sekadar pandangan....
Penulis
berkesempatan online untuk mengikuti perkembangan Perhimpunan Janji Bersih
(yang dibelakangi oleh Pakatan Rakyat) pada malam 30hb Ogos, di Ambang
Merdeka. Perhimpunan Janji Bersih yang
berobjektifkan tuntutan pilihanraya umum 13 yang bersih dan adil. Mereka menyelitkan juga protes tema kemerdekaan
tahun ini iaitu Janji Yang Ditepati. Mereka berjaya mengumpulkan sekumpulan
3000-4000 pemuda pemudi berbaju T Shirt
Kuning membanjiri Dataran Merdeka.. Komposisi kaum peserta yang hadir ialah 50
(Melayu):50 (Cina) Sasterawan Negera, Pak A.Samad Said membacakan puisi pada
malam itu.
Penulis katakan
perhimpunan ini aman dan tidak membahayakan berbanding dengan Bersih 3 yang
lalu tetapi mencatitkan sejarah tersendiri. Apa dia itu?
- Pertama kali selepas 55 tahun merdeka, sambutan
kemerdekaan mempunyai tema yang berlainan mengikut kerajaan memerintah.
- Pertama kali selepas 55 tahun merdeka, sambutan
kemerdekaan di cemari oleh insiden perhimpunan haram.
- Pertama kali, Pakatan Rakyat telah mempamerkan
hasrat mereka untuk menukar jalur gemilang kepada bendera yang seakan akan
bendera Singapura dan China. Penulis ingin mengingatkan pembaca mengenai
penulisan `Kerajaan DAP Pulau Pinang ini berkiblat dan berorientasikan
Negara Singapura dan Hong Kong (China) seperti penulisan `Orang Melayu (termasuk India
Muslim) Islam Pulau Pinang lah kaum yang paling ramai di tindas sekeras
kerasnya dan dinyahkan haknya oleh Kerajaan Negeri DAP. Kaum ini lah yang
paling ramai berpendapatan rendah, di lanyak dengan rakus `nyap sayot’
oleh pemerintah pro Cina Singapura dan pro Cina Hong Kong. Kaum Melayu
juga lah yang dimusuhi agamanya secara halus dan terang dan di ruang blog http://nasirwise.blogspot.com/2012/08/strategi-jawatan-ketua-menteri-dari.html PKR belum menunjukkan orientasi nya
kepada Israel dan Amerika Syarikat lagi. Penulis
ramal mereka akan bergaduh tentang bendera pulak. Seorang nak
Singapura?HongKong dan seprang lagi nak Israel/Amerika/Turki.
- Budaya memijak, membakar dan mengoyak
bendera dan gambar pemimpin. Ini adalah budaya
dari negara luar. Tunjuk isyarat dan percatan lucah memang menjadi
kebiasaan pendemonstrasi jalanan.
Penulis
merasa risau juga kalau kalau mereka ini muncul pagi ini untuk menarik
perhatian. Penulis menyeru apa sahaja tuntutan yang hendak dituntut, buat lah
di DUN dan Parlimen. Mahkamah jalan akhirnya. Kerajaan BN mesti memberi ruang
dan masa untuk mendengar rintihan mereka.
Pagi ini,
penulis menonton TV upacara sambutan Hari Kemederkaan. Alhamdulilah, semangat
kemerdekaan mengatai semangat kebencian. Peserta sambutan yang seramai 14,000
orang selamat dan berani datang, membuat persembahan dan tunjukkan kecintaan
negara kepada Yang DiPertuan Agong, Dato Sri Najib, barisannya, tetamu luar
negara dan rakyat. Puluhan ribuan rakyat juga turut serta merayakan hari rahmat ini.
Dari kaca
TV, penulis dapat melihat muka muka anak muda yang ceria dan gembira. Mereka
ini kita kena galaskan dengan amalan murni dari sekarang agar menjadi rakyat
yang baik dan menyokong usaha Kerajaan. Mereka adalah pengundi di masa hadapan.
Tunjuk mereka jalan yang benar. Pujuk mereka dan janji masa hadapan.`Make sure’
Janji ditepati.
Penulis amat
gembira kerana pemimpin mendengar pandangan rakyat dan penulis yang mahukan
Dato Sri Najib turun padang atau stadium selepas keberangkatan pulang Yang
DiPertuan Agong dari menyaksikan sambutan hari Kemerdekaan. Turun dari pentas,
bersalaman, tanya khabar, nyanyi sama dan ucap terima kasih sebelum tinggalkan
majlis.
