Friday, 24 August 2012

HIMPUNAN JANJI BERSIH-ulasan


sekadar pandangan...

Penulis merujuk kepada posting topik `CUBA BACA CADANGAN INI (MOHON DAPATKAN ALAMAT RUMAH PAK SAMAD) `HIMPUNAN JANJI BERSIH’ di blog GERAKAN ANTI PKR pada 22 Ogos 2012 dan komen komennya. Terima kasih kepada GAP KEMBALI dan juga diatas komen dan cadangan yang dituliskan. Jumlah komen tidak menjadi ukuran buat penulis tetapi rasa hati dapat disampaikan kepada pembaca. Majoritinya menghargai keamanan dan cintakan Malaysia.

 

Antara rumusan yang boleh penulis `share’ dengan pembaca ialah:-

 

Kerajaan melalui Suruhan Pilihan Raya (SPR)  sudah beusaha untuk memenuhi permintaan kumpulan Janji Bersih yang pada asasnya mahukan  piliharaya yang bersih. Setahu saya SPR telah banyak melakukan transformasi pilihanraya. Senarai pengundi yang `bermasalah’ (pengundi hantu, bertindih, warga asing dan tanpa rekod) dikeluarkan daripada senarai pengundi yang layak. Mesyuarat dan taklimat dengan parti parti terlibat senantiasa diadakan. Permintaan Pakatan Rakyat mendapat `airtime’ di TV utama sedang dipertimbangkan dan dalam proses deraf peraturannya. Prosedur mengundi diperkemaskan dan diperketatkan. SOP Undi POS khasnya tentera dan polis dibaiki. Undi Pos untuk rakyat luar negara pun di`bangkit’ dan mungkin dibenarkan dengan bersyarat. Kerajaan membenarkan penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen-Pilihanraya bagi membincangkan isu isu pengundian. Ahli jawatankuasa terdiri melibatkan semua parti. Pakatan Pembangkang minta di`bersih’ segala permintaan barulah diadakan pilihanraya. Pakatan Rakyat `meng `dictate’ segalanya urusan pilihanraya di Malaysia.

 

Walaupun usaha usaha diatas sudah dan sedang berjalan, Himpunan Janji Bersih tetap di adakan oleh NGO NGO yang didalangi Pakatan Rakyat. Kali ini objektifnya 2 in 1 iaitu mendesak piliharaya umum yang bersih dan ingin `sabotaj’ sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang bertemakan `Janji di Tepati’. Ringkasnya sebab tema `janji ditepati’, NGO dan Pakatan Rakyat hendak rosak perayaan kemerdekaan ini. Rayuan demi rayuan oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri, Ketua Polis Negara, Datuk Bandar Kuala Lumpur, para NGO dan rakyat (yang sukakan keamanan) dan arahan Mahkamah telah dibuat kepada penganjur tetapi tidak diendahkan. Aduan polis atau report beribuan malangnya setakat rekod merekod sahaja. Saranan para tokoh agama khas dari Kerajaan di`bakul sampah’ oleh mereka kerana fatwa ulamak kerajaan telah dibeli dan ada motif politik.

 

Ramai pembaca bersetuju diadakan perhimpunan aman secara kecilan tetapi tetap di hadapan rumah atau pejabat penganjur iaitu Pak Samad. Pembaca menambah cadangan supaya rakyat Malaysia mengumpal buku buku karya Sastrawan Negara itu dibakar semasa berhimpun.

Pembaca juga mencadangkan pengawal keselamatan yang mengawasi perhimpunan itu hendaklah ahli silat berpakaian kepahlawanan Melayu, keris (mungkin Polis tidak benarkan tetapi keris olok olok), selendang dan tanjak.

Ada pembaca menyelar Menteri Kementerian Dalam Negeri yang kelihatan dayus dan jikalau boleh turut serta di dalam perhimpunan aman tersebut.

Salah seorang pembaca menanyakan `kenapa PAS dan Pak Samad tidak melakukan perhimpunan protes terhada DAP yang menentang Hudud’. Kenapa Pak Samad dan geng tidak protes terhadap kerajaan Pakatan Rakyat (Selangor, Kedah, Penang dan Kelantan) yang tidak menunaikan janji janji PRU12?

Ada beberapa pembaca yang kesal dengan Pakatan Rakyat kerana mereka sibuk meruntuhkan negara walhal Kerajaan BN bertungkus lumus membangunkan negara dan cuba memperbaiki nasib rakyat.

 

Perhimpunan aman yang dicadangkan itu, ulas seorang pembaca, dipenuh isikan dengan ceramah agama, bacaan yassin dan sembahyang hajat. Susunan tempat duduk lelaki dan perempuan diasingkan.

Seorang pengulas mencadangkan penganjur dikenakan cagaran perhimpunan dan jika ada kerosakan atau kos membersih akan ditolak daripada wang cagaran perhimpunan.

 

Semoga `silent’ majority yang sukakan keamanan dan cintakan kemerdekaan dan negara Malaysia dapat turut serta di dalam perhimpunan aman yang akan diadakan.

 

Penulis harap parti UMNO atau NGO seperti PERKASA PRIBUMI atau Pertubuhan Silat PERKASA atau Gerakan Anti Penyelewangan Selangor (GAPS) atau Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) atau Pesatuan Bekas Veteran Malaysia, Waris Malaya, Gerakan Belia 4B dan banyak lagi bergabung mengurusetiakan perhimpunan ini. Penulis ingin melihat personaliti seperti Senator Ezam, Saudara Hamizun, Datuk Ibrahim Ali menerajui perhimpunan ini. Penulis melihat Ketua Pemuda Pulau Pinang dan ketua beberapa NGO (yang senantiasa meresahkan Lim Guan Eng) di sana wajar terlibat sama kerana keberanian mereka. Lets do it for Malaysia.

 

NGO seperti Kelab Putera 1Malaysia tidak perlu terlibat kerana ia berstatus `elite’  dan akan turun padang jika PM Dato Sri Najib hadir atau terlibat. Kita kuat kerja kerana Allah, Melayu dan Malaysia. InsyALLAH jumpa di lambaran lain.

 

Ikhlas dari

Nasirwise.blogspot.com

2 comments:

  1. Jutaan terima kasih. Semoga ia membantu membentuk minda yang rasional.

    ReplyDelete