. Penulis melihat Ketua Pemuda Pulau Pinang dan ketua beberapa NGO (yang senantiasa meresahkan Lim Guan Eng) di sana wajar terlibat sama kerana keberanian mereka. Lets do it for Malaysia.

 

NGO seperti Kelab Putera 1Malaysia tidak perlu terlibat kerana ia berstatus `elite’  dan akan turun padang jika PM Dato Sri Najib hadir atau terlibat. Kita kuat kerja kerana Allah, Melayu dan Malaysia. InsyALLAH jumpa di lambaran lain.

 

Ikhlas dari

Nasirwise.blogspot.com

Thursday 23 August 2012

RUMAH TERBUKA 1 SYAWAL PERDANA MENTERI DI SERI PERDANA PUTRAJAYA


Sekadar pandangan...

Penulis ingin merujuk kepada penulisan ` RUMAH TERBUKA 1 SYAWAL PERDANA MENTERI DI SERI PERDANA PUTRAJAYA’ yang disiarkan pada hari raya kedua yang lalu.
Antara komen yang menyentuh hati penulis ialah penyokong setia PM yang tidak dapat hadir pada Rumah Terbuka PM di Putrajaya. Bicaranya semacam atau seolah olah mereka tidak berterima kasih pada pimpinan negara kerana tidak hadir pada hari tersebut. Pembaca meng`emel penulis bahawa tanda terima pembaca dan rakyat yang mencintai PM dan kerajaan ialah melalui peti undi di PRU13 akan datang.Penulis mengucapkan terima kasih di atas ingatan tersebut.

Ekoran daripada perkara di atas, penulis cadangkan Rumah Terbuka PM TIDAK TERHAD diadakan di Putrajaya dan Pekan sahaja, malahan sesuai diadakan di semua negeri. Kriteria lokasi di setiap negeri bergantung pada beberapa faktor seperti bilangan rakyat atau kawasan. Melaka berhak diadakan sekali sahaja kerana keluasan yang kecil. Negeri Johor sepatutnya menanjurkan 2 atau 3 Rumah Terbuka PM (Muar{Bandar Maharani, Sungai Abong dan Bakri dimenangi wakil Pakatan Rakyat}, Johor Bahru dan Mersing). Pulau Pinang negeri kecil tetapi strategi politik mewajarkan ia di adakan juga 2 atau 3 kali. Lokasi boleh diadakan berdasarkan kawasan Pakatan Rakyat (Permatang Pauh, Bagan dan Bukit Gelugor) atau kerana  kawasan Melayu (Kepala Batas atau Balik Pulau).

Kelantan, Kedah dan Selangor perlu kekerapan kunjungan PM untuk merapatkan hubungan Kerajaan dan pengundi. Kuala Lumpur tidak terkecuali walaupun banyak aktiviti seperti Hari Kemerdekaan yang mengumpulkan ribuan rakyat. Ingatan saya pada PM dan barisan Kabinet, tolong turun padang `senyum dan berterima kasih’ selepas tamat program perayaan. Inilah peluang PM dan kabinet merapatkan diri dengan rakyat. Jikalau PM, TPM dan Jemaah Kabinet membahagikan kerja `turun padang’ ia tersangat mengembirakan rakyat. Luangkan masa 1 jam bergaul, senyum dan melambai kearah rakyat. Benarkan mereka mengambil gambar dengan pemimpin. Percayalah keadah ini sangat efektif memperkukuhkan persahabatan rakyat dengan pemimpin. Penulis akan bahagia jika PM dan TPM dapat menyediakan jurugambar khas untuk mengambil gambar berkumpulan secara seponton (semasa turun padang atau Stadium). Gambar tersebut di`post’kan di dalam FB yang boleh ditag atau like dengan rakyat berkenaan. Rakyat boleh buat print out dan `frame’ gambar dengan PM atau TPM di ruang tamu rumah masing masing. Secara tidak langsung, gambar pemimpin senantiasa dalam ingatan rakyat.

Penulis cadangkan TPM turut serta di dalam setiap rumah terbuka. PM dan TPM mesti ubah cara menyambut tetamu. Jangan terlalu `formal’. Selain berada di pintu masuk, PM dan TPM mesti bergual, bertanya khabar, bertepuk tampar, bantu menghidang makanan, hulur duit raya pada kanak kanak, melawat gerai makanan, merasa hidangan dan tidak ketinggalan SENYUM. Penat memang penat tetapi inilah peluang bertemu rakyat. Gembirakan rakyat sebegini. Perbelanjaan?

