Tuesday, 7 August 2012

Pengurusan Sentral Melaka Tidak Peka Dengan Rakyat Miskin dan Muda


Semasa bercuti di Melaka, penulis berhenti di Sentral Melaka. Hari Sabtu hari yang jam di Sentral. Kereta di parking ditepi jalan dan kadang-kadang menyusuhkan orang lain. Traffic jam begini menandakan kepesatan ekonomi. Rakyat berjalan dan berbelanja. Agaknya satu hari berapa bas ekspress yang singgah dan tiba dari atau ke Sentral?

Kebersihan baik walaupun keadaan traffic tidak dikawal.

Penulis memasuki kawasan letak kereta dan dikenakan bayaran RM1 per entry. Murah jika dibandingkan dengan kadar parker di Kuala Lumpur. Penulis bersua siapa dengan penunggang motorsikal. `Berapa tiket letak moto di sini”. Pemuda itu menjawab `Tak patut bang. Kami dikenakan sama dengan bayaran tiket kereta. Kami guna kawasan sikit sahaja. Satu lot kereta yang berharga RM1 itu boleh muat 5 buah motosikal. Kami patut dikenakan 20 sen atau 50 sen bukan RM1.”
Penulis fikir ada baiknya dirombak kadar letak kereta dan moto (walaupun disediakan tempat kunci). Kerajaan Melaka jangan fikir bisnes sangat dengan rakyat pendapatan rendah dan muda ni. Mereka adalah penyumbang undi di masa pilihanraya. Berilah mereka layanan. Siapakah yang mengendalikan tempat letak kereta dan motosikal ini? Difahamkan ia telah diswastakan kepada pihak ketiga. Pihak Sentral Melaka pula runding dengan mereka untuk mengurangkan kos atau percuma. Alangkan beberapa tol dihapuskan......

Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com

No comments:

Post a Comment