Tuesday, 7 August 2012

MSN bidas atlet sambil lewa di London.


Sekadar pandangan...
Berhubung dengan kenyataan Pengarah MSN yang kecewa dengan atlit yang `sambil lewa' ketika di Londan baru-baru ini, saya berpendapat Malaysia TIDAK boleh dan TIDAK mampu untuk bertanding dengan atlit negara lain lebih-lebih lagi sukan tersebut melibatkan fizikal (balapan), ketinggian (lompat tinggi), kekuatan (tinju)dan sebagainya. Malaysia seharusnya memumpukan sukan yang mengutamakan  kecekapan (memanah, boling, layar dan sebagainya) jika mahu bertanding di peringkat antarabangsa. Rumusannya tidak ada kewajaran untuk menghantar sebegitu jauh, lebih baik mereka bertanding di peringkat Asia.
Saya meramalkan dimasa hadapan sepak tarkaw pun akan menjadi milik dan sukan popular orang Amerika dan Europa disebabkan ketinggian mereka. Hoki juga begitu.
Jikalau Malaysia ingin menjadikan pentas memperbaiki prestasi untuk setengah atlit, biarlah atlit tersebut berjanji bersungguh-sungguh melakukan. Membazirkan duit dan memalukan Malaysia sahaja.
Ikhlas dari 
nasirwise.bolgspot.com       

No comments:

Post a Comment