Penulis memberi contoh di Melaka. Syarikat Air Melaka, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Melaka, Kumpulan Melaka Berhad, Yayasan Melaka, Perbadanan Ketua Menteri, Perbadanan Sungai dan banyak lagi (belum mengambil kira sumbangan dari syarikat swasta) mencarum atau memperuntukkan perbelanjaan Rumah Terbuka PM dan TPM selain daripada Rumah Terbuka Tetap untuk YTM Gabenor dan Ketua Menteri. Mungkin terlambat untuk diselaraskan tetapi penulis tidak mahu duit peruntukan dari GLC GLC ini digunakan tanpa mencapai matlamat `menambat hati rakyat’. Jangan menganjurkan rumah terbuka tanpa menjaga mutu makanan dan perkhidmatan yang baik. Ia boleh menjadi masalah. Jikalau boleh sesebuah GLC tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan untuk Pengerusi atau Timbalan Pengerusi mengadakan jamuan Rumah Terbuka untuk mereka sahaja. Ia tidak memberikan `ummph’ atau impak. Bagaimana jika oranf yang di rai itu tidak terpilih menjadi calon PRU13?. Membazir bukan? Bagaimana dengan peruntukan kewangan untuk mengadakan Rumah Terbuka PM dan TPM di negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat? Jikalau ada kesempatan penulis akan menulis tentang perkara ini.

Penulis percaya dan yakin ia boleh dilakukan kerana sambutan hari raya adalah selama 30 hari. Bulan syawal seperti bulan Ramadan bulan kemaafaan dan kejayaan. Pilihanraya semakin hampir dan `halal dari segi peraturan SPR’ jika diadakan. Program begini juga boleh dikatakan sebagai `pemanas badan’ bagi petugas jentera parti. Mereka mesti membawa pengundi pengundi yang biasanya tidak dijemput. Petugas mesti menjadi `peraih undi’ dan pembawa pengundi ke lokasi Rumah Terbuka Penulis kerap berbicara, kita kena `berdakwah untuk mengundi BN’ kepada mereka yang bukan ahli parti UMNO/BN, golongan atas pagar atau ahli dan penyokong Pakatan Rakyat. Jika petuga berjaya membuat `engagement’ dengan mereka dan menyertai jamuan tersebut, UMNO dan BN mesti menunjukkan kepribadian yang baik untuk ditauladani oleh mereka. Meja meja khas disediakan bersama sama seorang dua penyalur maklumat atau ejen atau penerangan UMNO/BN. Petugas mempunyai misi yang berlainan dengan tetamu jemputan. Tetamu diutamakan, makan untuk petugas perkara kedua. Berkorban lah. Satu lagi contoh, UMNO/BN mesti banyak berdebat atau berceramah di Kelantan kerana UMNO/BN berkesempatan menyampaikan maklumat kepada mereka di sana dan ahli dan penyokong PAS amat `fobia’ dengan Utusan Malaysia.

Penulis akan menyambung penulisan di ruangan lain supaya pembaca tidak jemu.

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Wednesday 22 August 2012

MISSION POSSIBLE `BN TAWAN PULAU PINANG PRU 13’-KENAPA DAN MACAMANA?


sekadar pandangan...

