sekadar pandangan...
Alhamdulilah. Penulis turut merasa gembira kerana seramai 400 para Imam dan Pengerusi JKKK telah dipilih menerima tajaan menunaikan fardu haji tahun ini. Inilah rezeki Allah dan menjadi tetamu Allah, yang pada hemat penulis, balasan hasil daripada perkhidmatan tulus ikhlas para Iman dan Pengerusi kepada rakyat setempat. Kerajaan Negeri Johor pula menaja pesara nya.
Kerajaan faham bahawa penerima tajaan telah berkhidmat dengan Kerajaan untuk sekian masa yang panjang. Gaji atau elaun mereka amat kecil berbanding dengan peranan yang dimainkan oleh mereka. Setiap sembahyang Jumaat biasanya di pimpin oleh Iman itu. Iman sedang sibok musim perkahwinan. Ada nak kahwin dan ada yang nak minta pengesahan dan tidak kurang juga yang meminta pandangan. Pengerusi JKKK juga berperanan besar di kampong. Mereka ibarat jambatan diantara rakyat setempat dengan Pejabat Daerah atau Kerajaan. Pembangunan kampong dan keperluan pembangunan menjadi agenda Pengerusi JKKK. Adalah diharapkan tajaan ini akan berterusan dan setiap Iman dan Pengerusi JKKK di Malaysia ini akan turut merasai kemudahan Kerajaan ini. Penulis boleh mengatakan ini adalah insentif yang Kerajaan berikan kepada mereka yang berkorban masa menyelesaikan masalah kampong. Diberitakan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Yayasan1Malaysia Development Berhad dan Tabung Haji telah menyumbang peruntukan kewangan program tajaan haji ini.
Diandaikan seramai 28,000 rakyat Malaysia (kuota Kerajaan Arab Saudi kepada sesebuah negara ialah 1 peratus daripada jumlah penduduk sesebuah negara) akan berpeluang mengerjakan haji tahun ini. Tidak diketahui jumlah ini termasuk petugas petugas dari Tabung Haji atau pun tidak. Penulis andaikan jumlah petugas mungkin 1 peratus (2800 petugas sukarelawan atau pekerja Tabung Haji) daripada 28,000 jemaah.
Penulis cadangkan UMNO/BN, seperti PAS juga, mengambil peluang untuk berbakti dan mendekati jemaah haji agar mereka terus menyokong kerajaan BN dan mencintai Malaysia Kemungkinan UMNO/BN telah melaksanakan program pengkukuhan sokongan di Mekah dan Madinah tanpa di sedari oleh penulis. PAS memang menunggu musim haji ini kerana pilihanraya semakin hampir. Siang siang PAS minta Kerajaan mengadakan pilihanraya selepas musim haji. Pertama, katanya petugas petugas mereka menunaikan haji dan keduanya, cuba mempengaruhi pengundi yang berada di Mekah dan Madinah. PAS sebenarnya mempunyai banyak kelebihan apabila berada di Arab Saudi. Pelajarnya dan mutawifnya ribuan.
UMNO/BN perlu atur strategi memenangi hati jemaah haji. UMNO mesti mengenalpasti petugas petugas yang boleh berkhidmat disana. Ramai sukarelawan yang hendak berkhidmat di Mekah/Madinah adalah dari kalangan Pakatan Rakyat atau bersempati dengan Pakatan rakyat. Tabung Haji mesti di UMNOkan di dalam pemilihan petugas petugas sukarelawan. Jikalau tidak, Tabung Haji secara tidak senjaga menghantar petugas PAS untuk me`racun’ pemikiran jemaah haji. Senang betul. Tambang, penginapan dan makan free dan free ceramah cara halus. UMNO/BN dan Tabung Haji mesti hati hati dan mesti bersifat waspada dan was was. Bantulah Dato Sri Najib sikit. Penat dia melawat seluruh pelosok negara untuk menarik minat dan sokongan rakyat yang menipis akibat kelekaan GLC dan Kementerian dan Jabatan Kerajaan.