Ingat tak
penulisan penulis
` Kelantan,
Kedah dan Selangor perlu kekerapan kunjungan PM untuk merapatkan hubungan
Kerajaan dan pengundi. Kuala Lumpur tidak terkecuali walaupun banyak aktiviti
seperti Hari Kemerdekaan yang mengumpulkan ribuan rakyat. Ingatan saya
pada PM dan barisan Kabinet, tolong turun padang `senyum dan berterima kasih’
selepas tamat program perayaan. Inilah peluang PM dan kabinet merapatkan diri
dengan rakyat. Jikalau PM, TPM dan Jemaah Kabinet membahagikan kerja `turun
padang’ ia tersangat mengembirakan rakyat. Luangkan masa 1 jam bergaul, senyum
dan melambai kearah rakyat. Benarkan mereka mengambil gambar dengan pemimpin.
Percayalah keadah ini sangat efektif memperkukuhkan persahabatan rakyat dengan
pemimpin. Penulis akan bahagia jika PM dan TPM dapat menyediakan jurugambar
khas untuk mengambil gambar berkumpulan secara seponton (semasa turun padang
atau Stadium). Gambar tersebut di`post’kan di dalam FB yang boleh ditag atau
like dengan rakyat berkenaan. Rakyat boleh buat print out dan `frame’ gambar
dengan PM atau TPM di ruang tamu rumah masing masing. Secara tidak langsung,
gambar pemimpin senantiasa dalam ingatan rakyat.’ sebagaimana di siarkan di disini http://nasirwise.blogspot.com/2012/08/rumah-terbuka-1-syawal-perdana-menteri_23.html
Mulai
sekarang semua program kerajaan harus ada `real engagement’ dan `detailing’
dengan harapan in menyumbang terhadap sokongan rakyat kepada Kerajaan.
Penulis
melihat TV perlu mengimbangi segmen persembahan dari peserta, gambar ceria
barisan kepimpinan dan rakyat yang bergembira mengibarkan bendera Malaysia.
Panjangkan dan banyakkan gambar gambar rakyat
yang datang merayakan sambutan. Ia baik untuk memperlihatkan sokongan rakyat
kepada Kerajaan. Senang ditulis tetapi sukar bagi petugas TV melakukan secara
spontan.
Aturcara
keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong adalah `perfect’. Tuanku turun pentas
dan mengucapkan tahniah dan bersalaman kepada PM lalu berlepas dengan kereta
yang gah. Tuanku layak dihormat begitu.
Penulis
hendak cadangkan aturcara tambahan untuk PM dan TPM. Kalau boleh Dato Rais pertimbangkan cadangan ini.
Persembahan perarakan dari jabatan, organisasi dan sebagainya bergerak
dari Jalan Raja Laut dan Jalan Tuanku Abdul Rahman ke Dataran Merdeka (maaf.
Penulis dari melaka. Tak pasti). Dimana kah rakyat beratur menyaksikan
perarakan tersebut. Selepas rakyat melihat perarakan tersebut, rakyat
seharusnya dipertontonkan dengan muka ceria dan tanda terima kasih PM dan TPM.
Penulis rasa PM dan TPM dinaikkan atau diarakkan kenderaan jip tidak berbumbung
berarak perlahan lahan melalui barisan rakyat tadi. Kali ini dari Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut/Jalan Tuanku Abdul
Rahman. PM dan TPM akan melambai tangan, membalingkan senyuman kepada rakyat
yang berada dijalanraya tersebut. Kalau nak berjalan, penat pulak nanti PM dan
TPM kita. Kenderaan rasmi PM dan TPM menunggu di penghujung jalan, bukan di
Dataran Merdeka. Dahulu rakyat ditontonkan dengan kenderaan barisan jemaah
menteri selepas perarakan sambutan kemerdekaan. Kadangkala barisan menteri
menunujukkan keriakan mereka menaiki kereta besar. Tolong elakkan.
Penulis
berdoa sambutan kemerdekaan malam ini lebih mensejahteraan lagi rakyat
Malaysia.
Selamat Hari
Kemerdekaan Malaysia yang ke 55 tahun.
Ikhlas dari
Nasirwise.blogspot.com
No comments:
Post a Comment