DAP dan Lim Guan Eng yakin bahawa mereka akan menang di Pulau Pinang di dalam PRU13 nanti kerana faktor sokongan  kaum cina bandar khasnya.
Tetapi Penulis berpendapat BN akan menawan balik Pulau Pinang kerana Pulau Pinang adalah sebuah negeri yang mempolupori kegiatan anti Islam dan anti hudud (Karpal Singh di Parlimen Bukit Gelugur), penyokong aktiviti LBGT, purulisma agama (persamaan agama Islam dengan agama lain), penyokong kuat negara Israel, Freemason, penggunaan Kalimah Allah oleh agama lain dan pengamal LIWAT (Brother Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh) dan pusat rasis dan penindasan kaum India dan Melayu termasuk peniaga Melayu dari sekecil perniagaan gerai kepada sebesar perniagaan Penswataan Pelabuhan Pulau Pinang , berkiblatkan PAP Singapura, Chin Peng dan Mat Indera, pemansuh (eraser) DEB dan pemaju rumah kos tinggi rakyat. (Lim Guan Eng di Parlimen Bagan)
Rakyat dan pengundi Pulau Pinang Melayu Islam wajib menghukum DAP dan Pakatan Rakyat dengan TIDAK MENGUNDI DAP atau PKR atau PAS kerana idealogi anti Islam dan anti hudud yang diperjuangkan, kemaksiatan yang di dilakukan dan ditaja, penindasan dan sikap rasis terhadap kaum Melayu dan India yang diamalkan.
BN boleh menawan Pulau Pinang jika polisi diumum dan dilaksanakan, bantuan kewangan kepada pendidikan Melayu, Cina dan India dihulurkan, program turun padang diPulau Pinang khasnya kubu kuat DAP.PKR dan PAS digembelingkan dan dikerapkan, program transformasi Kerajaan (ekonomi, politik dan sosial) digariskan dan dilaksanakan, serta cara dan stail pemerintahan yang mempunyai konsep 1 Malaysia-Rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan.
Penawanan semula Pulau Pinang ini akan menjadi kenyataan jika Kerajaan Pulau Pinang terus memusuhi dan menindas rakyat (penduduk dan peniaga) dan keberkesanan jentera BN me `expose’ kecurangan dan kegagalan DAP dalam pentadbiran.
Tunggu laporan dan cadangan strategi penawanan semula Pulau Pinang oleh BN di nasirwise.blogsport.com.Tunggu.......
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

Monday 20 August 2012

RUMAH TERBUKA 1 SYAWAL PERDANA MENTERI DI SERI PERDANA PUTRAJAYA




Sekadar pandangan...
Diberitakan di dalam akhbar dan dipertontonkan di kaca TV, hampir 100,000 rakyat mengunjungi rumah terbuka PM.

Mengapakah rakyat datang ke Seri perdana Putrajaya?

1.     Hendak makan atau sarapan pagi percuma?
2.     Hendak bersalaman dengan PM dan isteri?
3.     Hendak menghabiskan cuti dengan bersiar siar di Putrajaya
       dan Seri Perdana?
4.     Rakyat diberi tambang ke Putrajaya?

Penulis berpendapat rakyat ke Putrajaya kerana rakyat ingin merakamkan tanda terima kasih kepada PM dan Kerajaan kerana polisi Kerajaan banyak membantu mereka. Penulis percaya ada pengunjung yang menerima BRIM. Mereka membawa anak anak mereka yang kebanyakan masih bersekolah dan menerima bantuan RM100 setiap murid dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5. Ibu bapa tadi ada berkenderaan sendiri. Mujurlah harga minyak RON95 dan RON 97 telah diturunkan. Jauhlah sedikit perjalanannya. Tetapi ada juga pengunjung yang menaiki teksi. Pemilik dan pemandu teksi juga bersemangat ke Seri Perdana kerana penghuni rumah itu pernah meluluskan TRIMA (bantuan tayar).

Penulis hampir pasti antara pengunjung adalah daripada gugusan dan peneroka FELDA. Mereka adalah rakyat yang cukup bernasib baik kerana PM dan FELDA telah menghulurkan pelbagai bantuan dan hak mereka. Tidak salah penulis katakan raya tahun ini amat ceria di FELDA.

Pengunjung yang bertali arus menuju Seri Perdana tahu dan faham bahawa bukan sarapan pagi atau tengahari yang memotivasikan mereka ke sana. Kalau nak bersarapan dimana mana pun boleh, tetapi ini di Seri Perdana. Mereka boleh makan dengan selesa jikalau pergi restoran atau gerai. Tidak perlu beratur dan kadang kadang jika pihak catering tidak peka, makanan kehabisan atau sate tinggal lidi sahaja.

Ramai juga pengunjung telah bersarapan di rumah dan berbelanja di KRIM (Kedai Rakyat 1 Malaysia) dan Kedai Ikan 1  Malaysia di mana harganya murah 10-20 peratus daripada kedai biasa tetapi berkualiti. Ada pengunjung sempat membeli kain raya di Kedai Kain 1 Malaysia untuk ke Seri Perdana.
Ramai juga remaja dan siswa siswi Melayu, Cina dan India, tidak melepaskan peluang ke Seri Perdana. Ada dari IPTA dan ada dari IPTS. Tidak kurang juga yang menerima bantunan pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran, Alhamdulilah. Anak saya turut menerimanya dan diharapkan beliau kekal dengan prestasi CGPA 3.88 hingga tamat pengajian ijazah grafik. PTPTN boleh mempertimbangkan penukaran status pinjaman (kena bayar balik) kepada biasiswa (tidak perlu bayar balik tetapi perkhidmatan). Patutlah mungkin pelajar macam Adam Adli yang mahu ia dihapuskan kerana CGPAnya bawah 3.5. Mereka bukan nak belajar sibok dengan BERSIH.