Petugas petugas mesti dilatih dengan ilmu pengetahuan mengenai isu isu semasa supaya apabila berhadapan dengan jemaah haji nanti, petugas berkeupayaan menjawab tohmah tohmah. Jikalau penulis ada kuasa petugas haji ini diswastakan kepada UMNO terus supaya ia mudah mencapai matlamat. Sudah tentu dengan kerjasama Tabung Haji. Tapisan petugas oleh UMNO.
Petugas petugas jemaah haji dicadangkan dari kalangan putera, puteri, pemuda, wanita dan UMNO dari seluruh negara. Satu sistem pemilihan perlu direka supaya seramai mungkin ahli UMNO dapat ke Mekah/Madinah mengerjakan haji disamping berkhidmat. Terdapat ahli UMNO yang berpengalaman bekerja sebagai tukang masak dan pengusaha restoran, ada yang cekap mengendalikan pengangkutan (pemandu bas, mekanik dll), tidak kurang juga ahli UMNO yang berkhidmat sebagai doktor dan Medical Assistant, juga ahli Bulan Sabit, St John, ada lulusan bidang perhotelan dan ramai yang berkebolehan menjadi penyeleras bilik, kebersihan, housekeeping di hotel mahupun hostel penginapan, pegawai tadbir yang boleh membantu pegawai imigresen, jurubahasa bahasa Arab pesorong kerusi roda, mutawif, pembantu kommunikasi dan sebagainya. Panjang listnya.
Berilah latihan secukupnya kepada bakal petugas dari kalangan putera, puteri, wanita, pemuda dan UMNO peluang mengerjakan haji sambil bertugas. Petugas Tabung Haji yang telah banyak kali ke Mekah / Madinah direhatkan berperingkat peringkat. Its JV between UMNO and Tabung Haji. Pedulikan apa orang lain kata. Beri peluang kepada orang lain. Janganlah setiap tahun Pengurusan Atasan, Pengarah Negeri, atau Lembaga pengarah Tabung Haji yang meramaikan di Mekah / Madinah. Undi mereka tetap satu. `Delegate’ lah kerja itu kepada petugas baru. Besar pahalanya. Barulah nampak keadilan di dalam pengagihan kekayaan dan peluang ke Rumah Allah. Lebih berkat UMNO dan Tabung Haji nanti.
Petugas UMNO akan `organise’ ceramah dan perjumpaan sebanyak mungkin tanpa menggangu aktiviti amal ibadat. Petugas UMNO diharapkan senantiasa berada sama dengan jemaah mengikut rumah atau negeri atau hostel atau hotel. Jika ada kesempatan PM dan isteri pun mengerjakan ibadat haji setiap tahun. Tidak salah menjadi sebahagian petugas supaya ikatan persahabatan bertambah kukuh. Buatlah kenduri dan bacaan doa selamat. Sembahyang hajat jangan dilupakan meminta Malaysia selamat aman dan ekonominya berkembang pesat. Minta dijauhkan kekacauan melampau. Datuk Jamil Khir dan Datuk Masitah perlu berkampong di sana selama mungkin.
Rakyat yang menunaikan haji mungkin tidak tahu bahawa Kerajaan `mensubsidi’ sebanyak RM5000 seorang untuk membantu mereka menunaikan haji. Subsidi tersebut dijanakan daripada keuntungan yang diperolehi daripada perniagaan yang digiatkan seperti perladangan. Modal perniagaan adalah dari Kerajaan dan tabungan yang disimpan oleh rakyat. Hanya dengan izin Allah dan pengurus yang baik seta peluang diberikan oleh Kerajaan, perniagaan tersebut maju dan memperolehi keuntungan.
Semoga cadangan menswastakan perkhidmatan petugas haji kepada UMNO menjadi kenyataan.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com
No comments:
Post a Comment