Tidak kurang juga pengunjung yang kurang upaya dan warga emas. Kenapalah mereka pun bersusahpayah hendak bersua muka dengan PM dan barisan Kabinetnya?. Rumah kediaman penulis amat dekat dengan Rumah Kenangan Cheng, Melaka. Pelbagai kemudahan disediakan untuk warga emas. Selain daripada tempat tinggal dan makanan, mereka diberikan perkhidmatan kesihatan yang 1st class.  Kos rawatan untuk mereka
Percuma. Nescaya ada pengunjung yang telah mendapatkan rawatan Klinik Rakyat 1 Malaysia.

Ramai juga pesara Kerajaan yang hadir merayakan atau memeriahkan Rumah Terbuka PM dan Kabinet semalam. Mereka berterima kasih kerana tiap tiap bulan menerima pencen tepat pada masanya dan saban tahun menerima kenaikan pencen dan bonus. Alhamdullilah penyandang Kerajaan turut menerima bonus. Termasuklah para perajurit (darat, laut dan udara) dan Polis merasai nikmat daripada Kerajaan.

Sebilangan besar yang ada di Seri Perdana semalam adalah warga guru. Mereka diberikan pengiktirafan oleh Kerajaan. Tanggagaji dikaji selaras dengan prestasi. Elaun diberi dan latihan dipergiatkan. Kemudahan sekolah diperkemaskan. Turut menerima bantuan ialah Sekolah  Jenis kebangsaan Cina dan Tamil. Jutaan ringgit dikeluarkan sebagai Biasiswa.

Rumusannya rakyat Malaysia mesti menyokong PM dan Kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat Malaysia. Jikalau rakyat Kelantan hendakkan pembangunan seperti lebuhraya dan air bersih, berilah peluang untuk BN memerintah Kelantan 1 penggal dahulu dan saksikanlah kemakmuran nya. Jikalau BN tidak menepati `JANJI DI TEPATI’, tukar semula kerajaan di PRU14.
Begitu juga di Kedah. Kadar penggangguran tinggi, pelaburan perindustrian merundum, kewangan KUIN kritikal dan menghadapi masalah aliran wang tunai yang ketat, pengurusan hutan tidak terurus dan merugikan jangka panjang dan kerajaan yang lemah.
Tidak kurang juga di Selangor. Krisis air bersih kian meruncing (bekalan air yang rendah di banyak tempat)  dan pengurusan sampah tidak terurus.  Perkembangan UNISEL yang semakin membimbangkan dan negatif. Kemahiran menguruskan hutang TALAM dan GLC tidak mencukupi. Rumah urut dan kedai arak tumbuh bagaikan cendawan ganoderma.

Rakyat Pulau Pinang mesti memilih BN untuk kepentingan orang Melayu Islam dan rakyat berpendapatan rendah khasnya. Perumahan kos rendah mesti di giatkan di bandar.  Tanah Taman Manggis sepatutnya dibangunkan dengan rumah kos rendah yang boleh memuatkan 320 unit (Fasa 1) dan tambahan 272 unit di Fasa 2. Hospital swasta perlu mencari tapak tanah yang lain. Kes Kg Buah Pala belum selesai.
Peluang perniagaan Bumiputera mesti dipergalakkan bukan menindas. Kesesakan lalulintas tiada penyelesaiannya.
Umat Islam terus dilukai. Rintih demi rintihan tidak dipedulikkan. Bandar Georgetown tersergam replika botol arak. Yang pasti jikalau BN memerintah Puala Pinang, replika ini tidak mendiri sergam di mana mana kerana rakan rakan dalam BN tahu sensiviti agama Islam.
Penulis kuartir, Lim Guan Eng akan saman pengundi yang tidak mengundi DAP dan Pakatan rakyat kerana saman menyaman sudah menjadi tabiat Lim Guan Eng, DAP dan Pakatan Rakyat. Ingat parti dan orang yang menentang keras hudud dan Islam ada di Pulau Pinang. Penulis sedang mencari masa untuk menulis tentang Pulau Pinang sahaja. Tunggu.......

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com